Friday 28 December 2012

lelaki oi.. ! stop smoke bole tak.

hai .. assalamualaikumm...

*jawab.!

hahah..tajuk tu hah..tengok jangan tak tengok tau.
aku tak suka tengok laki smoke and  busuk.  ! sakit hidung kot.


ape yang bagus .? elok untuk kesihatan ke dik oi..
*aku kesian tengok adik aku terjebak dalam kancah merokok ni. 

bila dah smoke, cepat marah marah, pastu muka cepat tua adalah aku tengok. mula la kedut sana sini. ha.! dah tu sebuk pakai alat kosmetik pulak dah. parah.!

and other thing is, muka jadi kurang berseri..aish. apa mahu jadi..kesian. banyak makanan kot boleh mkan.
*aku kuat makan, so aku bersyukur ada byk makanan kt dunia ni..hahah

adik aku yang comel comel gitu, tak sesuai terjebak ke kancah smoking ni!





okey bai.! salam... 


aku a.k.a kak ros

assalamualaikum.

story berjela la aku ni. sementara tak ssekolah ni, update blog la kan. bila lagi.hohohhoh

okey . nak habaq something je. aku dapat gelaran KAK ROS.

pemberi gelarann tu adalah dua org adik lelaki aku  yang geram yang amat dgn pagai aku yang suka membebel kat dorang sbb sepahkan rumah...

anak jiran aku pun ckp aku mcm kak ros gak.!
parah ....! lantak la kan....





ha. ! tu dia kak ros upin ipin...


ni gambar over kot,  





seriously. aku tak suka tengok gambar aku tu. tembam kot tym uh.. cuti tak ingat nak diet. haha..
tym ni kat langkawi, abah aku la, katanya nak gi pantai je, dok homestay kan. so kena la gerak naik van.( anak ramai kan. so van je la yang mampu menampungnya) memang gi pantai abah oi.. naik bot kan. aish. tu pun tak tepek bedk langsung.lantak kau la piah oi..

chow la...
tak kenal, tak tahu orang ni garang atau tidak, jiran-jiran aku tahu sangat la kut.

hobi yang unik tau

hai hei. what up. ! opppss..oke

ASSALAMUALAIKUM...

hei reader. keep reading okey.!

disini aku mahu habaq something tau. korang tahu tak. aku nak merapu je.
aku ad hobi unik tahu. korang ada.

jeeeeeeeeeeeeeeeeeeeennnnnnnnnnnnnnnnnnnnnngggg    !!!!





aku bukan nak habaq yang aku rajin la.

hobi aku yang tu adalah.... suka kemas rumah awal-awal pagi.
awal pagi tu pukul bape ye.?

okey, awal pagi uh dalam pukul 1-4 pagi la aku akan buat koje kemas-kemas ni. dah setel aku tido balik la.


maybe ada yang ada hobi macam tu. tapi aku jarang jumpa tau.hahaha..
kesian orang yang tengah tidur kat rumah lain. dorang bangun bangun mesti pelik dengar bunyi gong gang gong gang kat dapur tengah basuh pinggan mangkuk la and wat eva la.
memng aku pun tak bole elak hobi aku yang satu ni.


sebab aku mengemas tengah malam-malam buta tu sebab aku tak suka kemas rumah tym oraang tengah berjaga. semak mata kot. aku dok kemas, diorang dok sebok nak buaat itu ini. dah macam nak menyemakkan umah tau,!

gerammmmm

maklumlah adik-adik aku 4 laki, 1 pompuan. pompuan tak ada hal la. laki tu yang problem uh.aish.! aku marah macam beruk makyae pon tak de maknanya depa nak dengar. dah macam mak cik tau.....

*dh gaya luahan isi hati pulak.



aku akan tidur awal malam uh. kalau tym solat dalam pukul 9.30 mlm r tak pun pkol 10.
kalau tak boleh solat, pukul 8 akuu dah redah katil, tarik dengkur la kan. ape lagi...tak penat tapi mata aku miang nak jumpa katil. hahaha.

tapi jangan risau, aku bangun pagi awal, cukup 6,7 jam aku tidur, aku bangun laa,, tym tu la aku mengemas rumahnya,,, sunyi je tau malam malam. tapi nak takut apa. separa sedar la katakan. hahahah..


nak sihat lagi, jogging pagi-pagi tym tak sekolah lagi ni...hahaha.
nanti tak boleh jogging dah. esok last jogging kot.
so sad..
 

Tuesday 25 December 2012

Pulut hitam-memutihkan kulit


Ambil segenggam beras pulut hitam itu digoreng(tanpa minyak) sampai hamper hangit. Kemudian ditumbuk bersama dengan kulit kayu manis, ambil kunyit yang sudah dikupas kulitnya lalu diparut. Kemudian campurkan ketiga bahan itu menjadi satu. Apabila Nampak hitam, tambah lagi kunyit. Simpanlah di tempat yang tertutup supaya tidak kering, kalai berbau tidak sedap jangan pedulikannya.

Bubuh ramuan itu ke seluruh kulit terutamanya muka, bila sudh kering cucikanlah, dan bubuh pula dengan yang baru. Rawatan ini untuk memutihkan kulit.


….huhuhuhu
setel

Monday 24 December 2012

Buah delima putih – mengurangkan kegemukan.


Pokok delima biasanya ditanam di kebun kebun dan ada juga yang ttumbuh di tepi rumah. Buah delima putih berkulit kras dan berukuran sebesar penumbuk. Buahnya mempunyai ulas yang begitu kecil dan rasanya manis.

Sebagai penawar:



Orang yang terlalu gemuk memang tidak manis dipandang mata. Kadangkala orang yang gemuk menghadapi masalah seperti selalu penat, jantung selalu berdebar dan selalu menghadapi masalah susah bernafas.

Dalam perubatan tradisional memang ada cara yang tersendiri bagi mengatasi maslah tersebut. Bahan-bahan untuk ramuan itu juga mudh didapati. Cara membuatnya adalah seperti brikut.


  
Cari dua biji delima putih, dicuci bersih dan ditumbuk sampai halus. Kemudian digaulkan dengan air masak sebnyak tiga sudu dan dicampur dengan sedikit garam.
Setelah itu airnya diperah dan ditapis atau disaring kemudian diminum 3kli sehari. Amalkan cara ini, gemuk badan akan beransur kurang tetapi tidaklah sampai begitu kurus. Selamat mencuba.

………………………………………………….

Toink toink toink..
Muncul pun aku. Hahah. Wei, aku tak pernah try. Saja nak taip info buku org ni. Tradisional kan.
Hope ad yang berminat untuk mencuba. Yelakan. Sekrang ni mcm2 ubat diet dah ada. Teh orang kampung pun ada.
Ok. Out, thank for reading.

Susu- merawat kulit muka Susu- merawat kulit muka




Assalamualaikum. Hai all. 

Lama kan aku tak menaip .ahahah. *poodah.orang lain tak kesah.

