Saturday 31 March 2012

"Farah Alias Nak Review Belog Saya "

ASSALAMUALAIKUM..


oke.. segmen ni aku join. main redah je join..haha..xpe kn..?hehe



terima kasih membenarkan sy join.. hewhew.. ^_*

aku suka join segmen..! hakhak

chow..ASSALAM..

Thursday 29 March 2012

PERINGATAN BUAT WANITA

ASSALAMUALAIKUM..




1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak)

2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun)

3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi S.A.W, " perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia. "

5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilu dan berjual beli ).

6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah S.A.W bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha dan Maimunah r.ha) datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum ) Rasulullah S.A.W menyuruh ister-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah?" Rasulullah S.A.W menjawab. "Bukankah kamu dapat melihatnya."

7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.

8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.

10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.

11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa dan juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.

12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur maka ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.

13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.








14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, makan akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.






15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah akan jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.

16. "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dasyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. "Rasulullah S.A.W ditanyai, " Mengapa demikian Ya Rasulullah ?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan Ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup. "


hehe.. setel! baca la.. ASSALAM..

segmen nasz : jom kenal blogger

ASSALAMUALAIKUM..

main rembat je aku join..huhu

tengok ke bawah.



soklannya :

A. Nama Penuh Saya?

SOFIYYAH BINTI SHAHUDIN

B. Nama Panggilan Saya?

PIEYA

C. Sejak Bila Saya Berblogging?

TAHUN LEPAS

D. Url Blog Saya?




setel dah..
wassalam..

contest cantik bertudung by Farina Hunny

ASSALAMUALAIKUM..



yeah.! suda lame x join contest..huhu.. ape2 je la..jom2..terjah FARINA HUNNY punya blog ya..

klik banner utk join


 my first GA :) mind to join it ?

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :

1. Digalakkan FOLLOW blog Farina .

2. Buat entry Contest "Cantik Bertudung" by Farina Hunny

3. Copy banner + FULL ENTRY( sampai BEST BY ye ) , then paste kat entry korang tuh .

4. Sertakan gambar ( LENGKAP BERTUDUNG ) yang korang nak pertaruhkan . MAKSIMUM 3 sahaja :)

5. Gambar yang dipertaruhkan menjadi hak farinahunny.blogspot.com sepenuhnya

5. tag 3 orang kawan , pastikan dorang tau .

6. Link entry korang kat ruangan komen ( KALAU PRIVACY BLOG , takleh buka , AUTOMATIK batal )

HADIAH-HADIAH :

FIRST PRIZE
❤ sehelai tudung / selendang
❤ sebuah buku
❤ seutas tasbih
❤ brooch
❤ ::: FREE sulam manik kat baju kurung :::

SECOND PRIZE
❤ sehelai tudung / selendang
❤ sebuah buku
❤ seutas tasbih
❤ brooch

THIRD PRIZE

❤ sehelai tudung / selendang
❤ sebuah buku
❤ brooch

NOTES
: contest ini diadakan utk sejukkan mata tengok muslimah bertudung :')
: contest ini dibatalkan serta merta jika kurang daripada 20 peserta / Farina meninggal dunia sebelum contest ini ditutup :')
: hadiah simple saje la keyh :') di"taja" sepenuhnya oleh Farina
: untuk hadiah pertama yg jahitan manik tu , agak leceh la ok :') sspe yg menang tu kne pos baju korang utk dijahit *100% hasil tangan Farina* . kalau hantar tempah mahal ouh , ni kasi free je taw :')

BEST BY : 30/04/2012
-atau maybe dipanjangkan-
 
_________________________________________________________________ 

gambar yang dipertaruhkan..:
 
 

oke..saye dh join cik farina.. terima kasih krn invite sy.. simple je contest ni tp, hadiah mahsyuk gak.. huhu..hope menang la..gamba sy simple n over plak..xpe kn..maaf andai tidak menepati syarat.. huhu..
 
