Monday 30 April 2012

menyambut anak dengan baik.

ASSALAMUALAIKUM...

wep,, hai reader...lame xdga kabo.! hahahaha..

pieya dah lama tak wat story kat fb and blog. malas sangat..haha.


baru mnaip ary uh. baca lah..


sesungguhnya perjumpaan dengan anak merupakan sesuatu yang mesti. yang terpenting lagi adalah ketika
berhadapan pertama kali. maka apabila seseorang dapat memberikan sambutan pertamanya dengan baik,
anak pun akan mudah untuk diajak bercakap dn berbincang dengannya. dengan demikian,hatinya akan terbuka dan selanjutnya
mahu mengungkapkan segala permasalahannya dan bercakap mengenai angan-angannya. ini semua akan berlaku bila anak itu
disambut dengan sebaik mungkin dengan penuh keceriaan, kecintaan dan canda ria. inilah yang dibimbing oleh Rasululah
s.a.w. agr dilakukan oleh umatnya.

ibnu asakir meriwayatkan dari Abdullah bin ja'far radhiyallahu anhu bahawa dia berkata : "apabila Rasulullah s.a.w. kembali
dari sebuah perjalanan , maka baginda berlangsung menemui anak-anak dari ahlul bait baginda. pada suatu ketika baginda baru
saja pulang dari bepergian , maka aku buruan menemui baginda dan kemudian baginda membawaku di depan baginda. lalu datang
pula salah satu di antara kedua putera Fatimah, Husain atau Hassan , sehingga akhirnya aku mengikuti dibelakang baginda.
kami akhirnya memasuki kota madinah bertiga di atas haiwan tunggangannya."
okeh. done taip. papai.. salam

Saturday 14 April 2012

share je dr fb.

copy copy copy and paste. baca tamabh ilmu

Seorang gadis comel sedang mengambil gambar dalam handphone.. 'Klik !' 'Klik!' dengan berbagai aksi comel & menggoda dia ambil lagi gambarnya.. posing dengan penuh kemanjaan dan cute~~ 'Klik !' 'Klik !' tiba², dalam fikirannya

"nak upload dlm fb lah.."

untuk memberi harapan orang akan memujinya dan akhirnya upload sudahlah gambar²nya di dalam fb.. satu persatu tekan 'like'.. satu persatu memberikan komen yang boleh membanggakan dirinya..

'comel la u ni..'
'wau.. u cute..'
'pandai nya u posing..'

Tidak sedarkah anda? Anda tidak menutup aurat, sudah berdosa.. orang tengok gambar anda tidak menutup aurat dalam facebook, orang itu dapat dosa, anda dapat dosa lagi.. orang yang tekan 'like' dapat dosa.. anda berdosa lagi.. orang yang memuji anda yg dapat dosa.. dosa anda bertambah lagi.. lagi dan lagi.. selama mana ia ada dalam internet, selama itulah saham dosa anda akan terus meningkat!

Berubahlah wahai wanita.. marilah sama² bertaubat pada ALLAH.. mohon ampun
sebelum terlambat..

Wanita yang comel = Wanita yang menutup aurat dengan sempurna.

Wanita yang sweet = Wanita yang banyak diam dengan lelaki ajnabi.

Wanita yang romantik = Wanita yang mengharapkan cinta dari Allah.

Wanita yang charming = Wanita yang sering mengingatkan lelaki tentang cinta Allah.

7 petala cinta

ASSALAMUALAIKUM




OKE. aku ketinggalan nak story sangat kan. haha. aku tak minat cerita ni. mcm tak betul.! plezz la. aku suka la diorang macam baik. tapi, banyak kesilapan. aku suka dua watak aje. HILMA yang dilakonkan DIANA AMIR  and SI ARIEL ZAFREL ni. ntah la ape nama dia dalam story ni. lupa dah. hoho.

balik kepada story. aku tak suka sebab. bersentuhan. ! DIANA AMIR SALAM N DAHI dicium oleh bukan mahram.? diakan dah pakai tudung betul2.! so, agak-agak la. ni yang nak marah ni. huhu. bukan ape. aku tak boleh terima.

