ASSALAMUALAIKUM...
wep,, hai reader...lame xdga kabo.! hahahaha..
pieya dah lama tak wat story kat fb and blog. malas sangat..haha.
baru mnaip ary uh. baca lah..
sesungguhnya perjumpaan dengan anak merupakan sesuatu yang mesti. yang terpenting lagi adalah ketika
berhadapan pertama kali. maka apabila seseorang dapat memberikan sambutan pertamanya dengan baik,
anak pun akan mudah untuk diajak bercakap dn berbincang dengannya. dengan demikian,hatinya akan terbuka dan selanjutnya
mahu mengungkapkan segala permasalahannya dan bercakap mengenai angan-angannya. ini semua akan berlaku bila anak itu
disambut dengan sebaik mungkin dengan penuh keceriaan, kecintaan dan canda ria. inilah yang dibimbing oleh Rasululah
s.a.w. agr dilakukan oleh umatnya.
ibnu asakir meriwayatkan dari Abdullah bin ja'far radhiyallahu anhu bahawa dia berkata : "apabila Rasulullah s.a.w. kembali
dari sebuah perjalanan , maka baginda berlangsung menemui anak-anak dari ahlul bait baginda. pada suatu ketika baginda baru
saja pulang dari bepergian , maka aku buruan menemui baginda dan kemudian baginda membawaku di depan baginda. lalu datang
pula salah satu di antara kedua putera Fatimah, Husain atau Hassan , sehingga akhirnya aku mengikuti dibelakang baginda.
kami akhirnya memasuki kota madinah bertiga di atas haiwan tunggangannya."
okeh. done taip. papai.. salam
No comments:
Post a Comment