Tuesday 25 June 2013

Tragedi di rumah

Assalamualaikum gurlz and hai kaum adam.

banyak pulak aku menaip hari ni. tapi takpe. nak kesah apa. aku punya blog. lain la kalau aku buat blog politik. hai tak memasal saman dr mana mana pihak. no politic in mylife at this age. hei, aku still mahukan terbaik buat negara Malaysia. undi adalah rahsia. mana boleh over story, karang orang benci.

okeh. tadikan. tadikan.... aku nak balik, sebelum aku nak balik ostel uh. aku tidur dulu.. sedar-sedar je.. mak kau.. lima lebih dah..lama kot. memang ngantok btol gayanya. mak aku tanya "eh.. ko xnk balik ostel ke.?" mak kau. aku baru teringat yang hari ni aku kena balik ostel..ahhhhhaaa.... sodeh nak tinggalkan umah.
laju je aku bersiap.. tak fikir ape dah. lantak la ..jap gi la aku bgtau abah aku mintak antarkan baik ostel.

sekali aku dah siap. dah nak pakai tudung and beg skola kat blkang dah. aku suruh la adik kocik aku mintak abah hantarkan aku. dia pun pi la cakap kat abah aku. mula-mula on je nak hantar. and tiba-tiba....

suara ayah aku "farouq" ha... takkan dah nak suruh masuk keta dah kot..aku fikir tu je. sekali adik aku datang je.. " abah kata abah boleh hantar ko esok je. hari ni tak boleh"
otak aku yang tengah agak mamai2 ni pun..ape benda ni..tak faham. abah aku tak bagitahu adik aku apa-apa. tu je.. "mungkin ada hal . orang nak jumpa abah aku kot." aku fikir aku kena balik hari ni jugak. and aku pun tunggu kepulangan kakak aku..nak balik jugak..

mau aku kena tanya macam-macam karang sebab apa tak balik awal,, nak kata kat sungai merab teruk. tak jugak. petang ni pun dah hujan dah. insyaAllah oke.

akak aku nak hantar dah. tapi, tu la. bak kata adik laki aku yang first.. "dengar cakap abah tu. kalau abah suruh balik esok, jangan degil. " aku tak cakap apa-apa.. sekali. ha.. dah hujan. malas aku nak balik..

time abah aku mkan ptg tadi baru mak aku tanya kenapa tak nak hntar aku..

rupa-rupanya... ayah aku ada kerja nak suruh aku buat esok. maaflah sekolah. cakap ibu dan ayah kena dengar dulu. lebih diutamakan.. hehehe..

sedih jugak sebab aku dah siap nak pi balik ostel, tapi tak dapat sampai sana.
huhuhu..bila aku tahu je reason, aku teros tak jadi nak balik asrama...

okeh... cakap mak ayah kena dengar, okeh. papai. selamat belajar kawan-kawan semua..! rindu-rindu la kat aku. hahahah

kau panggil aku VACUUM.

assalamualaikum kepada perempuan dan hai kepada kaum adam.

kenapa begitu.?
sebabnya haram perempuan memberi salam kepada lelaki. dan makruh perempuan menjawab salam lelaki.
aku pernah belajar. dan aku nak mengaplikasikan dalam kehidupan aku. sama-samalah kita mencuba..

aku tahu. aku kuat makan. ada la satu haari aku balik umah dr ostel.
adik kecik aku kata. "ha... vacuum dah balik. pasni tkde la membazir"
aishhh,,,ape budak ni cakap...

dia pun tunjuk la makanan yang ayah aku beli and pelawa aku makan. hoi.. meyindir betul ko ye farouq ye. sapa ntah yang ajar dia.

tapi jangan risau. aku tak marah pun. aku wat lex je sebab memang betul pun apa yang dia cakap. kita makan kalau sayang benda tu akan luput tarikhnya. kita tak buat benda yang salah dan open je terima seadanya,,, aku suka perabeh kan makanan sebab aku fikir aku bukan orang senang pun, dan belum tentu aku akan dapat makan benda tu lagi kemudian hari,, rezeki kita masing-masing.. so, janganlah kita memilih dalam makan. diet pun kadang-kadang berdosa, sebab makanan yang tak habis kita akan buang...

okeh la. itu pun agak merapu mungkin. aku mahu berundur dari bercakap lebih . papai...

