Assalamualaikum
pembuka bicara..
Harap disambut
dengan senyuman…haha. Tu bukan pantun la untuk pagi yang mulia ni.
Aku sebenarnya
boleh dikatakan stress kalau banyak benda yang aku fikirkan.sebabnya. aku bukan
orang yang berfikiran pantas. Aku insan yang memerlukan masa untuk bergerak
kehadapan. Tapi aku bersyukur yang aku masih diberi peluang yang terus hidup
dibumi Allah yang tersergam indah ini. Mungkin
ini dikatakan ujian kepada aku untuk Allah melihat bahawa aku ni mampu bertahan
atau tidak. Bila difikirkan, Allah tetapkan satu perkara itu bagi mengubah
hidup kita, dan Allah hanya akan bagi kita hadapi satu perkara itu dengan kadar
yang kita mampu untuk laksanakannya. Andai kita tak mampu laksanakan, itu salah
kita.. diri kita yang tak kuat.
Aku suka
menaip kisah aku bukan sebab aku tak tahan nak hadapi, tapi sebab aku memang
suka bercerita dan aku akan rasa tenang sikit lepas menaip.
Firstly aku
serba salah pasal kad jemputan untuk iftar jamaie yang bakal batch kami
lakukan. Aku bahagian biro jemputan. Aku memang tak berapa nak faham macam mana
tugas aku. Aku minta maaf la sangat-sangat kat korang. Aku memang tak pernah
diberikan tanggungjawab,even benda tu simple. Aku takut kalau aku diberi
tanggungjawab aku tak laksanakan. Tpi bila difikirkan, kalau aku tak cuba sahut
semua ni, pada masa akan datang macam mana.?
Okeh. Aku baru
siapkan satu kad jemputan. Maybe tak secantik mana.tapi first hasil kerja aku..
No comments:
Post a Comment