yang di tag aku:
 
timye   
 
oke.jgn mare. 


yeah..! big bang, b1a4, and shinee new song

ASSALAMUALAIKUM...


lame tak story korea sini. hahaha. mahu tak nye. BEAST tahun ni tak kua kan single pon..haha. tkpe. aku tahu pasai ape..huhu.. group ni menjelajah negara-negara lain.. BEAUTIFUL SHOW la..kann..? tak silap aku. nak memperbanyakkan peminat la kan. sudah semestinya la..lagipun makin mantop..hakhak.. fighting BEAST.! korang comey. tak caye.? tengok la sendiri.. pergi search guugle..huhu..


kan aku dah cakap


nah ni hah big bang new song,! ntah la.. beast or tak..tapi agak mantop lorh..




nak lagi.? b1a4 plak la..jom3..



huihui.! best kan.? BARO uh..haha

ni hah.. SHINEE yang muncul setelah lame menghilang..



haha.. ok.. habis..layan la kalo rase mcm best..hukhukhuk.. =)

ok..assalamualaikum..

Wednesday 28 March 2012

bace jela..korang suka kot

ASSALAMUALAIKUM...


Bila jumpa pelacur tepi jalan, orang akan kata “Eee perempuan kotor ni” Padahal kita tak tahu dia telah dijual oleh bapanya ketika umur 10 tahun.Bila jumpa bekas banduan, orang akan kata “ish penjahat ni. jangan dekat dengan dia” Padahal kita tak tahu dia telah difitnah mengambil rasuah oleh sahabat karibnya sendiri. Bila jumpa pesakit mental, orang akankata “orang gila ! jangan kacau aku” Pad...ahal kita tak tahu dia telah didera oleh mak tirinya hingga mengalami trauma berpanjangan. Bila jumpa lelaki muka hodoh, orang akan kata “euww hodohnya. siapalah nak kahwin dengan kau tu” Padahal kita tak tahu lelaki tu kehilangan ketampanannya akibat melecur dalam
usaha menyelamatkan ibunya dalam kebakaran. Bila jumpa status ni, orang akan baca dan membiarkannya begitu sahaja. Padahal kita tak tahu dengan SHARE atau COPY benda ni kita dapat memberi kesedaran kepada orang lain sekaligus diri kita sendiri.
P/S : Kesimpulannya, jangan terlalu mudah membuat andaian... Jaga minda, jaga kata-kata dan jaga tindakan..JAGA HATI :)

 
HEHEHHE...thnx ya bace..aku copy n paste je..


nikah gantung

ASSALAMUALAIKUM..



jom jom bace..hehe..







Apa Itu Nikah Gantung?


Nikah gantung (atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah) sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.

Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.

Akan tetapi rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul). Tidak ketinggalan juga maskahwin pun perlu dibayar. Untuk hantaran boleh ditanggunhkan dulu.

Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti:

Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya.
Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar.
Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.
Setelah majlis akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan perlu tinggal secara berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Pada kebiasaannya pasangan ini akan tinggal di rumah ibubapa masing-masing.

Tujuan utama nikah gantung ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya penzinaan dan kelahiran anak luar nikah. Setelah kedua-dua pasangan ini melalui nikah gantung, mereka boleh bertemu, berdating, dan bermesra. Malah jika melakukan seks pun hingga melahirkan anak ianya tidak salah dan tidak haram. Anak yang mereka lahirkan itu adalah sah hukumnya.

Walaupun mereka nikah gantung, mereka adalah pasangan suami-isteri yang sah di sisi agama Islam dan undang-undang Kerajaan Malaysia.

Dari sini anda dapat lihat bahawa kesucian institusi kekeluargaan itu dapat terus dipelahara. Si gadis yang hamil dalam tempoh nikah gantung tidak perlu berasa panik dan gerun oleh kerana anak yang dikandung adalah sah. Dengan ini kes-kes dan isu pembuangan bayi tidak akan berlaku.