Aku nak bagi ilmu sikit ni. Haha. Info suda.! bacalah dibawah , kawan oi..! hohoho.

Asal ilmu ni dari buku karya: Amina Hj. Noor. (makanan sebagai penawar atau bisa)

>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<< 

Memang tidak dapat dinafikan susu mempunyai khasiat yang menakjubkan. Ia makanan kesihatan yang tidak perlu dipertikaikan lagi. Susu memang perlu untuk tumbuhbesaran bayi dan anak-anak. Jika anak-anak tidak mengambil susu bermakna mereka tidak makan apa apa, begitulah khasiat susu untuk kesihatan manusia.

Sebagai penawar:

Susu yang diminum dua gelas sehari menghindarkan pereputan tulang bila wanita putus haid.
Susu memang sesuai diambil bagi mereka yang baru sembuh dari sakit. Meminum susu setiap hari menjadikan kulit cerah dan berwarna kekuningan.
Selain daripada itu susu boleh merawat kulit muka. Barangkali ada di antara para pembaca yang merasakan kulit mukanya tidak halus, terutamanya kaum wanita. Memang terdapat berbagai-bagai cara bagi mengatasinya. Salah satu cara petuanya ialah menggunakan air susu.
Tidak susah untuk membuatnya. Apa yang perlu dilakukan ialah dengan memanaskan susu sehingga mendidih. Kemudian susu tersebu didinginkan di satu tempat khas, seperti dalam mangkuk atau sebagainya. Bila susu itu sudah sejuk, lalu disapukan ke bahagian kulit muka. Biarkan susu itu kering dimuka. Bila sudah kering bersihkan pula susu di muka dengan air hangat. Lakukan cara ini setiap hari. InsyaALLAH dalam masa yang singkat wajah anda akan menjadi halus.

Bisanya:
Jika terminum susu basi boleh menyebabkan cirit birit dan muntah-muntah. Jika ada lebihan susu botol anak hendaklah dicuci bersih bagi menjaga kesihatan mereka.

……………………………

Jeng jeng jeng…. Tamat sudah. Aku copy bulat bulat ayat dia tau. Try la korang. Nak kulit muka haluskan.?
Lagi-lagi wanita.. hahah. *aku pun. Aku pernah try. Memang okey la. Tapi aku baru baca buku ni..hahahah..
Kita tak boleh percaya kepada benda ini semata-mata tau. Kita letakkan kepercayaan kita kepada PENCIPTA kita ya.!
ALLAH… kannnnnnnnnnnnnn.

Out la. Dah penat aku nak taip itu ini.

Monday 17 December 2012

syariah - wadiah (stpm 12/13)

pengertian :

bahasa: simpanan, iaitu sesuatu barang yang diamanahkan kepada orang lain untuk dijaganya.

istilah: mewakilkan atau memberi amanah menjaga harta kepunyaanya atau dihormati yang tertentu dengan cara yang tertentu.

dalil wadiah :  al-quran, surah an-nisa : 58.

 "sungguh , Allah menyuruhmu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya,......"  (amek sampai situ je) dlm exam x de letak makna. kena letak dalil al-quran atau hadith.


hukum:

- sunat : apabila dia percaya akan dirinya dan sanggup menjaga barang tersebut.
-wajib : sekiranya terdapt orang lain yang lebih baik dan lebih dipercayai.
-haram : apabila seseorang itu tidak sanggup menjaga sebagaimana semestinya.
-makruh : apabila orang kurang yakin akan dirinya untuk menjaga amanah tersebut.

rukun: (ikut aturan yang betul)

1)orang yang menyimpan
2)penerima simpanan
3)barang yang disimpan
4)sighah(ijab dan kabul)

syarat sah wadiah:

1) syarat penyimpan dan penerima simpanan:
    - sempurna akalnya
    -baligh
    -cerdik

2) syarat barang yang disimpan:
    -brg yang boleh diterima(dipegang) oleh tangan.


hikmah wadiah:

- menanamkan sifat mahabah an tolong menolong antara satu sama lain.
-menjamin keselamatan harta benda dan memberi kemudahan kepada orang yang ingin mengembara.
-untuk memimpin manusia supaya bersifat bertanggungjawab terhadap hak hak orang lain.


keadaan yang boleh membatalkan wadiah:

-dengan kematian oleh salah seorang dari penyimpan atau penerima simpanan.
- dengan sebab gila
-dengan sebab pitam.
-dengan sebab penyimpan menarik diri.


berakhinya hak gadai syariah :


-hutang piutang yang terjadi telah dibayar dan terlunasi.
-marhun keluar dari kawasan murtahin.
-para pelaksana tidak melaksanakan hak dan kewajibannya.
-marhun tetap dibiarkan dalam kekuasaan gadai ataupun yang kembalinya atas kemauan yang berhutang.


akaun simpanan dan akaun semasa :



sistem perbankan islamik dan sistem perbankan konvensional:







Sunday 16 December 2012

balun je la aku nak upate..

assalamualaikum..

tuptuptuptup.... skarang ah 16 ary bulan 12 kan. dah nak dekat skola dah.
ala....! tak mo gi skola lagi. nak goyang kaki kat umah ni. tak puas lagi. kalau duduk asrama,, hampeh la aku leps ni. pemlas kembali la kan. aiya...! macam mana ni.

akhir akhir bulan ni memang banyak benda tau yang mahu difikirkan. ha....! aku ni malas sangat tau sekarang ni. ahhhhhhh..!


result stpm penggal1 kata nya kua akhir bulan ni. tapi tarak tahu la betul ke tak. ni yang makin gabra ni...!

aishhhhh!

oke tu je  aku nak upate untuk hari ni.. aku skrg ae prob lain lak engan reader lain. and sory.....!!!


assalamualaikum...

peace no war.

Saturday 15 December 2012

I like it.! Ada kau kesah….?


Hai! Oppss..

Assalamualaikum all.! Nak hapdate something tak important. Itu bagi kamu semua la. Bagi aku itu penting tau.
Okeh . kan aku ada kata yang aku cuti cuti ni jogging setiap hari kan. Memang aku jogging tiap hari.
Semalam la and kelmarin. Aku bukan nak kata tak happy. Okeh je. Mood jogging tak lari pon. Cuma aku kurang sikit mood jogging..


Tahu tak pasal apa. aku tak Nampak ‘adik’ aku pulak. Sadis kan. Padahal aku tak tahu  umur dia pun. Asal tiap2 hari Nampak, jadi sangkut plak situ, hahahah.. nak kata smart, yeah! Aku suka tengok dia lari tak henti2. LIKE.! HAHAH..

Sekali hari ni dia muncul dpn aku. Terkejut gak. Rambut dia berombak-ombak bila lari. AISSSHHH.! Byk beno dosa aku.

Muka nya comel mcm budak so aku panggil dia adik je. X pernah tegur pun. Woi.! Malu kot main tegur2 ni.
Main  jeling2 ada la. Aku jeling  dia, dia jeling aku. ! ahh.! Kantoi tadi kot….

