Wednesday 26 November 2014

Luahan hati setelah banyak berfikir

Assalamualaikum

Rindu ke memang tak nak baca luahan aku ?

Kalau tak nak. Boleh la tekan button x kat tab tu ye...

Aku tak menaip bukan takde masa tapi malas. Mood mls dtg. Harap maklum.. haha. Balik kerja aku dok layan si tochik.haha. sebabnya dia dengar enjin kenari je terus terpacak depan pintu. Setiap hari pulak tu..pandai dia tunggu mama dia..

Okay.. puas pujuk hati. Sangat penat jugak bila nak legakan.. and until sekarang sebenarnya tak lega lagi.. putus asa.? Separuh hati mungkin.. tapi... meh. Story meh. Sebabnya siapa pon dia , korg takkan kenal.. betul cakap aku. Tak pernah tipu tau..

Aku cuba lupakan dia, aku cuba hilangkan perasaan tu dan cari perasaan tu untuk orang lain. Mungkin lagi smart.. tapi usaha aku gagal bulat tahu.. sebabnya bila aku pandang org lain, hati aku.. serba salah sangat.. sebab seolah olah berkata yang aku tak sepatutnya tengok org lain. Kalau dia tahu kan sedih nanti..serius macam orang bodoh aku rasa. Sebab perasaan ni. Bukan antara dua pihak...!! tapi perasaan ni lahir dlm hati aku je.. hati aku menangis tau.. bila teringatkan benda ni... ye... perasaan ni tak patut wujud. Jahilnya aku dalam mendalami ilmu Allah..

Kenapa aku fikir?

Aku bagitahu nih.. aku bukan org yg mncari jodoh. Tapi aku orang yang menanti jodoh.. pelik jugak. Okay. abaikan.. sebenarnya aku risau.. takut ayah aku bawak calon bakal menantu dia pulak.. sape lagi kalau bukan untuk aku..

Habis..yang selama ni,, perasaan aku kat lelaki tu mcm mne pulak..? Mata aku, nak tengok lelaki lain serius nampak biasa sangat. Tak tahu kenapa.. handsome baik jugak. Tapi... ntah..

Mohon petunjuk jugak. Segala yang aku dapat petunjuk yang baik.. alhamdulillah.

Semalam. Aku dapat ilham. Kalau abah bawak calon, aku jumpe, aku nak mintak dia memberi tazkirah sikit. Sebabnya. Aku nak suami yang mampu mengajar aku ilmu agama. Bercerita dgn mudah. Tak malu sangat..

Betul. Itu yang aku lihat sebanarnya dalam perwatakan lelaki yang aku susah nk lupakan nih..gaya sempoi.. cakap relax je.. tapi skrg sedikit demi sedikit aku kena jaga pandangan aku.. haha..okay. done.. korang doakan aku ye..

Ayat ustaz "bapa boleh suruh anak kahwin dgn pilihan dia tapi tidak boleh paksa anak gadisnya terima"

Yg nak kahwin saya..huhuhu.. ..kalaulah dia tahu aku cerita nih..hurmmmm..

Seboleh mungkin ayah aku akan kahwinkan anak dara dia pada usia yang muda. Tak mustahil aku kena nikah awal kalau dia nak jodohkan aku jugak dgn pilihan dia..gamaknya melepaslah peluang aku nak nikah dgn org yg aku suka..haha.. okay. Selamat malam. Assalamualaikum

Sunday 23 November 2014

Diam lebih baik dari berkata kata

Assalamualaikum...

Aku hbis kelas tadi terus tidur. Perghh... lena diulit mimpi..

Tapi.. satu benda aku tak puas hati.. risau jugak kot.. al maklumlah.. kalau digosipkan...faham faham la ape yang terjadi..

Bukan tu yang aku nak. Kena gosip bkn bnda baik...merimaskan adelah.. kadang kadang risau. Yang duk mengenakan tu org lain bukan hati aku ni hah.. nanti aku pantang bila fikir balik yang lelaki yg digosipkan tu salah faham.. nak aku bg tahu yang "MAAF ENCIK , SAYA KENA GOSIP JEH NIH..MINTAK ENCIK LAYAN JELA AND JANGAN SALAH FAHAM OKAY..FAHM FAHAM JE LA KAN YANG KITA NI BUJANG"

Kalau tak kena gosip, aku relax je.. takde makne nak serabut serabut..aku kalau fikir balik. Sabar jela wahai hati.. biar mulut dikunci..insyaAllah satu hari nanti okaylah segalanya selesai..Allah yang menentukan..okay. aku hope sangat yang para lelaki tolong jangan perasan sangat..and jangan salah faham..

Situasi aku skrg digosip.. tapi ada dua partner. Sorg di tempat kerja.. sorg lg di tempat belajar..gosip tuh meliar sampai pengetahuan dorg.. but,aku biarkan pengosip mnyebarkan. malas nak ambik tahu dah..

Di skolah aku kena hadap ustaz,,, di ukm faham fahamlah ade lagi orgnya. Sampai kadang kadang fikir. Tolong.. jgn bagi aku rimas..

Kalau real, aku boleh terima, but tu semua gosip liar..

Abaikan.. perkongsian bersama je. Tipu kalau aku ckp korg tak cukup smpurna sbb aku lg cetek ilmu.

Pandangan aku pd kaum adam..

"Handsome korg bkn pd rupa paras. Handsome pd aku ilmu agamanya, ketegasannya, adabnya dan penerapan akhlak yang baik dlm kehidupan harian"

Kerana kekaguman aku lebih kpd mereka yg berilmu..bkn ilmu duniawi... tp ukhrawi juga. Sekian... amalkan perkara dipelajari dlm khidupan..

Bubye. Assalamualaikum..