Friday, 27 March 2015

SEHARIAN KESIBUKAN

ASSALAMUALAIKUM..

ZZzz..kroahh kroaaahhh... mohon tiduq semua na..


hihihihi.. harini aku main touch touch laptop aku.. nak tertryyyyy sangat la kan. tapi bago
i aku kalau untuk menaip tak besh nak touch guna laptop lenovo flex ni.. rimas sebab tertekan tekan huruf lain..aiyoyo.manyak tak syok ma...

aku saje nak hupdate..

pagi tadi drive pi salak,, buat zakat,then lepas zohor pi kedai buku, adik aku la.. ptg kawan dtg umah. maghrib aku bukk pose..hihihi. abis story aku.. just try update tu yg tunggang langgang....

Wednesday, 25 March 2015

Meluat dengan kaki komen

Agghhhhh

Geram rasa nak letup letup orang yag dok syok mengomen je kojenya..

Korang stress tak kalau duduk membangkang.. yeah aku dh jumpe seorang pembangkang..

Sekali pon membangkang ini bukan caranya..dok komen itu ini, cuba hang baca sejarah please .. dulu ade cukai ye.. kenapa wujudnya cukai?

Cuba cari kawan kawan. Jangan hang cari yang dok membangkang.. korg takkan temui kebenarannya..cari dua dua.. adik aku lelaki lafi teror.. dia diperdaya kawan kawan dia mengatakan gst tu haram..

Tapi dia menjawab sedangkan zaman sultan al fateh wujud cukai dah.. siap dia tanya lagi "dorg tu takkan tak baca buku langsung. Benda dah ada dalam sejarah."

Tolong baca sebelum membaca. Ni tak,,  aku buat post dekat wechat.. ko sorg je dok membangkang.. yg lain senyap,,  dh la cakap serupa mcm tak belajar..adohai.. kesian tau..

Bersabarlah wahai hati.. kita kena bersangka baik dgn keadaan skrg..
Allah bg ade hikmah bila terjadi sesuatu perkara..

Okay.. wsalam... kuatkan hati kawan kawan

Monday, 23 March 2015

bila kewangan tidak menentu

assalamualaikum.

korang pernah hadapi masalah duit tak de atau kurang daripada rm50 dalam purse.?

tak payah jawab kalau korang memang kaya betui.. aku je kot,,, yang kureng berkemampuan nak kumpul tak menjadi jadi..kuikuikui..

untung jadi pelajar, but half time, not fulltime,,, tak untung sebenarnya.. yang untung tu aku nak habaq yang bahagia je aku nak tayang baucer buku okay,, mak cik pak cik.. meh datang tengok dalam purse macam mak datin saya nih dalam ni ada baucer je..kesian tak kat saya.??

hahahha.. masalah ape yang menyebabkan duit aku kering.? gaji sebulan ayah aku bagi atas kerja membantu dia rm1000.. and rm225 aku simpan untuk duit yuran meh.. mahai mahai.. tapi jangan berkira, nanti belajar tak berkat..

sekarang dengan menjaga muka, set rawtan hampir rm200.. look like aku boros right but,, dont worry aku lepas ni tak banyak dah melabur,, ALLAH dah bantu sebab rupa paras aku alhamdulillah semakin sihat segar bugar..huhuhuhuhuh.. bagi aku la.. doakan ye.. benda utama aku serapkan kepercayaan kepada Allah..tanpa izinNYA takkan terjadi perubahan.

sekarang kebuntuan untuk keluar sana sini sebab risau dengan amaun yang ada dalam purse akan dilaburkan dan aku sudah tidak punya duit belanja,, dengan duit minyak nak kena isi..hussshhh..

mohon korang doakan aku dimurahkan rezeki dan aku doakan semoga korang punye rezeeki semakin bertambah tambah.. aminnn..

sory sebab pernah curi profile picture awok

assalamualaikum..

misteri misteri misteri siapakah yang cik sofiyyah ni curik profile picture.? anda takkan tahu kerana aku pon malas nak fkir, hehehe, lagi satu aku ni banyak dah curi profile picture orang. so peringatan kepada awok, tolong jangan pendam rasa ye...

sebab profile picture korang ade meaning la aku cilok,, ala bukan korang yang create pon, korang search kat encik google kan..huhuhu..

aku nak jugak, aku amek jela hang pa punya. kan ade pekdahnya jugak.

