Tuesday 16 June 2015

Kerajaan teliti kesan tidak sertai TPPA-utusan ekonomi 16 jun15

KUALA LUMPUR 15 Jun – Kerajaan akan mene­liti kesan yang perlu ditanggung oleh Malaysia jika tidak menjadi sebahagian daripada negara Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Abdul Wahid Omar
Abdul Wahid Omar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, negara akan tetap menerima kesan jika tidak menjadi sebahagian daripada TPPA kerana syarikat luar negara dapat memasuki pasaran tempatan melalui negara jiran Vietnam dan Singapura jika mereka menyertai perjanjian tersebut.

Katanya, dengan pelaksanaan Komuniti Ekonomi ASEAN dan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA), syarikat luar dapat masuk ke pasaran domestik.

“Bagaimanapun, kami nasihat supaya orang ramai dapat terus berfikiran terbuka mengenai perkara ini. Kami hanya akan meneruskannya jika ia memberi manfaat kepada negara dan ia masih dalam perbincangan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab sesi jaringan Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (Teras) kelima di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), Datuk Husni Salleh.

Dalam pada itu, Husni berkata, lebih daripada 150 syarikat Teras mengambil bahagian dalam sesi terbabit yang mana ia dianjurkan dalam lima sesi berlainan.

“RHB Bank dan RHB Islamik, Maybank Islamic dan SME Bank berkongsi kemudahan kewangan dan akaun pelaburan pelbagai untuk syarikat Teras melalui kerjasama dengan Teraju,” katanya.

Dalam majlis sama, Teraju menandatangani perjanjian dengan RHB Islamic Bank (RHB) untuk memberi kemudahan sokongan pembiayaan bagi Dana Teras membabitkan tambahan dana berjumlah RM480 juta.
---------------------------------------------------------------------

masalah aku rasa rumit. sebab umpama amerika syarikat jalankan sesuatu misi cuba menjatuhkan negara akibat tidak menyertai TPPA. ini umpama desakan.. 

aku tak setuju bulat bulat untuk malaysia sertai TPPA.. potensi Malaysia akan merudum mungkin. tidak silap ada kaitan tentang mem-patenkan produk. sedangkan sudah jelas, malaysia tidak mempunyai produk sendiri.

melainkan kita mengusahakan menggunakan hasil bumi kita dengan sebaik mungkin.

Tingkat pendapatan rakyat, 
majukan kawasan luar bandar

ANTARA langkah penting yang akan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) adalah usaha meningkatkan pendapatan rakyat dan membangun kawasan luar bandar bagi mencapai sasaran negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020. Dalam konteks mempertingkat pendapatan rakyat, kerajaan akan memberi lebih perhatian kepada isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40).
Kumpulan B40 bukanlah golongan miskin tetapi mereka masih mempunyai pendapatan yang belum cukup tinggi untuk membiayai segala keperluan yang mereka kehendaki untuk maju ke hadapan. Justeru, kerajaan menyasarkan untuk meningkatkan pendapatan per kapita kumpulan terbabit dari RM2,500 sebulan kepada RM5,000 sebulan menjelang 2020.
Untuk mencapai sasaran itu, kerajaan akan meningkatkan kemahiran dan kepakaran rakyat supaya mereka boleh menggunakan kemahiran yang ada bagi menjana pendapatan tambahan. Penguasaan ilmu dan kemahiran akan memberi impak positif kepada rakyat, terutamanya dalam usaha menjadikan mereka lebih berdaya saing dalam bidang yang diceburi.
Contoh, seorang peniaga kecil-kecilan yang dapat menambah ilmu dan kemahiran dalam bidangnya maka sudah tentu mereka dapat memajukan lagi perniagaan mereka, sekali gus menambah pendapatan.
Untuk menangani kos sara hidup rakyat, kerajaan akan meneruskan inisiatif mengawal dan meringankan kos sara hidup rakyat. Inisiatif yang dilaksanakan kerajaan sebelum ini seperti Klinik 1Malaysia (K1M), Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Kedai Rakyat 1Malaysia (R1M), Menu Rakyat 1Malaysia dan pelbagai bentuk inisiatif dan bantuan lain termasuk bantuan pinjaman kepada peniaga-peniaga kecil dan sederhana (perusahaan mikro) akan diteruskan dan ditambah.
Masyarakat Orang Asli dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak juga mendapat perhatian kerajaan. Melalui RMK-11 kerajaan akan melaksanakan beberapa inisiatif untuk masyarakat tersebut. Antara langkah penting adalah pemberian hak milik tanah adat (NCR) kepada masyarakat terbabit. Langkah ini diharapkan akan dapat menggalakkan pembangunan tanah dengan cara moden supaya usaha memperkasa ekonomi dan kesejahteraan masyarakat tersebut tercapai.
Cadangan kerajaan untuk pengeluaran wang daripada Akaun 1 KWSP untuk pelaburan Amanah Saham Bumiputera 2 adalah inisiatif yang dapat mempertingkatkan pendapatan rakyat. Pelaburan di ASB adalah tidak berisiko rugi, malah dijamin mendapat dividen yang memuaskan. Demikian juga, inisiatif untuk memperkenalkan Indeks Gaji Nasional sebagai petunjuk dan penanda aras untuk majikan menetapkan gaji yang setimpal dengan produktiviti juga akan dapat mempertingkatkan pendapatan rakyat.

