Wednesday 16 September 2015

ketagih yang amat dengan produk GAMAT HEALIN.


assalamualaikum.. kenal gamat healin? hiihih



sebenarnya , aku dah lama juga la guna produk healin ni. dari sabun muka, then sekarang dah sampai peringkat mampu dan ade perubahan aku sudah ambil krim malamnya.tapi macam kita sedia maklum produk ni memang mahal untuk aku.

kenapa aku suka produk gamat healin? 

antara sebabnya, sebelum aku pakai produk ni aku pakai produk dynars skin care tu, mengelupas teruk kulit muka, lepas tu aku sambung pakai cosmoderm sebab aku tak mampu nak percaya pada dynars skin care tu. tak sesuai dengan kulit aku kot.

mak aku yang cadangkan pergi ke gamat healin. first  day aku pergi sana awal bulan 2 tahun 2015. waktu ni aku tak ada duit lagi sebab aku belum gaji. pergi sana dengan mak, mak yang belanja. awal aku ambil ubat makan (cecair untuk resedung), sabun mirakel dengan lukano(gel jerawat). 

mula amalkan tu payah juga lah sebab aku bukan jenis makan ape-ape ubat sebelum ni. . nak kena jaga makan setiap pagi setiap malam. leceh jugak. lagi satu aku kena jaga pantang makan, tak boleh makan :

-seafood (sotong/udang/ketam)*kegemaran yang dilupakan dah
-ayam
-telur
-belacan
-ikan bilis/udang kering*ikan bilis aku bedal je

nak buat macam mana, nak cantik juga kan? hihihih.. sebenarnya mak aku beria sangat ni waktu tu sebab minggu depannya ada yang cadang nak tengok anak dara dia.hahaha. *tapi sedih tak jadi tengok.hahaha

after sebulan aku datang ke kedai healin di depan econsave jalan reko tu seorang diri sebab aku cadang nak tanya kenapa kulit muka aku jadi kering mengelupas tapi tak pedih. memang buruk sangat aku rasa. sedih ! tapi kakak tu kata, sepatutnya pakai pelembab muka, aku pun beli toner, boleh tahan la, seronok je pakai. kulit kembali elok, kurang bersisik macam ikan.hahahha.
lepas pelembab aku pakai mask hydrate/krim malam/toner/pencuci o2 dia/sabun mirakel/sunblock/gel jerawat/lukano

banyak yang aku guna boleh kata sepanjang bulan 2 hingga bulan 9 ni dah habis rm1000+ la kot sebab harga mahal jugak.
tapi , pembersih o2 tu aku tak guna sebab satu bulan aku cuba yang tu, aku punya muka merah-merah, kering, bibir jadi hitam sebab gatal. memang masalah*mungkin ikut kulit juga. akak tu pakai elok je.

aku sambung pakai sabun mirakel je sebagai pencuci muka mungkin sesuai untuk yang ada masalah resdung atau gatal-gatal. sabun ni murah sikit dalam rm12 lebih. boleh tahan dua bulan. boleh jugak guna untuk gatal-gatal dekat badan. sebabnya ada satu hari ni tangan dengan mulut gatal sangat nak makan sushi yang adik aku beli, sedap je telan, baru tahu dalam tu ada telur salmon..hurmmm.. jawabnya gatal sana sini. aku mandi guna sabun mirakel dari gamat healin la. alhamdulillah..^_^

aku suka produk ni sangat sebab takde kesan sampingan lain, mak aku marah kalau aku guna produk lain. sebab sebelum healin muka aku dah dijadikan bahan eksperimen aku sendiri untuk menggunakan pelbagai produk. dan mak aku suka tengok perubahan rupa paras ku..heheh. melampau betul ayat aku kan. mahal , kena cari duit...padahal yuran belajar nak kena bayar , produk guna mahal-mahal pulak.heheh. selagi aku mampu, duit aku bukan duit orang.

boleh la tengok produk yg pernah aku beli, tapi ade yang aku tak ambil gambar.
tinted sunblock
facial cleanser milk *pencuci make up


gel utk jerawat dan parut


gel jerwat yang best



pencuci o2 tak sesuai utk aku
sabun muka/badan utk kulit gatal



gambar lama



toner dan masker


penambahan-magic jelly yang diperkaya dengan aloe vera (sejuk)

konon nak ambil supplement. not bad.


aku saja tambah dua produk tu, tapi yang olicandy aku stop sebab memutihkan kulit aku ada la. habis nampak jerawat aku merah.. adik perepuan aku mula la tanya yang aku makan apa jadi putih sebab dia nak putih jugak.hahhaha...

yang magic jelly memang elok untuk memulihka kulit muka, tapi ingat waktu pakai selawat ye..hehehhe..


ok. tu sahaja. sekian.



tabiat tidur pagi

assalamualaikum.


tengok tajuk dan renungkan sendiri.

hiihihihi.  kawan-kawan suka tidur pagi tak? jawab dengan jujur ya. aku dulu pernah tidur pagi. memang nikmat rasanya dapat tidur waktu pagi-pagi. tapi, aku rasa itu adalah cara untuk kita menutup pintu rezeki kita dari terbentang luas.

aku mula tak tidur pagi bila aku masuk tingkatan 3. kalau sebelum tu pun tidur hanya tengok hari jugak. kalau aku rasa takde benda nak buat. tidur la. budak lagi kot.

bila naik usia , aku banyak fikir kata-kata mak tok aku. "tak elok tidur pepagi ni, rezeki tak masuk.". aku kagum dengan orang tua-tua sebab penat lelah macam mana pun mereka. mereka tidak pernah memperlihatkan kepada anak cucu mereka. bila masa rehat mereka ya? aku tertanya-tanya.

bila aku cuba,cuba dan cuba untuk tidak tidur waktu pagi, aku nampak realiti kata-kata mak tok aku. bila kita tidur, contoh kita tak buka kedai, walhal ramai yang akan membeli pada waktu pagi untuk sarapan anak-anak/keluarga mereka. dekat situ kita dah rugi besar. contoh lagi, rugi pahala. beribadat pada waktu pagi adalah baik untuk diri kita, merasakan Allah sentiasa bersama kita sepanjang hari dan menjaga tingkah laku kita.


sampai sekarang aku sudah tak tidur pagi. melainkan kepenatan yang amat. allhamdulillah. cubalah. pintu rezeki anda akan terbentang luas.! kita usaha ,kita akan dapat ganjarannya.

jangan cuba semata-mata niat untuk diberi ganjaran, cuba untuk mengubah diri kita. in sha Allah, pertolongan Allah bersama golonga yang sabar.

wsalam