Thursday, 21 March 2013

kenapa aku happy walau result kureng elok.


mungkin result cantik bukan jodoh aku..
rezeki aku dr sudut lain. tp,,
aku bersyukur aku tak mudah nak nngis..
memang nangis itu bagus. tp aku rasa nangis yang bagus di tikr sejadah.

result STPM sem 1 aku down kot. tapi tak pe. aku dah minta maaf kat mak abah aku. and aku tahu dia orang lagi faham. aku bukan jenis study hard. jujur aku kata time exam, aku takde feel exam. baca buku tak. nak masuk kepala pun susah. itu ujian kepada aku. mungkin ada yang alami macam aku. aku faham perasaan korang. sekali aku baca pun, aku takkan dapat masuk. so, aku baca je. tapi tak dapat nak faham.

itu apa nak dikatakan.? ujian Allah. ya.! aku anggap itu betul. mungkin salah aku juga. aku banyak buat salah, mengumpat la. dosa kita kan. aku akan anggap itu pengajaran kepada aku.

kawan-kawan, janganlah bersedih.
Allah sayang kita. dugaan yang kita dapat itu sebenarnya sesuatu yang mendatangkan hasil kepada kita. Insya Allah.. dengan izin Allah.. !

sukar tangisan untuk ku terbitkan di tubir mata ini,
Alhamdulillah aku sudah redha awal-awal... pointer down,, mendorong semangat.
nak dikatakan mata tak dapat mengalir, tapi hati perit.
tidak juga. aku betul betul tak dapat rasa apa-apa.
selalu aku fikir.

"aku ni takkan tak ada perasaan langsung.?"

tapi, kalau aku tak de perasaan, aku bukan pengecut. tapi pengecut tu sifat aku. aku akan nangis kalau dengan ayah aku n kalo geram dgn adik2 aku je. mengapa.?

semoga kita berjya bersama, kawan-kawan...!



siapa kah yang mampu brkata kpdku..?

jadikanlah step-step hidup kita membangun.





aku suka..!


okey.. itu saja kata-kata dari cik piya.
assalamualaikum..

Saturday, 16 March 2013

dulu nak. tak nak bagi, skrg main paksa-paksa pulak

tengah sibuk buat pbs sempat lagi update blog ya.! hehehe


aku tension la kalau asyik hadap je benda alah uh..hehe. sekali sekala.wat lex jap..
aku tengok kawan kawan aku sekarang miang. aku pun ape kurangnya. miang nak kahwin. haha
standart naik umur macam skrg la. sekarang agak over la kot exictednya. pas ni x de la over eksennye....


ayat aku la..

sekarang punya story..
ada la sorang anak dara ni nak kahwin. tapi....
mak dengan ayah dia buat dono je dengan dia.
punya la beria-ia...

lama-lama si dia diam la...


akan datang punya story...

gerenti mak ayah dia pulak risau...
asyik dok tanya
" bila la agaknya ko nak kahwin."


eh....hahah! tu la. bila anak dara nak kahwin xnak bagi. kan dah susah bila dah menjadi tua anak dara tu..

tahu tak apa yang akan anak dara tu jawab..?

mesti la dia ckp.
" bila orang nak kahwin xnak bagi... sekarang orang tak nak kahwin, main paksa-paksa pulak"

hahahahah...
aku asyik gelak je fikir macam tu. kelakar pun ada.


bila umur meningkat macam aku sekarang memang miang dia over. ala .. jakun gitu...haha.. tapi, lambat laun dia akan lebih matang dan berfikiran terbuka....

jeng-jeng jeng..!

tak ku sangka tak ku duga, aku berkata-kata ....kihkihkih...oke.papai....

nubhan ft mila

assalamualaikum....

hei, kat rumah aku takde letrik... aish. nak buat mcm mana.?
aku tengah caj bateri laptop ni sebenarnya. hahaha...

khabarsedih...!

tadi aku tengok lagu cinta kasih. mila dan nubhan. abang aku tu. hahaha



comel je mila




aku ni peminat nubhan...hhuhuhuhu... jelous2...!
sweet je tengok dorang.. sorang tinggi and sorang comel...
aku suka....!
idamkan laki tinggi, tapi karang tak memasal dapat laki sedang-sedang je tingginya.

