Thursday, 25 September 2014

Cuci gambar di eoe online sahaja sekeping 30 sen.

Assalamualaikum.

Jom jelajah online sekarang kawan kawan. Aku berjimat dan bermalasan dengan online semata mata. Jom..

Baru baru ni niat nak sangat cuci gambar. Dengan keadaan duit yang pokai dia. Aku gagahkan jugak. Sebab apa.?

Aku nak jugak merasa ada beli something boleh simpan guna my money..

And aku online search google. Cuci gambar online murah.  Aku jumpa !!!!!

Eoe.my kot link dia.

Aku tak ingat. Aku upload pic yg aku nak. Then, banyak yang problem sebab tenet aku hang gilerrrrr

Dengan pasrah aku keluar lebih belanja. Kalau sekeping 30 sen. Aku nak habiskan 100 hinggit je.. aku upload 332 picture but problem something menyebabkan ada pic yang dulicate... aku bayar dalam rm130 something.

Tapi alhamdulillah. Pihak cmpany yang aku order ni bagus layanan diaorang.. esoknya aku dapat email. Diaorang bagitahu keprobleman aku la kan. Ada duplicate la. Ade problem pic la.  Aq jujur bgthu mslh aku.

Aku buang duplicate uh. Baki tu depa cadangankan bagi enam pic yang nak buat saiz 8r ..atau beli album dari eoe.. dan aku suka cadangan diaorang.. bagus.

Aku beli 4r punya...

Geledah tengok sikit. Korang try sana la. Untng sebab mereka prihatin....

Ok. Thanks eoe. Assalamualaikum semua.

Buku resepi terbaik

Okay. Baca tajuk dan fahamkan.

Akak aku beli buku resepi tapi aku yang menyibuk usha buku dia.hahahah

Hasil dr chef puan/cik suwarsi

Chef sue ringkasannya.

Resepi yang ohsem... aku telan liur kot... nampak menarik tertarik kau memang debommmmmm

Sory puan atikah. Aku usha buku kau dan gunakan. Yelah sementara kau tinggalkan kat umahkan..hahahhahaah

Bermanfaat. Gambar kek victoria layer. Insyaallah aku akan buat hari ni..

Doa doakan la ye...

Yang keju tangkap leleh uh terliuh wehhhh

Wednesday, 24 September 2014

Tazkirah wednesday dari aku

Tazkirah...
Tiga Tanda Apabila Kucing Datang kpd kita ...

Bila kita makan di kedai makan.
Tiba-tiba ada kucing datang.
Minta makanan dengan kita.
Kenapa tak pada orang lain?
Saya biasa alami situasi ini.
Saya dapat rungkaikan.
3 tanda apabila kucing datang.
Kepada kita bukan orang lain.

Pertama.
Allah sedang bagi tahu.
Makanan kita hak kita itu.
Bukan semuanya rezeki kita.
Sebahagiannya rezeki kucing itu.
Sebab itu ia datang pada kita.

Kedua.
Allah sedang bagi tahu.
Apabila kita memberi makanan.
Kepada kucing itu.
Rezeki lain akan Allah ganti.
Yang lebih baik.
Sebab 1 kebaikan itu.
Allah balas 10 kebaikan @ pahala.
Allah Maha Mampu.
Bagi lebih dari itu.

Ketiga.
Allah sedang bagi tahu.
Apabila kita tak memberi makanan.
Kepada kucing itu.
Sebenarnya kita.
Sedang menolak rezeki baru.
Allah nak bagi kepada kita.

Rezeki itu luas.
Bukan hanya pada wang.
Tapi meliputi semua kehidupan.
Ingin ikhlas memberi.
Berilah pada haiwan.
Kerana haiwan tak pandai
Ucap terima kasih kepada kita.
Ia hanya tahu minta dan makan !!!

__________

Aku suka ayat ni. Haha. Tadi baru bagi kucing makan. Kalau kucing mmemang aku bg makan. Tapi kalau kucing luar yang datang mintak tu tak naj makan. Memilih. Naya kot.. asalkan aku dah bagi makan.

Sekarang musim aku jimat kos.. kucing umah je dapat makan ikan freshhh

Yang kucing luar dgn kucing uma aku tu aku stil bagi makan. Time dorang la pagi, ptg, dan malam.. rebus ikan fresh and angkat gaul sama nasik...

Sori kucing kalau korang tak suka. Aku pon terpaksa nak jimat ni..huhuhu

Papai. Haiwan memang jinak. Kalau kita dekat dengan haiwan tu...

Monday, 22 September 2014

Nervous jangan cakap

Aku takut tahu.. sibuk aku duduk isi borang lampiran segala bagai... ke hulu ke hilir.. kecut sangat...

