hai. aku bila jadi guru ni asyik fikir pasal anak murid je. boleh botak kepala ni. nak sentuh.
yang pertama.. mengaji...
kesian. ade anak murid yang tak reti mengaji. aku dapat kaji la sedikit sebanyak. aku tanya kenapa tak reti.bukan nak perlekeh..memang kesian. macama ku pulak nak mengajar dia tak perlu berbayar...
dia cakap la. dia tak pernah mengaji,,, kesian kan. dia kata ayah dia tak bagi bayar duit ngaji kat sekolah * bukan nak salah parent pasal tidak berkemampuan.mungkin tak berapa mampu kerana anak ramai.
tapi sekalipun macam tu takkan parents tak mengajar anak tu mengaji.? aku tanya mak ayah mengaji tak. katanya tak. aku suruh dia baca surah pendek.
dia kata dia hafaz. baca tak kenal huruf. dia dengar ustazah tadika baca. bayangkan. aku dengar macam nak menangis. huruf ain jadi huruf ha... kesian tak kesian. bila besar anak tu, aku sendri tak terfikir nak salahkan budak tu. aku akan tengok yang mendidiknya. jangan menyesal bagi ibu ayah di luar yang tak mengajar anak. aku rasa kalau satu hari nanti dia salahkan korang sebb tak mengajar dia mengaji..jangan lebih mengelat.. kata macam macam. kamu sendiri boleh mengajar kalau tidak mampu mengupah orang lain.
masalah kedua:
aku tengokla. anak murid aku ni...nakal..tapi aku tak pernah fikir dia memang nakal. aku yang nakal lagi activ aku kacau...sebab sebenarnya dia perlukan perhatian. kenapa aku cakap macam tu.? setiap hari aku layan si budak ni, dia bukan nakal tapi tak suka buat keje..
satu hari aku tak puas hati. aku nak dia buat kerja jugak. aku duduk dekat dia je. tanya " kenapa awak tak nak buat keja?" dia diam... tapi bila aku tanya" nak pandai tak? ".. dia balas. " tak nak".. ouh ade perkembangan. aku cakap " awak sayang mak dgn ayah tak? kalau mak dgn ayah tgok awak macam ni, mesti mereka tak suka." bagus sangat. laju dia cakap dia takde buku. kesian. takkan tak bawak buku.? aku bukak beg dia. ape yang aku tengok. buku tulis ade satu dua je. "mak dgn ayah dia tak tengok tengokkan ank ke.? kesiannya." aku tak cakap la kat budak tu. tapi. aku tak marah. aku koyak buku aku utk bagi kertas kat dia, aku suruh dia buat. kenapa ibu bapa suka complain padahal mereka tak ambil tahu anak anak mereka. kesian dorang.. ya, aku belum kahwin. aku tak tahu. budak yang aku cakap ni sejak aku suruh dia buat tu, dia suka buat. sekejap sekejap dia datang dekat aku. bila kita dah ramah dengn dia. dia akan denga cakap orang. dia suka orang ade yang perhatikan dia.
aku suka, bila aku naik situ, dia nampak aku, dia ikut je sampai ke kelas yang aku kena masuk..aku cakap kalau awak pakai kemas kan handsome, ustazah pon suka tengok. setiap haari banyak perubahan. pakai sampin, songkok, stoking..dan nampak kemas akhirnya.. tadi,, "kenapa awak tak pasang butang baju ni. seksi tau. malu la kat orang" dia cakap takde sapa nak butangkan. keras pulak tu..aku dah banyak pulak berfikir. "meh sini ustazah butangkan" . memang suka la dia aku butangkan. dah butangkan baju dia. kawan yang lain jelous... pakat bukak butang pulak..hahha. kelako...
nak bagi pengajaaran kat parents sebenarnya as aku ni teacher now.
1. perhatikanlah anak anak sebelum ke sekolah. check buku tu, check kekemasan. jangan biarkan mereka buat semua tu.
2. check buku sekolah,beg skolah. budak budak bukan boleh buat semua benda sendiri. ibu bapa mereka sangat perlukan.
3. belai anak bila pergi sekolah dan balik sekolah. jangan tak bertegur langsung.berborak selalu.
4. ajar mereka solat /mengaji/ membaca.
5. buat kerja sekolah besama mereka.
6. jangan ugut anak-anak macam jaangan hilangkan barang kalau tak kena.nanti anak takutkan awak berbanding guru.
bukan semua kami kena ajar, kami hanya membantu. sebenarnya tugas ibu bapa itu berat taapi yang berjaya menggalas, tahniah....
cabaran guru. layan budak itu memang nampak simple sebenarnya tidak.tapi itu mengjar kesabaran kkita.
anak tu aset kita.