Wednesday 24 June 2015

KAWASAKI KLX150S 2013 UNTUK DIJUAL

assalamualaikum.

berminat nak beli motor kawasaki ni????

boleh inbox aku 0176638194.

first owner.. adik aku.. start beli bulan 5/2013
geran pon ade jangan risau.

dah jarang jugak guna motor ni tu yang dok pikiaq nak jual.
sebab dia guna LC ju kerap.

diutamakan area selangor.

harga aku dah kautim dengan adik aku RM5,600




Tuesday 23 June 2015

Bahu lebar tapi badan....??

Hahaha.

Sape yg knl org prnh jumpe maybe tahu aku macam mane.

Lihat je kecik. Yelah tinggi pon 154 cm je. Takat ni je. Berat aku timbang ade la dalam 45kg.

Tapi tula.. ramai tanye bila aku pakai tudung labuh. Nampak mcm gemuk tapi tak pon. Ghupe ghupenye.. aku dah tahu satu rahsia kat diri aku.

Bahu seghupe laki lebar sikit.. kakak aku yg ragam besar bahu kcik sikit dr aku. Patut pon nak beli baju kemain leceh.

Pasai baju. Nak pakai baju kurung Kne saiz beza kain dgn baju.. sbb lain lain la leceh beli yg siap dah.hurmmmm.

Borink. Assingment blambak.aku merapu la kat sini.hehehehe

Monday 22 June 2015

Partime study susah la nak dpt bantuan pljrn

Huhuhu

Mood duit pokai. Aku tak kerja nak ade duit lagu mne. Hahaha

Fikir fikir kan. Aku tak boleh kawen slagi duit takde. Hahaha. Xde la. ALLAH yg atur segalanya. Kita cakap je. Lg cepat lg okay. Kan.?

Kerja yg aku dok pikiaq:
Amek upah jaga anak org
Kerja taska
Kerja butik
Cikgu
Kedai buku

Dan banyak lagi. Tapi byk jugak aku apply yg tetap punye. Sebab nak mnampung kos hidup yg serba mewah nih.hahahaha..

Mrapu je aku. Tapi serius la pompuan kan. Mne bole dok diam x pegang duit. Tipu kalau dia x suka shopping . Satu hari nanti atau pernah suatu ketika dahulu dia merasa nikmat shopping. Dan ketagih. Tapi prinsip aku satu.

"Shopping guna duit yg hang cari sendiri. Bukan duit mak bapak okay"

Byk yg aku guna semua duit aku. Aku kerja aku belanja diri sendiri.xde la nyusahkan org.tapi...

Skrg aku nak cari kerja sbb:
Tampung kos blaja
Cr modal bisnes yg sdaye upaya otak ni kerah idea.

Kawen nanti je amek upah jaga anak org.heheheh.

Masalah pelajar

Tittle tu mcm aku ni student fulltime. Padahal.......

Hurmmm susah nak habaq.  Pasai apa student mnghadapi mslh yg sme. Walaupun berbeza mod study. Aku partime je tapi assingment je mcm kitaorg dtg everyday wehhh..

Subjek lain okay tapi satu subjek je yg perghhh.. gile hard sangat nak dapat A.. bayangkan. Tutorial bukan main banyak sampai satu bab paling kurang ada sepuluh soklan, tu tak termasuk anak anak dia lagi.. kalau ada dua belas bab. Dah beratus jugak dok jenuh kami cari jwpn. Nak hantar tapi sayang markah sedih je. Bukan main pulun buat sampai tersengguk sengguk. 10 markah je.haiya. ini macam ka. Tak masuk assingment lagi.

Beratnye kepala nak fikir. Mohon Allah berikan ketabahan dan kesabaran ini.

Mid exam ritu kertas tu aku x bape confident sebab perghh hebat. Macam nak bukak kerang je senang dia.. !

Aku excited baca yg susah. Sekali keluar yg senang. Awatla tak habaq awai awai..

Aku jawab jugak . Siap sempat tidur lagi pasai nak fikir ape aku nak goreng dlm krts kosong tuh.

For final hope boleh target la. Sebabnya dia 50 markah mak kau.

Haiya.. terkucil jugak aku mnjawab dlm dewan exam nanti.

Doakan aku ye. Hope semua subjek mncapai target. Amin..

*tutoriallll mood.. seriously malas tahap miawwww..selamat berpuasa kawan kawan

Tuesday 16 June 2015

Kerajaan teliti kesan tidak sertai TPPA-utusan ekonomi 16 jun15

KUALA LUMPUR 15 Jun – Kerajaan akan mene­liti kesan yang perlu ditanggung oleh Malaysia jika tidak menjadi sebahagian daripada negara Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Abdul Wahid Omar
Abdul Wahid Omar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, negara akan tetap menerima kesan jika tidak menjadi sebahagian daripada TPPA kerana syarikat luar negara dapat memasuki pasaran tempatan melalui negara jiran Vietnam dan Singapura jika mereka menyertai perjanjian tersebut.