oke. tu je. out.salam

Thursday, 7 March 2013

luahan hati aku


Salam. Hai all..!
 Aku penat tahu. Perangai org kan.
Kalau ada hati, mengapa perlu sakitkan hati org lain.
Orang marah, touching giler dow…ape yang ko nak touching, problem kot. Aku paling tak suka orang macam tu. benda simple jadikan something tu besar plak, ntah r. ko tak tegur, aku tak salah. Aku yang  tidak bersalah, tapi dah minta maaf , tapi ko sepatang haram tak cakap pape. Takkan aku nak mintak maaf sepuluh kali kot baru kau terima. Aku dah minta maaf byk kali gak kot.
Aku tak fed up , tapi aku rasa tak berfaedah n seolah-olah maruah aku kat mane.sebab tu la aku tak suka ada geng or terlalu friendly dgn seseorg. Bila dah rapat , kena lembut sangat. Sory. Aku jujur cakap aku bukan jenis lembut. Nak buat macam mana kan. Aku ni dah perangai macam ni. Tapi aku okey kat rumah je. Marah –marah aku pun, aku still okey tau. Aku takut aku tak reti jaga hati orang. Sakit hati orang je . kesian orang yang selalu dekat dengan aku.

Oppppss..
Aku tension, so aku balun je la. Buat luahan bagai la…heheheh
Hidup tak tenang tau kalau dibayangi dengan kebencian mnusia di dunia ni. Hanya mampu mohon dari Sang Pencipta….ALLAH…!

Monday, 4 March 2013

jom amalkan cara hidup sihat


ASSALAMUALAIKUM...

HALLO...

Kenapa kita perlu makan.? Tak boleh ke kita rasa kenyang je sepanjang masa.
Aha.! Aku bagi tips sebab aku banyak kali dah baca merata ceruk info psal ni. Lagipun apesalahnya kongsi ilmu. Dalam aku tengah nak try diet jugak ni

Haha. Dh terasa meningkat berat dah badan ni. Nak buat banyak benda pun jadi malas. Lagi-lagi baru baru ni ada merentas desa kat sekolah ni.
Warggh. Bukan calang2 jalan woo.. naik jejantas. Aku gayat kot. Macam nak terjunam.syukur ALLAH bagi aku smangat. Asal aku lari pun jadi la.

Okey. Tips..!
                   >>>>> kurang pengambilan makanan dan minuman manis.

Jika anda mengambil minuman manis , hadkan hanya satu sudu the gula sahaja. Kurangkan kekerapan mengambil makanan manis seperti kuih muih ,kek, donut . kurangkan mengambil minuman berkarbonat dan minuman kordial kerana ianya tinggi kandungan gula. Bayangkan ..setin minman berkarbonat , terdapat empat hingga lpan sudu the gula.

>>>>> hadkan makanan masin atau bergaram.

Pengambilan makanan yang masin dikaitkan dengan tekanan darah tinggi. Makanan segera dan makanan diproses biasanya tinggi kandungan garam. Selin itu, hadkan juga pengambilan kicap ,belacan, cencaluk,budu, dan sos kerana iany juga tinggi kadar garam.

>>>>> ambil tiga hidangan sayur dan dua hidangan buah setiap hari.

Pastikan anda mengambil tiga hidangan sayur dan dua hidangan buah setiap hari. Satu hidangan sayur bersamaan dengan ½ cawan atu empat sudu makan . manakla satu hidangan buah pula brsamaan dengan satu potong betik /tembikai/nenas atau satu biji epal, oren atau buah lain. Keperluan kalori bagi remaja sihat adalah tinggi.

>>>>> makan secara teratur

Makanah secra teratyr setiap hari .ambil 3 hidagan utama iaitu sarapan ,makan tengahari dan malam. Jika perlu, ambi 2 hidangan snek iaitu waktu pagi dan petang. Meangkau waktu makan boleh menyebabkan kelaparan dan pastinya kita akan makan belebihan nanti. Elakkan pengambilan makanan lewaat malam dan hamper dengan waktu tidur. sebaik-baiknya makan 4 jam sebelum tidur.

>>>>>hadkan makanan bergoreng,berlemak dan bersantan.

Makan bergoreng berlemak dan bersantan adalah tinggi kalori. Hadkan hanya satu sahaja makanan bergoreng, berlemak atau bersantan dalam hidangan anda.

>>>>>makan ikut keperluan

keperluan kalori harian individu bergantung kepada jantina,umur, tahap aktiviti fizikal.keperluan harian bagi lelaki adalah melebihi perempuan dan individu yang aktif memerlukan lebih banyak kalori berbnding individu yang mengamalkan gaya hidup yang tidak tidak aktif atau sedentari. Tips mudah untuk anda ikut ialah setiap kali mengambil makanan , jangan sampai makanan nya menimbun-nimbun dalm pinggan anda.

>>>>> minum 6-8 gelas air setiap hari.

Jangan lupa untuk minum 6-8 gelas air sehari.jika boleh, utamakan air kosong kerana air kosong tidak mengandungi kalori.


Sekian. Terima kasih 4 reading.