sebenarnya , aku dah lama juga la guna produk healin ni. dari sabun muka, then sekarang dah sampai peringkat mampu dan ade perubahan aku sudah ambil krim malamnya.tapi macam kita sedia maklum produk ni memang mahal untuk aku.
kenapa aku suka produk gamat healin?
antara sebabnya, sebelum aku pakai produk ni aku pakai produk dynars skin care tu, mengelupas teruk kulit muka, lepas tu aku sambung pakai cosmoderm sebab aku tak mampu nak percaya pada dynars skin care tu. tak sesuai dengan kulit aku kot.
mak aku yang cadangkan pergi ke gamat healin. first day aku pergi sana awal bulan 2 tahun 2015. waktu ni aku tak ada duit lagi sebab aku belum gaji. pergi sana dengan mak, mak yang belanja. awal aku ambil ubat makan (cecair untuk resedung), sabun mirakel dengan lukano(gel jerawat).
mula amalkan tu payah juga lah sebab aku bukan jenis makan ape-ape ubat sebelum ni. . nak kena jaga makan setiap pagi setiap malam. leceh jugak. lagi satu aku kena jaga pantang makan, tak boleh makan :
-seafood (sotong/udang/ketam)*kegemaran yang dilupakan dah
-ayam
-telur
-belacan
-ikan bilis/udang kering*ikan bilis aku bedal je
nak buat macam mana, nak cantik juga kan? hihihih.. sebenarnya mak aku beria sangat ni waktu tu sebab minggu depannya ada yang cadang nak tengok anak dara dia.hahaha. *tapi sedih tak jadi tengok.hahaha
after sebulan aku datang ke kedai healin di depan econsave jalan reko tu seorang diri sebab aku cadang nak tanya kenapa kulit muka aku jadi kering mengelupas tapi tak pedih. memang buruk sangat aku rasa. sedih ! tapi kakak tu kata, sepatutnya pakai pelembab muka, aku pun beli toner, boleh tahan la, seronok je pakai. kulit kembali elok, kurang bersisik macam ikan.hahahha.
lepas pelembab aku pakai mask hydrate/krim malam/toner/pencuci o2 dia/sabun mirakel/sunblock/gel jerawat/lukano
banyak yang aku guna boleh kata sepanjang bulan 2 hingga bulan 9 ni dah habis rm1000+ la kot sebab harga mahal jugak.
tapi , pembersih o2 tu aku tak guna sebab satu bulan aku cuba yang tu, aku punya muka merah-merah, kering, bibir jadi hitam sebab gatal. memang masalah*mungkin ikut kulit juga. akak tu pakai elok je.
aku sambung pakai sabun mirakel je sebagai pencuci muka mungkin sesuai untuk yang ada masalah resdung atau gatal-gatal. sabun ni murah sikit dalam rm12 lebih. boleh tahan dua bulan. boleh jugak guna untuk gatal-gatal dekat badan. sebabnya ada satu hari ni tangan dengan mulut gatal sangat nak makan sushi yang adik aku beli, sedap je telan, baru tahu dalam tu ada telur salmon..hurmmm.. jawabnya gatal sana sini. aku mandi guna sabun mirakel dari gamat healin la. alhamdulillah..^_^
aku suka produk ni sangat sebab takde kesan sampingan lain, mak aku marah kalau aku guna produk lain. sebab sebelum healin muka aku dah dijadikan bahan eksperimen aku sendiri untuk menggunakan pelbagai produk. dan mak aku suka tengok perubahan rupa paras ku..heheh. melampau betul ayat aku kan. mahal , kena cari duit...padahal yuran belajar nak kena bayar , produk guna mahal-mahal pulak.heheh. selagi aku mampu, duit aku bukan duit orang.
boleh la tengok produk yg pernah aku beli, tapi ade yang aku tak ambil gambar.
tinted sunblock |
facial cleanser milk *pencuci make up |
gel utk jerawat dan parut |
gel jerwat yang best |
pencuci o2 tak sesuai utk aku |
sabun muka/badan utk kulit gatal |
gambar lama |
toner dan masker |
penambahan-magic jelly yang diperkaya dengan aloe vera (sejuk) |
konon nak ambil supplement. not bad. |
aku saja tambah dua produk tu, tapi yang olicandy aku stop sebab memutihkan kulit aku ada la. habis nampak jerawat aku merah.. adik perepuan aku mula la tanya yang aku makan apa jadi putih sebab dia nak putih jugak.hahhaha...
yang magic jelly memang elok untuk memulihka kulit muka, tapi ingat waktu pakai selawat ye..hehehhe..
ok. tu sahaja. sekian.