Wednesday 9 September 2015

kenduri abang Husna Azizan - Ex stpm maahad hamidah kajang

assalamualaikum.


untung rasanya sekarang ni nak curi masa nak menaip dari semasa ke semasa. sejak mngasuh ni, masa banyak aku luang dengan muhammad ammar sahaja * anak asuhan aku ya kawan kawan..

mohon jangan fikir lain. ^_^

kalau nak dilihat jadual kerja aku malam memang tak jaga anak asuhan aku pun. tapi, bila dikatakan suri rumah . almaklumlah kerja tak pernah susut. nak rehat? boleh tunggu waktu malam je ye kawan-kawan. aku pernah kerja yang waktu pejabat dan aku boleh katakan kerja diluar lebih mudah berbanding jadi suri rumah.


penat suri rumah jangan cakap. aku boleh tengok mak aku yang sudah sekian lama bergelar "suri rumah".. tiada istilah rehat bagi mereka.

eh. salah cerita la kawan kawan. hari ni aku nak cerita yang aku masa hari merdeka 31/8/2015.. aku pergi dengan kawan , tapi aku kena tolong ambil kawan-kawan aku yang berdua ni la.. dua dua kawan aku ni student ukm. seorang je daripada kitaorang bertiga yang fulltime student di UKM. 

kendurinya di dewan gemilang ukm. sangat ringkas pelamin dan meja makan beradab pengantin. aku suka sangat. rasa macam nak ikut untuk majlis aku nanti pulak. ringkas.

sempat juga la aku ambil gambar dengan pengantin, sebab aku yang tak tahu malu pelawa diri dekat adik dia " una, jom ambil gambar dengan pengantin, baru la kenangan habis una" 

mula-mula tu aku ingat nak minta main-main je, sebab ramai orang kan, kesian kat pengantin pulak nanti. tapi kawan aku, adik pengantin lelaki ni, dia pergi bagitahu abang dia yang ada orang nak ambil gambar sekali. hihiihihihi.. sesekali meminta, buat muka tak tahu malu mungkin tak salah.

pengantin pun nak rasa diri seperti artis tak ke gitu? heheheh... ok. 

tamat. tunggu ccerita akan datang ye. setia bersama sofiyyah shah. ^_^

pengguaan blog untuk urusan pembelajaran mod eksekutif UKM. (APLIKASI KOMPUTER)

Assalamualaikum.

hai pembaca blog sofiyyah-shah.blogspot.com.. ^_^

hari ini aku nak bagitahu yang aku dah lama tak menaip entry yang merapu kerana mempunyai beberapa sebab tertentu. antaranya adalah sepeti tajuk yang telah aku kemukan.

blog aku ini aku gunakan untuk memenuhi keperluan untuk mata pelajaran sem pendek aku. iaitu aplikasi komputer...

penggunaan blog ini untuk tujuan pembelajaran adalah selama beberapa minggu lagi. sebelum masuk batch baru..

nantikan entri sofiyyah shah yang akan membosankan kalian ye..

dan kalian mohon doakan ye kejayaan aku.....