Thursday 30 May 2013

ape je story aku


Hola….yaw..!

Jom story story… hahahahaha..
Ada story yang aku nak kongsi. Pernah baca novel  CINTA KONTRAK tak.?
Cinta kontrak ni aku balun baca tym lusanya nak exam ekonomi sem 2 ari tu.. hahahha. Dah tak ingat exam dah. Kawan aku yang nak kena tegur yang exam tak habis lagi. Ada la kawan aku sorang ni nak baca jugak, sampai sanggup nak tunggu aku tidur, tapi malangnya bila aku dah dapat novel harapan la nak tidur. Hahaha. Kesian dia, dua tiga kali dah abngun tengok aku dah stop2 lagi baca. Tapi agak la, aku solat teros turun solat. Naik sambong baca balik. Tapi…. Bila kawan aku tu dah baca.. dia komen yang perempuan dalam novel tu agak la. KASAR habis…
Maaflah. Aku tak mampu nak kata yang pompuan tu kasar or ayat novel tu yang over kasar sebabnya aku ni jenis yang kurang perasan benda kasar or tak. Asalkan aku rasa novel tu macam berbaloi gak la. Mana taknya, lelaki dalam novel tu manja kan.? Kalau pompuan tu lembut sangat pon tak boleh jugak. Naik lemak la aku nak baca novel uh. Aku nak layan novel lembut ni bukan senang tau.
Agak la, pompuan tu memang ganas pun. Rock apa.. nak bersalin, cari suami, siap tarik rambut laki uh lagi.. selamba badak je dia nak tarik rambut suami uh even suami dia marah bukan main. Tapi, laki uh still kawal lagi perangai dia.
Hahahahha..aku suka baca novel uh. Masyuk wei…!

Lagi satu. Aku baca novel yang paling sentap gila…
SUAMI AKU USTAZ…

Ya…! Memang aku rasa perempuan tu untung gila dapat kahwin dengan ustaz sebab dia dapat bimbingan agama yang sangat mendalam selepas kahwin, yang  tak boleh bla nya,, kahwin tym dia sekolah lagi… woi..! tak beragak.
Hei.! Jangan fikr lain. Aku bila baca novel uh rasa macam susahnya la kan nak kahwin ni. Nak cari yang betul2 mampu  bimbing kita.. ye la kan. Kadang-kadang kita sendiri yang liat… kena cari orang yang mampu bersabar dengan perangai kita ni…
JODOH AKU BERSERAH SEKARANG NI…! Hehehehe..

Monday 27 May 2013

jadual cuti aku

assalamualaikum..
hola...!
ape kabar semua. jom baca-bca sini..hahah
korang cuti buat apa.?

aku banyak benda nak buat. tapi agak la. tak bermanfaat jugak sebenarnya.tabiat makan aku paling teruk sekarang ni. tahap kritikal. makan je la ye pelahap cik piya oi...
hehe. punya la aku over bila balik umah ary uh, timbang berat, turun. nak dijadikan cerita hari tu aku pose. lain cite la. huhuh. sekali timbang pas makan. berat statik aku dah mai dah.
hahaha.aku kata buat pe nak fikir skunk, baru pas exam kan. makan la dulu. hehehe. burukkan pagai aku uh..

aku nak g jogging, tapi aku nak naik apa, aku mana ada keta, akak aku gi kem bawak keta. ya....! germ pulak aku. yang akak aku sorang ni g keje, takkan la aku nak borrow keta ayah aku. karang susah ayah aku nak gerak pi mane2..hhuhuhuhu.

ceh..! layan je la citer aku. boring, out la kawan.hehe
aku cuti hari jumaat tu dalam dilema lagi nak buat apa. aku msih serba tak kena la jawabnya.
tapi start semalam sabtu, aku pi shopping buku-buku.. sebenarnya novel. jap ye. ade pic buku2 uh.




tengok, ada yang masih berbungkus lagi dengan plastik. warghh..!
nak abeskan baucer buku punya pasal, terpaksa la..gaya terpaksa, tapi suka. hahaha...
happy aku cari buku kat MPH billion..heheh. aku mana main tempat mahal-mahal macam alamanda uh. masuk sana pun tak. menakutkan je tempat tu..hheheehe..

BILLION je aku sanggup, budak kuno pon kuno la. asal hidup aku bahagia. hahahha *pemalas sebenarnya.

hari sabtu aku sibuk melantak novel tu. tapi satu novel baru habis. suami yang ku benci. hahahah. syok sendiri aku baca tau.

hari ahad, hari ni la. mentang mentang ALLAH bagi cuti istimewa..hahah. aku baun telan skrin laptop akak aku, sebab malas nak transfer citer ARANG AND THE MAGISTRATE.. so, tengok dari pukul 1 tgh hari sampai 8 malam atau 9. mcm tu la. teruk pulak aku rasa pagai aku yng satu ni.

tapi, Alhamdulillah aku tak lupa tanggungjawab aku mengemas segala macam tempat kat umah ni pagi-pagi.
heheheh. kemas ala kadar macam org selalu buat.

hehehe. seronok aku buat kerja yang tak berapa nak bermanfaat ni. hahah. ok la. out. assalamualaikum...