Di sinilah anda boleh lihat bahawa ajaran Islam itu amatlah mudah dan mampu meringankan umatnya dalam menjalani kehidupan seharian.

Semoga dengan perkongsian ini memberi manfaat buat anda.

FAKTA: Kebanyakan umat Islam kurang mempunyai kefahaman mengenai Nikah Khitbah dan takut mengambil risiko. Sama-sama kita semarakkan ilmu agama semoga kita sentiasa mendapat kefahaman :)

COUPLE ISLAMIK

ASSALAMUALAIKUM..




HAI GURLZ..*sory la laki..! korang jarang disini..hahah..tp kalo anda laki. terima kasih


wow..! fantastic baby..! hehe. tengah layan lagu big bang..jom jom..! aip.! tuka topic..bace je la. aku jejak fb tadi. terjumpa story comey untuk dikongsi dengan all.! maybe memberi manfaat..anda scrol ke bawah. anda jumpa storynya. hehe






COUPLE ISLAMIC….. 
Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...

p/s : yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya………......wallahualam


anda faham.? ok.. ASSALAM.. THNX FOR READING..

Monday 26 March 2012

jangn pandang hati org dgn cara pakaian mereka

ASSALAMUALAIKUM...!
*jawab2..! jgn x jawab.!  




tadi aku jejak sekolah rendah aku. sekejp la kot. tujuan mahu amek duit baucer rm100 budak tahu satu. adik aku la tu. penat jenuh nak menunggu sampai mesyuarat agong PIBG habis baru dapat baucer nye. huhu.. pukul 2 lebih tak silap habis. aku pon balik. time kat sana aku dok usha mamat nie. * tau ku buat dose. HEHEH..aku tarak malu ka. ?

time aku datang, aku nampak dia. ntah sape nth yng pasti, aku tengok bukan muka penyagak la dia ni. cuma agak kelakar pulak duduk tengok dia lame lame. rase macam kenal. nth la siape-siape pulak aku ni. mcm2. aku tak tahu la yang mamat ni duk tunggu jugak baucer tu. wak lek suda kan.? semua aku tak amek pusing tadi.

duduk tengok dia. org biase je. maybe dia macam aku gak kot. kena jadi wakil amek duit uh. adik-adik dia bawak tiga orang. naik motor pulak. *sory bang, x bley nk kasi itu org tumpang sama cik kereta ni la.

ye, aku tengok dia biasa je. nak bergaul dengan org. tak juga. memang pendiam kot. normal la ade yg pendiam. huhu. tapi, aku tak suka laki diam. kaku. dia layan je adik adik dia. nakal pulak. time penyampaian baucer uh. aku laju je nak amek. tapi dia lagi awal. aku tengok la.

"mak ko.! kale rambot ye.! ekor pon de pulak. gaya yang lain okey je." sekali tenngok.. dia ni org biase je. mcm aku. ni yg best jd kawan. takde la nak kerek-kerek.. 

tapi, aku bukan nak kata dia ni jahat. dia ni baik hatinya, cuma pengaruh kawan maybe ataupun zaman sekarang. nak ikut trend...layan adik ok je. tak garang. cakap dengan cikgu-cikgu sopan je. senyum lagi tu.. aku tak tipu. aku cakap je ape yang aku nampak. susah nak cari laki yang sanggup pergi sekolah adik-adik sendiri. walaupun rambut berkaler sekalipun. masih ade sifat tanggungjawab dalam diri dia. untung lah org dapat laki yg bertanggungjawab.

wanita, gadis, perempuan..tidak akan setanding kaum ADAM... ALLAH ciptakan ADAM untuk membantu kaum yg lemah ini. bukan untuk disiksa.

p/s: silap aku sebab menilai org dr luaran. ini sebagai pedoman. =)

terima kasih kerana sudi membaca walaupun ade sedikit ayat yang merapu meraban.. macam reban ayam.. kan..?? 

