Saturday 13 July 2013

story hari ini 13 julai 2013

Assalamualaikum…

Hai korang,,  aku malas nak taip tapi aku banyak cerita.
Minggu ni sebenarnya ada sekolah ganti.. hari ni yang bertarikh 13 julai 2013. Tapi memang harapan la aku nak datang,, rumah lagi penting dari bersekolah. Kenapa.? Bukan disebabkan aku nak duduk berehat di rumah, melantak banyak-banyak bila berbuka, bukan ok. Aku just nak bersama keluarga tersayang.. tapi tu la bila dah semua ada di rumah, maka makan besar la jadinya..

Makan besar atau simple itu semua biasa tapi suasana bersama family yang aku suka. *memang aku ni mudah merindukan rumah.

Bila di asrama, solat terawih di masjid hamidiah. Bila di rumah, solat di rumah je la. Pompuankan tidak digalakkan keluar rumah sangat. *sebenarnya aku ni tahap pemalas keluar umah gak, nak siap itu ini. Aku over la kan.

Batal tak puasa kita kalau ada semut masuk telinga and tak nak kua.?

Hehehe. Tadi aku tidur kejap je. Lepas siap mengemas rumah  la, bukan penat mana pun  tapi mengada manjakan diri. Katil aku adik kecik aku rembat awal dah. So, aku tidur la kat karpet,, mana la aku tahu ada semut yang nak masuk,, aku terjaga pun sebab rasa telinga aku ada benda berjalan,, haish…kebuntuan hukum pulak..haha

Hari ni aku redah pi kedai buku pulak,, yang jadi bodyguard aku adik laki aku yang sulung and bongsu. Tu la, orang kata kalau ikut karang dorang yang membebel. Time aku redah jenguk buku-buku hadith hukum bagai uh la pak cik dua orang ni sibuk Tanya bila nak balik. Geram pulak aku. Tengok jam pun aku dah lama kat situ , dalam satu jam setengah la.. kesian punya pasal, aku abaikan pasal nak cari buku yang nak dibeli, and balik dari kedai buku tanpa buku di tangan. Buat malu je.

Harap-harap buku hadith hukum akan dijual nanti. Aku punya powerpoint takde bahan ni. Huhuhu. Tajuk hadith yang aku kena present uh

“keperibadian isteri solehah”
Memang secara tak sengaja dapat kat aku..

Rugi pelajar asrama yang tak balik ke rumah , dan menetap ke homestay cik dyba lyfa. Bukan senang nak berbuka dan bersahur bersama family..

Aku yang dah selalu balik ni pun rasa macam tak puas je… rasa macam nak terus skip STPM.. haha
Byk aku buang duit kat STPM, sayang la nak skip. Haha.

Okeh. Story lain yang aku nak taip , tapi ni yang ditaip. Nak buat macam mana. Okeh,, jom blaja MUET… NAK DAPAT BAND 4 KEATAS KAN…??

JOMMMMMM…..hehe

Aku kena tingkatkan reading and writing aku. Tapi paling trok reading aku. Korang… doakan aku tau.. gemuruh ni…

Assalamualaikum… TATA…



Thursday 11 July 2013

perasaan yang kurang tenteram


assalamualaikum..

hai korang.. jangan pelik baca entry aku ni ye..
aku jatuh suka sebenarnya. bukan jatuh cinta. kenapa aku kata macam tu.? sebab aku jenis tak serious..

aku suka berkasar dengan laki sebab aku tak nak and tak suka hati aku tangkap feel...
aku pernah berlembut dengan laki dulu dan kat situ aku jumpa pengajarannya. kenapa aku kata pengajaran.? sebab kalau korang ingin bawa diri ke dalam diri wanita solehah.. ape ciri-cirinya.?
kepandaian.? sudah tidak semestinya..

wanita solehah tidak menyebut nama laki-laki dan namanya tidak pernah terbit di bibir laki-laki.

ye. untuk menjadi wanita solehah, susah. lain la kalau aku dari kecil duduk memang di empat penjuru tanpa bergerak keluar,..tapi orang sekrang kalau cakap, itu semua kuno. padahal itu yang sepatutnya. adik laki aku cakap la.

aku ada baca kat SINI

aku jenis tak cepat terasa tapi aku harap kata-kata ustaz hanya gurauan semata-mata.
mungkin aku bukan jenis pertahankan diri. bila ustz gelarkan aku "andartu" harap hanya mainan tanpa niat. padahal boleh dikatakan umur aku muda lagi. nak anak dara tua apanya. bila part ustz aku kata aku memilih. say sorry la. aku bukan jenis memilih orang utk dibuat pasangan, rupa paras,, semua sama.. tapi amalan dan iman seseorang itu yang aku inginkan kerana apa.? kerana aku masih tersangat lemah tentang ilmu ALLAH..

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

sebenarnya dalam dua minggu ni, hati aku busuk sangat . sebab hati aku termakan kata orang. aku pantang lelaki berinteraksi dengan aku dengan nada lembut. (menggoda la kot)

oppss..jangan risau. aku bukan suka dengan budak-budak kelas aku. gaya adik-adik aku je

aku harap hati aku tertarik hanya sedikit dan mampu kembali seperti biasa tanpa rasa minat kepada orang tersebut. mengapa.? sebab aku tak suka benda-benda macam ni, membuatkan aku tak fokus. aku tak tahu la kalau ada kawan aku yang perasan perangai aku yang lain macam sikit sebab nak hilangkan perasaan tersebut dalam diri ini..

ayt adik laki aku
"laki hanya mempermainkan perempuan itu sikit, tapi perempuan mudah makan kata"


aku cuba pegang kata-kata tu.. okeh. aku harap dengan menulis ni, aku hilang sikit tekanan.
Assalamualaikum....