satu hal lagi. kenapa si HILMA bukan dengan lelaki yang dia suka. tak ada tolak ansur. yang peliknya. kenapa perlu si fizo make up macam tu.? nak nampak warak sangat. tak payah la. ariel biasa je. smart ape. nampak gaya islamik gak kan.

kenapa pilih pelakon yang bukan pakai tudung. ya.! aku tau kenapa diaorang tak amek diana amir je. sebab diana amir nampak kepada menjadi diri sendiri. tak menerima watak yang bukan ada dalam diri dia. mungkin dia pakai tudung! tapi, dia masih menimba ilmu agama.

DIANA AMIR! sy harap sangat awak tetap dengan diri awak. tanpa berselindung dengan watak lain.
dunia ini penuh dugaan, dan tanpa dugaan kita tak mampu meneruskan hidup. teruskanlah menimmba ilmu agama.
^_*

INI PENDAPAT AKU LA. korang punya lain citer k.!


hoho. dulu aku tak pernah nak minat sangat la kat diana amir ni. tapi korang tahu kenapa aku suka tengok dia dan start bila.?

aku suka tengok dia sebab dia berusaha mencari sesuatu yang pernah ditinggalkan kebelakang. dia jujur yang dia pernah pkai tudung dulu dan terpengaruh dengan dugaan yang pelbagai dan dia mencuba untuk mengikut fashion. peredaran zaman.. kini sudah kembali bertudung dan mendalami ilmu agama.. aku baca paper dulu. haha. lagi satu hal, aku tengok muka dia. keras kepala. sorry kak.! bukan nak mengata tapi nak cakap yang kak diana ni tak pernah amek watak yang lembut sangat dan bukan diri dia. tak hipokrit la kan? aku lagi suka org macam tu. jadilah diri anda sendiri. bukan orang lain.


tudung dia fashion and kemas. anggun je


tutup dada kot

mcm tak make up kan.? comel je


bakat bukan pada paras rupa. rezeki datang dari sang PENCIPTA.

DAGU TUTUP TAU





itu aje.

p/s: artis semua cantik. tapi lagi cantik sekiranya menggunakan cara yang betul.

ASSALAMUALAIKUM



maaf andai menyinggung sape2 ya. hoho

Friday 6 April 2012

Kisah Seram Benar :: Ancaman Al-Masih Dajjal

Al-Masihi Dajjal

Kelahiran Bayi Bermata Satu
Berita tentang bayi bermata satu yang dilahir di Israel beberapa tahun lalu menjadi gempar. Ramai yang membuat ramalan, inilah dajal yang dijanjikan Allah lewat hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w.. Kemunculan dajal di akhir zaman memang sentiasa ditunggu-tunggu. Dan memang kita pun sekarang ini telah berada di satu episod akhir zaman. Tanda-tanda kecil kiamat sudah kita lihat hampir keseluruhannya, setiap hari. Hanya menanti tanda-tanda besar saja yang belum berlaku. Antaranya dajal.

Dajal… popularnya manusia yang memiliki nama itu. Ada berbagai-bagai versi cerita tentangnya yang menimbulkan bermacam-macam persepsi. Tapi kebanyakan orang Islam di Malaysia dan Nusantara amnya beranggapan dajal adalah makhluk bermata satu melintang. Ada juga yang mengatakan bahawa dia separuh manusia dan separuh jin kerana ibunya berasal dari keturunan jin dan ayahnya daripada bangsa Yahudi.

Sebagaimana yang telah disebutkan di awal-awal tadi, dajal adalah manusia dan sememangnya dia adalah manusia biasa. Dia bukan keturunan jin, gergasi, dewa atau apa saja yang selain manusia. Banyak persoalan yang timbul tentang dajal menjadi salah faham. Antaranya : Siapa dajal ? Di mana tempat tinggalnya ? Siapa keturunannya ? Bila dia dilahirkan ? Bagaimana rupa fizikalnya ? Bila dia akan muncul ? Dan bagaimana untuk mengelakkannya ?