ASSALAM... 



Sunday 25 March 2012

TANDA-TANDA KEMATIAN SESEORANG

ASSALAMUALAIKUM..


100 hari sebelum kematian:

Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian:

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian:

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian:


Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian:

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir sebelum kematian:

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


Kubur/liang lahat Setiap Hari Menyeru kepada Manusia Sebanyak 5 Kali.
1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu sholat malam.
3. Aku rumah yang penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawarnya.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan Laa illaa ha illallah, Muhammadur Rasulullah?supaya kamu dapat menjawabnya.

sumber : Tausyiahislamiyyah


OK..! aku dapat info ni tahun lepas. bila aku belek belek balik fb ni la. time aku baca ni. memang aku tak sengaja nak baca kan..huhu..

lagi pun time tu arwah adik aku sakit teruk dah. dalam hati aku terdetik. "kenapa boleh ade yg tertayang dekat aku semua ni.? kenapa.? ade something ke yg akn terjadi" memang serius aku tak tipu. 

time tu arwah baru pergi hospital. kena tahan. pastu dua tiga hari lepas tu aku dpt info ni. mmg aku risau jugak la. tapi,, AJAL MAUT DITANGAN TUHAN, redha je la.. 

yg hidup bykkan lah beramal.. AL-FATIHAH kepada arwah adik aku..!


ASSALAM..=) 

Saturday 24 March 2012

cara senang nak dapatkan pahala walaupun selepas mati

ASSALAMUALAIKUM




*cik semua tolong jawab ya..huhu



--> Pasang kipas di surau/masjid walaupun 1 , setiap kali orang guna , anda dapat pahala walaupun selepas mati .

--> Derma kerusi roda di hospital . Setiap kali pesakit guna , anda akan dapat pahala .

--> Derma Al-Quran ataupun Surah Yasin di Masjid ataupun Surau.. Setiap kali org guna anda dapat pahala walaupun selepas mati..

--> Beri baju kepada orang , setiap kali orang pakai , anda dapat pahala .

--> Beri makanan kepada orang , anda dapat pahala selagi makanan itu menjadi darah dagingnya .

--> Menyampaikan ilmu yang bermanfaat , selagi mereka mengamalkan pahala anda tetap ada .

--> Kongsi mesej ini kpd orang ramai . Walaupun 1 tolong kongsikan kepada orang , anda akan dapat pahala sebab anda telah berdakwah untuk sampaikan ilmu.

Jom berdakwah < SHARE >

Friday 23 March 2012

jangan hanya pandang orang pandai

ASSALAMUALAIKUM..

Jeng jeng jeng.! Cik piya muncul kembali ..suka tak suka tak.? Hakhakhak.!
Wey. Result SPM ape mcm. Ceh.! Dah bape hari amek result baru nak Tanya.muahahah
Tak mo bagi tahu aku punya la. *mcm korang nk tau je.huhu

sijil pencari makan. Muahahah. Nak merapu meraban nanti la. Aku tak pandai sangat pon. Dapat result gila terkejut dan bersyukur sangat. Serious aku cakap. Aku tak pernah dapat A dalam periksa or trial SPM dulu. Tuptup..! ALHAMDULILLAH. Rezeki aku kan. Bukn aku sorang je tk percaya. Ayah aku pun. Terkejut. Ye la. Aku memang kaki relax je kat rumah ni. Huhu



Belajar bukan hobi aku. Kann..? *tolong jgn iya kan.
Aku ada A- tau.! Haha. Org poyo dengan A+ kan.? Tak pe. Aku nak juga cakap  A aku ni rezeki yang aku dapat dari ALLAH.! Aku bersyukur sangat. ALHAMDULILLAH. .