Pasal aku rindu sangat, aku usha je la. Lagi pun sblom ni aku jrg usha dia.bersilang lari je ngan dia. Sekali amek kau,,, dia pandang aku.! MAK AIH.! Smart gila. Mata ala-ala cina gitu, and dia Nampak budak. Hahahhahahah…

Hanya story sedap mulut tangan aku je. Nak lepaskan rindu ni senanye…

Ppppsssstt..! agak-agak akan terjadi tak perbualan antara kitaorang.? Okeh aku merapu. Mustahil aku nak cakap dengan orang yang tak dikenali identity..

Aku memang balun je taip menaip ni. Sorry aku dah jarang update blog. No idea la… so sorry ya.!
Bai . salam all! Harap bertemu nanti…………………………………!

Tuesday 11 December 2012

lightroom photoshop

aku nak berkongsi something tau.

aku akan bagi tahu korang something interesthing.. but,,,korang kena diam diam tau. sat lagi aku habaq kat korang semua. mahu tahu tak.?

selain photoshop dah ada adobe lain. dah tahu..?
kalau dah tahu diam. aku faham sekarang orang semua nak senang. tak mahu nak
keluarkan duit. yeah.!
kalau ada yang macam tu. join aku jom. aku macam tu...

bkan kedekut tau, aku seriously tarak mampu. kerja pun tak. duduk rumah goyang kaki je.
bukan sebab dah kaya la. aku tak dibenarkan kerja. nak buat macam mana kan.

okeh. sory tau aku terpaksa hentikan celoteh dulu. nanti bila ada masa aku buat tutorial nak download lightroom tu ya.! INSYAALLAH..tau.!

internet aku jammed skrg..sory.!

assalamualaikum... ^_^

jom join aku jogging

ASSALAMUALAIKUM..

hei you.!
come back stage la..kahkahkahkah.
merapu je kejenya la kan. aku tak pandai berkata-kata macam korang.



yeah.!
aku rasa benda ni memang mendatangkan manfaat.

JOGGING.!

korang. jom la jogging. best. aku tak tipu. bila first time tu memang aku lembab sikit. aku bukan
pakar dal bidang jogging ni.
aku bukan kisah pasal badan tu gemuk ke tak. asl kan kita fikir pasal kesihatan badan kita. kan.?

aku frst time pergi jogging pun, malas malas jugak jogging nya. aku jalan je banyak.
aku yang paling jelousnya bila tengok laki jogging.
aku tahu kudrat dorang, kaum adam lagi dahsyat. seriously. aku kagum. suka tengok sangat-sangat
exicted tengok dorang jogging tak berhenti. aku pun mula nak jogging betul betul.

aku jogging di......


TAMAN TASIK CEMPAKA...

bangi la kan. mana lagi. sapa yang jogging pagi-pagi ni aku suka tengok sangat sebab dia sanggup buang masa di tempat yang betul berbanding buang masa di atas katil atau toto or what eva..

kita rasa nak sihat. jogging la. memang ALLAH yang bei kita sihat kan, tapi kita kena usaha. yeah!

kalau tarak mahu jogging pun, kemas rumah waktu pagi pun elok sangat..asalkan tdak tidur di waktu pagi..
orang yang perrgi jogging sanggup tinggalkan katil tau. tak sangka. hahah. elok la kan. korang ingat aku sanggup ke?
tak wei. susah jugak. tapi kena kuatkan iman jugak. fikir yang terbaik.

aku jogging sekarang Alhamdulillah ade peningkatan. tapi berat standart la. still sama kot. ade aku kesah.
aku redha je la kan.


okeh.! jogging adalah amalan yang mulia kerana ia akan membantu kita untuk lupa katil seketika diwaktu pagi..udara pagi elok sangat tau. segar sangat sangat sangat...!


THE END. papai oll..! assalamualaikum.

nota: aku dah tergoda tengok mamat cute tu jogging hari-hari. tanpa henti. aww...!

Wednesday 28 November 2012

nothing important

yeah!

everyone. now i know what person want in this blog. hahahha
i don't want give all of you know. hahahahah.

not funny. that interesting to me. i like people blogwalking at my simple blog, that all.

sorry coz lama tak update blog. yela. cuti la katakan. nak menaip malas pulak. padahal,
emang banyak bangat mahu story, hahha. untuk kenangan aku la. hahaha.

hari tu aku pergi langkawi (okeh, org dah ramai jejak sana. aku yg lambat)
aku ingat dah nak terus balik rumah bila sampai kuala kedah. sekali amek kau. pergi singgah sana la sini la.


tu yang nak menaip malas jadinya.
hobi dah hilang pulak kan. diri kita ni kadang kadang perlukan angin yang berbeza la kan.

kalau nak jadi baik pun kadang kadang akan berniat jahat jugak.
baik sekalipun orang tu, tetap ada jahatnya. luar dalam ada bezanya.. tertuju kepada


v
v
v
v
v


DIRI INI SENDIRI

Wednesday 14 November 2012

awal tahun islam

assalamualaikum all.!

heheheheh.cuba teka entry apa aku nak update kali ni.?
ya udah deh.!

mai sini cik nak tanya, malam ni malam apa.?
rabu malam khamis la kan. yup. tapi apa yang lainnya malam ni.?
tak tahu. YA ALLAH..!

ade ke yang tak tahu. maybe yang bukan muslim tak tahu la.

malam ni malam awal muharram. tahu.? yeah. bagus. kalau la orang islam tak tahu tahun baru dalam
kelendar islam,  apa guna jadi orang islam ya. hohohoho..  tahun baru dalam kalender cina kau tahu.?

ish ish ish.! ni nak marah ni. hahaha. sblom masuk tahun baru kita kena baca doa akhir tahun,
tym ah masuk tahun baru baca doa awal tahun.

yes.! tu mak aku ingatkan. kalau tak, harapan. aku lupa nak baca doa awal and akhir tahun... thanks mom...!


hohohoho..okeh la. bai kawan kawan semua. terima kasih kerana sudi mendengar celoteh aku ni. an thank juga sebab sudi lagi buka blog aku yang ah bersarang and tak berapa nak kemas ni. sory sebab agak serabut ya.!


assalamualaikum.....


Monday 12 November 2012

cara nak download avira antivirus.

hai.!

assalamualaikum. wep, aku nak wat tutorial sikit hari ni.
tak ape kan.
ni ditujukan kepada korea aku la kot. kesian dia. huhuhuh.dia nak download antivirus avira. tapi minta bantuan sama aku.

tak ape aku memang suka bantu orang.
meh sini meh. !



first step, bukak google, search avira download filehippo. or terus bukak link di bawah.

bukak sini

*apa lagi. klik bukak sini tu.nanti keluar file macam di bawah.


nak besar. klik je la kat gambar.


kat atas uh ada tulis download latest version kan. yang ada tanda download tu.

tekan je.and akan terus download. tapi kalau guna IE..kne tekan save kat bawah uh.oke.?

kalau dah setel.! RUN file okeh.!

senang je. yang lain dia akn setelkan. 

okeh. terima kasih.

