Wednesday 16 September 2015

Dalam mulut ada emas

"dalam mulut ada emas"

siapa boleh rungkaikan maksud disebalik ayat diatas?
hahaha..

ok. aku akan bagitahu kenapa aku tiba-tiba cakap pasal emas-emas pulak ni.

dulu masa darjah dua aku ada kenal seorang cikgu ni. guru kaunseling kalau tak silap lagi. cikgu tu juga ajar aku untuk subjek bahasa melayu. banyak perlu lakukan pembacaan dalam aktiviti pembelajaran. aku paling tak suka waktu kelas ni. sebab aku takut.

kenapa takut?
sebab aku memang seorang yang pengecut dari kecil. aku tak berani nak berhadapan dengan sesuatu yang baru. aku umpamakan kawan sekelas aku baru-baru. sebab aku tak banyak kawan, aku susah nak bergaul. aku takut! tapi waktu kelas bahasa melayu ni cikgu selalu panggil nama aku untuk membaca. jawab soalan dan sebagainya.

satu hari cikgu tu suruh aku baca. aku muka dah rasa nak menangis, suara tak keluar untuk membaca. tiba-tiba cikgu tu cakap

"saya suka nak suruh sofiyyah baca, walaupun saya tahu dia takut saya akan suruh dia baca. suara sofiyyah tak keluar-keluar ibarat emas penuh dalam mulut dia, dia takut untuk buka luas-luas, risau emas tersebut keluar membanjiri kawasan.sebab itu saya nak di cuba bercakap."

aku walaupun masih darjah dua waktu tu. aku faham bait katanya. sebab apa aku faham.? sebab aku cuba memahami dan mengingati. kerana cikgu tu banyak mengubah perangai aku. mungkin juga dia dapat baca kenapa aku boleh jadi pengecut, takut nak bergaul.

kalau korang nak tahu, cikgu ni satu-satunya guru yang sentiasa menjaga aku masa di sekolah. aku nampak. sebab apa aku cakap dia jaga aku. dari darjah dua hingga aku darjah enam dia sentiasa ada dengan aku.

aku ingat lagi, masa darjah lima, kami ada guru kelas tapi kami ada masalah untuk hias kelas sertai hari merdeka. kami nak menang. guru kelas kami dah sarat mengandung. kami buntu sangat. tiba-tiba cikgu ni masuk ke dalam kelas sebagai guru ganti. dia tanya tentang acara keceriaan kelas. kami cakap yang kami tak ada guru membantu. alhamdulillah aku ingat lagi dia bantu kami.. sungguh aku rindu pada satu-satu guru kesayangan aku..


dari pandangan mata dia lihat aku, dia seolah-olah mengerti aku ada masalah, dia juga tahu aku cuba menidakkan. sebab itu aku tidak pernah bercerita.. mungkin kerana beliau seorang guru kaunseling...


okay. doakan guru-guru aku sihat ya.. wsalam

buat air detox sendiri guna buah epal dengan oren

assalamualaikum

kembali menaip, sempena cuti dari menjaga anak asuhan aku, aku duduk menatap skrin laptop saja hari ni. tak jenguk dunia luar sangat. tadi baru je lepas tengok sikit drama korea tajuk dia "warm and cozy" ...

huhuh. boleh la jalan ceritanya.

semalam aku meringankan tangan buat air detox. guna sebiji epal merah dengan sebiji oren. aku belah je letak dalam bekas air besar campur air sekali. lepas tu letak dalam peti sejuk.
hari ni duduk menatap laptop aku telan jela air tu..

mungkin kesan cepat jugak air detox ni. sebab lepas minum je aku tiga empat kali ulang alik pergi tandas.. menyengat perut aku .. huhuh..

cubalah kawan-kawan..