Saturday, 11 May 2013

pita mulut piya terkeluar bila piya tension


Assalamualaikum reader. Hai semua. Maaf kalau entry aku sekarang membosankan. Ala.. korang bukan kesah pun kan.? Aku faham aku ni sape je. Aku ni bukan penulis blog yang kreatif lagi inovatif yang mampu menarik minat pembaca lain blogwalking sini kan. Aku faham sangat. Aku ni kuno la kan..hohohohoh..

Disebabkan tangan ni menggatal nak menaip itu ini yang merapu la bagai-bagai ni. Aku tarak kesah apa orang nak cakap.
Kenapa aku berdiam diri ya.?
Exam.?
Tak jugak…aku belum start exam dan aku akan exam dalam 9 hari lagi ni. Kira la kan hari nya. Nak dekat dah. Aku risau sangat gak. Tapi sekiranya nak exam pun belum tentu kita kena sombong dengan orang lain tak tulis apa-apa. Huhuhuhuhuhuhuhu…
Aku tension tau bila aku duduk asrama , bukan nak rapatkan ukhwah kalau setiap hari politik. Mak…! Tambah dosa aku je tahu. Ikut korang la korrang nak sokong mana. Sokong la. Aku bukan sesiapa yang nak mengatakan yang korang itu kumpul dosa atau tidak. Aku harap sangat korang nak bercakap tentang politik jangan sampai kat telinga aku. Ni tak, cakap macam nak bagi dengar satu tempat tu, padahal tengah duduk borak pasal cakap benda yang korang tak pasti betul atau tidak benda tu. Mudah sangat ditipu orang what eva la. Aku penat jugak dengar. Bagi aku la.. kalau tak boleh mengundi pun banyak yang korang tahu kan and banyak pulak yang ditokok tambah. Hahaha. Itu lah politik…
Aku just harap umat islam mampu bersatu , tu je. Orang luar tengok kita duduk bergaduh sesame islam. Memalukan je.
Aku hanya diam bila orang mengata, orang menyokong itu ini,  sebab…. Aku tak nak hubungan silaturrahim antara kita renggang. Tak elokkan tu..
Kita diduga. Jangan mudah pasrah..
Aku suka dengar ayat dari mana ntah. Mak aku ke orang bagi tazkirah. Tak ingat la.
“orang yang beriman sentiasa diduga, sekiranya dia kalah dalam satu perkara itu, dia perlu untuk lihat apa kekurangan amal yang dia tercicir”
“apabila seseorang ini berdoa, namun doanya tidak dimakbulkan lagi, bukan bermakna ALLAH tidak menerima doanya. Tapi ALLAH suka mendengar doanya kerana itulah ALLAH melambat-lambatkan doanya termakbul. ALLAH risau sekiranya DIA memakbulkan doa hamba-NYA itu, selepas itu DIA tidak akan dapat mendengar doa itu lagi”
Ayatnya lebih kurang tapi bukan yang original punya la.
Aku tidak mahu mengatakan aku menyokong mana-mana pihak kerana aku tak layak.
Selepas ni umat islam. Sekiranya ingin hadir dalam mengundi , marilah kita memohon petunjuk dari ALLAH. Kerana ALLAH akn membantu kita menyatukan hati umatnya. Jangan mengundi kerana ingin menjatuhkan orang yang dibenci. Meminta petunjuk ALLAH dengan solat istikharah.
Hahahhahahahhah………….
Penat aku membebel. Ingat aku suka semakkan kepala dengan hal orang besar. Heheh.

Story aku banyak merapu atau tidak. No komen la.
Tiada politik untuk saya kerana umur tak cukup nak masuk mengundi.
Hehehehhehehhe…
Piya suka suki merapu sana-sini….ceyh… orait..setel. papai semua. Aku nak out and waiting for my next story.

No comments:

Post a Comment