Ok.! Dengr sini. Yang pandai sering di sanjung kan.? Tak de derh.! Aku tak suka kot dengar. Rezeki masing masing, ALLAH dah tentukan. Ada yang Berjaya tym SPM dan lupa segalanya yang perjalan hidupnya masih terlalu jauh. Bila ada yang gagal dalam spm. Atu tidak mempunyai A dalam spm juga. Mereka akan lebih berhati hati kelak kerana mereka pernah terkena. Betul ke tidak.? Suda tentu betul.



Yang Berjaya dahulu. Tak mungkin juga akan Berjaya kemudian.
Yang gagal dahulu, tidak mungkin juga dia akn tetap gagal seumur hidup.


Sekiranya amal ibadatnya kurang. Aktiviti social lebih. Agak merbahaya. Berubahlah dari arah yang diredhai-NYA. Jangan terlalu angkuh dgn kejayaan. ALLAH mampu melakukan segalanya yang sukar untuk kita jangka. Sifat berpada-pada sudah cukup.

Hoho.
Ok..papai. assalam…

Monday 19 March 2012

be the best woman in the world

ASSALAMUALAIKUM...

*cik semua jawab la salam saya tu 


hai.! moshy moshy..*japan ..hehee

bila jadi rajin tahap ape nth. memang byk la post aku nk buat. aiyo.! piya piya.! lantak pi la aku nk story ape pon.muahahahah.. *jangan duk menghadap lappy je ea mcm aku. 

aku ni boring dengan hidup yang HIPOKRIT la kan. padahal dalam hati korang "hek eleh dia ni. dia yang hipokrit lebih" hahaha...andaian aku la sayang.!

tolong la abaikan tajuk. story saya tak berkaitan la.

if u want ur self have a someone special.! plez u always be honest. ok.! don't pretend.! that will make someone hurt.! right.?

arghh..sory. eng aku tungang bin langgang..hakhakhak..

*ok. aku merapu.!


sebenarny. nak cakap. kalau korang nak seseorang suka kat korang dengn ikhlas. dan menerima diri korang seadanya. korang kena la selalu menonjolkan sikap yang sebenar korang tanpa berselindung sedikit pon.  mungkin dia akn terima. mungkin juga si dia akan membantu mengubahnya sedikit demi sdikit. padahal pada asalnya si dia akan tetap suka perangai lama kamu.

hhahah..statement merapu giler. #takpayah baca la sepatutnya korang ni

muahahaha..papai.assalam

Sunday 18 March 2012

bertemu kembali lelaki yg aku minat gila tym sekolah rendah



wei.! cuba baca.! hehe..aku minat kat budak ni time darjah 5 n 6..huhu..kekal dua tahun aku minat gegiler kat dia. nak tahu nama.? ak payah la. malu kot nk bagi tahu. aku syok sendri rasenye.  sebab dulu si mamat ni tym uh tngh hangat bercintan dengan kawan aku.

aku suka dia sebab dia cute saje. muahahahh.. time akhir tahun darjah 6 dia tahu yang aku minat kat dia. budak taman aku la bg tahu. haha. lawak. *ye ke.? 

time darjah 6. ade abg ni nk jdkn aku adek angkt dia. tapi. aku tak mo. dia dh mcm kejar ape nth. tiap2 petang dtg cry aku at kelas. haha. tapi aku just minat kat mamat kelas aku je. nak wat cam ne. muahaha 
tapi si awek  mamat ni pulak yang berkenan kat abg uh..geli la pulak pnggil abg..

tapi mamat ni buat derk je. dia suka ke sebenarnya kat minah uh.? nth la. tapi nak dijdikan cerita mamat ni periang orgnya.. gatal pon ade. haha. dia ni alwys gak la pngacau hidup aku.. tolak kerusi aku, mengendel ngendel at kerusi aku la. curi kerusi aku pon kerja dia. penat dengan perangai dia kot. tu sebab aku suka dia.  satu hari uh. kitaorg pergi rehat. masuk je kelas. beg aku ade kat sebelah tempat duduk dia. dia mushkil la kan. berkerut muka. tapi bila aku nak amek beg aku. dia x bagi. memang nak kena betul. tapi..aku buat bodo je. gerenti dia bagi balik.. start dr ary uh makin suka pulak dia mahu ngacau idup aku. haha.

