Thursday, 19 March 2015

MILIK SIAPAKAH HATI KITA

ASSALAMUALAIKUM..

bila hati berbisik rindu , sedar atau tidak kita.. rindu kepada siapa yang utama??

dibibir , dihati ade kita terdetik mengatakan rinduku lebih kepada ALLAH,, sebelum insan lain. ya, aku banyak khilaf, aku juga insan biasa yang tiada lebih dan banyak kekurangan. bila aku teringat siapakah pemilik hati ini.. ternyata aku salah, aku ada pemilik hati sudah, sebelum sesiapa ALLAH hanya pemilik hati ini,,, kenapa aku kata aku salah? apa aku buat selama ni?

mari dengar kisah hati sang pencari cinta ini..

sudah sekian kali ku tatap wajah sang arjuna, istighfar kawan kawan,, astagfirullahalazim,, ye,, aku mengaku rindu makin menggunung aku nak tahu apa dia buat, apa dia ade perasaan macam aku..bila aku tidak kelihatan kelibatnya seolah olah aku kehilangan si pemilik cinta,, dekat sini aku nak khabarkan yang bukan dia yang mencari aku tapi aku yang mencari dia. bagi aku dia adalah seorang lelaki yang elok dipandang agamanya.. tapi mana salahnya, aku lah salahnya,, aku yang khilaf. 



bila aku cuba untuk menidakkan dan menolak habisan dalam hati ini bahawa bukan dia jodohku, ya benar,, memang kita tak tahu siapakah jodoh kita tapi kita sudah ade jodohnya, sudah tersurat.. segala macam cara aku cuba melupakan dia,, aku istghfar, aku solat, aku doa.. 

tapi ada silap mungkin dalam doa kita, perbuatan kita menyebabkan susah untuk kita tinggalkan . bila tiba satu masa ada yang datang melihat, namun aku ditolaknya. aku seolah olah bersyukur kala itu,, ALLAH sudah janjikan yang terbaik untuk kita. ada hikmahnya. dan dalam masa beberapa bulan lepas tu aku dipertemukan dengan lelaki yang sedang mencari hawanya.. bila ditanya oleh ibu dan ayah aku, apekah aku akan terima, sudah istikharah ke aku..? senyum aku macam biasa,, dalam hati membisikkan " bukan kah lelaki yang perlu memilih siapakah wanita yang bakal dididiknya? mampukah dia mendidik? dan segalanya aku serahkan kepada sang lelaki" bisik hati aku mengatakan itu. bila Allah kata dia jodoh kita,, semuanya akan terjadi.



tapi bila dikenangkan ayah aku seolah olah nak aku  tunaikan jugak solat istikharah tu, aku solat jugak,,

jawapannya,, hati aku seolah olah menidakkan.. apekah ini,, aku tanya mak aku,, dan aku tahu balasan dari pertanyaan aku,, sudahku agak itu jugak yang akan diutarakan. 

"terima je kalau orang nak, lelaki tak ramai sekarang"

"eh. ritu suruh solat sunat, dah dapat macam nii,, pon kena tolak jugak?"aku merespon jugak.

bagi aku, semua itu sekarang tidak penting..yang penting ALLAH redha..dan aku harap siapa pon dia, mampu mendidik diri ini, membina keluarga yang bijaksana dan mendapat keberkatan Allah.

-pernah ayah aku share story about julaibib.. pencarian jodoh bukan lihat pada handsomenya dia. sad story abah share kat aku.

berbalik kepada tajuk,, cinta kita, hati kita bukan milik siapa siapa, tapi milik sepenuhnya Allah..Dia lebih berhak,, Allah yang menggerakkan hati kita.. in sha Allah ikut cara hidup islam, berkat datang melimpah.


alhamdulillah,, sekadar ni nak kongsi. jom.. kalau nak komen,, komen,, ayat ni over beno padahal benda simple mimple..inilah kisah kalau jodoh pon parents nak kena ushakan.. 

kot kot ade yang nak datang minang terus meh la datang rumah terus, jumpa abah,, tapi syaarat dah keluar 4 bulan..kihkihkih.-mohon abaikan, aku saje je nihh


Wednesday, 18 March 2015

ma baby kitten lagi besh untuk dikenang

assalamualaikum,

story membosankan si baby,, nakal dan membuatkan aku selalu rindu dua ekor tu,,

kejam tak ? bukan aku nak kenang jasa baik mama kitten tu yang melahirkan, membuntingkan perutnya buat anak kan.. hahaha..tadi sibuk bukan main lagi kau..

dengan penuh kestressan mengguruskan pendaftaran SPM ulangan adik laki aku untuk subjek bahasa melayu,, kena pergi pejabat pos la, kena pergi itu la  ini la.. aiyoyo macam macam.. dahla makan sarapan , tengahari aku skip.. balik bukan main pening berdenyutt la kan encik kepala dengan badan tumpang lenguh bagai sebab jarang drive jauh,,

padahal aku drive from sungai merab luar ni ke bandar baru salak tinggi je, jalan mawar, pergi PPD sepang,, aiyoyoyo...aku tak tahu jalan aku bawak la kakak aku,, korang kena faham. aku bukan tahu nak pergi mana mana sebab aku terperuk dekat sungai merab je.. soryy bukan nak kata perempuan terbaik, masalahnya aku yang pemalas nak jalan jejauh, asal jauh sikit bawak orang duduk sebelah,,

dan nak dijadikan cerita lepas settle segala, aku makan keropok kakak aku nih,, sambil drive encik kenari sayang.. sekali teringat kat baby dua ekor tu.. ayoyoo... rindunya,,

parah tak kalau aku jatuh sayang? yes,, jawabnya bagi aku memang parah sebab aku kalau betul betul sayang susah sangat sangat nak dilepaskan,,, rasa macam lepaskan beban yang aku tak nak lepaskan..

balik sampai rumah first thing keluar kereta adik laki aku bawak si kecik datang kedepan,, ayoyo.. rindu sama kamu la sayang...

alhamdulillah dengan kewujudan anak kucing dua ekor nih kurang sikit aku fikirkan perkara yang tengah hot untuk aku tahun ni iaitu 'kahwin'... lemah lutut goyang sana sini kalau  nak fikir dua poloh empat jam,,,

aku tidur, usha tengok dorang dah tidur belum,, aku bangun aku usha lagi, aku kemas itu ini aku usha lagi,, dan always,,, rindu dah parah jawabnya... sayang korang baby boo... bubye. assalamualaikum..