Saturday 10 November 2012

update merapu jap.

assalamualaikum.

hye hye hye u oll...! lama kan tak dengar kabar aku.
aku busy skit sblom ni.
now tak dah kot..!
bukak skola nanty busy balik la. sebenarnya ada je masa on blog. tapi jai pemalas je skrang ni
kalau nak ikut story mory dalam otak geliga aku ni banyak sangad. dah meruah-ruah tau.*betul ke ayat tu.
lantak la.
hahahha...aku menaip ni macam tengah chathing je. pendek2 and panjang ke bawah. hohoohooh...

okeh la. aku pun ta mau banyak story lagi.nanty2 la. bai. salam

Monday 3 September 2012

nak jugak join...!

ASSALAMUALAIKUM....

hai kawan.! aku buat post untuk kawan baik aku la kot. huhuhu... sory sngad kawan oi. aku tak dapat nak join pergi umah kaw. rindu sangad kot kat kaw.!

dah la nak pergi beraya pon tak sempat. busy je memanjang. tak aku busy.. kau busy... tak kau. aku....! sedih taw tak dapat jumpa kau.! huhuhuhuh...

aku baru tau yang ary ini kau buat umah terbuka or wat eva la...tak dapat join jugak...! over la kan sedihnya. kalau minggu dpn aku sempat datang and ada transport. aku pergi umah kau. dh lama tangguh tau.! kau pon. ape salahnya. datang la umah aku,,, kereta ada kan.?

ape salahnya bawak aku jalan-jalan.

nak jugak merasa kaw bawak kereta, aku jadi penumpang kaw.  kot-kot kaw drift kot bukan drive dah...! manyak mahsyuk la..!

okeh la. kawan-kawan yang lain. ! aku tujukan post ni untuk kawan rapat or kawan yang memahami aku. bila tak jumpa asyik terbayang, nak call, mesej.... tak ade masa jugak. huhuhuhuh...

ASMA' binti MOGHNI namenya....!

tapi kalau musim2 raya ni hang pa sume nak datang umah. datang la. tapi aku tak ada la.. ostel kan..?
duduk ostel kadang-kadang best kadang-kadang tak best...

oke la. maybe mmg post yang borink. and over borink...!
and wat eva la......!!!

suka hati saya (aku) la.....!blog aku. hasil tangan aku. huhuhu..bye-bye...salam...


sweet friend is cute..

Wednesday 22 August 2012

aku kau bilang garang.?

assalamualaikum... hei.! read the tittle yet.?

oh no.! someone have say that i really look 'garang'

yeke.? okay. aku tak pro speaking speaking ni. lemah kot. HAHAH..

hari tu tym iftar jam'ie form six bersama pihak pentadbir.. hari sebelumnya lah. adelah seorang mamat ni..
tanya or cakap aku tak tahu la. gaya macam cakap kat aku macam tu je.

' pieya, ko memang garang kan.?'

lebih kurang macam tu la dia cakap.aku gelak je dengar.! muka aku memang garang ka.?
ahahahah..

bagi aku

" biar la orang ingat aku garang, tak de lah aku jadi perhatian orang nak ajak borak. aku kan garang, selalunya orang garang ni kurang ade yang kacau. takut la katakan. aman hidup skit. walaupun aku tak berapa nak cun. aku kurang kesopanannya. asalkan ini diri aku. bak kata mak aku, harap muka ganas or garang.. bawak kereta takut buat ape."

hahahha.. itu memang perangai aku. ramai sangka aku gengster la, minah suka buat masalah la bila first time tengok aku. (mereka berkata jujur sama aku)..
tapi jangan risau aku tak pernah (jarang la) amek hati ni. aku suka orang jujur dari cakap belakang. huhuhu.

aku suka dengann muka kegarangan aku ni, senang elakkn diri dari didekati kawan lelaki yang gemar berborak sama perempuan.

untuk makluman, aku nampak lebih garang bila pakai tudung sekolah..

jom terjah gambar bawah ni. dah try cutekan muka, tapi serius payah tau.!


hahah

pelik kan muka aku.

muka di rumah lain tau.!

ni gambar yang agak pelik.. huhuhuhu ( aku sudi kongsi gambar coz aku punya pic insyaAllah tdk bole dicopy org)


haha.. pic kebosanan...! garang atau tidak, ikut suka aku la. ^_*

skizo story ( lelaki yang agak menjengkilkan)

assalamualaikum..hai kawan semua. 

aku ade story. yang patutnya nak taip lama dah. tapi kemalasan yang menggunung membantutkan niat menaip. hahaha...

alihh-alih malam-malam macam ni la aku tak mahu lelapkan mata, ingat mahu buat nota sikit. tapi lain jadinya duduk hadap lappy ni. muahahhaha. memandangkan aku raya kat rumah je. so, aku nak story at blog je. biar korang semua kebosanan baca blog aku yang kureng ni. 

tadi kan..! aku tengok cerita kat akak aku punya lappy.. tajuk dia SKIZO...? yelah rasanya,, 
memang aku try cari tadi at youtube nak kongsi dengan sesiapa yang tak tengok lagi. tapi, tak jumpa pulak. promo dia ade la.!

haish man...!

memang aku geram sangat uh bukan pasai ape la. mula-mula aku punya bendul tak paham sebatang haram jalan cerita dia. aku banyak skip la. tapi bila tengok ramai-ramai, memang agak kefahamannya meluas. ( BM tunggang langgang)
yang aku nak cakap kat sini.. ialah... lelaki tu hipokrit and terlalu kejam.!!
suami dia nampak sangad baik, tapi aku tak sangka kot... segalanya dirancang hanya semata inginkan harta dan pelbagai lagi. 
aku serius kesian tengok bini dia. lelaki tu langsung tak layak ! harap muka baik, hati busuk buat ape..?
memang la jalan cerita saja. tapi mungkin ade makhluk ALLAH sebegitu.sukar untuk kita jangka.
okeh. aku story over karang. nanti yang tak tengok lagi, try la cari. okeh TQ for read my simple story.

Monday 20 August 2012

pembuatan coklat yang menjadi. COKLAT PIEYA!

yeaha...! orang buat coklat tau tau tau...!

tak caya.? ni first time. orang kan tak berapa mahir making anything to eat. simple okey la.

jom terjah jom.!

malas nak habaq banyak2.







raya la...selamat hari raya.!

 ikhlas dari pieya piyot.!
klik untuk pembesaran.

purse hilang aku kesah.?