Friday 24 May 2013

perbezaan pendapat

assalamualaikum..

hai. sambong taip entry selepas beberapa minit atau jam. hahaha.

okey. aku nak kemukakan pertanyaan. tapi jangan fikir apa tau. aku tanya je. sebab pelik apa yang aku dengar dari mulut lelaki dan perempuan.

ha.? apa soalan nya.?
begini rupa soalanny. semua laki memang suka tengok pompuan tu lembut ke.?
tapikan. lembut dia  tu macam mana.? lembut tapi cakap pedas ke? memang lembut atau lembut tapi ada kasarnya tanpa tunjuk watak sebenar.? atau lelaki mahukan perempuan yang kasar luar tapi hati lembut. kasar kat sini susah nak menunjukkan sifat lembut. bukan kasar yang bising sana sini tu.

haha. soalan aku terbelit,
dari apa yang aku dapat la.

ada seorang perempuan yang memang perwatakannya lembut. terlalu lembut, sukar untuk berkeras dan bila tidak berpuas hati, dia utarakan tidak puas hatinya itu kepada orang lain. mengapa dia tidak abaikan sifat lembutnya dan terus tegur org tersebut. beliau mengatakan sifat lembutnya itu yang membuatkan ramai lelaki minat kat dia.

aku...krik...krik..! hahaha.

dari pendapat seorang lelaki yang aku dapat.

dia suka tengok perempuan tu ada dua sifat. dia ada lembut and kena tempat, jangan dengan laki lembut sanagt. kadang-kadang naik muak, kemungkinan besar perempuan yang lembut ni akan hilang sabar dan macam-macam perangai dia yang tak pernah muncul, automatik muncul. lagi satu, dia seorang yang suka orang lain ikut cakap dia.kiranya budak laki nak ckap yang pompuan ni jenis pendam lama2 la perasaan dia.
kalau perempuan yang ada dua perangai ni, kiranya dia ni pandai kawal la, nak guna peraangai mana dengan situasi. dia menampakkan sifat sebenar terang terangan.

huhuhu. aku ...lantak korang la. peranngai masing2., hahahha. aku just teringat je situasi ni, huhuhu. oke. papai. nak layan story mory plak.

assalamualaikum.

stpm sem 2 setel.

salam sejahtera and very good morning to all reader.!
hei korang. aku dah tamat sem dua stpm ...!hehehehhe. bukan tamat semua pon. tunggu akhir tahun la gamaknya. baru boleh betul2 huha...! kan.? 

Alhamdulillah...
periksa kali ni macam mana ye.?

aku syukur dah habis . tu je yang aku mampu jawab. yang lain aku serahkan kepada ALLAH.

mungkin aku boleh menjawab soalan-soalan tu, tapi tak semestinya semua itu betul. tapi... apa yang penting. kita dah usaha dan sekarang kita tawakal.

hehehe
senyum lebar aku bila abes exam eko semalam. tapi. piya..! jangan lupa repeat stpm sem 1...! doakan saya ya kawan-kawan yang baik hati.

saya nak minta maaf sebab. bila ada yang tinggal link kat ruangan sembang, tak balas lawat balik and komen komen kalian saya tak balas. maaf sangat. saya kalau buat kerja kena fokus satu benda je. tak boleh banyak. sebabnya. saya insan yang lemah. ada hikmahnya saya tak boleh buat kerja banyak dalam satu masa..hehehehhe


okey. semua...! selamat bercuti dan ta lupa juga tahniah saya nak ucapkan kepada adik-adik yang dapat sambong belajar kat universiti and mana-mana IPTS lain.. sekolah pon boleh. macam saya. STPM lagi. sempoi habis otak aku. matang tak matang. lain kira la. orang nampak awet muda ma..! hehehehe


see you next entry from me...! rajin-rajin la tinggalkan link kat kotak sembang. jgn komen tak bagi link. susah nak detect korang. nak kenal dengan korang juga. cuti dua minggu aku kena anggap cuti dua bulan. baru la. mahsyuk. bole bagi cadangan apa aku nak buat cuti2 ni...heehhe?

papai. assalamualaikum....

Saturday 11 May 2013

MUET test dengan group laki....huhuh


Assalamualaikum.
Malu kot aku nak speaking bagai-bagai depan budak laki. Ha..! lepas ni MUET memang dengan laki ke. Jantina berbeza ni aku pantang nak berspeaking bagai-bagai ini.
Aku memang susah la nak cakap dengan laki ni. Boleh jadi gagap and bagai-bagai la. Karang tak memasal aku dah ready nak cakap aku boleh jadi lupa. Huhhuhuhu. Sedihnya. Aku tak nak la sedih sedih  ni. Aku …

Ala..
Macam mana nak buang perangai macam tu. ? aku tak tahu la. Memang perangai aku macam tu ye?