Katanya, dengan pelaksanaan Komuniti Ekonomi ASEAN dan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA), syarikat luar dapat masuk ke pasaran domestik.

“Bagaimanapun, kami nasihat supaya orang ramai dapat terus berfikiran terbuka mengenai perkara ini. Kami hanya akan meneruskannya jika ia memberi manfaat kepada negara dan ia masih dalam perbincangan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab sesi jaringan Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (Teras) kelima di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), Datuk Husni Salleh.

Dalam pada itu, Husni berkata, lebih daripada 150 syarikat Teras mengambil bahagian dalam sesi terbabit yang mana ia dianjurkan dalam lima sesi berlainan.

“RHB Bank dan RHB Islamik, Maybank Islamic dan SME Bank berkongsi kemudahan kewangan dan akaun pelaburan pelbagai untuk syarikat Teras melalui kerjasama dengan Teraju,” katanya.

Dalam majlis sama, Teraju menandatangani perjanjian dengan RHB Islamic Bank (RHB) untuk memberi kemudahan sokongan pembiayaan bagi Dana Teras membabitkan tambahan dana berjumlah RM480 juta.
---------------------------------------------------------------------

masalah aku rasa rumit. sebab umpama amerika syarikat jalankan sesuatu misi cuba menjatuhkan negara akibat tidak menyertai TPPA. ini umpama desakan.. 

aku tak setuju bulat bulat untuk malaysia sertai TPPA.. potensi Malaysia akan merudum mungkin. tidak silap ada kaitan tentang mem-patenkan produk. sedangkan sudah jelas, malaysia tidak mempunyai produk sendiri.

melainkan kita mengusahakan menggunakan hasil bumi kita dengan sebaik mungkin.

Tingkat pendapatan rakyat, 
majukan kawasan luar bandar

ANTARA langkah penting yang akan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) adalah usaha meningkatkan pendapatan rakyat dan membangun kawasan luar bandar bagi mencapai sasaran negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020. Dalam konteks mempertingkat pendapatan rakyat, kerajaan akan memberi lebih perhatian kepada isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40).
Kumpulan B40 bukanlah golongan miskin tetapi mereka masih mempunyai pendapatan yang belum cukup tinggi untuk membiayai segala keperluan yang mereka kehendaki untuk maju ke hadapan. Justeru, kerajaan menyasarkan untuk meningkatkan pendapatan per kapita kumpulan terbabit dari RM2,500 sebulan kepada RM5,000 sebulan menjelang 2020.
Untuk mencapai sasaran itu, kerajaan akan meningkatkan kemahiran dan kepakaran rakyat supaya mereka boleh menggunakan kemahiran yang ada bagi menjana pendapatan tambahan. Penguasaan ilmu dan kemahiran akan memberi impak positif kepada rakyat, terutamanya dalam usaha menjadikan mereka lebih berdaya saing dalam bidang yang diceburi.
Contoh, seorang peniaga kecil-kecilan yang dapat menambah ilmu dan kemahiran dalam bidangnya maka sudah tentu mereka dapat memajukan lagi perniagaan mereka, sekali gus menambah pendapatan.
Untuk menangani kos sara hidup rakyat, kerajaan akan meneruskan inisiatif mengawal dan meringankan kos sara hidup rakyat. Inisiatif yang dilaksanakan kerajaan sebelum ini seperti Klinik 1Malaysia (K1M), Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Kedai Rakyat 1Malaysia (R1M), Menu Rakyat 1Malaysia dan pelbagai bentuk inisiatif dan bantuan lain termasuk bantuan pinjaman kepada peniaga-peniaga kecil dan sederhana (perusahaan mikro) akan diteruskan dan ditambah.
Masyarakat Orang Asli dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak juga mendapat perhatian kerajaan. Melalui RMK-11 kerajaan akan melaksanakan beberapa inisiatif untuk masyarakat tersebut. Antara langkah penting adalah pemberian hak milik tanah adat (NCR) kepada masyarakat terbabit. Langkah ini diharapkan akan dapat menggalakkan pembangunan tanah dengan cara moden supaya usaha memperkasa ekonomi dan kesejahteraan masyarakat tersebut tercapai.
Cadangan kerajaan untuk pengeluaran wang daripada Akaun 1 KWSP untuk pelaburan Amanah Saham Bumiputera 2 adalah inisiatif yang dapat mempertingkatkan pendapatan rakyat. Pelaburan di ASB adalah tidak berisiko rugi, malah dijamin mendapat dividen yang memuaskan. Demikian juga, inisiatif untuk memperkenalkan Indeks Gaji Nasional sebagai petunjuk dan penanda aras untuk majikan menetapkan gaji yang setimpal dengan produktiviti juga akan dapat mempertingkatkan pendapatan rakyat.