ASSALAMUALAIKUM.

yeay. bole post dah entry..huhuh. sory la kalo lame tak hapdate. aku bukan busy pun. tapi tak berkesempatan. dah buat entry lama. tapi baru nak publish gitu..!

haha..

korang pernah hilang purse or wallet tak.? oke. ade yang pernah. aku first time kena. semasa duduk di MAAHAD pulak. percaya atau tak. benda itu dah hilang.

aku tak kesah la nak amek duit tu amek je la. yang aku kesah tu identity card aku uh or I/C orang panggil.
kalau orang tinggal kan purse kosong pon jadi. asal ada my i/c... not mean aku kaya. tapi aku lebih memerlukan benda tu. barang aku weah..!

aku tk kata orang yang amek uh budak sekolah or who else. seminggu weyh hilang. ingat adalah yang announce sesapa yang hilang purse ke ape ke. masalahnya. TAK ada langsung.! tu makna apa.

sekolah lama aku tak pernah hilang barang. tapi lain di tempat orang.. muka aku tenang sebab aku nak tenangkan hati aku. kalau aku kabut,, aku tension la. mengalir karang air mata ni. sape susah.?

aku tak kaya pun, orang nak amek barang aku. sekalipun aku bawak purse uh merata time aku nak pi call ayah aku mintak amek petang uh. dalam tu ade duit bayar yuran kecemerlangan ape ntah. sekolah tu agak makan duit gak la.

memang aku takkan halal pun duit tu. ! dah la amek time hari JUMAAT weyh..! bulan pose lagi tu... ! makin ganda dosa kau. ape yang ko dapat. ketidak tenangan kan.? sesungguhnya ALLAH sajalah yang mengetahui segalanya.

______________

paling payah la. aku nak kena buat report polis coz i/c ilang. karang tak memasal sekolah yang malu bila tertera di mana tempat kehilangannya. sungguh si pengambil tidak befikir panjang... kalau baik hati. bagi la balik i/c aku kak oi..!

i really need it.. ^_^


tension tak baguslah.!

papai.salam

Friday 10 August 2012

dup dap dup dap kertas periksa

ASSALAMUALAIKUM..

hei kakak-kakak tua yang hinggap di sini. rindu org letew.!

nampak sangad tipu kalau tak rindu sofyoseob gurlz.
mueheheheh...^_*

oke. dari hari senin dok hitung hari nak balik umah. now dah jejak n ingat nak lepas rindu kat katil. tapi xboleh. kena siapkan tudng baru dulu. exicted sangad.! thnx cik fyza oi coz belikan.

oke. tujuan utama.!

tadi memang terover dup dap nye. sampai rasa nak lepak lelama kt toilet pon ade.
haha.  ni hah.! hari ni baru dpt satu paper dari empat paper.!

warh.! syukur ALHAMDULILLAH la sesangat. ! nama aku first time jugak tercalon dalam kategori cik kak yang sedang-sedang pandainya..muahahha..

markah yang digandakan dari 30/50 kepada 60%

syukur sangad. tak bangga.sebab itu rezeki dari ALLAH.! kan. segalanya  telah ditentukan ..

yeah.! INSYAALLAH.! pieya akn over usaha lagi. *bila org bace buku aku malas nak study.!

hobi dr dulu lagi..>> pemalas.

salam. jumpa nanti lagi

Friday 3 August 2012

ASSALAMUALAIKUM.
Thank fyza.! Kau memang mendorong aku untuk menaip and menghapdate blog aku yang bersawang macam ape ntah. ! HAHAHA..

Tapi kan fyza, hang nak cik taip ape ja.? Hang baca nanty, malu la cik. *yeke aku malu.?

Dotdotdotdotdot..
Pape la. Aku merapu pon jdi lah.
Readers.! Lame tak dengar kabar.? Ntah2 hang pa pon tak datang sini lama dah.! Ni yang nak unfriend ni.!
Aku nak cakap yang aku serabut tahap ape ntah. TENSION duduk dekat sekolah orang ni. Maklumlah bukan sekolah sendiri. Ape yang kita buat semua nak dipandang salah kan. Nak buat macam mana. Kan.? Sikit je kita buat salah, semua nak sangka buruk kat kita.
Aku rasa macam fed up je nak amek STPM ni. Tapi nak buat macam mana. Aku dah kata awal2 yang aku takkan berpaling ke belakang. Hobi aku sekarang makin dahsyat la berbanding dulu. Sekarang makin galak hobi aku bergiat aktif tanpa alpa untuk ditinggalkan. Kamu-kamu kamu tau tak ape hobi aku tu.?
Okey, hobinya adalah,,,,

TIDUR MENGEJUT !
Solat aku nak tidur, baca buku amku nak tidur, duduk saje2 aku nak tidur,tapi setakat ni aku takde la tertidur dalam tengah-tengah makan.
*makan pon jadi hobi aku jugak.
---------------------------

Aku gemuk, jangan korang kesah pulak. Nak buat macam mana. Hobi aku kan,!

“Tak tidur, aku jalan, tak jalan aku makan, tak makan, aku bercakap.”

Create by cik pah a.k.a sofyoseob gurlz.
1.8.2012 

Friday 13 July 2012

hapdate setelah berabad tak habdate

ASSALAMUALAIKUM.




hai semua. rindu aku tak.? oke syok sendiri la kan. sape aku nak ade orang rindu.

jujur aku nak cakap yang aku dah jadi pemalas kot. korang mcam mana.? tahap pemalas aku dah tahap apa dah la. ni pun aku online dekat sekolah. line sekolah la katakan. nak buat macam mana . asrama tak ada line. orang nak cakap apa cakap la. online facebook aku dah malas sangat. bukan ade apa pun dengan facebook tu. phone lagi la. hari tu balik asrama punya la malas nak tatap phone. HAHA.

aku terasa amat lah ganjil berada di sekolah maahad ni. lain macam sangat mereka semua. kitorang yang lain atau mereka semua.? ikut suka kepala korang la kan. aku tak berani nak menilik pemikiran orang. siapalah aku kan.?

mereka yang sudah lama di sekolah ini seolah-olah tidak menginginkan kehadiran kami di sekolah mereka. mana tidaknya, bila ade apa-apa isu, form berapa yang kena 'tagged' ? cuba la kamu semua teka.

jeng jeng jeng..!

FORM SIXTH jew. (betul ke eja tu) huhu

ape la. diorang ni macam nampak sangad anti form six. kenapa ye.? budak-budak ni nak bagi salam memang gaya tak ikhlas. pandang orang tak, senyum tak.. tapi nak kata yang tak semua budak macam tu. seriusly kot mana-mana sekolah yang aku sayang. HANYA SAMSMEL.! hrap maklum. itu sekolah paling indah dan paling aku sayang gila la. lantak la orang nak kata apa. tapi nak buat macam mana kan. dah masuk sini. kena la buat baik sikit. tapi aku harap diri aku tak hipokrit bila duduk lama-lama kat sekolah ini. aku tetap nak jadi diri aku seperti di sekolah dan di rumah.

dari atas sampai bawah korang baca ade rase pelik tak.? ayat aku macam skema pun ada kot. okey la. semua itu dugaan dalam kehidupan. aku anggap macam tu la ye. ! HUHUHU..

out dari dunia alam siber sebentar. agak busy kebelakangan ini. oke awak-awak semua. hobi menaip itu tetap ade, tapi x cukup masa. assalamualaikum.

