Sunday, 21 December 2014

janganlah risau dengan muka aku ni

assalamualaikum..

naik rimas plus stress dengan orang sekeliling..

aku tahu takde sapa yang tangkap cintan dengan aku.. takde yang nak kat aku.. sebab muka kottt.. orang sekarang kan pandang rupa paras..haha.. tetibe je statement aku tu..

takdelah. muka hudus ke cantik ke ade je yang suka tapi sorry. Allah jadikan manusia itu berpasang pasangan.. usah risau.

aku boring dengan orang sekeliling. bila tengok je aku.. apa yang ditenung adalah my jerawat.. huntung kau jerawat.. saje tumpang populariti aku la tu.. mengacau je..haha..

masing masing cadangla produk itu ini lah... okay. nak review dnars skincare yang aku pakai tu. aku stop pakai sebab aku risau.. aku takut bahaya utk diri.. tak habis lagi set dia.. sebab ada yang kata kalau pakai produk murah diluar farmasi atau guardian.. berbahaya.. sebab adalah risiko dia.. yang aku takut gila bila org kata berisiko nanti mengandung anak berisiko.. weh,, aku sayang budak weh.. risau je dengar..tapi katanya kalau pakai lps kawin la..

lastly aku pakai cetaphil by farmasi yang akak aku cadangkan. biarlah nampak jerawat keluar. tapi tak bahaya.insyaAllah..

tadi classmate.. kakak cantik kebabom even dah ada dua anak pon kekal cantik... dia cakap yang dulu umur macam aku pon jerawat lagi teruk..now.. perubahan banyak dia kata.. maybe hormon..haha..

ramai cakap sebab hormon and aku pon rasa begitu..hihihi..

okey. sila jangan rendah diri dengan rupa anda ye.. nak nampak manis.. apa yang aku cakap ni serius tau.. senyum tu memaniskan wajah.. tapi jangan dok senyum utk encik muda ye.. sebab setahu aku la laki cepat cair dengan senyuman perempuan.. *aku risau jugak kalau tersenyum dgn mana mana laki.

masalahnya aku drive memang haraplahkan nak senyum. macam merapu pulak. muka aku kalau drive always kerut dahi. garang jugak. tapi tulah... sabar jelah kalau kena ngorat..bukan aku kenal pon.. angkat kening sudah la...buat muka pelik.

hahahaha.. aku suka mengenakan org nih. walaupun orang tu handsome sbbnya aku tak gemar adab dia yang dok ngorat..pelik pelik je..

sekarang tengok mana-mana laki biasa je sebab ada yang luar biasa dalam hati nih.. kat sekolah tempat belajar pon ade je ustaz handsome,, tapi hurmmm.. hati tertutup tengok dorang sebab macan kwn je.

okay. bubye, maghrib dah.

cara senang kejut adik lelaki

assalamualaikum...

hahahha... aku penat gelak bila fikir dua tiga kali pasai ni..sorry.. nama orang aku takkan habaq adik aku yang mana..

aku pon liat bangun jugak bila ada orang yang boleh kejut aku bangun subuh...kalau duduk sensorang dekat rumah bolehla bangun awal... *jangan pelik sebab ini memang aku

aku faham nak kejut orang yang liat bangun memang susah sangat.. sebab aku berpengalaman. ingat waktu dia kecik je.. sekarang dah gabak pon leceh.. hailahhhh.. macam mana nih...

cara dulu aku masa dia tak berapa nak besar :

disebabkan dia tidur kat toto je kat bawah,, aku time tu tak berapa nak tua. tulang sihat lagi... hahah
*aku cerita ni jangan tak percaya. sebabnya aku memang devil sikit. mana taknya aku yang kena jaga rumah. kakak aku yang lain asrama.. mak ayah pi haji.. yang memegang amanah. aku lah.. meh dengar apa aku buat.. aku terlentangkan dia. aku tarik dua dua tangan sampai dia berdiri.. settle.. yang lain senang jek nak kejut. sebab dorang lagi tak sanggup aku bebel..yang sorang ni je yang suka dengar aku bising bising.

cara sekarang nak kejut (kurang berkesan jugak tapi dia jaga jugak):

aku jahat jugak yang ni.. aku cakap tiga kali tak bangun jugak solat.. meh join aku kejut dia., gerenti marah punya. tapi dia tak komen pape pon bila dia bangun.. caranya dengan tarik bulu kaki dia.. bulu kaki laki kan panjang. *sorry kaum laki. just nak kongsi je.

hope adik aku bukan stalk aku larhh.. kalau tak... harap kau tak kesah ye.. cik piya ni memang banyak story morry.. *kalau laptop dibuka memang best tangan memainkan peranan..

harap maaf atas kata-kata. bubye.