Tahu kenapa. Aku tak daftar study macam kawan kawan aku yang lain. Dorang ramai fulltime tahuuu

Aku bukan orang yang clever bangat. Tapi aku tetap ada kepandaian yang lebih memberansangkan otak... bayangkan kalau aku daftar nanti yang satu kuluah dengan aku bukan golongan macam aku.????

Aku nak buat apa weiii.?
Sengih memanjang macam kerang busuk karang aku..

Doakan aku ye kengkawannn.. ekonomi ukm ada cina ke ya.?

Sebab aku takut cina sebenarnya. Aku suka ekonomi tapi takutkan saingan...cina kalau dalam ekonomi jangan chalangea.. mak takut..

Ya Allah..!! Tolong hambaMu ini agar sentiasa yakin dengan kebolehan diri..

Mimimimii....tolong doakan me ye...hehhehe

Tq

Bosan dah baca cerpen

Assalamualaikunmm..

Korang pernah dengar ulat buku.
Hehe. Aku suka dengar orang cakap pasal ulat buku.. tapi aku.?

Ulat buku sangat. Kannn. Aku hadap novel ke cerpen ke boleh gak la.. aku hope lepas ni minat aku nak membaca buku pembelajaran akan membuak buak.. amin...
Heheheheeh....

Aku serious bagitahu korang yang aku ni memang peminat novel and cerpen tau .. tapi tu dulu. Awal awal aku ada laptop and internet.. time aku form three. Ayah aku baru beli laptop, broadband and wifi lagi... apa yang aku tahu time tu baca cerpen, novel kat penulisan2u.my..

Aku tahu kalau peminat novel vs cerpen ofcos tahu sangat. Takat ni aku tahu link tu je untuk jenguk layan feel miang.. kahkahkah... cerpen je aku layan. Sebabnya aku nak beli novel tak mampu.. baca online tak puas...

Sekarang baru aku berjinak jinak membaca balik..  rajin sangat, pulak. Aku tinggalkan membaca ini semua lepas spm sampai aku stpm.. bayangkan. Bila aku nak bukak je aku asyik cakap. Merapu je semua cerita ni.kahkahkah..

Bila aku rasa nak, aku bukak time first uh amat memberansangkan ceritera dia. Tu yang mampu sambung balik baca sampai tidur malam pun dalam pukul tiga something.

Tapi jangan risau ok bro sis semua sebab aku akan bangun awal buat sarapan jugak untuk adik adik aku pergi sekolah..

Lepas settle kerja rumah ofcoz aku akan rehatkan diri aku ni gak.. hehhe. Bahayakan aku ni...

Kenapa aku tak baca pagi.?

Ade feel ke korang nak baca kalau nampak orang keliling korang nak kemas sana sini..malu wei...hehhehe...

Lagi satu time malam yang paling feel..
Layan je la mak cik piyarahae niiiiii..

Salam maghrib korang..

Korea datang kembali

Assalamualaikum.

Aku bukan hantu korea dah macam dulu kala. Tapi hobi masa lalu datang kembali.. lagi lagi time budak budak sekolah cuti..huhuhuhu

Besttttttt

Bukan main banyak lagi drama aku layan. Satu hari habis satu drama. Nampak tak..?

Rahsia aku boleh buat macam tu.?

Aku siapkan segala kerja suri rumah aku lepas subuh.. senang. Takde orang kacau aku layan story morry... layan tangkap leleh ke hape kejadah ke.. aku happy tapi alami pening kepala la sebab ber headphone je memanjang. Mahu tak pening..kihkihkih...

Drama korea yang takat ni aku layan utk cuti

Secret love
Witch romance
Sweetspy
fated to love
Runningman latest episode...

Okayyy.. baibai.. nak amek adik aku ni....

Assalamualaikun..

Thursday, 11 September 2014

Masak nasi ayam

Assalamualaikum. Hai readers yang ku sayang semua..kihkih..ade ke reader aku.?

Belasah jelahhh

Aku tengahari tadi rajin weiiiii.. korang ade? Aku sudah lama tak masak . Tapi bukan aku tak masak langsung ok. Aku masak waktu pagi je untuk adik adik aku gi sekolah. Tengahari aku pencen. Hehhe. Memandai je pencen awal awal.

Masak masakan simple.. nasi ayam. Bunyi macam susah. Tapi inilah masakan yang senang utk dimasak. Tu yang bila mak aku mintak aku masak, aku on je..

Standart nasi ayam ada nasi,sayur,sambal,sup,ayam.

Aku tak suka buat sup sebabnya aku bukan makan sup pon..aku tak suka makan yang macam air air ni...tawar je rasanya. Pedas aku suka.!!! masam aku suka gak...masin heheh. Tak nak la dah. Muak. Aku takut makan banyak garam lak karang.. tengok aku post gambar. Sup aku olok olok je letak. Sebab aku nak nampak complet. Masakan biasa. Tak gempak kaw kaw pon. Cukup utk makan..