SSID menggoda aku

assaamualaikum..
haihaihai... cuti semua... aku buat cuti sendiri ni..aku ingat lama lagi cutinya aku bawak balik umah bju batik ostel je.. takkan aku nak p skola pkai bju uh. lwak ke. 

smlm aku layan cerita ssid sebenarnya, saya isteri dia kt utube. tahu tak aku ada novel and boleh dikatakan novel dan cerita agak berbeza. aku suka novel lagi.. sebab aku bayangkan laki dia smart gila.

tapi kalau ceritanya. aku ok je. mula2 tak suka. tapi lama-lama.. tangkap leleh plak citer dia. aku pun tengok dr pg smpai tgh hari . tu pun tgok pas wat keje mengemas, menyidai and sbagainya di rumah. aku suka buat kerja lepas bangun je dr tidur. smlm pkul 6 kot dh start mengemas. tu yang mak aku pelik awalnya anak dara dia bangun..sekali bila dh nak siap kmas aku tengok jam.. lah awalnya aku mengemas. balun je kemas tros. kadang-kadang mengemas dengan muka tak basuh lagi. ape aku kesah. jap gi aku mengemas kotor gak. 

cerita uh aku suka gila... tapi nampak banyak beza ngan novel. bg pandangan aku. novel dia aku baca terguling-guling dr ats katil sampai terjatuh..hahah..

okeh, tahniah kepada izzue islam sebab aku suka tengok kau... handsome kot. yang aku nak lakinya smart. tapi izzue handsome. ko berjaya menarik hati aku, padahal first tym aku tengok muka jambu kau. aku kurang ggemar tapi.. terjatuh cinta pulak dengan suami orang. tapi kak awin jangan risau. saya hanya minat sebagai artis. tak lebih..hehe..

aku takde la bayangkan yang berlakon tu yang famous famous.. biasa-biasa je. tapi... mybe aku ingin producer mencari pelakon baru yang berbakat lagi.. kira ok gak izzue uh.. pandai bawak watak..hehehe

follower aku mencecah 200.. wah. tak sangka. terima kasih korang..aku sayang korang..heheh

papai...

Saturday 22 June 2013

cerita satu hari 22.6.13

Assalamualaikum and selamat malam kepada you all semua.

sepatah berbicara, habislah kalian. mungkin aku bukan sesiapa untuk mengstory kan perkara yang best melainkan hal aku semata-mata.

cerita ini berdasarkan hati aku..

tadi, aku out pi pusat pembelajaran putrajaya presnt 8.. ayah aku tak bagi cakap ps sebab bukan ps katanya. aku pun ikut je..pergi terlewat sangat berbanding kawan kawan aku. pukul 12 aku sampai sana kot. tu pun nasib baik my abah nak hantar. aku putra ni lemh sikit. huhuh. harap je duduk lama kat selangor ni.

aku lama kat pusat pmbelajaran uh, tapi, kawan kawan aku si hajar, dieba, tot dah out dulu pi makan and solat . then dorang terus pi pesta bunga at prsint 2 uh kot. amek gamba sikit, aku masuk PP balik.

tragedi di PP:

pak cik PP uh asyik usha aku je. hai. takkan aku ni diminati pak cik pak cik kot. nampak kat situ yang aku ni macam dah tua. masalahnya aku ni nampak macam budak je rasanya. aku buat bodo la. sebab aku ni yng tak duduk diamnya. kejap ke sana, kejap ke sini.. pening pak cik uh tengok aku. kejap pi area ekonomi malaysia la, syariah la, bahagian novel pulak, akhir sekali aku pi baca resepi, kenyang perut tengok laut itu ini. huhuh..