Pembangunan infrastruktur
Masyarakat luar bandar juga masih memerlukan kemudahan asas yang lebih baik. Kemudahan asas yang baik dapat memberikan kehidupan yang lebih sejahtera kepada mereka. Justeru, peruntukan yang besar disediakan untuk membangun kawasan luar bandar terutamanya di Sabah dan Sarawak. Oleh itu, kerajaan akan membina 3,000 kilometer jalan berturap di luar bandar dalam tempoh 2016 sehingga 2020. Selain itu, akses kepada bekalan air dan elektrik di seluruh negara juga akan dipertingkatkan kepada 99 peratus pada 2020.
Bagi bekalan air bersih dan terawat, kerajaan akan memperuntukkan RM10 bilion melalui projek Bekalan Air Luar Bandar, selain RM3 bilion lagi bagi Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar yang akan memberi impak kepada 40,000 rumah serta untuk tujuan pemodenan aktiviti masyarakat Melayu di perkampungan tradisi terutama nelayan dan petani.
Kerajaan juga akan meneruskan agenda perumahan rakyat yang dimulakan sejak 2013. Di bawah RMKe-11 sebanyak 653,000 unit rumah mampu milik akan dibina, di samping melaksanakan program baik pulih secara besar-besaran rumah-rumah kampung dan luar bandar melibatkan 400,000 buah rumah dengan anggaran kos antara RM5,000 hingga RM10,000 bagi setiap rumah.

Perlukan kerjasama semua pihak
Dalam usaha melaksanakan segala inisiatif memajukan masyarakat luar bandar, ia bukan sahaja memerlukan komitmen kerajaan pusat tetapi juga memerlukan kerjasama kerajaan negeri, terutamanya negeri yang diterajui pembangkang. Ini penting kerana ada aspek-aspek tertentu berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri seperti hal ehwal tanah. Maknanya, peranan kerajaan negeri penting bagi menjayakan RMK1, khususnya dalam mencapai matlamat negara maju menjelang 2020.
Pastinya kesediaan rakyat untuk menerima perubahan yang akan dilaksanakan nanti di bawah RMK-11 turut menentukan kejayaan RMK-11. Oleh itu, penyertaan rakyat amat penting bagi memastikan setiap inisiatif yang disenaraikan dalam RMK-11 dapat dimanfaatkan dan dinikmati mereka.
Kesimpulannya, pemusatan kepada usaha meningkatkan pendapatan rakyat dan membangun kawasan luar bandar akan memberi impak kepada peningkatan Indeks Kesejahteraan Malaysia (IKM). Di bawah RMKe-11 kerajaan menyasarkan IKM akan meningkat 17 peratus setahun.
PENULIS ialah Penganalisis Media di Jabatan Penerangan Malaysia.

- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/tingkat-pendapatan-rakyat-8232-majukan-kawasan-luar-bandar-1.103548#sthash.9GXmmcIn.dpuf


----------------------

cuba baca RMK yang lepas lepas.. boleh dikatakan lebih kurang. tapi masalah kita masyarakat sebelah timur ,sabah,sarawak tidak membangun.

contoh, kelantan. boleh dimajukan. cuba masyarakat bagi peluang kpada kerajaan untuk meningkatkan. aku rasa kerajaan cuba untuk membantu, tapi mentaliti masyarakat. suka biarkan kawasan tidak diusahakan, malah ada yang mudah ditipu dengan orang lain, boleh dikatakan fikiran tidak terbuka. sorry bukan negeri tersebut sahaja, tu contoh.. negeri lain ada lagi. 

pokok bakau perlu ditanam bagi mengelakkan masalah banjir meningkat. cuba masyarakat kelantan.terengganu.pahang usahakan. serta negeri lain boleh cuba lakukan. kita ikhtiar. Allah yang menentukan.

penang pulak sudah menjadi seperti singapura kedua. peningkatan penduduk cina di kawasan tersebut.