Friday, 2 January 2026
Belajar AI
Wednesday, 16 September 2015
anak kucing aku beranak
![]() |
| new family |
![]() |
| kenangan chetam bersama kitty |
![]() |
| kenangan masa muda |
ketagih yang amat dengan produk GAMAT HEALIN.
antara sebabnya, sebelum aku pakai produk ni aku pakai produk dynars skin care tu, mengelupas teruk kulit muka, lepas tu aku sambung pakai cosmoderm sebab aku tak mampu nak percaya pada dynars skin care tu. tak sesuai dengan kulit aku kot.
mak aku yang cadangkan pergi ke gamat healin. first day aku pergi sana awal bulan 2 tahun 2015. waktu ni aku tak ada duit lagi sebab aku belum gaji. pergi sana dengan mak, mak yang belanja. awal aku ambil ubat makan (cecair untuk resedung), sabun mirakel dengan lukano(gel jerawat).
mula amalkan tu payah juga lah sebab aku bukan jenis makan ape-ape ubat sebelum ni. . nak kena jaga makan setiap pagi setiap malam. leceh jugak. lagi satu aku kena jaga pantang makan, tak boleh makan :
-seafood (sotong/udang/ketam)*kegemaran yang dilupakan dah
nak buat macam mana, nak cantik juga kan? hihihih.. sebenarnya mak aku beria sangat ni waktu tu sebab minggu depannya ada yang cadang nak tengok anak dara dia.hahaha. *tapi sedih tak jadi tengok.hahaha
after sebulan aku datang ke kedai healin di depan econsave jalan reko tu seorang diri sebab aku cadang nak tanya kenapa kulit muka aku jadi kering mengelupas tapi tak pedih. memang buruk sangat aku rasa. sedih ! tapi kakak tu kata, sepatutnya pakai pelembab muka, aku pun beli toner, boleh tahan la, seronok je pakai. kulit kembali elok, kurang bersisik macam ikan.hahahha.
banyak yang aku guna boleh kata sepanjang bulan 2 hingga bulan 9 ni dah habis rm1000+ la kot sebab harga mahal jugak.
aku sambung pakai sabun mirakel je sebagai pencuci muka mungkin sesuai untuk yang ada masalah resdung atau gatal-gatal. sabun ni murah sikit dalam rm12 lebih. boleh tahan dua bulan. boleh jugak guna untuk gatal-gatal dekat badan. sebabnya ada satu hari ni tangan dengan mulut gatal sangat nak makan sushi yang adik aku beli, sedap je telan, baru tahu dalam tu ada telur salmon..hurmmm.. jawabnya gatal sana sini. aku mandi guna sabun mirakel dari gamat healin la. alhamdulillah..^_^
aku suka produk ni sangat sebab takde kesan sampingan lain, mak aku marah kalau aku guna produk lain. sebab sebelum healin muka aku dah dijadikan bahan eksperimen aku sendiri untuk menggunakan pelbagai produk. dan mak aku suka tengok perubahan rupa paras ku..heheh. melampau betul ayat aku kan. mahal , kena cari duit...padahal yuran belajar nak kena bayar , produk guna mahal-mahal pulak.heheh. selagi aku mampu, duit aku bukan duit orang.
boleh la tengok produk yg pernah aku beli, tapi ade yang aku tak ambil gambar.
![]() |
| tinted sunblock |
![]() |
| facial cleanser milk *pencuci make up |
![]() |
| gel utk jerawat dan parut |
![]() |
| gel jerwat yang best |
![]() |
| pencuci o2 tak sesuai utk aku |
![]() |
| sabun muka/badan utk kulit gatal |
![]() |
| gambar lama |
![]() |
| toner dan masker |
![]() |
| penambahan-magic jelly yang diperkaya dengan aloe vera (sejuk) |
![]() |
| konon nak ambil supplement. not bad. |
aku saja tambah dua produk tu, tapi yang olicandy aku stop sebab memutihkan kulit aku ada la. habis nampak jerawat aku merah.. adik perepuan aku mula la tanya yang aku makan apa jadi putih sebab dia nak putih jugak.hahhaha...