aku dlm kul 3 keluar la .. sebenarnya tak perasan dah pukul 3. aku tepon akak aku, dia amek aku.

tup tup, gi pesta bunga tu jugak. *aku bukan hantu sangat dengan bunga. setakat minat ada gak. pompuan dan manusia kan. mesti tetap meghargai ciptaan Tuhan.

dalam perjalan nak gi sna, aku punya la tired nak tidur kat keta dah, tiba-tiba... aku tanya dalam hati bila nampak sorang minah ni pakai tudung macam si tot tgh berjalan. " eh ,,, siapa la yang rancang pakai baju sma mcm tot ni" tros aku pndg bila akak aku dh lepasi dorang. nampak mak cik hajar tengah stress.. aku ckp nan akak aku. dorang kata, kalau nk tumpangkn dorg, komfem2 la tak muat. nak sumbat lima orang teros kat belakang mustahil la...

kesian dorang,,, maaf korang....!

kat situ memang perggghhhh cantik gila landskap dia... moden habis... mcm2 la... aku yg kurgg minat, automatik minat sangat. rugi tak gi sana,... festival flora 2014 at putra. 2014.? aku pun tk tahu. dia tulis.

kat sini pun ada yang aku tak puas hati sebab,, maybe ada yang curi-curi amek gambar aku. mana aku tahu.? sebab aku ternampak la. duduk minum2,, tuptup aku tengok akak aku, ada mamat ni dah tumpukan dslr kat arah aku. *bukan perasan tau sebab aku tengok kat belkang aku tak de apa2... hoi. ni yang aku pantang ni. mentang-mentang dia dduk dgn family dia kat meja sebelah. yang aku pun satu, duduk tak boleh nak sopan. boleh aku arahkan kerusi tu kat arah akak-akak aku. kira macam menghadap dia la.

dah kena macam tu, tuptup aku chow dgn akak aku yang sorang ni nak pi beli air lagi. haus bangat. aku fikir positive. maybe dia ni memang hobi amek gambar kot. semua benda nak amek. lantak la. pas ni aku bukan akan jumpa dia lagi. mustahil....

dah jalan-jalan ni. aku pun pi la gerai buah. *pelikkan.? festival bunga tapi aku pi gerai buah. lantak la,
aku suruh akak aku pilih sebab, aku yang bayar.. duit ayah aku la.. aku yang pegang. beli buah mata kucing kat gerai tu okey la orang kedah kan. ramah benar. dah bayar , rasa nak pi beli cempedak pulak. wangi snagat. teruja aku. huhuhu...
*makan je kau tahu.

pi gerai fama kat sana, tetiba ada la sorang pak cik ni.. tengok je muka aku.. serba salah aku. aku pun tanya lah akak aku... wwei, aku tak tengok muka aku lagi ni. pelik snagat ke.? ada apa apa yang pelik ke kat muka aku ni. kot kot ada comot itu ini, . akak aku geleng je, and sempat dia tanya muka dia pulak. pastu aku buat bodoh je bila pak cik uh tengok lagi. sekali je jumpa ni.

aku pun mintak akak aku pilih cempedak, dia tak nak, sebab nak bawak keta taakut getah melekt. aku piilih and nak bayar. sempat lagi. orang kenalkan kebun sapa punya cempedak uh.. mula-mula dorang kata pelajar tingkatan 4 lagi. haila... aku la tua ni. tapi muka dia mcm dah tua sikit. tiba-tiba dia yang cakap,, tahun empat kat..... UPM kot . aku pun tak ingat, FAMA kan. situ je aku anggap. orng punya kebun yang borak nan aku. sempat lagi tanya aku sekolah mana.. warghh. nampak kat situ. aku muda.. perasan. aku diam je then penjual at situ gaak kata "hai, anak sndri pun tak tnye apa-apa. org kat sini pulak ko sibuk tanya".. aaku gelak je la.  aku dengar "hei. aku bujang lagi tau.!".. aku bayar and nak chow je. taapi sempat jugak. dia bagi duit baki then kata. nah yang lebih tu buat duit belanja sekolah.. aku ni blur. aku amek je duit. baru aku sedar yang baki dia lebih. tapi aku tak toleh bila jalan. haha..