Bayi ini bukan dajal... Dajjal telah wujud sejak zaman Rasulullah

Memang benar dajal tidak ada disebut di dalam al-Quran tetapi ia banyak disebut di dalam hadis nabi. Malah banyak hadis nabi yang salih menceritakan tentang dajal, yang menyebutnya sebagai salah satu tanda besar kiamat. Masalahnya banyak juga hadis yang palsu tentang dajal, ia menimbulkan salah faham masyarakat tentangnya.

Menurut pensyarah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd. Othman, banyak hadis yang salih menceritakan perihal dajal yang lengkap termasuk untuk mengelakkan fitnah dajal. Katanya berdasarkan dari hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad,"Sesungguhnya dajal adalah lelaki yang pendek, badan gempal, matanya rosak (mengecut). Kalau kamu masih ragu-ragu tentang Tuhan kamu. Sesungguhnya Tuhan kamu tidak rosak matanya. Dari situ sudah jelas bahawa dajal adalah manusia biasa yang diberikan Allah kekuasaan luar biasa. Setiap nabi yang diutus akan memberi peringatan berkenaan dajal yang matanya rosak dan pembohong. Tambahnya lagi, dajal adalah manusia yang ada keistimewaan, telah hidup sejak zaman Nabi Muhammad. Dia digelar al-Masihi ad-dajal kerana matanya yang rosak dan kebolehan luar biasanya menghidupkan orang mati. "Tertulis di dahinya perkataan, 'Kaf-Fa-Ra' (kafir). Tulisan itu boleh dibaca oleh semua orang Islam sama ada dia pandai membaca atau tidak. Asalkan orang itu mengucap syahadat maka tulisan itu boleh dibaca. "Yang pastinya dajal adalah manusia yang ditangguhkan ajalnya oleh Allah, sehingga suatu masa dengan keizinan Allah dia akan muncul semula untuk menguji keimanan manusia," jelas Fadlan. Terdapat lagi hadis yang diriwayatkan oleh Huzaifah di dalam sahih Muslim bermaksud, "Dajal ialah orang yang buta mata sebelah kirinya, lebat rambutnya serta mempunyai syurga dan neraka. Nerakanya itu merupakan syurga dan syurganya pula adalah neraka."

Keistimewaan Dajjal
Allah memberikan dajal banyak keistimewaan untuk menguji keimanan manusia ketika akhir zaman nanti. Semua itu telah dijelaskan di dalam hadis sahih. Di antara keistimewaannya selain boleh menghidupkan orang mati, dajal juga ada beberapa keistimewaan. Antaranya :

Pertama, ada bersamaan syurga dan neraka. Dajal akan menggunakan kedua-duanya untuk menguji keimanan orang Islam. Apa yang dajal berikan sebagai syurga sebenarnya adalah neraka. Dan apa yang diperlihatkan sebagai neraka sebenarnya adalah syurga.

Kedua, dajal akan pergi ke daerah yang kemarau, kebuluran dan hasil dagangan tidak menjadi. Dajal akan menurunkan hujan di daerah itu jika penduduknya mengaku beriman kepadanya. Maka daerah itu akan kembali subur dan hasil dagangan melimpah ruah. Manakala bagi daerah yang penduduknya tidak mahu mengaku dajal sebagai tuhan, akan berada di dalam kebuluran dan kesusahan.

Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bermaksud, "Para sahabat bertanya : Ya Rasulullah, apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu nanti ?"
Rasulullah menjawab, "Mereka akan menjadi kenyang dengan tahlil, takbir, tasbih dan bertaubat. Zikir-zikir itu yang akan menjadi makanan mereka."

Ketiga, boleh menjelajahi seluruh pelosok bumi ini di dalam masa 40 hari dan kepantasan yang luar biasa. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan, "Kami bertanya : Wahai Rasulullah, bagaimana kepantasan perjalanannya di muka bumi ini ? " Nabi menjawab : "Kepantasan perjalanannya adalah seperti Al-Ghaist (hujan atau awan) yang dipukul angin kencang." Hanya dua tempat saja yang tidak boleh dimasuki oleh dajal iaitu Mekah dan Madinah.