Makan atas saprah je. Kami punya rumah tak pakai meja bagai. Sunnah. Amalkan sunnah . InsyaAllah. Doakan kami berterusan lakukan. Kalau makan atas meja satu sunnah lagi akan hilang antara kami adikcool beradik.

Makan atas saprah senang sikit duduk bersila n makan dalam talam atau dulang.. kalau makan atas meja.. of co tangan pegang pinggan kan?

Ok. Gud evening all.

Monday, 8 September 2014

Bukak akaun di bank islam bangi

Assalamualaikum. Hai korang..

Pertama sekali aku nak cakap yang abang bank islam tadi smartttt and sorg lagi macho plus ramah sikit..

First tym g sendiri kat bank islam. Sebelum ni maybank and bsn only. Now I already open bank islam.. dapat jamu mata lagii

Jahat!!!

Kau goda aku pak cik bank!! *tak nak panggil abg sbb aq tak nakkkk

Aq first time kena isi borang yg byk sngt... knp maybank satu je borangg?

Lenguh tangan aku menulis. Pegi kaunter, abang abang tu kata isi ni.. tak habis lagi la.. what eva la

Tapi sabar je la

Ingat lambat lagi, sekali..
Cik sofiyyah shahudin

Ok. Nama aku.. sekali aku kena dengan abang smart tu jugak.. habisla...

Dia bagi keterangan and wat eva la.. mata dia ofcoz kat muka aku. But, aq pandang kertas yg dia tunjuk..lembut giler pandangan. Mata layu..aduihhhhhss..  cair.. gugup. Aku turunkan je pndangan ke bawah. tak mo zina mata..

Aq pulak time time tu la tak de nombor ic abah aku. Aishhhh..karang aq call kena jeling dgn abang uh. So dgn olok olok uh aku tanya kalau saya nak call boleh tak

Dia senyum and cakap boleh. Tak salah pon. Dalam hati "ehh.. aku nak call kat mana ni? Balun je la."

Memang malu sebab rupanya time aku call, dia tunggu je sambil tgok.. aq buat muka bodoh je la..hehe

Yela. Isi borang segala bagai pon aq tak reti. Dia dgn ramahnya bgtahu detail..lepas tu, aq diuruskan dgn lelaki sorg lagi yg macho n ramah.. pandai dia cari peluang nak borak.. alhamdulillah aq tak bosan..huhu

Thanks two macho n smart bro..hehe
Hope depa tak baca la..kihkihkih..

Macho tanpa bertatasusila ape guna kan.?? Tahniah kalian sebab buat costumer tak janggal sangat..

Sekian dr cik piya

Friday, 5 September 2014

Sambung study di UKM utk ijazah ekonomi dengan kepujian..

Ok. Baca tajuk macam aku ni penipu kan.?

Sebenarnya aku pon terkejut and seriously bersyukur dapat sambung study.. tahniah kepada yang sudah berjaya berdaftar masuk ke program ijazah full time... eh???

Aku dapat bukan under upu punya. Aku apply terus ke ukm but for mod study eksekutif la.. pernah dengar.????

Gementar aku nak habaq kat korang semua.. aku sebenarnya bukan tahu pon tapi just apply time akak aku apply.. saje main try ..dan diberi peluang oleh Allah SWT utk lanjutkan pljrn walaupun dekat..hihi

Takat ni yang aku tahu kuliah hujung minggu.hehe.. aku daftar 27/9/2014 ni... maybe ramai yang berpengalaman join mod eksekutif ni.. sebabnya aku tak nampak pon orang post dapat smbung study sne..huhuhu... tapi aku rasa aku suka sebab tak terlalu fokus utk pelajaran. Aku nak kerja.....!!!!!!!

Nak tampung bayar yuran nanti.. tolong korang.. kampus bangi tau aku dapat...

Doa doakan aku tau.. agar aku belajar elok elok.. tak nak ulang ulang dah.. kalau tak rugiiii..

Yang baca blog aku ni ade tak yang dapat ukm uyk mod eksekutiif gakkk untuk thaun 2014 ??????

Kalau ada tolong komennnn... nak tengok juga ghupe org yg smbung ukm. Tak kisah kampus ape or full time or what..

Yang nak kongsi dari u lain pon bolehhhh..amat dialu alukan.. nak penerangan mod eksekutif... winkwinkkkk.. tolong aku dpt maklumat please...

Yang tak dpat smbung study please jgn sedih.. anda bakal diberi yang lebih baik drpd kamiii.. Allah maha esa. ...mohon padaNya..