aku anggap haari ni aku cerita story yang akan aku ingat nanti..hahahah. kelakar tu takde la. cuma pelik. yang penting bagi aku. aku sekali je jumpa org, bukan selalu. tak yah nak malu snagat la....

oke. out,..gumawo read my story . papai. assalam.

Friday 21 June 2013

apa aku boleh cerita..

alrite...! tangan dah miang dah ni. huhuhuh
bila tangan bersentuh dengan keyboard, terpaksa la orang yang nak baca membaca.

sekarang aku nak ubah tajuk blog...!

jadi blog DIARY,,, sebab aku asyik story pasal aku. ye la. aku ni suka brcerita. kot...????

aku ni homesick gak kot. asyik2 nk balik umah. rasa malu pulak dengan pagai aku ni...bukan apa. rumah tempat yang terbaik.

bila aku start bercerita..habis la. tadi, aku boleh balun cerita macam-macam dengan abah aku. padahal ayah aku ni bukan layan sangat story anak-anak dia. tapi tak tipu la yang apa yang pernah aku cerita dulu, ayah aku still ingat...
hahaha..

terkejut jugak aku. aku rasa abah aku lagi terkejut, bukan main banyak mulut aku tadi time abah aku amek aku kat asrama... mana tak nya. boring duduk diam, adik-adik laki aku tak de. sunyi.. so, mulut aku miang la...hehehhe. nasib baik abah aku layan je pagai aku... dia tanya gak la itu ini. kalau tak....buat malu je. aku story la apa aktiviti kitaorang form six. macam -macam. sampai aku kat umah rasa segan pulak sebab banyak pulak yang aku cakap dalam keta.

lagi satu story.. aku serba salah kot.. aku ni bukan orang yang pakar dalam buat surat itu ini. tengok-tengok, kena buat. aku tak rasa terpaksa. tanggungjawab kan.? tapi aku ni buat ala-ala je. entah okeh entah tak surat tu.. AKU BUKAN ORANG YANG PRO... huhuhu.. tapi aku kena mencuba. perkara baik, tak salah. cuma, kesian kat dorang,,, minta maaf korang sebab aku memang jenis tak pandai buat banyak benda... hanya benda yang aku di ajar dan dilatih betul2 je aku tahu. tapi, THANKS sebab bagi aku buat. itu aku anggap cabaran yang terbaik. surat office abah aku pun ala-ala je. tapi, ayah aku still luluskan.

tadikan...
aku sampai je kat umah.. wow... sunyinya. ni rumah aku ke.? ke salah masuk rumah..hahahah
rumah aku selalu bising.. rupa-rupanya mak aku tak de pi amek report kard.. hahaha.
aku boring so aku tengok la cerita hindustan...
dyba...! aku pun pandai nangis.. ceeritaa hindustan...hahahha.. cerita lama, tapi aku suuka sebab ada hero yang smart.... DIL HAL TUMHARA....kot tajuknya... suka...! da habis layan baru aku start type blog ni. hahahha.. entry untuk ingatan aku pada masa akan datang.

anda suka. terima kasih. tak suka... sama-sama..

