Wednesday, 16 September 2015

ketagih yang amat dengan produk GAMAT HEALIN.


assalamualaikum.. kenal gamat healin? hiihih



sebenarnya , aku dah lama juga la guna produk healin ni. dari sabun muka, then sekarang dah sampai peringkat mampu dan ade perubahan aku sudah ambil krim malamnya.tapi macam kita sedia maklum produk ni memang mahal untuk aku.

kenapa aku suka produk gamat healin? 

antara sebabnya, sebelum aku pakai produk ni aku pakai produk dynars skin care tu, mengelupas teruk kulit muka, lepas tu aku sambung pakai cosmoderm sebab aku tak mampu nak percaya pada dynars skin care tu. tak sesuai dengan kulit aku kot.

mak aku yang cadangkan pergi ke gamat healin. first  day aku pergi sana awal bulan 2 tahun 2015. waktu ni aku tak ada duit lagi sebab aku belum gaji. pergi sana dengan mak, mak yang belanja. awal aku ambil ubat makan (cecair untuk resedung), sabun mirakel dengan lukano(gel jerawat). 

mula amalkan tu payah juga lah sebab aku bukan jenis makan ape-ape ubat sebelum ni. . nak kena jaga makan setiap pagi setiap malam. leceh jugak. lagi satu aku kena jaga pantang makan, tak boleh makan :

-seafood (sotong/udang/ketam)*kegemaran yang dilupakan dah
-ayam
-telur
-belacan
-ikan bilis/udang kering*ikan bilis aku bedal je

nak buat macam mana, nak cantik juga kan? hihihih.. sebenarnya mak aku beria sangat ni waktu tu sebab minggu depannya ada yang cadang nak tengok anak dara dia.hahaha. *tapi sedih tak jadi tengok.hahaha

after sebulan aku datang ke kedai healin di depan econsave jalan reko tu seorang diri sebab aku cadang nak tanya kenapa kulit muka aku jadi kering mengelupas tapi tak pedih. memang buruk sangat aku rasa. sedih ! tapi kakak tu kata, sepatutnya pakai pelembab muka, aku pun beli toner, boleh tahan la, seronok je pakai. kulit kembali elok, kurang bersisik macam ikan.hahahha.
lepas pelembab aku pakai mask hydrate/krim malam/toner/pencuci o2 dia/sabun mirakel/sunblock/gel jerawat/lukano

banyak yang aku guna boleh kata sepanjang bulan 2 hingga bulan 9 ni dah habis rm1000+ la kot sebab harga mahal jugak.
tapi , pembersih o2 tu aku tak guna sebab satu bulan aku cuba yang tu, aku punya muka merah-merah, kering, bibir jadi hitam sebab gatal. memang masalah*mungkin ikut kulit juga. akak tu pakai elok je.

aku sambung pakai sabun mirakel je sebagai pencuci muka mungkin sesuai untuk yang ada masalah resdung atau gatal-gatal. sabun ni murah sikit dalam rm12 lebih. boleh tahan dua bulan. boleh jugak guna untuk gatal-gatal dekat badan. sebabnya ada satu hari ni tangan dengan mulut gatal sangat nak makan sushi yang adik aku beli, sedap je telan, baru tahu dalam tu ada telur salmon..hurmmm.. jawabnya gatal sana sini. aku mandi guna sabun mirakel dari gamat healin la. alhamdulillah..^_^

aku suka produk ni sangat sebab takde kesan sampingan lain, mak aku marah kalau aku guna produk lain. sebab sebelum healin muka aku dah dijadikan bahan eksperimen aku sendiri untuk menggunakan pelbagai produk. dan mak aku suka tengok perubahan rupa paras ku..heheh. melampau betul ayat aku kan. mahal , kena cari duit...padahal yuran belajar nak kena bayar , produk guna mahal-mahal pulak.heheh. selagi aku mampu, duit aku bukan duit orang.

boleh la tengok produk yg pernah aku beli, tapi ade yang aku tak ambil gambar.
tinted sunblock
facial cleanser milk *pencuci make up


gel utk jerawat dan parut


gel jerwat yang best



pencuci o2 tak sesuai utk aku
sabun muka/badan utk kulit gatal



gambar lama



toner dan masker


penambahan-magic jelly yang diperkaya dengan aloe vera (sejuk)

konon nak ambil supplement. not bad.


aku saja tambah dua produk tu, tapi yang olicandy aku stop sebab memutihkan kulit aku ada la. habis nampak jerawat aku merah.. adik perepuan aku mula la tanya yang aku makan apa jadi putih sebab dia nak putih jugak.hahhaha...

yang magic jelly memang elok untuk memulihka kulit muka, tapi ingat waktu pakai selawat ye..hehehhe..


ok. tu sahaja. sekian.



Tuesday, 15 September 2015

cara memutihksn gigi

assalamualaikum.

aku nak kongsikan cara yang menarik untuk kamu semua putihkan gigi anda yang sudah menguning..hihihihi..

dulu aku mencari jugak macam mana. tapi suatu hari aku duduk ber'youtube' .. banyak perkongsian yang aku dapat. cuba taip putihkan gigi je dah wujud tutorialnya.hahaha..

dunia makin maju.. bak kata orang dunia hujung jari. wauuuuu! terbaikkan. *sebenarnya banyak yang buruk juga kewujudan internet ni. silaturrahim mudah renggang pun ada.hurmmm..

ok. berbalik kepada topik asal. memang aku yang satu ni terkejut sebab hari tu aku tengok video tu yang buat tutorial adalah orang ala-ala afrika. orang kulit hitam la, tapi kagum dengan dia sebab gigi putih berseri. cemburu pun ada.

gambar curi. ^_^


tahu tak dia guna apa? dia hanya menggunakan soda bikarbonat dan lemon/limau nipis.

berus guna berus gigi macam biasa. sangat mudah. tidak perlu guna bahan lain. kos pun kurang.

"gigi cantik, senyuman menarik"