Sunday, 22 January 2012

BERNIAGA KETIKA SOLAT JUMAAT.. ( perkara-perkara yang dipandang remeh)




Firman ALLH S.W.T:

Wahai orang-orang yang berfirman ! apabila diserukan azan untuk mengerakan solat pada hari Jumaat, segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati ALLAH (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu). Demikian itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui (hakikat sebenar)

Sesetengah peniaga masih berniaga di gerai-gerai mereka walaupun azan kedu pada hari jumaat telah dikumandangkan. Malah , ada antara mereka yang sanggup meneruskan perniagaan berhampiran masjid atau di sekitarnya. Dalam keadaan ini , para pembeli juga turut berdosa walaupun mereka hanya membeli kayu sugi(siwak) atau tisu. Jual beli pada waktu itu dianggap tidak sah menurut pendapat paling kuat.

Sebahagian pemilik restoran, kedai runcit atau kedai kain sanggup memaksa para pekerja mereka bekerja pada waktu solat jumaat sedang dikerjakan. Walaupun ia di anggap mendatangkan keuntungan buat pemilik kedai, tetapi hakikat perniagaan merek itu amat rugi di sisi ALLAH. Para pekerja sepatutnya melaksanakan tugasan dalam rangka menepati batasan syarak sebagaimana yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w:

Tidak ada ketaatan kepada manusia dalam urusan berbuat maksiat kepada ALLAH.

OK... Anda mahu Berjaya…? Ikut lah ape yang ALLAH mahukan…
Segalanya adalah BAIK untuk kehidupn kita..
k.bye…SALAM..

No comments:

Post a Comment