Wednesday, 10 July 2013

aku bersyukur ada ayah macam abah aku

assalamualaikum..hai semua. lama tak aku dah tak hapdate.
aku dalam mood banyak cerita tapi aku kemalasan.

bukan sebab aku puasa. tapi disebabkan aku .... dah, stop bebel..

aku sayangkan ayah aku dan berterima kasih kat ayah aku sebab sudah mendidik aku mungkin lain dari ayah orang lain. *aku rasa je. mungkin ayah kita sama juga.

aku sekarang nak story about ayah ye, bukan mak. bukan sebab aku tak sayang mak aku, aku sayang, cuma topik hari ni. ayah. okeh. hari bapa. ntah, aku bukan layan hari ni hari bapa ke hari ibu sebab family kitaorang memang macam tu, jenis yang tak mementingkan hari untuk meluahkan rasa sayang dan boleh dikatakan family aku ni macam susah nak luahkan perasaan la. malu mungkin,, lagipun tidak semestinya tidak meluahkan perasaan tu orang tu tidak mempunyai sensitiviti yang tinggi, bukan membawa makna luahan perasaannya itu sekadar ala  kadar. kenapa.? sebab aku jenis yang susah nak berperasaan sikit, aku nak nngis, aku nak suka org, susah gak, aku main-main tahu la.. kalau orang marah, ngata aku,, ala.. mulut orang,, susah nak jaga wei..

kalau orang just cakap, tanpa niat aku tahu, cth cakap "ei, bodoh la kau ni..." mungkin orang terasa, tapi aku tak. tengok orang gk la,, kalau yang cakap macam tu perempuan, aku kena tunggu bape hari nak terima tanpa menegur.. kalau laki, jangan kata la,, aku susah sikit nak touching, lain la kalau aku tangkap leleh ngan dia. merapu..!hoho.

dah . stop.!

kawan aku dah ramai ajak aku pi sana sini, lesen ada macam tak guna. tapi,, aku jawab apa. teringin sekalipun aku nak join dorang pergi mana-mana. aku kena tahu yang ayah aku tak berapa nak suka aku keluar dengan kawan, sebab dia tahu kalau keluar dengan kawan, aku tak reti jaga diri sikit *aku rasa.
macam dulu, aku nak pi pesta buku pun ngan kawan samsmel aku, aku tak berani nak tanya ayah aku sebab melibatkan kawan and gerak ke sana naik KTM.. KTM.. ? korang maybe pernah naik, tapi sorry, aku tak... aku tak pernah salahkan ayah aku sebab aku tahu aku pun tak berapa suka nak berjalan.

kalau aku keluar rumah, ada satu hint akan datang kat aku, pening kepala. kenapa.? sebab mungkin kepala aku sensitif.. satu kepala berat bukan main, *satu sebab aku suka menolak ajakan orang. sebab aku takut nanti aku menyusahkan orang.

ayah aku tahu yang aku:
*tak reti makan kat luar, kedai la maknanya. -sebab aku makan makanan mak aku masak or kalau makan kat luar pun tempat ruang keluarga (nasi arab selalu yang ada macam tu)
*sebab aku tak mudah suka dengan suasana baru.
*aku jenis suka duduk rumah.
* tahu yang aku ni pengecut nak keluar atau berkawan dengan orang baru.
*aku jenis moden IT tapi yg lain tak reti.
*tak pernah nak pergi hang out dengan kawan.
*aku tak mahir jalan lain selain area bangi.
*aku tak pernah pergi alamanda (ramai yang terkejut dengar statement aku yang ni), wayang jgn ckp la, karoake lagi la.

bila ayah aku bagi pelepasan masuk kolej, aku tak berani diberi kepercayaan. aku tolak, aku amek stpm.

kenapa aku terdetik nak taip pasai ni.?
sebabnya hari tu time sukan tahunan sekolah, aku nak join tapi aku balik umah dulu, sabtu aku ingat nak pergi la...petang jumaat tu aku minta ayah aku ambilkan, tapi tym uh juga ada pertandingan petanque koperasi. aku bagitahu la kat ayah aku minta amek lewat sikit , sekali ayah aku tanya kenapa nak balik lambat sikit.? ha... naye aku. aku cakap la nak join pertandingan lawan petanque.. tiba-tiba nada lain muncul, aik macam marah je.

bila lepas ayah aku amek, dia tanya, macam mana, aku cakap dah juara dah.. relax je. sekali aku ubah topik yang esok aku nak pi sukan, ayah aku kata "tak yah la.. bukan ada apa pun" sedih jugak. pastu dia tukar pulak. kata boleh. tapi, nampak sangat yang ayah aku memang tak galakkan aku p sukan uh. esoknya lepas solat subuh tak balik umah pun. huhuhu..

aku tanya mak aku. mak aku kata " abah kau mana suka anak dara dia pi sukan-sukan tu, dari korang sekolah rndah lagi"

aku anggap ayah aku memang niat menjaga aku dan kakak dan adik aku.
macam yang aku pernah nak pi kem. aku kata tak jadi. muka ayah aku terus ceria, sebab ayah aku macam tak berapa nak rela aku pi kem sebab gabung laki pompuan. kalau sekolah kiblah dulu pompuan je...

aku selalu jeles dengan adik aku. dia pon pompuan, tapi ngapa aku je susah nak dapat keluar. tak pe la. aku jenis terima je. aku bukan reti jaga diri pun.terima kasih ALLAH.. berikan abah yang macam tu...

hehehe. bebel aku dah habis. assalamualaikum...




No comments:

Post a Comment