Tuesday, 15 September 2015
cara memutihksn gigi
aku nak kongsikan cara yang menarik untuk kamu semua putihkan gigi anda yang sudah menguning..hihihihi..
dulu aku mencari jugak macam mana. tapi suatu hari aku duduk ber'youtube' .. banyak perkongsian yang aku dapat. cuba taip putihkan gigi je dah wujud tutorialnya.hahaha..
dunia makin maju.. bak kata orang dunia hujung jari. wauuuuu! terbaikkan. *sebenarnya banyak yang buruk juga kewujudan internet ni. silaturrahim mudah renggang pun ada.hurmmm..
ok. berbalik kepada topik asal. memang aku yang satu ni terkejut sebab hari tu aku tengok video tu yang buat tutorial adalah orang ala-ala afrika. orang kulit hitam la, tapi kagum dengan dia sebab gigi putih berseri. cemburu pun ada.
![]() |
| gambar curi. ^_^ |
tahu tak dia guna apa? dia hanya menggunakan soda bikarbonat dan lemon/limau nipis.
berus guna berus gigi macam biasa. sangat mudah. tidak perlu guna bahan lain. kos pun kurang.
"gigi cantik, senyuman menarik"
pembeli ketujuh pin shawl / hijab pin
perempuan ibarat buah apple
Wednesday, 9 September 2015
kenduri abang Husna Azizan - Ex stpm maahad hamidah kajang
untung rasanya sekarang ni nak curi masa nak menaip dari semasa ke semasa. sejak mngasuh ni, masa banyak aku luang dengan muhammad ammar sahaja * anak asuhan aku ya kawan kawan..
mohon jangan fikir lain. ^_^
pengguaan blog untuk urusan pembelajaran mod eksekutif UKM. (APLIKASI KOMPUTER)
hai pembaca blog sofiyyah-shah.blogspot.com.. ^_^
hari ini aku nak bagitahu yang aku dah lama tak menaip entry yang merapu kerana mempunyai beberapa sebab tertentu. antaranya adalah sepeti tajuk yang telah aku kemukan.
blog aku ini aku gunakan untuk memenuhi keperluan untuk mata pelajaran sem pendek aku. iaitu aplikasi komputer...
penggunaan blog ini untuk tujuan pembelajaran adalah selama beberapa minggu lagi. sebelum masuk batch baru..
nantikan entri sofiyyah shah yang akan membosankan kalian ye..
dan kalian mohon doakan ye kejayaan aku.....
Wednesday, 19 August 2015
Cara mencantikkan atau menghilangkan kulit mati pada muka dan badan dengan menggunakan sodium bikarbonat.
Friday, 14 August 2015
LAZADA buat sales sempena MERDEKA!!!
yang aku baru je usha.. tengok harddisk external kat bawah nih
SWEET MUSLIMAH BUAT CLEARANCE SALES..!!!!
SweetMuslimah ada membuat Clearance Sales.
Rugi sangat jika tidak mendapatkannya.
Klik jer link ni dan buat pesanan http://www.sweetmuslimah.com
Produk disini sangat2 berkualiti dan sangat berbaloi.
Tak seperti baju muslimah di luar yang nipis dan panas.
Pada harga Clearance, kita boleh dapat dengan harga sangat murah.
Klik dan buat pesanan online sekarang
http://www.sweetmuslimah.com

Tuesday, 28 July 2015
Jatuh cinta
Hahaha. Lawak jugak sebab aku senang jatuh suka dgn org yg tetibe aku tengok berkenan..hahahaha...
Tapi satunyeeee.. aku cepat lupakan..kihkihkih.insha Allah... kadang kadang bukan senang nak lupa someone yg dah tarik hampir sipi ke akhir hati kita nih..
Last question and ever i suddenly shock he ask me " sofea, awk mcm mne,, xde cita cita nak kahwin awal?"