Wednesday 20 June 2012

GAMBAR BERSAMA student tak pasti STPM.

HAHA.

jgn tanya tajuk aku tak boleh nk cover. dah dorang yang kata tak tahu lagi stay ke tak. yang aku ni comfirm2 la stay. huhu..

jom layan gambar kami. tapi cik dyba lyfa tak ade la, test JPJ (jgn pandang jalan). fuyo.!

6 bawah ibnu khaldun.
6 bawah ibnu hisyam.
aku kelas hisyam.! kalau korang kenal. korang akan nampak. HAHA.

OKE.thnks dga aku merapu. and assalamualaikum.

kawan setia aku.

ASSALAMUALAIKUM...

yo..! study penting kan.? sudah tentu la. firstly aku nk ucap thanks gila-gila la kat kwn aku sorang ni. kalau tak kerana dia. x jejak aku kat mana-mana untuk study. aku ini pemalas tahap GABAN la pulak.

korang  mesti ade kawan baik. aku pun tak tahu dia anggap aku kwn baik dia ke tak. tapi aku tetap nak kata dialah kawan yg baik sngad yang pernah aku jumpa seumur hidup aku. benda yang paling aku suka dan aku sentiasa teringat hanyalah satu.

dia kwn yg xpernah bagi aku berhenti untuk belajar. ayat dia satu je.

"dr kau simpan otak kau yg pandai (hakikatnya xbrape nk pndai) tu, baik kau bagi aku"

kenapa kawan aku boleh terfikir nak cakap mcm tu, kenapa aku ni tak pernah terfikir. HAHA. dh nama otak jammed kan. dia desak dan desak. and aku pulak takut tengok dia.
lagi satu , aku suka dia sebab kami ade persamaan. tapi.. x lama lagi dia nak pindah SABAK BERNAM. mak aih, sedih kot.  !

seriously aku tired sngad dgn skola. itu la ini la. and otak aku memng lambat pick up. naye je. expecially arab.! ekonomi aku pun makin malap.! tu yg kne usaha lebih. takde mse la nak buang mse. kne kejar lagi adalah. ! sory asma'...! aku dh lame x mcg kau disebabkan aku dh berkurun x topup. online fb and tenet slow. so, aku kena guna kejap-kejap je datin asma' moghni oi. jgn pk aku lupa kau tau. !

KAU STAM, AKU STPM. ! adil la..

entry just for you, DATIN oit.!

 

Monday 11 June 2012

problem btol tenet aku.!

ASSALAMUALAIKUM.. hai reader..!

ngeng tak aku.? *ape kena pulak ni.? okay aku tak maain la ayat bombastik ni. karang makan bom baru hang pa tahu. cett.! bising je kot.

dah dah dah. aku punya internet sekarang memang laju nak mampus la kan. HAHA... ye la sangad. lembab sangad tenet aku. tu yang jarang hapdate blog ni and masa tidak mengizinkan. tapi yang peliknya aku tak menghapdate tym cuti. tapi tym2 skola la pulak kan.. huhu..

sape ntah yang ajar.! * teruk bebeno pangai..

sekarang fikir nak study hard. tapi otak malas gila. STPM.! orang lain chow. aku tak de makne nak chow. ! sedih kot dak2 ni nak chow. knl kejap je.. huhuhu. nk wt lagu mna kan.. sekali aku jejak tempat tu, xde aku nk toleh derh.! tu prinsip aku... HAHAHA. pieya over..

dh la. aku meraban pulak. sekarang nak fikir basuh baju, then baca buku skit. kot2 masuk. hahahahha,,

okay chow dulu kawan.. ASSALAMUALAIKUM...


Sunday 3 June 2012

bisikan hatiku.

sungguh diri ini kerdil.!

ya.! apa sebab aku berkata begitu. sudah tentu kalian semua tertanya-tanya. betul.?

HARI ini,,,*

telah terjadi suatu pertemuan antara aku dan beberapa org kanak-kanak perempuan yang sungguh tenang raut muka mereka. dalam hati sudah terdetik rasa iri hati. memang asyik untuk memandang wajah mereka. aku pun sudah tidak tahu mengapa. mereka masih KANAK-KANAK.!  bila aku tilik satu persatu dalam diri aku dari segi agama. sungguh.! AKU MASIH LEMAH dan terlalu LEMAH berbanding mereka yang masih kecil. kanak-kanak tersebut berusia dlm lingkungan 5-10 tahun..

okay. hari ini aku jadi raja pemalas mahu keluar rumah. apatah lagi mahu bawa kereta. tapi atas desakan mak aku untuk aku jadi berani untuk bawanya pergi selalu setiap hari ahad ke majlis pertemuan mingguan, aku pun hanya relakan diri kerana tidak mahu melihat wajah kecewa mak. *tahu kecut naik dgn aku! tp hope tak trauma la. HAHAHA..

sampai sana, aku duduk je la. sekali satu family ni dtg. ingatkan sorg je anak yg baby uh. skali. amek kau. 6 org anak,,muka muda je kot. masing masing muka sama. takkan kawan kot.

bila ade budak-budak plus ade baby. mmg kecoh la. aku tilik mereka. dlm usia muda, mereka berstokin hitaam,, berbaju kurung, berkain dalam, ber'hand sock' .. YA ALLAH.! sungguh aku malu dengan mereka. aku memakai jubah hitam dan stokin oren. mcm keling kan.  hati mereka mulia dan ibu bapa mereka mendidik ape yg patut.. patut aku ucapkan tahniah. hope oll of us renung-renungkan. diri kita ni kurang. oke. papai.salamm....!

tafsiran mimpi dalam islam.

ASSALAAMUALAIKUM..

hai.! dah2. aku nak buang sarang blog aku ni.. baca la. ni petik dr internet jugak. tiba-tiba je terasa nak mencari ini punya maklumat.


 Tafsir Mimpi Mengikut Islam

* Mimpi Berkaitan Peristiwa Atau Kejadian

* Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat

* Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat

* Bermimpi memasuki Masjid Haram atau melakukan tawaf di Baitulallah alamatnyaanda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh

* Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia

* Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur'an di rumah anda alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan

* Jika bermimpi membaca qur'an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda

* Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar

* Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa

* Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat

* Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain

* Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat

* Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira

* Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala

* Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar

* Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran

* Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan

* Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat

* Jika bermimpi diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang

* Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian

* Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan diakhiri dengan kejayaan

* Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan

* Bermimpi mengenai permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat

* Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikan.

sekian.! terima kasih dan ASSALAMUALAIKUM..

Saturday 26 May 2012

story bila cuti + merapu sikit

ASSALAMUALAIKUM...!  

yeah.! hai babe.. thnx read oke..boring kot jadi pemalas ni.
hahah.. kan.?

tapi kan. dalam boring boring ni aku patutnya sibuk urus itu ini pasai sekolah. otak serabut dah.. tarak tau dh mahu buat mcm mane..huhu.

hei.! wep semangat belajar aku dtg pulak time cuti ni. nak buat mcm mane ni.? haiyo. byk bnde yg ade utk dikongsi bersama tapi. nanti2 je la..bole ye. bye. salam...

