Monday, 22 September 2014

Korea datang kembali

Assalamualaikum.

Aku bukan hantu korea dah macam dulu kala. Tapi hobi masa lalu datang kembali.. lagi lagi time budak budak sekolah cuti..huhuhuhu

Besttttttt

Bukan main banyak lagi drama aku layan. Satu hari habis satu drama. Nampak tak..?

Rahsia aku boleh buat macam tu.?

Aku siapkan segala kerja suri rumah aku lepas subuh.. senang. Takde orang kacau aku layan story morry... layan tangkap leleh ke hape kejadah ke.. aku happy tapi alami pening kepala la sebab ber headphone je memanjang. Mahu tak pening..kihkihkih...

Drama korea yang takat ni aku layan utk cuti

Secret love
Witch romance
Sweetspy
fated to love
Runningman latest episode...

Okayyy.. baibai.. nak amek adik aku ni....

Assalamualaikun..

Thursday, 11 September 2014

Masak nasi ayam

Assalamualaikum. Hai readers yang ku sayang semua..kihkih..ade ke reader aku.?

Belasah jelahhh

Aku tengahari tadi rajin weiiiii.. korang ade? Aku sudah lama tak masak . Tapi bukan aku tak masak langsung ok. Aku masak waktu pagi je untuk adik adik aku gi sekolah. Tengahari aku pencen. Hehhe. Memandai je pencen awal awal.

Masak masakan simple.. nasi ayam. Bunyi macam susah. Tapi inilah masakan yang senang utk dimasak. Tu yang bila mak aku mintak aku masak, aku on je..

Standart nasi ayam ada nasi,sayur,sambal,sup,ayam.

Aku tak suka buat sup sebabnya aku bukan makan sup pon..aku tak suka makan yang macam air air ni...tawar je rasanya. Pedas aku suka.!!! masam aku suka gak...masin heheh. Tak nak la dah. Muak. Aku takut makan banyak garam lak karang.. tengok aku post gambar. Sup aku olok olok je letak. Sebab aku nak nampak complet. Masakan biasa. Tak gempak kaw kaw pon. Cukup utk makan..

Makan atas saprah je. Kami punya rumah tak pakai meja bagai. Sunnah. Amalkan sunnah . InsyaAllah. Doakan kami berterusan lakukan. Kalau makan atas meja satu sunnah lagi akan hilang antara kami adikcool beradik.

Makan atas saprah senang sikit duduk bersila n makan dalam talam atau dulang.. kalau makan atas meja.. of co tangan pegang pinggan kan?

Ok. Gud evening all.