Friday 16 August 2013

kenangan raya 2013

Assalamualaikum ,,,,,

kata-kata , perbuatan kadang-kadang mendatangkan tanggapan orang lain terhadap diri kita. aku seorang perempuan..ingin melakukan perubahan dalam diri ini, mungkin ke arah kebaikan. namun,, sifat aku yang kurang istiqamah ni la. ..

aku bukan apa, hari tu la, pergi waterpark kat Bukit Merah Perak. bukan main suka and boleh pulak aku tahap buat bodoh, pi bukak kasut bertutup aku tu. senanye ade picnya tapi akak aku tak bagi amek lagi..huhuhu..

gaya pagi tu memang macam apa ntah. dengan pakai baju  t-shirt labuh muslimah tu, seluar slack and tudung syria je. sebab aku takut nanti kena air tudung gerak-gerak kalau pakai tudung bidang. pastu slack gila aku punya kasut, orang pergi mandi manda pakai selipar je, aku.? kasut.. kasut jalan aku la. mana tak nya, sandal aku awal-awal lagi dah lekang tapaknya. sampai hati,, "kasut murah kan" .
nak main air je kata kitaorang empat beradik pompuan,, tak mandi punya, and blablabla....

sekali kitaorang boring gila, pi la jalan-jalan kaki ayam dengn selamba badak kan aku tak pakai stoking. aku fikir seluar slack aku dah macam tutup kaki, hoho.. *harap lepas ni aku tak buat macam tu dah. dok ronda-ronda.. jumpa kolam takde orang, masuk je. sekali akak and adik pompuan aku tak sampai paha , aku yang baru masuk, airnya dah sampai paha, aishhh... mentang-mentang aku ni rendah...

jalan kehujung kawasan waterpark uh, ape lagi... laju la kitaorang jumpa benda ni..



haha.. mua-mula tak terdetik. tapi yang menyebabkan kitaorang empat beradik nak main, nampak perempuan arab pakai purdah main, apalagi kitaorang, dari mlu jadi tak malu nak main.

perghhh...!
main first time.. orng sakit jantung, jangan main. hilang jantung ugak time uh karang.haha.
aku main.. tak sempat amek gambar sebelum turun. jerit tak la kitaorang, tapi aku la, mula-mula tak pejam mata, tapi bila part curam gila, mata terpejam ...wohohohoh...mau kot ade yang tengok..

tu game first kitaorang main. seconde game yang aku and kakak adk pompun aku main...


yang ni aku main dua kali, tapi game ni kurang mencabar, yang bentuk V tadi best. game ni first aku main nan akak seconde aku, tapi aku tak rasa apa-apa pown. seconde aku main nan adik laki aku.. kali ni macam laju sikit pergerakkannya , maybe kitaorang dua-dua macam berat sikit. tu yang best uh...


aku first time pergi tempt macam ni. dengan family manyak best.. okey la. out. cerita tanpa gambar kami. tak best...!!!

huhu..papai. salam

Sunday 28 July 2013

hasil kerja yangkurang memuaskan

Assalamualaikum pembuka bicara..
Harap disambut dengan senyuman…haha. Tu bukan pantun la untuk pagi yang mulia ni.

Aku sebenarnya boleh dikatakan stress kalau banyak benda yang aku fikirkan.sebabnya. aku bukan orang yang berfikiran pantas. Aku insan yang memerlukan masa untuk bergerak kehadapan. Tapi aku bersyukur yang aku masih diberi peluang yang terus hidup dibumi Allah yang  tersergam indah ini. Mungkin ini dikatakan ujian kepada aku untuk Allah melihat bahawa aku ni mampu bertahan atau tidak. Bila difikirkan, Allah tetapkan satu perkara itu bagi mengubah hidup kita, dan Allah hanya akan bagi kita hadapi satu perkara itu dengan kadar yang kita mampu untuk laksanakannya. Andai kita tak mampu laksanakan, itu salah kita.. diri kita yang tak kuat.

Aku suka menaip kisah aku bukan sebab aku tak tahan nak hadapi, tapi sebab aku memang suka bercerita dan aku akan rasa tenang sikit lepas menaip.

Firstly aku serba salah pasal kad jemputan untuk iftar jamaie yang bakal batch kami lakukan. Aku bahagian biro jemputan. Aku memang tak berapa nak faham macam mana tugas aku. Aku minta maaf la sangat-sangat kat korang. Aku memang tak pernah diberikan tanggungjawab,even benda tu simple. Aku takut kalau aku diberi tanggungjawab aku tak laksanakan. Tpi bila difikirkan, kalau aku tak cuba sahut semua ni, pada masa akan datang macam mana.?


Okeh. Aku baru siapkan satu kad jemputan. Maybe tak secantik mana.tapi first hasil kerja aku..