Hahaha.. aku karang balun jujur je.. tapi perempuan kan.. tak wajar. Biarlah kita merelakan Allah menetapkan. Itu lebih terbaik..aminn...
Meh usha... aku buat kek semalam..hahahahaha...
Thursday, 9 July 2015
Sofiyyahshahcollection hijab pin. Handmade
Berminat boleh contact. Aku rasa harga dah cukup murah berbanding yg lain.
Price from rm2.00 until rm3.80 only. Not very expensive. Already cheap dear..lailai order sama aku ..hehe..tp sayang utk postage tu..hurm...
Pin shawl handmade second try
Assalamualaikum..disebabkan keboringan duduk rumah.
Hamboi ayat boring tak boleh bla kan? Padahal... hehehe.. study xnak. Ahad exam xready lg nih...huhuhu..hope masuk ape yg aku faham.inshaAllah.
Aku mengisi masa dengan mencuba buat pin shawl.. kalau yg terror tu xyah la cakap pape.. aku budak bru belajo.. best buat benda nih mcm buat mainan..hahahaha.
Pic first try yg comot comot ats krts tu..yg second try tu yg cantik sikit. Kalau berkenan meh
0176638194(piya) harga pon cantik. X mahal sbb nak tolong org supaya hrga pos stabil dgn brg yg diorder.
Pssstt kalau nak COD area bangi je sbb x tau jln lain.hehehe.
Wednesday, 1 July 2015
Pengasuh sungai merab/bangi/putrajaya
Assalamualaikum
Kepada parents yang ingin menghantar anak untuk diasuh.. silakan. Saya menawarkan khidmat mengasuh.
Dengan bantuan mak saya. Tapi saya prefer isnin until jumaat.
Sabtu ahad sy belaja ukm. Mengasuh anak anda di rumah saya sahaja. Harga boleh contact saya dulu utk berbincang.
Kepada yang terdesak cari pengasuh waktu hari raya disebabkan pengasuh / taska cuti raya nanti. Silakan.. boleh hubungi 0176638194 ( piya )
Tak kisah sekiranya puan/tuan hanya ingin menghantar utk beberapa hari. Bayaran kira kemudian.
Saya akan cuba berikan yang terbaik. Sementara saya tidak kerja dan hanya belajar pada sabtu dan ahad. Selagi itu saya akan cuba.
Kawasan perumahan blkg pusat perindustrian OKU..
Pengalaman dgn kanak kanak:
Menjaga adik bru lahir semasa ting.5
Mengajar sekolah rendah agama semasa 2014
Lagi satu, saya skrg ada anak buah kembar. Byk membantu sy utk belajar menjaga budak. Skrg kembar baru sebulan lebih. In sha Allah sedia berkhidmat.
Di rumah ada mak saya yg turut akan membantu.
Berminat boleh hubungi 0176638194.
(Cari duit kumpul nak kahwin)hihi
Monday, 22 June 2015
Partime study susah la nak dpt bantuan pljrn
Huhuhu
Mood duit pokai. Aku tak kerja nak ade duit lagu mne. Hahaha
Fikir fikir kan. Aku tak boleh kawen slagi duit takde. Hahaha. Xde la. ALLAH yg atur segalanya. Kita cakap je. Lg cepat lg okay. Kan.?
Kerja yg aku dok pikiaq:
Amek upah jaga anak org
Kerja taska
Kerja butik
Cikgu
Kedai buku
Dan banyak lagi. Tapi byk jugak aku apply yg tetap punye. Sebab nak mnampung kos hidup yg serba mewah nih.hahahaha..
Mrapu je aku. Tapi serius la pompuan kan. Mne bole dok diam x pegang duit. Tipu kalau dia x suka shopping . Satu hari nanti atau pernah suatu ketika dahulu dia merasa nikmat shopping. Dan ketagih. Tapi prinsip aku satu.
"Shopping guna duit yg hang cari sendiri. Bukan duit mak bapak okay"
Byk yg aku guna semua duit aku. Aku kerja aku belanja diri sendiri.xde la nyusahkan org.tapi...
