Assalamualaikum…
Hai korang,, aku malas nak taip tapi aku banyak cerita.
Minggu ni
sebenarnya ada sekolah ganti.. hari ni yang bertarikh 13 julai 2013. Tapi memang
harapan la aku nak datang,, rumah lagi penting dari bersekolah. Kenapa.? Bukan disebabkan
aku nak duduk berehat di rumah, melantak banyak-banyak bila berbuka, bukan ok. Aku
just nak bersama keluarga tersayang.. tapi tu la bila dah semua ada di rumah,
maka makan besar la jadinya..
Makan besar
atau simple itu semua biasa tapi suasana bersama family yang aku suka. *memang
aku ni mudah merindukan rumah.
Bila di
asrama, solat terawih di masjid hamidiah. Bila di rumah, solat di rumah je la. Pompuankan
tidak digalakkan keluar rumah sangat. *sebenarnya aku ni tahap pemalas keluar
umah gak, nak siap itu ini. Aku over la kan.
Batal tak
puasa kita kalau ada semut masuk telinga and tak nak kua.?
Hehehe. Tadi
aku tidur kejap je. Lepas siap mengemas rumah la, bukan penat mana pun tapi mengada manjakan diri. Katil aku adik
kecik aku rembat awal dah. So, aku tidur la kat karpet,, mana la aku tahu ada
semut yang nak masuk,, aku terjaga pun sebab rasa telinga aku ada benda
berjalan,, haish…kebuntuan hukum pulak..haha
Hari ni aku
redah pi kedai buku pulak,, yang jadi bodyguard aku adik laki aku yang sulung
and bongsu. Tu la, orang kata kalau ikut karang dorang yang membebel. Time aku
redah jenguk buku-buku hadith hukum bagai uh la pak cik dua orang ni sibuk Tanya
bila nak balik. Geram pulak aku. Tengok jam pun aku dah lama kat situ , dalam
satu jam setengah la.. kesian punya pasal, aku abaikan pasal nak cari buku yang
nak dibeli, and balik dari kedai buku tanpa buku di tangan. Buat malu je.
Harap-harap
buku hadith hukum akan dijual nanti. Aku punya powerpoint takde bahan ni. Huhuhu.
Tajuk hadith yang aku kena present uh
“keperibadian
isteri solehah”
Memang secara
tak sengaja dapat kat aku..
Rugi pelajar
asrama yang tak balik ke rumah , dan menetap ke homestay cik dyba lyfa. Bukan senang
nak berbuka dan bersahur bersama family..
Aku yang dah
selalu balik ni pun rasa macam tak puas je… rasa macam nak terus skip STPM..
haha
Byk aku
buang duit kat STPM, sayang la nak skip. Haha.
Okeh. Story
lain yang aku nak taip , tapi ni yang ditaip. Nak buat macam mana. Okeh,, jom
blaja MUET… NAK DAPAT BAND 4 KEATAS KAN…??
JOMMMMMM…..hehe
Aku kena
tingkatkan reading and writing aku. Tapi paling trok reading aku. Korang…
doakan aku tau.. gemuruh ni…
Assalamualaikum…
TATA…