Menurut Fadlan, Nabi mengingatkan orang yang beriman supaya menghindarkan diri dari berjumpa dengan dajal. Malah nabi bersabda, hanya seorang lelaki dari Madinah yang dapat berdepan dengan dajal. Lelaki itu akan mengatakan bahawa kamu adalah dajal lalu lelaki itu dibunuh oleh dajal. Kemudian dajal menghidupkan semula lelaki itu. Lalu dajal berkata tidakkah kamu percaya kepada aku. Lelaki itu menjawab, "Tidak, melainkan bertambah keimananku kepada Allah." Kemudian dajal cuba membunuh lelaki itu tetapi telah diselamatkan oleh Allah.

Bila Dajjal Dilahirkan ?
Menurut Fadlan, dajal telah ada di muka bumi ini sejak zaman nabi lagi. Ia telah dipenjarakan di sebuah pulau seperti mana yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Fatimah Qais, Nabi menceritakan tentang Tamin ad-Dari yang beragama Kristian tetapi telah memeluk Islam. Tamin pernah bercerita padaku tentang satu perkara yang pernah aku ceritakan kepada kalian mengenai Al-Masihi Ad-Dajal.

Tamin telah berlayar bersama 30 orang anak kapalnya. Tiba-tiba kapalnya dipukul rebut dan mereka terdampar di sebuah pulau. Di pulau itu ada seekor binatang yang lebat bulunya hingga tidak dapat dikenal yang mana ekor dan kepalanya. Binatang itu yang dinamakan al-Jassasah (si pencari berita). Di situlah bermulanya dialog antara Tamim dan al-Jassasah.

Al-Jassasah : Wahai manusia pergilah kamu berjumpa dengan lelaki itu.

Lalu Tamim dan kumpulannya masuk ke dalam hutan dan berjumpa dengan manusia yang dimaksudkan. Lelaki itu mempunyai saiz badan yang besar daripada manusia biasa, dirantai dengan rantai yang cukup kuat, tangannya diikat ke leher, di antara lutut dan buku lalinya dirantai dengan besi.

Tamim : Siapakah kamu ?

Dajal : Kamu akan tahu siapa aku nanti. Tapi siapa kamu ?

Tamim pun jelaskan siapa dia sebenarnya dan kisah kapalnya yang dipukul badai lalu terdampar di pulau itu.

Tamim : Kami adalah orang Arab, kami sesat.

Dajal : Beritahu aku tentang kebun-kebun kurma di Bysan. Adakah ia sedang berbuah ?

Tamim : Ya.

Dajal : sekejap lagi kebun itu tidak akan berbuah lagi. Beritahu aku tentang tasik Tabariah, adakah masih banyak airnya ?

Tamim : Airnya banyak lagi.

Dajal : Tidak lama lagi airnya akan berkurangan dan kering. Beritahu aku tentang mata air Zughar. Adakah masih banyak airnya dan digunakan oleh penduduk untuk bertani.

Tamim : Banyak dan masih digunakan oleh penduduk.

Dajal : Tidak lama lagi air itu akan kering. Ceritakan padaku tentang nabi Arab yang buta huruf. Sudahkah dia keluar dari Mekah dan menetap di Madinah. Adakah orang Arab sudah memeranginya dan kemudian mentaatinya ?

Tamim : Dia sudah keluar dari Mekah dan menuju Madinah. Orang Arab telah mentaatinya.

Dajal : Betulkah itu ? Sesungguhnya mentaatinya adalah lebih baik. Aku akan mengatakan pada kamu tentang diri aku. Aku adalah Al-Masihi Ad-Dajal. Sesungguhnya masanya sudah semakin hampir aku akan diizinkan untuk keluar. Aku akan berjalan di muka bumi dan masuk ke seluruh daerah di dalam tempoh 40 hari kecuali Mekah dan Madinah. Kedua-dua negeri itu dilarang bagiku, setiap kali aku ingin memasukinya aku akan diadang oleh malaikat yang di tangannya ada pedang berkilau dan tajam menghambatku.

