alhamdulillah hari ini berkesempatan juga aku untuk menaip. bukan tak nak menaip tapi, masa tidak mengizinkan. dengan anak buah kembar lagi mengada-ngada. sejak makin membesar makin penat kami di rumah ni. biasalah ragam budak. kalau tak biasa, mahu pening kepala. alhamdulillah masih terkawal. risau dengan isu budak kena dera kan. hurrmmmm...
ok.tajuk aku hari ini sedikit unik. sebenarnya bukan tajuk aku, tapi ini adalah tajuk yang aku pernah jadikan tazkirah kepada adik-adik sekolah menengah kebangsaan agama maahad hamidiah (SMKA MAAHAD HAMIDIAH) kajang. pada awalnya bukan kami pelajar tingkatan enam bawah yang perlu untuk menggalas tugas tu. tapi sudah diberikan amanah disebabkan pelajar (naqibah) yang bertugas perlu menghadiri mesyuarat. mereka memilih untuk kami yang baru dua bulan memasuki sekolah tersebut untuk mengawal pelajar-pelajar dengan memberikan tazkirah yang bertajuk "wanita ibarat sebiji apple"
alhamdulillah pada hari itu aku diberikan adik-adik kumpulan yang terdiri daripada tingkatan satu kesemuanya. memang aku tak sangka. dan untuk pengetahuan kamu semua, aku pada waktu itu tak duduk asrama lagi dan aku tak kenal seorang pun adik usrah aku. mungkin sebab aku tak kenal menyebabkan aku berani untuk mengungkap. aku ada juga membaca teks sedikit daripada pengacara program usrah. sekiranya aku tak baca belum tentu aku faham berpandukan tajuk yang diberikan.
dikatakan wanita/perempuan/gadis ibarat apple. sungguh mulia sebenarnya. apple yang kita makan. sedar atau tidak kita bahawa apple kalau kita kupas kulitnya akan berubah warna ? ya.. aku sedar sangat kagumi perkara yang aku nak sampaikan kerana sebenar-benar unik. sukar nak difahami kalau tidak membuka mata.
cuba kalian beli sebiji apple, dia masih mempunyai kulit kan? cantik warnanya. berwarna merah atau hijau. itu tidak membezakannya.
namun, bila dah dikupas kulitnya, pada awalnya menjadi putih kekuning-kuningan betul ke tidak?
sekiranya kita membiarkannya beberapa minit, makin gelap warnanya.. semakin lama semakin kusam warnanya, tiada sinar cahaya yang berseri terdapat pada buah apple tersebut. sangat tidak menarik minat kita untuk menjamahnya bukan?
_-------_
bila dikaitkan apple dengan gadis.
bila satu orang gadis cantik yang berseri ramai suka lihat akan rupa parasnya. malah ramai jejaka tampan yang mula ingin memilikinya. sekiranya gadis itu tidak dijaga dengan akhlak yang elok. lama kelamaan. dari titik permulaan. maka berlakulah segala-galanya..
pada awalnya gadis yang suci tanpa dosa itu hanya berkenalan, mungkin dianggap remeh, namun kalau dilihat dari sudut islam, sudah menjurus kearah maksiat, disitu berlaku zina mata, hati, telinga,mulut.. makna zina? zina mata apabila mata bertemu mata, zina hati apabila lalai melayan perasaan terhadap si jejaka sehingga alpa akan RABB pencipta. manakala zina telinga pula apabila mendengar benda yang tidak sepatutnya. zina mulut ialah meluahkan apa yang dihati,, tanpa segan silu mengunggkapkan kata-kata manis dan sebagainya.
mungkin itu baru permulaan, umpama epal yang dikupas selepas lima minit. warnanya tidak kusam teruk.apatah lagi semakin menjadi-jadi. bila dari pakai tudung berubah menanggalkan tudung bagi memperagakan takhta wanita itu. sedangkan kalian sendiri ketahui bahawa aurat perlu dipelihara bukan diperlihatkan kepada awam. sedangkan kaum lelaki sendiri sudah khabarkan bahawa sedikit mereka melihat aurat wanita/gadias, mereka sudah terpesona, nafsu lelaki hanya satu.