tenang jugak la. budak yang aku minat mengacau..muahaahha..rase tak salah syok sendiri..muahahah...

okeh okeh okeh..senanye an. ary uh akak aku suh teman pergi isi minyak kat petronas. aku turun la pergi bayar kat kaunter. tym sampai kaunter..mak aih..kaku pulak darh. mcm ku kenal dia ni..hahaha..kelu lidah kot.. di toleh je. dia kata "hai.!" mak kau. cair der.! senyuman ko tu...aku nk tegur. tapi mlu kot. aku ckp jmlah. teruss chow..mesti la di tak ingat aku. kan.!


sedihnye..tak nak jumpa dia dah lepas ni..huhu..

okeh la..papai..assalamualaikum

Thursday 15 March 2012

pesan kepada yang sering memberi salam



SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM" apebila berchat apakah maksud disebaliknya??

Maka ber...palinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pada pagi hari lepas,kawan saya dengar radio ikim (91.50 fm). Dia forward an ilmu ini kepada saya bahawa Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;
“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”
* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.
* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong SHARE kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya


*hasil copy and paste..

Saturday 10 March 2012

sakit hati yang tak tertahan





Malas nak ckp senanye.


 Aku pntng kalo org kate :
“Poyo kn ko nk buat kerj umah bebyk.!”


Wei.! Ape ni.? Aku tak poyo.! aKu punye hobi la.! Mmg dari kecik mak ajar aku mengemas. Jgn jd pnyepah. Selit smpah situ sini.! Fham.!  Lantak ko la.. aku tak suka nk buang msa dengan TIDUR je …mak sakit mata je tengok aku kalo duk tidur.!  baik aku tolong mak aku.! Kan kan kan.? Hhahhaha

*tak harp ko bace


Aku pantang tengok pompuan or laki :
tidur pagi.!

Rezeki tk masuk  la dear.!  Hoho..aku tak tipu. Semua tahu.

Ok! Tak tipu.! Kalo aku tidur pon sekali sekala sebab aku penat.! Harap aku tak buat la tidur2 pagi lps ni.! Hoho..doakn ye awk2 sekalian.! Muahahahha…

Dah la..mls aku nk mrapu sakit hati aku ni. Aku mmg cpt naik angin!


Salam.


p/s: mak aku je tahu aku mcm mne.! Yg len tak yah mngata.

Wednesday 7 March 2012

serious malas



hai,,reader.! aku tak ade idea sebenarnye nak update ape..hoho

tangan cik jadi pemalas sebentar la..lalalala.hehe..  dulu taip menaip ni jdi hobi. tapi bagi kali ni. seriously malas..
mak..! tolong mak! anak mak jadi malas..
hek eleh..pemalas nak menaip jew..muahahaha

hobi aku pon aku ta tahu skunk ni ape.. on FB pon xdah..malas la.. aku nk minta maaf sangat kpd yang aku tak follow ag.. kepada yng jmput join GA or ajak aku join itu ini at FB uh.. sy minta maaf cik kak cik abg..mood tak datang lagi. nanti dah datang aku join la itu ini..


yang follow aku..jangan risau.! aku akan follow balik ea..! itu dah tugas aku..

jgn x prcaye kat budak ni.!


muka kerek sih.! muahahah..ok. papai..salam

Thursday 1 March 2012

update ke ni.??



huhu..aku dah start dah..hehe..
sesaje punye post ni..dikala aku buntu
hahaha

layan pic yang aku ade..
huhu


yoseob2..


tu dia incik yoseob..! cute jugak..hahah



  
yoseob..! kau mmg cute sesngt..!
hoho

k..la..
papai..salamm...

