Thursday, 2 April 2015

bila alarm kereta problem, di rumah jelah kejenya

assalamualaikum.

kereta kenari aku buat hal. dari hari sabtu.. aiyoyo..

malu la kalau ingat cerita hari tu.. tak nak ingat dah. malu sangat...

bayangkan kunci tak boleh guna, aku bawak je kereta tu dengan alarm yang bising nak mampus tu lepas habis kelas. bayangkan kat ukm pada waktu petang. betapa jammed nya la kan. aku gerak terus ke bengkel kereta , ingatkan nak matikan alarm. tak nak guna dah. rela guna manual je. kereta lama mana sesuai pakai alarm bagai lagi ini.

tapi tauke cina tu kata kena pakai jugak. dah kenapa? pelik aku sebab aku pompuan, bagi aku aku loading sangat bila orang cakap pasai kereta..hahahha..

aku ingat dah okay dua tiga hari lepas tu aku nak pi zakat kat salak,, oh no tak boleh on

sakitnya tuh di sini..

aku dah lama nanti nak pi zakat kot. bayangkan dengan dah siap dah. kunci tak boleh bukak. menangis tak berlagu lah aku... esok last hantar dah.. 

until sekarang dia tak bernyawa. ayah aku dah balik outstation pon dia tak pi hantar kedai.. aiyoyo.. sabtu nih aku pinjam keta adik pompuan aku la.. beshnya dapat naik vitara.. suzuki vitara.. hurmmm.. biar je kereta aku macam tu. meluat dah aku tengok.. 

doa doakan ye kereta kita tu okay. geramnyaaa.... okay. done

penjagaan muka yang tak teratur

assalamualaikum..

oh mai Allah ! muka aku makin menggedik tahap manja yang macam mintak penampo, kenapa aku cakap macam ni? sebab..

salah aku jugak!! kuikuikui..

apa salah aku yang menyebabkan muka tak sihat ye dan tak nampak seri, kusam dan jerawat naik pulak.. saja tau jeles tengok muka aku pantang tak berjerawat..

1. aku tidur tak menentu (akibat depa beli iphone, aku yang sibuk nak update itu ini tgh malam)
2. cuci muka dgn air kurang (standart setiap hari untuk wuduk and dua kali pagi dan malam okay lagi takat ni)
3. minum air mineral kurang dan mineral dalam badan kurang la nak memberi antibiotik itu ini kepada kulit..huhuhuhu.. (pastikan korang kena minum air yang penting, even tak make up kalau minum air rajin, cantik lecun tau)
4. makan tak stabil ( disebabkan aku duit tak masuk, nak beli buah ngan sayur slow la, aku tak makan la kalau lauk kat rumah nih ayam, telur and seafood)
5. main anak kucing (baby miaw makin membesar, tak boleh nak lekang dah, sayang)

alergik ke apa aku tak tahu la pasai bulu kucing. sebab akak tu cakap resdung kena jaga. tapi dont dare aku nak biarkan my cat.. sayang mereka takde kawan.. hihihihi..

sory la kawan kalau duduk hadap tengok muka aku yang berjerawat plus luka, parut dan sebagainya..hahahha.

duit gaji baru masuk tapi aku banyak nak gunakan duit.. tabung haji tak update lagi duitnya. bila la nak pi haji ni..psstttt : korang, doakan aku tau, kot kot laki aku nanti sanggup support aku nak pi haji ke umrah ke. teringin sangat..