Pembangunan infrastruktur
Masyarakat luar bandar juga masih memerlukan kemudahan asas yang lebih baik. Kemudahan asas yang baik dapat memberikan kehidupan yang lebih sejahtera kepada mereka. Justeru, peruntukan yang besar disediakan untuk membangun kawasan luar bandar terutamanya di Sabah dan Sarawak. Oleh itu, kerajaan akan membina 3,000 kilometer jalan berturap di luar bandar dalam tempoh 2016 sehingga 2020. Selain itu, akses kepada bekalan air dan elektrik di seluruh negara juga akan dipertingkatkan kepada 99 peratus pada 2020.
Bagi bekalan air bersih dan terawat, kerajaan akan memperuntukkan RM10 bilion melalui projek Bekalan Air Luar Bandar, selain RM3 bilion lagi bagi Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar yang akan memberi impak kepada 40,000 rumah serta untuk tujuan pemodenan aktiviti masyarakat Melayu di perkampungan tradisi terutama nelayan dan petani.
Kerajaan juga akan meneruskan agenda perumahan rakyat yang dimulakan sejak 2013. Di bawah RMKe-11 sebanyak 653,000 unit rumah mampu milik akan dibina, di samping melaksanakan program baik pulih secara besar-besaran rumah-rumah kampung dan luar bandar melibatkan 400,000 buah rumah dengan anggaran kos antara RM5,000 hingga RM10,000 bagi setiap rumah.

Perlukan kerjasama semua pihak
Dalam usaha melaksanakan segala inisiatif memajukan masyarakat luar bandar, ia bukan sahaja memerlukan komitmen kerajaan pusat tetapi juga memerlukan kerjasama kerajaan negeri, terutamanya negeri yang diterajui pembangkang. Ini penting kerana ada aspek-aspek tertentu berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri seperti hal ehwal tanah. Maknanya, peranan kerajaan negeri penting bagi menjayakan RMK1, khususnya dalam mencapai matlamat negara maju menjelang 2020.
Pastinya kesediaan rakyat untuk menerima perubahan yang akan dilaksanakan nanti di bawah RMK-11 turut menentukan kejayaan RMK-11. Oleh itu, penyertaan rakyat amat penting bagi memastikan setiap inisiatif yang disenaraikan dalam RMK-11 dapat dimanfaatkan dan dinikmati mereka.
Kesimpulannya, pemusatan kepada usaha meningkatkan pendapatan rakyat dan membangun kawasan luar bandar akan memberi impak kepada peningkatan Indeks Kesejahteraan Malaysia (IKM). Di bawah RMKe-11 kerajaan menyasarkan IKM akan meningkat 17 peratus setahun.
PENULIS ialah Penganalisis Media di Jabatan Penerangan Malaysia.

- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/tingkat-pendapatan-rakyat-8232-majukan-kawasan-luar-bandar-1.103548#sthash.9GXmmcIn.dpuf


----------------------

cuba baca RMK yang lepas lepas.. boleh dikatakan lebih kurang. tapi masalah kita masyarakat sebelah timur ,sabah,sarawak tidak membangun.

contoh, kelantan. boleh dimajukan. cuba masyarakat bagi peluang kpada kerajaan untuk meningkatkan. aku rasa kerajaan cuba untuk membantu, tapi mentaliti masyarakat. suka biarkan kawasan tidak diusahakan, malah ada yang mudah ditipu dengan orang lain, boleh dikatakan fikiran tidak terbuka. sorry bukan negeri tersebut sahaja, tu contoh.. negeri lain ada lagi. 

pokok bakau perlu ditanam bagi mengelakkan masalah banjir meningkat. cuba masyarakat kelantan.terengganu.pahang usahakan. serta negeri lain boleh cuba lakukan. kita ikhtiar. Allah yang menentukan.

penang pulak sudah menjadi seperti singapura kedua. peningkatan penduduk cina di kawasan tersebut.

Singapura keluarkan rizab tampung mata wang lemah -inilah cara ekonomi

KUALA LUMPUR 13 Jun – Singapura mengeluarkan berbilion dolar wang rizabnya bagi menampung kadar mata wang negara itu yang turut lemah, menurut laporan yang dikeluarkan firma penyelidikan dan bank yang berpangkalan di Singapura, DBS.