Tempat Persembunyian Dajjal
Di manakah kedudukan pulau itu pun dijawab oleh Nabi Muhammad menerusi sabdanya, : "Ketahuilah bahawa dajal berada di laut Syam dan laut Yemen… akan datang dari arah Timur (lalu baginda menunjukkan tangannya sebelah Timur)" - Riwayat Muslim.

Pulau Bermuda - tempat persembunyian dajal

Kemudian ada satu lagi hadis yang menunjukkan dengan tepat dari mana dajal keluar yang kemudian disertai oleh pengikutnya terdiri dari orang perempuan dan kanak-kanak. Daripada Abu Bakr al-Siddiq, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, "Dajal akan muncul ke bumi dari arah Timur bersama Khurasan." - Riwayat al-Tarmizi.

Di dalam hadis yang lain pula daripada Anas bin Malik, bersabda Rasulullah s.a.w. : "Dajal akan keluar dari kota Yahudi, Khurasan bersama 70,000 Yahudi dari Isfahan." - Riwayat Imam Ahmad.

Menurut Fadlan, ketika keluarnya dajal, ramai perempuan dan kanak-kanak akan menjadi pengikutnya. Sehinggakan orang lelaki terpaksa bertindak mengikat ahli keluarga perempuan mereka supaya tidak menjadi pengikut dajal.

Menerusi penyelidikan juga, didapati bahawa air tasik Tabaria yang terletak di sempadan Syria-Palestin dan mata air Zughar si Selatan Syria sudah semakin berkurangan.

Air Tasik Tabariah (Sea of Galilee) semakin berkurangan

Adakah itu bermakna dajal sudah semakin hampir tempoh pembebasannya. Jika benar apakah persediaan kita untuk menghadapinya ?

Cara Mengelakkan Fitnah Dajjal
Jelas Fadlan, Rasulullah telah memberikan beberapa tip kepada umatnya untuk mengelakkan fitnah dajal. Perkara pertama perlu dilakukan adalah menghafal 10 ayat pertama surah al-Kahfi.

Kedua kita diarahkan oleh Rasulullah supaya membaca doa ini sebelum salam setiap kali solat, "Ya Allah, aku berlinding dengan-Mu dari azab neraka jahanam, azab kubur, ujian hidup dan mati dan kedahsyatan ujian al-Masihi ad-dajal."

Katanya, dajal akan menjelajah seluruh dunia dan akan berakhir di Baitulmaqadis dan dibunuh oleh Nabi Isa. Seperti mana yang disebut di dalam sahih Muslim, "Dajal akan dibunuh oleh Nabi Isa, selepas Nabi Isa dan umat Islam bersolat di belakang al-Imam Mahdi, mereka berhadapan dengan dajal dan tenteranya. Bila dajal lihat Nabi Isa, dajal akan mula cair. Akan tetapi Nabi Isa dapat membunuhnya dengan menikamnya."
(Dipetik dari Al-Islam keluaran November 2010)

Thursday 5 April 2012

jerawat oh jerawat..haha

ASSALAMUALAIKUM..

haish.! tengok tajuk kan.

okeh, read story.  >>skrg byk produk kan, itu ini. serius la kan. aku dh try kebanyakannnya. tapi hampeh. maybe muka aku tak sesuai dgn mana2 produk kot.

memang aku nak cakap la kan. muka aku banyak jerawat. dan aku dh penat mencuba segala macam produk. rasa macam putus asa pon ade. skrg pakai acne aid je. ala. yang sabun tu. huhu. jerawat tumbuh gak. tapi, kat dalam. lagi la sakit. nak picit susah. serios sakit. ah..! lantak. oke.

tadi aku g skola, tau x jumpe cikgu,

"sofiyyah..kenapa dengan muka kamu. tension ke.. " aku dh agak dah. ! cikgu tu memang caring gila tentang muka aku. dari form 5 lagi. aku just kata tak tahu la. makin matang kot. hoho. lagipon nak tau tak.

jerawat tumbuh waktu muda tak salah tau. sebab maybe dia mengeluarkan kekotoran dalam badan kita. kalau dia tak keluar kat muka. darah kotor terkumpul dan akan ada banyak penyakit dalam. lagi bahaya.

bila fikir balik memang ada hikmahnya jerawat nak tumbuh ke ape ke.. so, kita jangan nak tutup sangat la apa yang ada di muka kita. kita kena bersabar. walaupun geram dengan jerawat yang comel tu..ahahaha..

ok..

sape yang ade tips,, tlong komen sikit..haha..


bila la aku berpeluang d licin mcm ni
setel. haha.. jangan baca kalau tak suka.

ok.. Aa salam...