Aku teringat satu kesah ni.
Hari apa ntah. Aku kena speaking dengan group laki. Macam apa ntah. Aish. Memang mulut aku terkunci. Kesian aku tau..! kan dah betul jadinya. Aku boleh jadi tak ingat apa-apa yang aku fikir. Dalam satu group tu semua lelaki tapi tetiba aku sesat sorang wanita kat situ. Eceh. Wanita..

Dah la. Tak nak ingat dah. Memalukan je.
Harap lepas ni aku kena ready kalau group aku ada lelaki. Jangan gagap pulak cik piya oui…
Papehal.. thanks la pak cik-pak cik group aku tu ya, kerana memberi semangat supaya aku practice lagi and hope korg tak pandang rendah kat aku ni…hahahahah..
Aku masih blaja. Kalau aku kata itu susah, mungkin benar itu susah. Tapi..tidak bermakna aku tak boleh buat.
Oiiittt. Aku nak stop merapu. Kan. Kesian korang yang membaca. Aku ni.. tak layak jadi blogger..huhuhu. tapi. Ada aku kesah…hehehehehehehehehehe…
Blog ni hak aku. Maaf kalau aku buat dosa dengan korang… bye3…! Jumpa lagi next year..hahaha

Assalamualaikum…

pita mulut piya terkeluar bila piya tension


Assalamualaikum reader. Hai semua. Maaf kalau entry aku sekarang membosankan. Ala.. korang bukan kesah pun kan.? Aku faham aku ni sape je. Aku ni bukan penulis blog yang kreatif lagi inovatif yang mampu menarik minat pembaca lain blogwalking sini kan. Aku faham sangat. Aku ni kuno la kan..hohohohoh..

Disebabkan tangan ni menggatal nak menaip itu ini yang merapu la bagai-bagai ni. Aku tarak kesah apa orang nak cakap.
Kenapa aku berdiam diri ya.?
Exam.?
Tak jugak…aku belum start exam dan aku akan exam dalam 9 hari lagi ni. Kira la kan hari nya. Nak dekat dah. Aku risau sangat gak. Tapi sekiranya nak exam pun belum tentu kita kena sombong dengan orang lain tak tulis apa-apa. Huhuhuhuhuhuhuhu…
Aku tension tau bila aku duduk asrama , bukan nak rapatkan ukhwah kalau setiap hari politik. Mak…! Tambah dosa aku je tahu. Ikut korang la korrang nak sokong mana. Sokong la. Aku bukan sesiapa yang nak mengatakan yang korang itu kumpul dosa atau tidak. Aku harap sangat korang nak bercakap tentang politik jangan sampai kat telinga aku. Ni tak, cakap macam nak bagi dengar satu tempat tu, padahal tengah duduk borak pasal cakap benda yang korang tak pasti betul atau tidak benda tu. Mudah sangat ditipu orang what eva la. Aku penat jugak dengar. Bagi aku la.. kalau tak boleh mengundi pun banyak yang korang tahu kan and banyak pulak yang ditokok tambah. Hahaha. Itu lah politik…
Aku just harap umat islam mampu bersatu , tu je. Orang luar tengok kita duduk bergaduh sesame islam. Memalukan je.
Aku hanya diam bila orang mengata, orang menyokong itu ini,  sebab…. Aku tak nak hubungan silaturrahim antara kita renggang. Tak elokkan tu..
Kita diduga. Jangan mudah pasrah..
Aku suka dengar ayat dari mana ntah. Mak aku ke orang bagi tazkirah. Tak ingat la.
“orang yang beriman sentiasa diduga, sekiranya dia kalah dalam satu perkara itu, dia perlu untuk lihat apa kekurangan amal yang dia tercicir”
“apabila seseorang ini berdoa, namun doanya tidak dimakbulkan lagi, bukan bermakna ALLAH tidak menerima doanya. Tapi ALLAH suka mendengar doanya kerana itulah ALLAH melambat-lambatkan doanya termakbul. ALLAH risau sekiranya DIA memakbulkan doa hamba-NYA itu, selepas itu DIA tidak akan dapat mendengar doa itu lagi”
Ayatnya lebih kurang tapi bukan yang original punya la.
Aku tidak mahu mengatakan aku menyokong mana-mana pihak kerana aku tak layak.
Selepas ni umat islam. Sekiranya ingin hadir dalam mengundi , marilah kita memohon petunjuk dari ALLAH. Kerana ALLAH akn membantu kita menyatukan hati umatnya. Jangan mengundi kerana ingin menjatuhkan orang yang dibenci. Meminta petunjuk ALLAH dengan solat istikharah.
Hahahhahahahhah………….
Penat aku membebel. Ingat aku suka semakkan kepala dengan hal orang besar. Heheh.

Story aku banyak merapu atau tidak. No komen la.
Tiada politik untuk saya kerana umur tak cukup nak masuk mengundi.
Hehehehhehehhe…
Piya suka suki merapu sana-sini….ceyh… orait..setel. papai semua. Aku nak out and waiting for my next story.