Saturday 21 January 2012

WANITA BERWANGIAN KETIKA KELUAR RUMAH. (dosa-dosa yg dipandang remeh)

ASSALAMUALAIKUM...


 Inilah menjdi kebiasaan yang menjadi fonomen umum di kalangan wanita. Mereka sanggup keluar rumah dengan memakai wangian yang memenuhi segenap ruang. Hal ini termasuk sesuatu yang mengiurkan kaum lelaki hinggakan mereka tergoda kerana wangian itu bagaikan umpan buat mereka unttuk menghampirinya. Rasulullah s.a.w amat tegas ketika mengingatkan masalah itu sambil bersabda:

“Mana-mana perempuan yang menggunakan wangian kemudian melintas di hadapan kaum lelaki agar mereka mencium bau wangiannya, dia adalah seorang penzina”

Sebahagian kum wanita memandang remeh masalah ini. Tnpa segn silu mereka memakai wangian yang menusuk hidung. Merek langsung tidak memperdulikan sama ada di sebelahnya ada peniaga, orang yang lalu lalang tau orang lain yang mungkin tergoda dengannya. Syariat islam berpendirian tegas dalam maslah ini. Mana-mana wnita yang terlanjur memkai wngian jika hendak keluar maka dia wajib mandi atau menghilangkan bauan itu seperti carra mandi wajib walaupun bertujuan keluar ke msjid.

Sabda Rasulullah s.a.w:

Mana-mana wanita yang memakai wangian kemudian keluar ke masjid bertujuan agar wangin nya itu dihidu oleh orang lain, solatnya itu tidak diterima sehingga dia mandi seperti mandi junub.

Setelah berbagai-bagai peringatan disampaikan, natijahnya kita hanya mampu mengadu dan berserah kepada ALLAH mengenai kaum wanita yang sanggup memakai wangi-wangian dalm majlis-mjlis atau pertemuan yang diadakan. Malah, pewangi yang dipakai hingga menusuk hidung itu bukan hanya digunakan pada waktu-waktu tertentu tetapi ia turut digunakn ketika ingin ke pasar, dalam kereta, di majlis pertemuan umum hinggalah ke masjid pada malam-malam suci seperti ramadhan.

Syariat islam sebenarnya telah menetapkan batasn-batasan yang perlu dipatuhi bahawa wanita muslimah adalah wangi yang tidak Nampak warna kulitnya dan tidak keras bau wangiannya.

hye u oll..korang baca.? tak baca suka hati korang la.

k.bai. SALAM 

BERSaLAMAN DENGAN WANITA AJNABI (dosa-dosa yang dipandang remeh)

ASSALAMUALAIKUM.....

jawab2..jgn x jwab..huhu..
bace la ko.. 


Di zaman moden ini, bersalam-salaman antara lelaki dengan wanita sudah menjadi tradisi atau adat. Tradisi yang tidak bertepatan dengan syrak ini telah melenyapkan akhlak islam yang sepatutny ditegakkan. Bahkan, golongan ini menganggap kebiasaan itu jauh lebih baik dan lebih tinggi nilainya berbanding syriat Allah yang menghramkan perbuatan itu.

Tidak hairanlah apabila antara mereka yang diajak bersua muka untuk diberi penelasan mengenai hokum penghramannya berdasarkan dalil-dalil yang kuat dan jelas, pasti ada yang memandang serong dan melemparkan pelbagai tuduhn seperti terlalu kolot, ketinggalan zaman, tidak mengikut peredaran semasa, ekstrim, ingin memutuskan hubungan silaturrahim, menghlangkan niat baik dan sebagainya.

Malah, pada hri ini masyarakat kita sanggup berjabat tangan dengan sepupu dan ipar mereka tanpa segan silu.

Seandainya merek membuk minda yang bersih dan memiliki ilmu pengetahuan agama yang banyak tentang bahaya perbuatan tersebut menurut syarak, tentu mereka tidak akan melakukan pekara-perkra itu.

Sabda Rasulullah s.a.w:
Sesungguhnya ditusuk dengan jarum besi ke kepala seorang lelaki di kalangan kamu lebih baik baginya dari menyentuh kulit wanita yang tidak halal disentuh olehnya.

Malah, tidak syk lagi perbuatan itu juga termsuk perbuatan zina, iaitu zina tanagn sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:

Kedua-dua belah mata berzina, kedua belah tangan berzina dan kedua belah kaki berzina dan kemaluan juga berzina.

Masih adakah orang yang paling bersih hatinya selain Nabi Muhammad s.a.w? walaupun demikian baginda masih berkata:

Sesungguhnya aku tidak pernah menyeentuh tangaan-tangan wanita bukan mahram.

Dalam riwayat lain:

Sesungguhnya aku tidak pernah bersalaman dengan wnita bukan mahram

AISYAH r.a berkata:
DEMI ALLAH..! sesungguhnya tangan Rasululla s.a.w tidak pernah sama sekali menyentuh tangan wanita tetpi baginda membai’ah mereka melalui perkataan.

Justeru, orang-orang yang sentiasa mengugut isterinya dengan perkataan “cerai” hendaklah takut kepada ALLAH sekkiranya isteri tidak mahu berjabat tangan dengan teman-teman sekerja atau golongan kehormat. Perlu diketahui, berjabat tanagn dengan kaum berlainan jenis walaupun memakai sarung tangan hukumnya tetap haram.


p/s: ALHAMDULILLAH mak abah aku tak pernah bagi aku rapat dengan cousin laki. Kalau tak main balun je salam. Haha..

saLAM….