Wednesday 4 April 2012

Betapa beratnya menjadi seorang lelaki




Betapa beratnya menjadi seorang lelaki, di antaranya adalah seperti berikut:-

LELAKI
*********
1. Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN!!

3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. 

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah olehAllah SWT. 

WANITA
**********
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6. Wanita wajib taat kepada suaminya.

7. Talak terletak di tangan suami bukan isteri.

8. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkan kita lihat sebaliknya? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat.Sudah pasti intan permata tidak dibiar bersepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,tetapi setiap saat dia didoakan oleh seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Diakhirat kelak, seorang lelaki dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini :

*isterinya,
*ibunya,
*anak perempuannya
*saudara perempuannya

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini :

*suaminya
*ayahnya
*anak lelakinya
*saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana-mana pinta syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :

*sembahyang 5 waktu
*puasa di bulan ramadhan
*taat suaminya
*menjaga kehormatannya

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. 


Mati hanya sekali 
Maka Jadikannya pada jalan Allah.

ALASAN YG PALING POPULAR BG WANITA YG ENGGAN MENUTUP AURAT..SAMA2 KITA RENUNG2 KAN


 



 

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke ??

>>> Dik yang pasti, tak tutup aurat, CONFIRM masuk neraka.

2. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok !
>>> Dah lalu lalang depan mata, Suka tak suka kene tengok gak. Adakah kita berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci & iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan ?

3. Kami rasa apa yg kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yg memandang kami.
>>> Seksi @ tidak, kita tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut .

4.Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang & puasa.
>>> Kita yakinkah,ibadat kita,puasa kita sudah cukup untuk menjamin kita ke syurga?

5. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
>>> Anda sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama anda disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik anda.

6. Apa yg kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
>>> Berani cakap di dunia, berani ke cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

7.Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
>>> Sanggup patuh arahan mereka yg hanya manusia daripada patuh suruhan Allah?

8. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
>>> Macam ne seru tu. Nasihat yang di beri tu seru ler. Nak seru macam ne lagi.?? Mati tidak mengenal usia. takut kita tak sempat nak bertaubat nanti.

9. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la.
>>> Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jgn ambil lagi nyawa aku.

10. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
>>> Kalau begitu anda sebenarnya memang hipokrit . Ikhlas ke tak Ikhlas lain cerita ,yg penting WAJIB buat.

Sekadar teguran buat diri yg alpa,tanpa terniat untuk menyakiti sesiapa. Teguran menunjukkan tanda sayang orang terhadap kita. Dalam hidup jangan jadikan alasan tu satu halangan. Alasan di beri merupakan halangan dalam hidup kita untuk tidak mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Islam Indah dan merupakan kejayaan dalam kehidupan
 

tolong lah agama kita

Kerajaan New Zealand menjalankan satu survey online di laman YAHOO untuk mendapatkan pendapat kita tentang pengharaman pemakaian HIJAB di negara mereka. Mari kita semua MEMBANTU saudara seIslam kita di New Zealand dengan mengundi "NO". Tolong jangan abaikan pesanan ini.
...
Vote di sini >> http://nz.news.yahoo.com/polls/popup/-/poll_id/55492/

Undi dan SHARE/SEBARKAN pesanan ini kepada seramai mungkin orang ISLAM yang anda kenali

Terima kasih.
News - Yahoo! New Zealand
nz.news.yahoo.com

NOTE : sama-2 laa kita click NO.. sangat sedih kerana sekarang YES sedang mendahului..marilah kita umat ISLAM beramai-2 menyokong NO agar umat ISLAM di sana tidak tertindas..aamiin..insya ALLAH ..♥ ♥ ♥
News - Yahoo! New Zealand
nz.news.yahoo.com
News - Yahoo! New Zealand
nz.news.yahoo.com
nz.news.yahoo.com

TIPS PERKAHWINAN DARI USTAZ AZHAR IDRUS......