Kadar rizab Singapura kini jatuh kepada AS$34 bilion (RM127.4 bilion) sejak Julai lalu.
Laporan DBS itu menambah, ri­zab Singapura jatuh sejak Julai lalu, yang menunjukkan satu pengimbangan penyimpanan mata wang dolar Singapura menerusi laluan kenaikan nilai tersendiri.

“Dalam beberapa bulan singkat ini, rizab Singapura telah jatuh bersamaan dengan 11 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sepanjang tahun.

“Sedikit mengejutkan apabila bank pusat mengurangkan kembali laluan kenaikan nilai tersendiri pada akhir Januari lalu. Pengurangan lanjut amat perlu jika rizab tidak berhenti daripada terus jatuh,” kata kenyataan tersebut.
Hal ini membuktikan Singapura tidak bersendirian dalam menggunakan wang rizab bagi mengekalkan mata wangnya supaya terus kukuh.

Rizab China juga jatuh iaitu sebanyak AS$150 bilion (RM564 bilion) yang menyebabkan mata wang yuan hampir jatuh berbanding mata wang dolar Amerika Syarikat.

Sementara Thailand, Malaysia, Filipina dan Taiwan menggunakan bersamaan satu hingga empat peratus daripada KDNK sepanjang tahun dalam tempoh enam bulan lalu bagi menyokong kadar mata wang masing-masing.

--------------------------------

tahun kemelesetan makin tiba, setiap sepuluh tahun akan wujud pusingan masalah ekonomi, perkaitan antara negara, atau dunia.

1997-1998 kemelesetan asia
2007-2008 krisis subprima amerika syarikat

kena rajin baca berita sebab nak exam final.

Saturday 13 June 2015

sape nak hantar anak bagi aku jaga? babysitter

hahaha..

assalamualaikum.

penat aku fikir masak masak. kenapa? sebab aku nak cari duit lebih sikit buat belanja akan datang.
serius nih aku tak tipu. nak jaga anak org, dpt jugak duit.. brpe pon. maybe boleh kautim lagi. aku nih pon dok fikir itu la ini la.

serabut kepala. demi tampung perbelanjaan ape salah idok.. ? lagipun aku student partime degree. tak salah pon. nak bayar yuran pakai ayaq liuq ke...haha.

alang alang tengah jaga anak buah yang makin membesar..hahaha. aku dah kire terorr gak la. baby kembar baru dua tiga hari aku dah boleh dukung, tiduqkan...nasibla hangpa lahir kalau idok auntie tak de pengalaman la..hehe.

sape berminat bole laa contact cik piya nih. isnin-jumaat (pagi ke ptg je). bangi/sg merab/putra

*test market sat. 0176638194

Friday 12 June 2015

Sudah di cop org

Haha..

Assalamualaikum...aku pelik bila org kate budak darah manis..yeahhhh..manis darah aku..kihkihkih..

*sila buat buat tahu istilah diatas bermaksud ape.

Akhirnya aku tahu.. kenal tidak, rupe pon dh lupe, umur pon x tahu.. jangan tanye siapa. Sebab aku dengan dia sekali je jumpe dlm dua minit mcm tu. Just bgthu nama..

Then.... selanjutnya. ALLAH tetapkan.. doakan aku ye.. darah manis, patut nyamuk dok gigit..hahaha

Moga kami kekal hingga ke jinjang pelamin..hehehe.

Bubye, esok kls,, malam ni mood serabut.. grrrr.. salam. Nite

Wednesday 10 June 2015

Pilot cafe

Perghh.. tak senonoh kan aku bangun pagi je rindu cite nih. Aish dosa banyak betul,

Disebabkan cinta aku yg kesampaian kat orang yg bajet muda tu, tapi tetap tua di mata aku. Bluekkkk..dia mmg muda.

Tapi skrg aku tak dapat nak hadam fikir pasal dia kerana aku perlu jaga hati ehem ehem pulak. Mungkin ini yg terbaik. Allah berikan segalanya yg terbaik utk kita. Thanks Allah.

Pilot cafe tu aku baru tengok, sedihkan.. tak up langsung piya nih, almaklumlah aku ni xmain la cinema ni.. kalau aku pergi, aku tak layan story, sebab aku ni jahat..

Karang aku pegi tempat macam tu aku cuci mata tengok mcm mcm. Byk dosa lagi.. baik aku tambah satu dosa tgok citer.buang masa dah kat situ.

Citer ni aku sedih giler kat fahrin. Aku geram kat remy.. kesian jugak kat eizlan yusof..

Penat aku nangis tengok citer nih...!

Lepas ni tunggu citer suami aku ustaz. Novel dah baca. Tapi bakal suami aku bkn ustaz..??? Mcm mne tuh..hehehe. org bese je.

Bubye. Salam cinta rindu kamu.