Monday, 26 March 2012

jangn pandang hati org dgn cara pakaian mereka

ASSALAMUALAIKUM...!
*jawab2..! jgn x jawab.!  




tadi aku jejak sekolah rendah aku. sekejp la kot. tujuan mahu amek duit baucer rm100 budak tahu satu. adik aku la tu. penat jenuh nak menunggu sampai mesyuarat agong PIBG habis baru dapat baucer nye. huhu.. pukul 2 lebih tak silap habis. aku pon balik. time kat sana aku dok usha mamat nie. * tau ku buat dose. HEHEH..aku tarak malu ka. ?

time aku datang, aku nampak dia. ntah sape nth yng pasti, aku tengok bukan muka penyagak la dia ni. cuma agak kelakar pulak duduk tengok dia lame lame. rase macam kenal. nth la siape-siape pulak aku ni. mcm2. aku tak tahu la yang mamat ni duk tunggu jugak baucer tu. wak lek suda kan.? semua aku tak amek pusing tadi.

duduk tengok dia. org biase je. maybe dia macam aku gak kot. kena jadi wakil amek duit uh. adik-adik dia bawak tiga orang. naik motor pulak. *sory bang, x bley nk kasi itu org tumpang sama cik kereta ni la.

ye, aku tengok dia biasa je. nak bergaul dengan org. tak juga. memang pendiam kot. normal la ade yg pendiam. huhu. tapi, aku tak suka laki diam. kaku. dia layan je adik adik dia. nakal pulak. time penyampaian baucer uh. aku laju je nak amek. tapi dia lagi awal. aku tengok la.

"mak ko.! kale rambot ye.! ekor pon de pulak. gaya yang lain okey je." sekali tenngok.. dia ni org biase je. mcm aku. ni yg best jd kawan. takde la nak kerek-kerek.. 

tapi, aku bukan nak kata dia ni jahat. dia ni baik hatinya, cuma pengaruh kawan maybe ataupun zaman sekarang. nak ikut trend...layan adik ok je. tak garang. cakap dengan cikgu-cikgu sopan je. senyum lagi tu.. aku tak tipu. aku cakap je ape yang aku nampak. susah nak cari laki yang sanggup pergi sekolah adik-adik sendiri. walaupun rambut berkaler sekalipun. masih ade sifat tanggungjawab dalam diri dia. untung lah org dapat laki yg bertanggungjawab.

wanita, gadis, perempuan..tidak akan setanding kaum ADAM... ALLAH ciptakan ADAM untuk membantu kaum yg lemah ini. bukan untuk disiksa.

p/s: silap aku sebab menilai org dr luaran. ini sebagai pedoman. =)

terima kasih kerana sudi membaca walaupun ade sedikit ayat yang merapu meraban.. macam reban ayam.. kan..?? 

ASSALAM... 



Sunday, 25 March 2012

TANDA-TANDA KEMATIAN SESEORANG

ASSALAMUALAIKUM..


100 hari sebelum kematian:

Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian:

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian:

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian:


Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian:

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir sebelum kematian:

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


Kubur/liang lahat Setiap Hari Menyeru kepada Manusia Sebanyak 5 Kali.
1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu sholat malam.
3. Aku rumah yang penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawarnya.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan Laa illaa ha illallah, Muhammadur Rasulullah?supaya kamu dapat menjawabnya.

sumber : Tausyiahislamiyyah


OK..! aku dapat info ni tahun lepas. bila aku belek belek balik fb ni la. time aku baca ni. memang aku tak sengaja nak baca kan..huhu..

lagi pun time tu arwah adik aku sakit teruk dah. dalam hati aku terdetik. "kenapa boleh ade yg tertayang dekat aku semua ni.? kenapa.? ade something ke yg akn terjadi" memang serius aku tak tipu. 

time tu arwah baru pergi hospital. kena tahan. pastu dua tiga hari lepas tu aku dpt info ni. mmg aku risau jugak la. tapi,, AJAL MAUT DITANGAN TUHAN, redha je la.. 

yg hidup bykkan lah beramal.. AL-FATIHAH kepada arwah adik aku..!


ASSALAM..=)