Kadar rizab Singapura kini jatuh kepada AS$34 bilion (RM127.4 bilion) sejak Julai lalu.
Laporan DBS itu menambah, ri­zab Singapura jatuh sejak Julai lalu, yang menunjukkan satu pengimbangan penyimpanan mata wang dolar Singapura menerusi laluan kenaikan nilai tersendiri.

“Dalam beberapa bulan singkat ini, rizab Singapura telah jatuh bersamaan dengan 11 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sepanjang tahun.

“Sedikit mengejutkan apabila bank pusat mengurangkan kembali laluan kenaikan nilai tersendiri pada akhir Januari lalu. Pengurangan lanjut amat perlu jika rizab tidak berhenti daripada terus jatuh,” kata kenyataan tersebut.
Hal ini membuktikan Singapura tidak bersendirian dalam menggunakan wang rizab bagi mengekalkan mata wangnya supaya terus kukuh.

Rizab China juga jatuh iaitu sebanyak AS$150 bilion (RM564 bilion) yang menyebabkan mata wang yuan hampir jatuh berbanding mata wang dolar Amerika Syarikat.

Sementara Thailand, Malaysia, Filipina dan Taiwan menggunakan bersamaan satu hingga empat peratus daripada KDNK sepanjang tahun dalam tempoh enam bulan lalu bagi menyokong kadar mata wang masing-masing.