PETUA SERONOK MEMBACA AL-QURAN



1. Mulakan dengan Ta’awwuz dan Bismillah.


2. Baca al-Fatihah sekali sebelum membaca apa-apa Surah pun. 

3. Sekali-sekala jenguklah terjemahan al-Quran bagi memahami maksud ayat-ayat yang tidak difahami.

4. Sediakan satu rekod yang mencatatkan jumlah ayat atau mukasurat yang dibaca setiap hari. Dengan ini kita dapat mengetahui sejauh mana pencapaian kita untuk tujuan penambahbaikan. 

5. Hafal beberapa ayat daripada al-Quran untuk dibaca dalam solat.

6. Ulangi ayat yang anda rasa memberi kesan kepada hati anda sebanyak 3 kali. Contohnya dalam surah al-Ankabut ayat 57: “Setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai mati.”

7.Dengan kecanggihan teknologi terkini, bacaan al-Quran oleh mana-mana qari/qariah boleh didengari dan dihayati bacaan tersebut sambil memandu, memasak, sebelum terlena dan sebagainya.

8. Jadikan bacaan al-Quran sebagai penawar keresahan hati dan sumber ketenangan. 

9. Setiap kali berdepan dengan sebarang masalah, berwuduklah, buka al-Quran dan baca isi kandungan dan terjemahannya. InsyaAllah, jawapan kepada masalah yang dihadapi kadangkala akan ditemui dalam al-Quran. 


Credit to: Mohd Shauqi Othman
Majalah Solusi

BILA DIHARUSKAN MEMPERKATAKAN KEBURUKAN ORANG LAIN



Hukum asal memperkatakan keburukan orang lain adalah haram. Jika keburukan itu benar-benar dilakukannya lalu kita memperkatakannya (tanpa suatu desakan yang diiktiraf oleh Syariat) kita dianggap mengumpat (ghibah). Jika keburukan itu tidak dilakukannya (yakni kita yang mengada-adakannya), kita telah melakukan dosa fitnah dan juga ghibah (umpatan). Samada mengumpat (ghibah) atau fitnah, kedua-duanya adalah dosa besar, apatah lagi jika menggabungkan kedua-duanya. 

Dalam Soheh Muslim, terdapat hadis dari Abu Hurairah yang menceritakan; Nabi pernah bertanya para sahabatnya; "Tahukah kamu apa itu ghibah (umpatan)?". Mereka menjawab; "Allah dan RasulNyalah yang paling tahu". Nabi menjawab; "Ghibah (umpatan) ialah kamu menyebut tentang saudara kamu sesuatu yang ia tidak suka". Lalu seorang bertanya Nabi; "Apa pandangan kamu ya Rasulullah jika apa yang aku sebutkan tentang saudaraku benar-benar ada pada pada dirinya". Jawab Nabi; "Jika ia benar-benar ada pada dirinya, lalu kamu menyebutnya, maka kamu mengumpatinya. Namun jika ia tidak ada padanya, lalu kamu menyebutnya (dengan mereka-rekanya), maka kamu telah mengadakan suatu pembohongan terhadapnya".
- (HR Imam Muslim, Kitab al-Birr wa as-Silah, bab Tahrim al-Ghibah). 


Bagi masalah ghibah (iaitu menceritakan/mendedah keburukan orang lain atau menyebut orang lain dengan suatu nama yang buruk) dikecualikan bagi enam situasi berikut mengikut yang dijelaskan oleh para ulamak (antara Imam an-Nawawi dalam kitabnya Syarah Soheh Muslim dan Riyadhus-Salihin):-

A) Apabila diri dizalimi - Harus orang yang dizalimi membuat pengaduan kepada pemerintah, qadhi atau pihak berkuasa lainnya dengan menceritakan keburukan atau kezaliman orang yang menzaliminya.