Friday 18 May 2012

sudah tentu aku jeles.!

ASSALAMUALAIKUM....!

hai. bertemu kembali la. otakku menunjukkan respon yang positive pulak. YEAH.! piya pandai. hai budak comel lg gomox...

aku student kan skunk.! untuk pengetahuan bukan student UNI or Kolej. tapi aku student sekolah la... ! so, ade sifat kebudak-budakkan. biasalah budak comel.

>>oke. syok sndiri yo.!


chumel.kartun je.

oke,,aku skunk baik hati tau. kawan2 lama nak story pon aku on je. sekali dah dengar,, jeles kot...pasai ape. pasai mereka semua sudah ade pasangan masing-masing. kbyknnye yg fren kocik kocik. haha

HAHAHAH..buat lawak. nak jeles pasai apa. xade bende la kan. tapi nak jeles gak. ade yg kate budak laki uh nk dtg jumpa family dia la. warh.! teruja nya. hahaha.. untungla.. Ade pulak yg sedang hangat bercinta. NORMAL kan.?

aku tak sangka, sampai jugak hati kawan lama nak story nan aku ye story cintan cintun mereka. tapi bila dengar memang manyak syok, tapi mahu sematkan dlm hati,,YA ALLAH.! aku takut..huhu..

bercinta bagi aku amat menyeramkan. tapi bila my frens story mcm best. oh no.!  hope aku sentiasa berusaha menghindarkannya buat sementara waktu ni..

syok memang syok kapel or tangkap cintan,, tp kena byk sabo lorh.! huhu.

dosa tetap ade kalau brcintan kan.. yea yea. aku x tau ape ku merapu..

dh2.! nnti aku nak post ayat bombastik pulak.huhu just wait n see ya.!

otak geligaku berfungsi.

dah! baca je. jangan tengok tajuk je lebih. HAHA..

tajuk tu hanya taip guna tangan tanpa berfikir. oke. PIEYA tarak tau mahu story apa.. kerana my kpale serabut sangat.
patutnya tak ada la serabut snagat. YEAH! betul. aku tak serabut. aku happy happy je chumel.!

alamak.! pieya merapu. haha. aku nak menaip jugak. taknak blog aku tumbuh kulat.tak ape kan.? oke. xpe. sat lagi aku fikir fikir kan pe yng wjar aku sotsetsotset sme korang yang chumel lagi gomox.! AHAHA..

*_*


woarh.! REN la..

Tuesday 15 May 2012

sudah mula alam lama..

yeahh..! cop3..!

ASSALAMUALAIKUM..peace yo..!

haihaihai..wep nak story. aku dah open day to school la.

haha..baru nak story. aku masuk skola SMKA MAAHAD HAMIDIAH KAJANG.. warh.!

baru keluar dr bumi SAMSMEL and SG MERAB LUAR la. sejak dry drjah 1 until form 5.. now..?
STPM la menanti aku.ye dak.?

aku dpt skola sini pon aaku tau bila aku check IPG aku ary uh..hoho. baru tau. masing2 form 5 dpt stpm rsenye.
hoho.



tu lencana sekola tau.

over pulak.padahal x pakai lagi. :)

xknl ramai lagi dak2 sne. msing2 tunggu rayuan UPU and ade yg nga tunggu nk pergi mesir n jordan.
xtau la npe depa semua susah bebeno nk amek stpm ni.

aku suka dh msok blaja, tp,, sedih kot. my dad want aku dok asrama. mak aih.! teringin tp takut sbb x prnh dok asrma.

ngah pening kpale nk wt surat mohon asrama ni..! tolong2...

mcm mne nk msok asrma ye. ? huhu

Monday 7 May 2012

iman manusia yang masih lemah

Assalamualaikum. Hai oll.

Yeah. Berpeluang buat post baru la. Hehe. Okeh. Hari ni patutnya sudah genap setahun umur arwh adik aku. Marilah ramai-ramai sedekahkan AL-FATIHAH kepada arwah ye.. moga doa anda diberkati.

Yg dh pergi, biarlh pergi,,yg masih hidup kena berusaha tambah ibadah la kan.? Yeh.! Betul sangat.

Dah dah dah.. ni hah. Manusia ni memang alpa .. anda sedar ke.? Sudah tentu diri kita tidak mampu untuk menyedarkan diri sendiri. Jadi, apekah yang harus untuk menyedarkan anda bahawa anda sendiri masih LEMAH tentang agama ALLAH.?  Sudah tentu ada yang harus dilakukan. Kita kena mendengar teguran orang ramai, bukan menidakkan teguran mereka . jangan berbangga dan mengatakan diri anda itu sudah penuh ilmu agama dalam dada. Jangan dengan menpunyai pengetahuan yang lebih sedikit dari yg lain, kita ingin mendabik dada dengan menggelarkan diri kita sendiri sebagai ustaz mahupun ustazh. > bukan menydir ye kepada yg terasa. Aku nak tegur je.

Betul lah.! Banyak umat islam yang sudah tau hukum hakam. Tapi tak juga menghindrkan diri dr sesuatu perkara itu. Seperti aku juga, aku ada kesalahan sendiri. Tp, yg aku sedar hanya satu, aurat kaki aku. TAK PAKAI STOKING. Mungkin aku anggap benda ni ringan. Tapi sungguh berdosanya aku. Aku hnya khabar kpd org. tp ade juga kesalahnya. AKU LEMAH LAGI.
Tolong la jangan menggelarkan diri anda terlalu baik. Sesungguhnya anda tidak layak selagi anda tidak berusaha merubah diri anda sendiri. Ok.! Perkara yg diambil ringgan oleh org islam sekarang yg sudah tahu hukumnya banyak. Terutamanya:

~ pakai tutup atas punya cantik, tengok stoking x de. (pompuan)
~ pakai seluar pendek ats lutut, bwh pusat (laki)
~pakai minyak wangi yg menusuk hidung laki-laki. (penzina wanita@pompuan)
~pakai tudung atas dada. (hmpir semua pompuan) *tudung disyariatkan pakai utk tutup
    dada la. Bukan tayang.!
~laki laki pakai cincin.
~laki laki pkai subang
~ laki laki pakai rantai.
~naik motor dengn pasangan (couple)
~pegang tangan(couple)
~perempuan bekerja ditempat terbuka(seeloknya tmpt tertutup,rujukan dlm buku agama)

Banyak.! Nak tolong aku senaraikan.?boleh je. Taip kt komen. Oke.?

Hehe. Memang. Aku tengok kesalahanya banyak. Umat islam ingin meringgankan hukum, maka mereka buat hukum yg merapu dan tambah dosa je.