lama kelamaan tanpa dikawal epal bertukar warna yang hitam, sebegitulah maruah/harga diri seorang wanita bila diambil remeh tentang penjagaan aurat/ikhtilat/hati... memang tanpa kita sedar benda ini pernah/akan/sedang berlaku disekeliling kita.
buruk atau tidak diri anda bukan saya yang menilainya,bukan orang lain juga namun pencipta yang maha agung ALLAH. taubat nasuha yang wajar kalian lakukan.
sebab itu kita ada jalan penyelesaiannya :
kita ada tiga cara untuk mengelakkan hal tersebut lebih berleluasa sama ada menggunakan tangan,mulut mahupun hati.
aku kebanyakkannya menggunakan hati sebab kurang keberanian. aku mampu membenci benda yang dikira sebagai maksiat disisi Allah. Namun manusia alpa, andai diri ini khilaf, tunjukkan jalan yang benar.
===================
persoalan daripada adik usrah aku :
"kalau dengan jiran, keluar rumah kita kena pakai tudung ke?"
aku senyum dengar soalan itu, memang aku akui, banyak orang yang pandai agama, namun mereka belajar tanpa mengamalkannya dalam kehidupan seharian. ambil ilmu daripada ustaz/ustazah namun bertujuan untuk peperiksaan sahaja.
jawapan aku :
"aurat kita bukan untuk selain daripada keluarga kita. maknanya, perlu ditutup kepalanya. jiran tu adik beradik kita jugak ke? kalau perempuan tidak apa namun, depan rumah kita tak mustahil sekiranya ada kereta motor jalan dan mereka akan toleh ke arah tersebut di mana kamu berdiri. apakah itu kamu katakan rezeki kepada lelaki tersebut melihat rambut kamu, sedangkan kamu telah mendapat kemurkaan Allah sekiranya kamu memang lakukan dengan sengaja. ada orang yang pakai tudung untuk perhiasan sahaja, namun apa boleh buat, kita hanya mampu doakan mereka, jangan jadikan mereka sebagai idola kita. memang sukar untuk kita istiqamah sebab banyak gangguan disekeliling. bila nak berubah, mulalah kawan cakap kita ini itu ini.. banyak mulut manusia kita tak boleh zip, namun apa kita nak jawap kepada Allah dipadang mahsyar.mula dengan perlahan-lahan.Allah ada membantu, jangan risau. kalau ikut pengalaman kak piya, akak satu je lagi tak istiqamah,, memakai sarung kaki. pergi ke mana-mana kena pakai stokin. akak tahu tapi bila banyak dalih inilah jadinya. doakan akak berjaya pakai stokin pergi kemana-mana ye"
soalan lagi: purdah tu wajib ke
"tak. tapi demi menjaga maruah kita/suami/keluarga, perlu untuk kita memakainya kerana bimbang wujud fitnah.. ya! fitnah dunia terlalu menjadi-jadi."
==================
okay tamat. memang banyak aku cerita dengan mereka.
seejujurnya, aku memang tidak memakai stokin dengan istiqamah sehingga kini. kenapa aku cakap macam tu? sebab bila aku mengemas di halaman rumah/ buang sampah di luar rumah aku masih tidak menggunakan stokin. aku kagum dengan kawan aku yang dah kahwin, keluar ke rumah jiran bertudung labuh, berstokin dan sebagainya. semoga istiqamah.
kisah aku boleh nak berstokin kerana satu hari aku hadir majlis ilmu. aku pakai jubah hitam, tudung labuh macam selalu. namun kadang kala aku tak pakai stokin, kalau aku pakai pun hanya stokin warna warni. sedikit menonjol. bahaya untuk perempuan. tiba-tiba datang seorang kakak ni dengan tiga orang anak perempuan yang kecil lagi dalam usia antara 3-8 tahun.. kagum aku melihat mereka. kaki mereka berstokin litup. masih kecil mentah lagi. tapi sudah dididik oleh ibubapa mereka. subhanallah.. sedih rasanya,, sekarang sekiranya keluar ke shopping complex, kelas, jumpa kwan alhamdulillah stokin dikaki, namun, sekiranya dirumah masih tidak istiqamah. doakan aku untuk kebaikan bersama ya..!
in sha Allah.. mari kita mengubah diri kita kawan-kawan. bukan rakan/saudara/adik-beradik anda yang mengawal anda, tapi Allah.
wsalam...