Wednesday 19 June 2013

soalan lama akhirnya terjawab

assalamualaikum...

hei. still nak cakap agak merapu la.
aku keboringan sebenar benarnya. dan geram..

lantak la kalau  nak tahu geram tu apa. tu biar aku simpan sampai aku mampu bertahan. kalau aku tak mampu nak bertahan, baru aku try bercerita.

pernah yang bertanya. kau suka laki macam mana.? mereka bertanya mungkin mereka tengok aku ni bukan jenis suka sngat nak mgatal dengan laki. setakat main-main ada la...huhuhu

jawapan aku dulu  "aku.? ntah..." macam tak de keyakinan dan maybe tak berfikiran matang untuk mengucapkan apa yang patut aku kata.
setelah agak lama aku mengkaji.. fikiran aku yang kurang matang tentang hal-hal sebegitu hampir terjawab.

dulu kurang berfikir yang usia akan lanjut , tapi kini usia dah makin lanjut , aku berkata bukan berfikir untuk berkahwin awal, bukan kerana aku dah jumpa dan bukan juga aku nak menggatal cerita itu ini.

aku bercerita kerana aku nak keluarkan pendapat akal aku yang semakin nakal berfikir.

watak lelaki yang menjadi idaman sesetengah perempuan dan mungkin juga aku.:

* lelaki yang mengerti hal agama . walau sedikit, tapi tetap mempertahankan agamanya lebih dari dirinya. bukan sekadar tahu, sekadar berkata tapi lelaki tersebut haruslah seorang yang turut mengamalkan apa yang dipelajarinya dengan istiqamah.

* lelaki tu tegas. aku garang. tapi aku pengecut, aku tak tegas. aku inginkan seorang yang mampu mendidik aku dengan tegas, bukan dimanjakan. "dia gedik tak pe, tapi still tegas" ...aku ni bukan patern yang reti mengedik, sebab tu aku tak kesah dia mengedik. tapi over kalau nak mengedik je koje.
yang penting lelaki itu tegas laksanakan tugas. aku suka bila tengok polis.. nampak mereka punctual. aku jenis yang ingin dididik. bukan aku yang didik orng. uhuhuhu.

*yang sering mengingatkan aku  tentang banyak perkara dalam setiap saat. mungkin aku akan bosan, tapi, tak salah sebenarnya.

*bertanggungjawab adalah perkara penting.

percaya atau tidak, memng.! orang yang berani kcau aku pun, senior and junior. yang sebaya  tak berani.. mungkin ada sebab tertentu. lagipun. aku ..org kacau,lagi aku tak suka.menyampah. biar aku syok sendiri lagi bagus.huhuh

ajal jodoh ditangan TUHAN... Kuatkan hati aku agar sentiasa mencintai ALLAH...

Tuesday 18 June 2013

blog aku suram ke.?

assalamualaikum... hai korang. entry aku bosan. tak halang baca atau tak nak baca. ahh.! ayat tunggang langgang.

hehe.. aku baru tahu cik adik maahad ni ramai jugak yang berminat nak membaca blog aku yang agak merapu ni. mana aku tahu.?
au tahu pun bila baru baru ni, ada je suara sumbang..

" kak piya,, blog akak pink...hahahha" amboi bukan main korang gelakkan akak ya.? akak ni bukan apa, sekali sekala nak jugak tunjuk yang akak ni masih perempuan. *agak tak logik pulak ayat aku. huhuhuhu..

ada pulak bekas adik dorm aku tahun lepas. boleh dia cerita time cuti hari tu dia balun baca blog aku dari first entry sampai habis. dahsyat.... aku yang bukan main terkejut lagi. mana tak nya cerita aku yang macam keling pun masih ada yang nak membacanya. huhuhuh...

kadang kadang aku rasa aku menaip pun benda yang tidak mendatangkan hasil berbanding blog blog org lain. jelesnya...huhuhuhuhuhuhuhuhu...

insyaALLAH lain kali aku menaip benda agak bermanfaat..hehehhe.

OKEH. ASSALAMUALAIKUM....hhehehehe