Friday 6 October 2017

TIBI FIGHTER

Salam sejahtera dan Assalamualaikum semua.

bila baca tajuk.. perghhh! takut betul???

aku tahu ramai kawan, ahli keluarga akan lari dari aku bila dengar yang aku ni dijangkiti TB.. 

TAPI!

AKU ADA ALLAH!
SAKIT AKU, SIHAT AKU, ALLAH LEBIH TAHU!!

kalau korang yang memang jenis berbangga diri dengan diri korang yang sihat, pastu tak suka tengok orang tua sakit (tengok je nenek atau atuk sakit teruk then korang rasa atuk/nenek tu mengada).... mohon ubah diri korang..

kenapa? 

aku dah alami sakit macam mana orang tua tua sakit.. bila kau kena, YA ALLAH AZABNYA!!

bila orang dengar TB..? mungkin orang ingat biasa.. ya.. TB ni juga boleh bawa maut.

takut kan? aku separuh harapan je tau. aku rasa aku tak larat dah nak hidup..

----------------------
bagi yang kata aku mengada tu.. hurmm korang kena baru korang tahu.

sebenarnya aku dulu jenis kalau nak buat satu benda tu aku sorok, aku tak suka nak orang tolong. aku angkat berat macam tong gas, dan lain-lain

bila TB menyerang, kemampuan aku hilang hampir 85%... nak solat pon tak sempurna sebab aku tak boleh duduk di bawah. kena solat duduk.

----------------------

Ramai yang tanya aku macam mana dapat TB?
HURMMM..

"SAYA KENA TIME PANTANG, ASYIK PERGI HOSPITAL CHECK ANAK KUNING"

yea.. aku kena time aku lemah. bayangkan lepas bersalin sakit lain, tetiba datang TB menyerang. aku tak fikir TB. tapi mak aku suruh aku pi klinik.

---------------------
8/2/17 -sah TB.

SEDIH beb. aku ada anak kecik, yang bawak aku pergi klinik dan jaga anak aku adalah adik perempuan aku! jangan tanya laki aku mana.haha.

laki aku kerja, kitaorg nak pi klinik sblom ni tapi tak dicheck kahak dan xray.doktor suspek batuk biasa.

----------------------

8/2 - aku start ubat
15/2- anak aku start ubat.

kenapa anak aku start ubat? 
sebab dia menyusu dengan aku.

--------------------

ALLAH uji aku benda ni supaya AKU faham kesakitan orang lain dan orang tua.

kenapa aku cakap macam tu? 

sebab bila orang sakit, aku tak pernah nak faham org tu sakit, aku kata dia mengada... Alhamdulillah.

--------------------

sakit yg dialami sepanjang rawatan :

SENDI TANGAN KAKI (MEMBATASKAN SEGALA PERGERAKAN AKU, nak naik katil pon xboleh)
SAKIT TULANG BELAKANG

banyak lagi tapi lupa dah

--------------------

korang kalau batuk lebih 2 minggu check klinik k!!

pastikan klinik kerajaan.

aku dah habis tempoh makan ubat tapi still follow up Klinik Kesihatan.

ok. bubye

ANAK

assalamualaikum

setelah sekian lama tak update blog. okay! meh sini nak cerita. aku ni bukan sempat nak hupdate bagai. dah beranak satu dah.

psssstt: tapi i olls alwaiz muda k..

lately aku busy sangat, tak menang tangan. aku dah kahwin, aku dah beranak, aku still belajar. cuma aku tak kerja sahaja.

kenapa aku tak kerja ???

orang yang kenal aku pasti tahu aku .. hehe. aku ni jenis yang suka buat ikut kepala sendiri. so aku prefer bisnes sendiri. aku kerja jugalah sebenarnya. aku bukan bisnes besar besar. aku berani buat simple bisnes.

dan kerja aku mengemas rumah, masak , jaga anak dan sebagainya.

januari or februari 2018 aku habis belajar , then after that baru aku nak bisnes besar-besaran. haha. insha ALLAH sekiranya Allah masih beri rezeki kepada aku.

-------------------------------
sekian sahaja.
ibu sakeenah
isteri Adam