B) Memohon bantuan untuk mengubah suatu kemungkaran dan mengembalikan pelaku maksiat kepada kebenaran, seperti seorang melaporkan kapada pihak yang berkuasa mengubah kemungkaran - "Si Fulan telah melakukan perbuatan sekian sekian, tegahlah ia".

C) Bertujuan mendapatkan fatwa (pandangan agama) - seperti Hindun yang mengadu kepada Nabi sikap kedekut suaminya. Ia berkata kepada Nabi, "Ya Rasulullah, suamiku Abu Sufyan seorang yang kedekut, bolehkah aku mengambil wangnya tanpa diketahuinya?".

D) Memberi peringatan kepada kaum muslimin agar berjaga-jaga dari suatu kejahatan, seperti mendedahkan kepalsuan seorang yang pura-pura alim atau pembawa ajaran sesat supaya orang ramai mengetahui hakikat dirinya yang sebenar. Begitu juga, mendedahkan penyelewengan seorang pemimpin dalam mentadbir rakyat kepada orang yang berkuasa melantiknya agar mereka tidak tertipu untuk terus memberi kuasa kepadanya.

E) Seorang yang berterang-terangan melakukan dosa atau kesesatan seperti berterang-terang minum arak, berterang-terang menganut fahaman sesat atau seumpamanya. Orang sebegini harus disebut tentang dirinya dengan maksiat yang dilakukannya secara terang itu. Adapun maksiat yang dilakukannya secara tersembunyi, tidak harus disebut kecuali ada suatu sebab yang lain.

G) Untuk memperkenalkan seseorang, harus menyebut seseorang dengan suatu gelaran jika ia masyhur dikenali dengan gelaran itu. Haram menyebut suatu gelaran dengan tujuan merendahkan martabat orang lain.

Dalam enam situasi di atas, dibolehkan kita memperkatakan/mendedahkan keburukan orang lain kerana ia mempunyai tujuan yang diharuskan Syariat untuk maslahah yang lebih besar dari maslahah individu yang diperkatakan keburukannya. 


Oleh kerana hukum mengumpat adalah haram pada hukum asalnya dan dosanya adalah besar, maka orang yang terpaksa menggunakan pengecualian di atas hendaklah memerhatikan perkara berikut:-

A) Memerhati niat dalam hatinya; apakah ia benar-benar terpaksa memperkatakannya atau hanya lahir dari keinginan nafsunya sahaja. Jika hati benar-benar berkata; "Aku wajib mendedahkannya demi agama dan ummah", maka bertawakkallah kepada Allah dan teruskanlah apa yang diyakini. Namun jika hati berkata; "Ini hanya keinginan nafsu sahaja", batalkanlah niat untuk berkata tentang orang lain itu, kerana padah yang bakal kita terima tidak padan dengan sedikit kepuasan yang kita dapat.

B) Ia hendaklah mengukur natijah darinya; adalah dengan memperkatakannya akan membawa kesan lebih baik atau dengan senyap sahaja dan mencari pendekatan lain yang lebih baik untuk membetulkan orang terbabit.

C) Setiap yang dilakukan kerana darurat (kerana hukum asalnya adalah haram) tidak harus berlebihan, yakni dilakukan sekadar perlu sahaja.

D) Maksiat yang dilakukan berkait dengan orang lain, yakni pendedahan terpaksa dilakukan untuk mengelak orang lain turut terlibat atau terzalimi jika mereka tidak mengetahuinya. Adapun maksiat yang bersifat peribadi tidak harus didedahkan kerana ia adalah dosa antara pelakunya dengan Allah. Sesuatu yang ditutup Allah, tidak berhak kita membukanya kerana nanti keaiban kita pula akan dibuka Allah.

Walalhu a'lam.

Rujukan;

1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, Kitab al-Birr wa as-Silah, bab Tahrim al-Ghibah.
2. Riyadhus-Salihin, Imam an-Nawawi, Bab Ma Yubahu Min al-Ghibah.


Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
http://ilmudanulamak.blogspot.com/