Skrg aku nak cari kerja sbb:
Tampung kos blaja
Cr modal bisnes yg sdaye upaya otak ni kerah idea.
Kawen nanti je amek upah jaga anak org.heheheh.
Masalah pelajar
Tittle tu mcm aku ni student fulltime. Padahal.......
Hurmmm susah nak habaq. Pasai apa student mnghadapi mslh yg sme. Walaupun berbeza mod study. Aku partime je tapi assingment je mcm kitaorg dtg everyday wehhh..
Subjek lain okay tapi satu subjek je yg perghhh.. gile hard sangat nak dapat A.. bayangkan. Tutorial bukan main banyak sampai satu bab paling kurang ada sepuluh soklan, tu tak termasuk anak anak dia lagi.. kalau ada dua belas bab. Dah beratus jugak dok jenuh kami cari jwpn. Nak hantar tapi sayang markah sedih je. Bukan main pulun buat sampai tersengguk sengguk. 10 markah je.haiya. ini macam ka. Tak masuk assingment lagi.
Beratnye kepala nak fikir. Mohon Allah berikan ketabahan dan kesabaran ini.
Mid exam ritu kertas tu aku x bape confident sebab perghh hebat. Macam nak bukak kerang je senang dia.. !
Aku excited baca yg susah. Sekali keluar yg senang. Awatla tak habaq awai awai..
Aku jawab jugak . Siap sempat tidur lagi pasai nak fikir ape aku nak goreng dlm krts kosong tuh.
For final hope boleh target la. Sebabnya dia 50 markah mak kau.
Haiya.. terkucil jugak aku mnjawab dlm dewan exam nanti.
Doakan aku ye. Hope semua subjek mncapai target. Amin..
*tutoriallll mood.. seriously malas tahap miawwww..selamat berpuasa kawan kawan
Tuesday, 16 June 2015
Kerajaan teliti kesan tidak sertai TPPA-utusan ekonomi 16 jun15

masalah aku rasa rumit. sebab umpama amerika syarikat jalankan sesuatu misi cuba menjatuhkan negara akibat tidak menyertai TPPA. ini umpama desakan..
aku tak setuju bulat bulat untuk malaysia sertai TPPA.. potensi Malaysia akan merudum mungkin. tidak silap ada kaitan tentang mem-patenkan produk. sedangkan sudah jelas, malaysia tidak mempunyai produk sendiri.
melainkan kita mengusahakan menggunakan hasil bumi kita dengan sebaik mungkin.
Tingkat pendapatan rakyat, majukan kawasan luar bandar
----------------------
cuba baca RMK yang lepas lepas.. boleh dikatakan lebih kurang. tapi masalah kita masyarakat sebelah timur ,sabah,sarawak tidak membangun.
contoh, kelantan. boleh dimajukan. cuba masyarakat bagi peluang kpada kerajaan untuk meningkatkan. aku rasa kerajaan cuba untuk membantu, tapi mentaliti masyarakat. suka biarkan kawasan tidak diusahakan, malah ada yang mudah ditipu dengan orang lain, boleh dikatakan fikiran tidak terbuka. sorry bukan negeri tersebut sahaja, tu contoh.. negeri lain ada lagi.
pokok bakau perlu ditanam bagi mengelakkan masalah banjir meningkat. cuba masyarakat kelantan.terengganu.pahang usahakan. serta negeri lain boleh cuba lakukan. kita ikhtiar. Allah yang menentukan.
penang pulak sudah menjadi seperti singapura kedua. peningkatan penduduk cina di kawasan tersebut.
Singapura keluarkan rizab tampung mata wang lemah -inilah cara ekonomi
tahun kemelesetan makin tiba, setiap sepuluh tahun akan wujud pusingan masalah ekonomi, perkaitan antara negara, atau dunia.
1997-1998 kemelesetan asia
2007-2008 krisis subprima amerika syarikat
kena rajin baca berita sebab nak exam final.



























