Monday 20 April 2015

KEMBALI SIHAT

alhamdulillah...

assalamuualaikum rakan pembaca.

setelah seminggu badan yang dipinjam oleh sang PENCIPTA ini menunjukkan simptom simptom yang kurang baik, alhamdulillah sabtu ahad haritu dapat kaki menjejak ke kelas..

almaklumlah aku punya kelas sabtu ahad. bukan fulltime. aku orang first demam dekat rumah ni dan alhamdulillah kesihatan semakin memulih. walaupun hari ini je kepala masih pening tadi lepas minum air milo kotak yang aku cilok dalam peti ais.. tau dah baru baik pi balun air ais kenapa kan.. hahaha..

sihat sepenuhnya lepas demam memang susahla.. mungkin kita akan tetap sakit. bila aku sakit, Allah sahaja yang mampu menyembuhkan sakit ini.. batuk, berkahak, pening, sakit sendi, sakit pinggang.. semua aku hadapi dengan tabah alhamdulillah dengan bantuan mak yang banyak memberi kata kata semangat.

bila aku sakit, adik perempuan aku pun banyak membantu.. kerja mengemas rumah dia ambil alih dengan bagusnya.. dia sekarang cuti sem dua bulan. tahun satu diploma di kuis. alhamdulillah rezeki dia study situ walaupun peluang study uni awam ade je.. cuma keberanian dia tak cukup kuat nak ke sana..hahahaha..

semalam lepas kelas aku jejakkan kaki ke kedai kain,, nampak tak yang aku ni degil.. baru je baik sikit dah fikir nak menjahit itu ini.. selamba je drive ke sana.. aku balun empat meter kain untuk buat tudung semuanya..hahaha. sabar jelah.. kena perli dengan kakak dia kata aku beli striking punya color.. padahal satu je yang striking gitu..huhuhuhuh..

okay lah. aku tengah cilok cilok je nih.. asalnya tengah tengok assingment yang aku tinggalkan setelah disahkan tidak sihat ritu...jom jom study.. midterm nak dekat dah...bubye..

Thursday 9 April 2015

PERMOHONAN DIBUKA PARTIME STUDY UKM SESI SEPTEMBER 2015

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatu..

berminat study mod eksekutif atau pjj? dekat Univrsiti Kebangsaan Malaysia? 




beza mod eksekutif dan pjj :

mod eksekutif = setiap sabtu ahad ada kelas. every week.
pbjj = tak silap sebulan dua kali je kelas.

ni untuk pelajar degree dan master ye.. silakan memohon sebelum terlambat.


selalunya nak apply pjj ni dikenakan bayaran rm50 untuk proses permohonan dan kebanyakan orang yang apply selalunya dapat. boleh jugak bukak link bawah nih.



untuk kos yang ditawarkan , klik link bawah nih


facebook detail : pusat kembangan pendidikan ukm.

boleh usha link nih ye.. sebab banyak info dalam ni tentang permohonan


kalau nak bertanya boleh call pihak PKP UKM terus. mereka akan beritahu lanjut.

atau kalau nak tanya sikit sikit boleh wasep/ sms saya.. call tak dibenarkan . saya sekarang memang student under pkp ukm. degree sem 2. 

017-6638194 (piya)

reason saya promosi sebab kos degree ekonomi semakin berkurang yang mohon.. jom ramaikan..