Monday 24 December 2012

Susu- merawat kulit muka Susu- merawat kulit muka




Assalamualaikum. Hai all. 

Lama kan aku tak menaip .ahahah. *poodah.orang lain tak kesah.

Aku nak bagi ilmu sikit ni. Haha. Info suda.! bacalah dibawah , kawan oi..! hohoho.

Asal ilmu ni dari buku karya: Amina Hj. Noor. (makanan sebagai penawar atau bisa)

>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<< 

Memang tidak dapat dinafikan susu mempunyai khasiat yang menakjubkan. Ia makanan kesihatan yang tidak perlu dipertikaikan lagi. Susu memang perlu untuk tumbuhbesaran bayi dan anak-anak. Jika anak-anak tidak mengambil susu bermakna mereka tidak makan apa apa, begitulah khasiat susu untuk kesihatan manusia.

Sebagai penawar:

Susu yang diminum dua gelas sehari menghindarkan pereputan tulang bila wanita putus haid.
Susu memang sesuai diambil bagi mereka yang baru sembuh dari sakit. Meminum susu setiap hari menjadikan kulit cerah dan berwarna kekuningan.
Selain daripada itu susu boleh merawat kulit muka. Barangkali ada di antara para pembaca yang merasakan kulit mukanya tidak halus, terutamanya kaum wanita. Memang terdapat berbagai-bagai cara bagi mengatasinya. Salah satu cara petuanya ialah menggunakan air susu.
Tidak susah untuk membuatnya. Apa yang perlu dilakukan ialah dengan memanaskan susu sehingga mendidih. Kemudian susu tersebu didinginkan di satu tempat khas, seperti dalam mangkuk atau sebagainya. Bila susu itu sudah sejuk, lalu disapukan ke bahagian kulit muka. Biarkan susu itu kering dimuka. Bila sudah kering bersihkan pula susu di muka dengan air hangat. Lakukan cara ini setiap hari. InsyaALLAH dalam masa yang singkat wajah anda akan menjadi halus.

Bisanya:
Jika terminum susu basi boleh menyebabkan cirit birit dan muntah-muntah. Jika ada lebihan susu botol anak hendaklah dicuci bersih bagi menjaga kesihatan mereka.

……………………………

Jeng jeng jeng…. Tamat sudah. Aku copy bulat bulat ayat dia tau. Try la korang. Nak kulit muka haluskan.?
Lagi-lagi wanita.. hahah. *aku pun. Aku pernah try. Memang okey la. Tapi aku baru baca buku ni..hahahah..
Kita tak boleh percaya kepada benda ini semata-mata tau. Kita letakkan kepercayaan kita kepada PENCIPTA kita ya.!
ALLAH… kannnnnnnnnnnnnn.

Out la. Dah penat aku nak taip itu ini.

Monday 17 December 2012

syariah - wadiah (stpm 12/13)

pengertian :

bahasa: simpanan, iaitu sesuatu barang yang diamanahkan kepada orang lain untuk dijaganya.

istilah: mewakilkan atau memberi amanah menjaga harta kepunyaanya atau dihormati yang tertentu dengan cara yang tertentu.

dalil wadiah :  al-quran, surah an-nisa : 58.

 "sungguh , Allah menyuruhmu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya,......"  (amek sampai situ je) dlm exam x de letak makna. kena letak dalil al-quran atau hadith.


hukum:

- sunat : apabila dia percaya akan dirinya dan sanggup menjaga barang tersebut.
-wajib : sekiranya terdapt orang lain yang lebih baik dan lebih dipercayai.
-haram : apabila seseorang itu tidak sanggup menjaga sebagaimana semestinya.
-makruh : apabila orang kurang yakin akan dirinya untuk menjaga amanah tersebut.

rukun: (ikut aturan yang betul)

1)orang yang menyimpan
2)penerima simpanan
3)barang yang disimpan
4)sighah(ijab dan kabul)

syarat sah wadiah:

1) syarat penyimpan dan penerima simpanan:
    - sempurna akalnya
    -baligh
    -cerdik

2) syarat barang yang disimpan:
    -brg yang boleh diterima(dipegang) oleh tangan.


hikmah wadiah:

- menanamkan sifat mahabah an tolong menolong antara satu sama lain.
-menjamin keselamatan harta benda dan memberi kemudahan kepada orang yang ingin mengembara.
-untuk memimpin manusia supaya bersifat bertanggungjawab terhadap hak hak orang lain.


keadaan yang boleh membatalkan wadiah:

-dengan kematian oleh salah seorang dari penyimpan atau penerima simpanan.
- dengan sebab gila
-dengan sebab pitam.
-dengan sebab penyimpan menarik diri.


berakhinya hak gadai syariah :


-hutang piutang yang terjadi telah dibayar dan terlunasi.
-marhun keluar dari kawasan murtahin.
-para pelaksana tidak melaksanakan hak dan kewajibannya.
-marhun tetap dibiarkan dalam kekuasaan gadai ataupun yang kembalinya atas kemauan yang berhutang.


akaun simpanan dan akaun semasa :



sistem perbankan islamik dan sistem perbankan konvensional: