Friday, 25 September 2015

memori lama

bila diari hati ini dibuka...
sengaja menaip untuk menyimpan memori ini. 
kerana memori ini sukar untuk kekal aku ingat.. 

benarkan sofiyyah shah untuk menaip..
tidak kata seindah imaginasi aku.
hahahhaha..

mudah ke nak padam seseorang yang pernah ada dalam hati korang?

macam mana? cuba bagi tips..aku jenuh cuba,cuba dan cuba lagi.. tapi bila dia muncul depan mata. walaupun aku tak tengok, aku tahu tu dia. aku cuba sedaya mungkin untuk tak menampakkan diri. tapi kenapa aku yang lemah. lagak rupa parasku tidak menampakkan bahawa aku takut nak berhadapan dengannya. tapi dalam hati siapa yang tahu. benda macam ni sukar untuk aku. bila setiap kali pertembungan berlaku antara kami, aku akan berdiam diri memikirkan peristiwa lampau (ahhh.. ayat! hahahah)


mungkin aku sukar nak lupakan sebab :

*kawasan kejiranan (akan menyebabkan pertembungan yang kerap)
*berkenalan sebagai kawan. (aku kesian dekat dia dulu sebab kat rumah dia jarang ade orang)
*pertama kali aku jumpa dia, aku suka tengok dia (Handsome and taste aku) haha
*bila kenal, dia seorang yang pemalu , (aku suka lelaki yang pemalu sebab aku senang cakap ^_^)
*dia suka kacau aku, tapi aku suka. (bila ingatkan balik, memalukan)
*dia pernah cuba berhubung dengan aku melalui handphone bila dah naik sekolah menengah. walaupun kami dah lama tidak berhubung sejak aku keluar tingkatan satu (dia darjah enam baru)
*dia nak aku selalu senyum bila terserempak dengan dia, aku pernah try tapi yang kelakar muka dia merah (comel) dan dia alih muka tempat lain. 
*setiap kali jumpa kawan aku kat kedai dia akan tanya pasal aku. 
*dia selalu dengar aku marah adik lelaki aku (garang tu sifat aku) sebab suka merayap/buat hal tapi....
*dia pernah kata dia suka aku, dia tak suka orang lain. dia suruh aku tunggu dia.. 


hari aku ambil result spm satu mesej je aku dapat dari dia 'awak, tunggu saya ya' ... lepas tu dia tak bagi mesej kat aku dah sampai sekarang. bertembung tu ada jugak la. tetap sama, dia yang akan larikan mata dia dulu. (takkan malu lagi kot)

Ade je aku pelik, dia kata dia suka aku dah lama, dari awal jumpa. aku tak pernah percaya. hahahahha.  aku anggap dia cakap kosong je sebab tak nak bagi harapan waktu tu (sebabnya aku yang start minat dia dulu..hahahah) . cuma aku tak berani berharap .. bak kata orang takkan orang yang handsome/putih/smart dengan perempuan yang berjerawat pulak.hurmmmm macam tak sesuai.

lama jugak perkenalan kami, mungkin sebab tu susah aku nak lupa. aku harap kami dah stop untuk memikirkan antara satu sama lain..walaupun orang kata cinta pertama susah nak dilupakan.

cinta pertama - bila setiap kali perjumpaan hati akan berdegup laju.. tanpa mudah untuk ia berhenti...

kata-kata adik lelaki aku - lelaki bila dia suka seseorang, perangai dia lain, dia automatik jadi pemalu. beza dengan perempuan.hahahahahha..

minta maaf menaip story ni. menaip buatkan aku tenang.



Saturday, 19 September 2015

Bila Internet ada, apa kita buat?

assalamualaikum.

banyak entri ye sofiyyah shah..hahaha. bila baca entry orang. perghhh ... matang

aku? kebudak-budakan.. nak nak tanya korang, bila internet ade, korang akan buat apa?

takkan laya facebook/instagram/twitter/blog/whatsapp je?

aku nak habaq mai jugak. yang aku kalau duduk melayan handphone/laptop dengan internet terbuka, aku akan melayari website-website shopping online... ini memang jujur sebab tu dah jadi hobi aku. 

bila nak shopping, ape perlu ada? duit kan? hurmmm.. kalau korang nak tahu aku bukan kerja mana pon, aku seorang pengasuh baby 8 bulan di rumah sendiri. bergaji kecil. bercita besar....^_^

aku suka shopping online sebab serius memang jimat masa. walaupun memang sengsara kadang-kadang nak tunggu barang sampai depan mata. aku selalu bandingkan harga baju/ sunglass /kasut dan sebagainya dengan pelbagai website..

membazir, tapi disebabkan kami ramai adik beradik, aku beli tapi bukan aku pakai sangat pon. kakak adik perempuan aku akan pinjam barang aku. kalau tengok stok tudung je. perghhhh kevavommmmm... tapi untuk pengetahuan semua bahawa tudung aku kebanyakannya terdiri daripada tudung jenis bawal, bukan shawl dan kebanyakannya bersaiz bidang 60'..

kenapa aku suka beli tdung labuh? sebab aku nak raih pahala kalau orang pinjam untuk menutup aurat mereka.lepas kahwin kena tambah stok tudung bulat buatan sendiri pulak.*orang buat punya tak best

baju ni aku baru survey kat nile.com.my.


cantikkk!!!!




orang dok sibuk nak shopping baju raya haji. aku mampu kelip mata jela.. pasai aku nak kena simpan bayar yuran belajar pulak.uhhuhuhuhu....