1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR



Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis. 

3. KETIKA AKAD NIKAH 
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah. 

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN 
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka. 

5. KETIKA MALAM PERTAMA 
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat. 

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA 
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri. 

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG 
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK 
Cintailah isteri atau suami anda 100% 

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK 
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%. 

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM 
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri. 

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG 
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita. 

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI 
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda. 

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI 
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
 

peringatan kpd yang bergelar wanita



ASSALAMUALAIKUM 

TUT TUT..HEHE..aku share kwn aku nye status di sini..hehe 
 bacalah sekiranya anda seorg yang rajin menimba ilmu. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 



Wahai wanita tidak bertudung,
Sungguh cantik alunan rambut mu,
Bebas menggerbang kemas terikat,
Terserlah di bawah cahaya mentari,
Mentari dunia yang tak sehebat neraka,
Iaitu api yang kan membakar rambut mu,
di hari akhirat hari penentu,
maka hanguslah segalanya,
hilanglah cantik alun rambut mu,
tiada lagi yang menggerbang,
tiada lagi yang terserlah.
Oleh itu jadikanlah diri mu,
Sebahagian daripada wanita-wanita yang
bertudung.

Wahai wanita yang bertudung,
Sungguh cantik alas kepala mu,
Ringkas pendek tersempang rapi,
Tersembul jambul tertutup dahi,
Terserlah lah bentuk tubuh,
Mengapa tidak dilindungi?
Rimaskah dengan tudung labuh ke dada?
Panaskah dengan pakaian sedemikian rupa?
Tidakkah kau ingat,
Kepanasan api neraka itu lagi hebat
membakar,
Menjilat rentung kesemua mereka yang ingkar,
Mereka itu wanita yang tak bertudung,
Kau tidak ubah seperti mereka walau
bertudung,
Oleh itu jadikanlah dirimu,
Sebahagian daripada mereka yang bertudung,
Bertudung labuh hingga ke paras dada.

Wahai wanita bertudung labuh,
Sungguh cantik terlindung rambut mu,
Sungguh ayu tertutup bentuk tubuhmu,
Yang terzahir jelas gaya kesopananmu,
Mengaburi segala yang tersirat di hati,
hanya diri sendiri yang menghakimi,
mungkin suci ikhlas kerana Illahi,
atau berdebu dengan sebab duniawi,
riak wajah nampak tawadhu’,
riak jiwa rupanya menunjuk-nunjuk,
alangkah ruginya andai benar begitu,
kerna azab masih tak terlepas dari mu,
serupalah sahaja diri mu ditunggu,
diseksa tidak ubah seperti wanita tak
bertudung,
sama dengan mereka yang menyempang tudung,
oleh itu jadikanlah dirimu,
sebahagian daripada mereka yang bertudung,
bertudung labuh hingga ke paras dada,
tersemat jua bersamanya rasa taqwa.

Wahai wanita yang bertaqwa,
Andai kau telah sampai ke tahap ini,
Dengan akhlak mahmudah terpahat di hati,
Syariat islam sebati dalam diri,
Maka layaklah dikau mendapat ganjaranNya,
Yang dijanjikan di akhirat nanti,
Dan tatkala di dunia ini lagi,
Muslimah solehah kau digelari,
Menjadi idaman setiap muslim soleh,
Yang sukar sekali untuk diperoleh,

Wahai muslimah solehah pula,
Jadilah mukminah mujahidah,
Mujahidah yang akan menyeru,
Agar ditinggalkan dirinya yang dahulu,
Mujahidah yang akan berdakwah,
Agar diri dan umat berubah,
Mujahidah yang akan mengajak,
Agar islam kembali tertegak.

Dengarlah wahai wanita..
Sahutlah seruan ini..
 
 
assalam..