Assalamualaikum.
nak jaga muka , ketiak, lutut, siku dan sekian badan yang kulitnya mati ? aku ada cara yang selalu amalkan dan berkesan. nak cuba? boleh. dengan kos yang sangat rendah.
kulit mati? blackhead? masalah kan.. aku perempuan, sangat berusaha untuk menyingkirkan segala kekotorannya itu. aku tahu semua perempuan amat menitikberatkan kebersihan. terutamanya paras rupa ye ke tidak? hahahahaha.
okay.. memperkenalkan
sudah tentu semua kenal sodium bikarbonat.. benda ni lebih dikenali dikalangan golongan yang gemarkan dapur. pertama sekali memang aku tidak tahu kelebihan lain sodium ni. tapi satu hari pergi kedai alatan kek. aku beli satu paket besar sodium bikarbonat sebab kami memang selalu menggunakannya. sampai sekarang jujur aku katakan tak habis lagi gunakannya. nak murah jangan beli dalam paket yang bungkus comel comel ye. mahal. beli yang bungkus plastik je.
mak cik cina kedai alatan kek ada kongsi resepi menyingkirkan kulit mati. waktu tu apa yang aku fikirkan satu je. macam yang korang semua tahu rupa paras aku tidak pernah lari dari jerawat, kulit kering, mengelupas, parut yang hitam, liang roma besar. memang aku rasa cara dia cakap nak bagi tips nak membantu mengurangkannya. katanya " awak tahu tak, sodium ni ramai yang beli untuk buat scrub kat badan, muka, tumit kaki, lutut, siku, boleh dikatakan seluruh badan. bukan hanya gunakan untuk masakan sahaja. cuba awak buat" aku waktu tu besrcakap dalam hati,
"patutlah cina ni bersih je siku dia. tak hitam pon"
okay tips. muka setakat ni aku dah guna hampir untuk dua bulan. cara penggunaan. mungkin nak lebih lanjut boleh google lagi. sebab ikut cara masing-masing.
1) ada berus gigi lembut dan bersih (baru), sodium bikarbonat dan air
2) campur sodium dan air, pasti korang akan nampak buih yang menunjukkan reaksinya kepada keadaanya. ( ikut korang nak pekat atau cair adunan tu)
3)cadangan aku, sebelum tu korang wapkan muka dengan air panas. bukan basuh guna air panas ye * tapi kalau rasa nak basuh dulu pon boleh.
4) amek berus gigi tadi, calitkan kat sodium yg dicampur air tu. terus berus kat muka. buat putaran tau. bagi blackhead senang keluar.
5) siap berus satu muka, boleh terus basuh muka. korang akan rasa muka korang licin.
aku buat kat semua tempat yang hitam. pertama kali guna, semua terkejut sebab muka aku jadi putih. ni kesan menyingkirkan kulit mati yang dah lama menepek kat muka korang tu. untuk lebih berkesan amalkan seminggu dua kali. sekarang aku kurang jaga sebab jaga anak orang susah sikit.
hati-hati dengan kulit yang senang melecur / melecet sebab sodium ni memang baaya untuk korang. aku mungkin sebab jenis kulit tebal kot. aku cakap sebab aku cuba elok tapi orang lain cuba lain jadinya. pedih, merah, luka dan sebagainya. jaga kulit anda jugak. pertama kali cuba jujurlah memang pedih sikit sebab kulit waktu tu kering dan mengelupas.
*utamakan penyucian pada kawasan hidung ,dagu dan dahi. blackhead menguasaai kawasan tersebut. lakukaknnya dengan selawat dan jangan mengharap untuk cantik tapi berdoa untuk kita sentiasa menjaga ciptaannya, kita menghargainya. mohon pertolongannya.
sekian. terima kasih