Peringatan kepda aku. Kerana aku takut perkara itu terkena kepada aku. Sekiranya aku salah. Aku minta maaf byk-byk.
Kwn-kawan. Mana iman kamu. ! sekiranya makin bertambah iman kamu, nasihatlah kawanmu ini.! Imanku mahu ditingkatkan, tp, sungguh dugaan akan datang dan datang.! Semoga yg ingin berubah, dipermudahkan. ^_^
    

p/s: adik laki aku cadangkan aku pakai jubbah je kua pergi jalan-jalan. J
hamek ko! jubah kwen aku jumpa la.hahah

Sunday 6 May 2012

alamak.! yoseob ku dh lari jauh-jauh.. :(



assalamualaikum kak abg adik..hehe

aku sedih ni..>>xyh over sngat la kan.

aku dengar si yosoeb and si eun ji ni pakai cincin same. then aku tengok la balik mv ni.

mmg sedih sangat. my lovely enemy dh kena rembat dengan orang. haha
nak tahu. redah tengok dulu mv kt atas.
tp..

aku dapat info lain gak. tengok la gambo dibawah yang mengatakan cincin yang dipakai YOSEOB adalah cincin
pemberian peminatnya.
warhh.! kalo betul la. untung peminatnya. yoseob penjaga hati peminat.

so sweet..

over la pulak.! nah..! tengok bawah..


klik untuk besar


tu yang mengatakan tentang cincin ok..




klik untuk pembesaran
hah.! tu la yg penjelasan dr pada org lain bg jwpn si tukang tanya..

tapi,, serius tetap sedih la kan. my lovely enemy kot.. :)

oke. papai. salam

Saturday 5 May 2012

garam..!



Garam.!

Yeah.! Aku ade story kakak, abang, adik2 oi..! hehe..
Opppsss.! EPU lupa ..

ASSALAMUALAIKUM…
Heee.. ^_^

Ckp EPU comel dulu, baru nak story.hoho. EPU tipu je la.
Okeh. Korang scroll up back at tittle. GARAM kan.? Haa..! ape pasal aku taruk benda alah tu jadi tajuk post aku.? Yeah. Korang takde jawapannya.

Oke. Aku nak kata yang orang tua-tua atau org zaman dulu pernah kata, kalau orang perempuan masak terlebih garam, nak dekat kahwin tu. nth la aku tak ingat pulak aku tengok story ape time tu. haha. Betul ka.? Kahwin.. ? oh no… bila. Ceh.!mcm nak sangat la pulak kan.  >>over je la.

Nak dijadikan ceritanya. EPU nak cakap. Yang aku ni dok jenuh menggedik kena masak kat dapur rumah ni. Hehe.. so, aku balun masak ikut my taste la kan. Wat ape la nak kisah taste orang lain…kuikuikui.. >oh no..jgn marh aku. PEACE.!  ^_*

Huhu. Balun punya balun masak, and aku bukan msk ape senanya. Aku tolong tiap-tiap hari pun. Buat sayur, ceh! Poyo la kan aku ni gaya mcm mask benda yang up-up punya la kan.. padahal sayur je pon. Okeh. Sayur pon sayur , asalkan pegang sudip kan. ? kan.?  

Yeah.! Sayur kena ugak letak garam nya. Mahu tak letak.? Haha. Ko akan kena sindir, “ kilang garam terbakar ke.?” Yes.! Tu ayat abah aku. Bila terkurang garamnya, kena jugak ..hakhakahak..

AKU MEMANG PEMINAT GARAM.! DIKENAL JUGA SI PEMBUAT SAYUR MASIN.!

Ceh! Ini pengalaman la bagi aku. Tak ape untuk malu sekiranya kita sudah berusaha. Kelak kita ada peluang lagi. Important to us is don’t give up very quickly. Haha..

EPU >> E ncik Pieya Udin.

Monday 30 April 2012

menyambut anak dengan baik.

ASSALAMUALAIKUM...

wep,, hai reader...lame xdga kabo.! hahahaha..

pieya dah lama tak wat story kat fb and blog. malas sangat..haha.


baru mnaip ary uh. baca lah..


sesungguhnya perjumpaan dengan anak merupakan sesuatu yang mesti. yang terpenting lagi adalah ketika
berhadapan pertama kali. maka apabila seseorang dapat memberikan sambutan pertamanya dengan baik,
anak pun akan mudah untuk diajak bercakap dn berbincang dengannya. dengan demikian,hatinya akan terbuka dan selanjutnya
mahu mengungkapkan segala permasalahannya dan bercakap mengenai angan-angannya. ini semua akan berlaku bila anak itu
disambut dengan sebaik mungkin dengan penuh keceriaan, kecintaan dan canda ria. inilah yang dibimbing oleh Rasululah
s.a.w. agr dilakukan oleh umatnya.

ibnu asakir meriwayatkan dari Abdullah bin ja'far radhiyallahu anhu bahawa dia berkata : "apabila Rasulullah s.a.w. kembali
dari sebuah perjalanan , maka baginda berlangsung menemui anak-anak dari ahlul bait baginda. pada suatu ketika baginda baru
saja pulang dari bepergian , maka aku buruan menemui baginda dan kemudian baginda membawaku di depan baginda. lalu datang
pula salah satu di antara kedua putera Fatimah, Husain atau Hassan , sehingga akhirnya aku mengikuti dibelakang baginda.
kami akhirnya memasuki kota madinah bertiga di atas haiwan tunggangannya."
okeh. done taip. papai.. salam

Saturday 14 April 2012

share je dr fb.

copy copy copy and paste. baca tamabh ilmu

Seorang gadis comel sedang mengambil gambar dalam handphone.. 'Klik !' 'Klik!' dengan berbagai aksi comel & menggoda dia ambil lagi gambarnya.. posing dengan penuh kemanjaan dan cute~~ 'Klik !' 'Klik !' tiba², dalam fikirannya

"nak upload dlm fb lah.."

untuk memberi harapan orang akan memujinya dan akhirnya upload sudahlah gambar²nya di dalam fb.. satu persatu tekan 'like'.. satu persatu memberikan komen yang boleh membanggakan dirinya..

'comel la u ni..'
'wau.. u cute..'
'pandai nya u posing..'

Tidak sedarkah anda? Anda tidak menutup aurat, sudah berdosa.. orang tengok gambar anda tidak menutup aurat dalam facebook, orang itu dapat dosa, anda dapat dosa lagi.. orang yang tekan 'like' dapat dosa.. anda berdosa lagi.. orang yang memuji anda yg dapat dosa.. dosa anda bertambah lagi.. lagi dan lagi.. selama mana ia ada dalam internet, selama itulah saham dosa anda akan terus meningkat!

Berubahlah wahai wanita.. marilah sama² bertaubat pada ALLAH.. mohon ampun
sebelum terlambat..

Wanita yang comel = Wanita yang menutup aurat dengan sempurna.

Wanita yang sweet = Wanita yang banyak diam dengan lelaki ajnabi.

Wanita yang romantik = Wanita yang mengharapkan cinta dari Allah.

Wanita yang charming = Wanita yang sering mengingatkan lelaki tentang cinta Allah.