Thursday, 11 July 2013

perasaan yang kurang tenteram


assalamualaikum..

hai korang.. jangan pelik baca entry aku ni ye..
aku jatuh suka sebenarnya. bukan jatuh cinta. kenapa aku kata macam tu.? sebab aku jenis tak serious..

aku suka berkasar dengan laki sebab aku tak nak and tak suka hati aku tangkap feel...
aku pernah berlembut dengan laki dulu dan kat situ aku jumpa pengajarannya. kenapa aku kata pengajaran.? sebab kalau korang ingin bawa diri ke dalam diri wanita solehah.. ape ciri-cirinya.?
kepandaian.? sudah tidak semestinya..

wanita solehah tidak menyebut nama laki-laki dan namanya tidak pernah terbit di bibir laki-laki.

ye. untuk menjadi wanita solehah, susah. lain la kalau aku dari kecil duduk memang di empat penjuru tanpa bergerak keluar,..tapi orang sekrang kalau cakap, itu semua kuno. padahal itu yang sepatutnya. adik laki aku cakap la.

aku ada baca kat SINI

aku jenis tak cepat terasa tapi aku harap kata-kata ustaz hanya gurauan semata-mata.
mungkin aku bukan jenis pertahankan diri. bila ustz gelarkan aku "andartu" harap hanya mainan tanpa niat. padahal boleh dikatakan umur aku muda lagi. nak anak dara tua apanya. bila part ustz aku kata aku memilih. say sorry la. aku bukan jenis memilih orang utk dibuat pasangan, rupa paras,, semua sama.. tapi amalan dan iman seseorang itu yang aku inginkan kerana apa.? kerana aku masih tersangat lemah tentang ilmu ALLAH..

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

sebenarnya dalam dua minggu ni, hati aku busuk sangat . sebab hati aku termakan kata orang. aku pantang lelaki berinteraksi dengan aku dengan nada lembut. (menggoda la kot)

oppss..jangan risau. aku bukan suka dengan budak-budak kelas aku. gaya adik-adik aku je

aku harap hati aku tertarik hanya sedikit dan mampu kembali seperti biasa tanpa rasa minat kepada orang tersebut. mengapa.? sebab aku tak suka benda-benda macam ni, membuatkan aku tak fokus. aku tak tahu la kalau ada kawan aku yang perasan perangai aku yang lain macam sikit sebab nak hilangkan perasaan tersebut dalam diri ini..

ayt adik laki aku
"laki hanya mempermainkan perempuan itu sikit, tapi perempuan mudah makan kata"


aku cuba pegang kata-kata tu.. okeh. aku harap dengan menulis ni, aku hilang sikit tekanan.
Assalamualaikum....



No comments:

Post a Comment