Friday, 20 March 2015

Jom tidur di tgahari

Hari bertarikh 20/3/15 waktu 3.22 pm..

Aku tak ngantuk tapi disebabkan esok kls start,, aku nak tidur tghari nih. Hahaha..selamat maju jaya utk esok..

Huhuhuhu...

Please ade buku utk esok..huhuhu

Thursday, 19 March 2015

MILIK SIAPAKAH HATI KITA

ASSALAMUALAIKUM..

bila hati berbisik rindu , sedar atau tidak kita.. rindu kepada siapa yang utama??

dibibir , dihati ade kita terdetik mengatakan rinduku lebih kepada ALLAH,, sebelum insan lain. ya, aku banyak khilaf, aku juga insan biasa yang tiada lebih dan banyak kekurangan. bila aku teringat siapakah pemilik hati ini.. ternyata aku salah, aku ada pemilik hati sudah, sebelum sesiapa ALLAH hanya pemilik hati ini,,, kenapa aku kata aku salah? apa aku buat selama ni?

mari dengar kisah hati sang pencari cinta ini..

sudah sekian kali ku tatap wajah sang arjuna, istighfar kawan kawan,, astagfirullahalazim,, ye,, aku mengaku rindu makin menggunung aku nak tahu apa dia buat, apa dia ade perasaan macam aku..bila aku tidak kelihatan kelibatnya seolah olah aku kehilangan si pemilik cinta,, dekat sini aku nak khabarkan yang bukan dia yang mencari aku tapi aku yang mencari dia. bagi aku dia adalah seorang lelaki yang elok dipandang agamanya.. tapi mana salahnya, aku lah salahnya,, aku yang khilaf. 



bila aku cuba untuk menidakkan dan menolak habisan dalam hati ini bahawa bukan dia jodohku, ya benar,, memang kita tak tahu siapakah jodoh kita tapi kita sudah ade jodohnya, sudah tersurat.. segala macam cara aku cuba melupakan dia,, aku istghfar, aku solat, aku doa.. 

tapi ada silap mungkin dalam doa kita, perbuatan kita menyebabkan susah untuk kita tinggalkan . bila tiba satu masa ada yang datang melihat, namun aku ditolaknya. aku seolah olah bersyukur kala itu,, ALLAH sudah janjikan yang terbaik untuk kita. ada hikmahnya. dan dalam masa beberapa bulan lepas tu aku dipertemukan dengan lelaki yang sedang mencari hawanya.. bila ditanya oleh ibu dan ayah aku, apekah aku akan terima, sudah istikharah ke aku..? senyum aku macam biasa,, dalam hati membisikkan " bukan kah lelaki yang perlu memilih siapakah wanita yang bakal dididiknya? mampukah dia mendidik? dan segalanya aku serahkan kepada sang lelaki" bisik hati aku mengatakan itu. bila Allah kata dia jodoh kita,, semuanya akan terjadi.



tapi bila dikenangkan ayah aku seolah olah nak aku  tunaikan jugak solat istikharah tu, aku solat jugak,,

jawapannya,, hati aku seolah olah menidakkan.. apekah ini,, aku tanya mak aku,, dan aku tahu balasan dari pertanyaan aku,, sudahku agak itu jugak yang akan diutarakan. 

"terima je kalau orang nak, lelaki tak ramai sekarang"

"eh. ritu suruh solat sunat, dah dapat macam nii,, pon kena tolak jugak?"aku merespon jugak.

bagi aku, semua itu sekarang tidak penting..yang penting ALLAH redha..dan aku harap siapa pon dia, mampu mendidik diri ini, membina keluarga yang bijaksana dan mendapat keberkatan Allah.

-pernah ayah aku share story about julaibib.. pencarian jodoh bukan lihat pada handsomenya dia. sad story abah share kat aku.

berbalik kepada tajuk,, cinta kita, hati kita bukan milik siapa siapa, tapi milik sepenuhnya Allah..Dia lebih berhak,, Allah yang menggerakkan hati kita.. in sha Allah ikut cara hidup islam, berkat datang melimpah.


alhamdulillah,, sekadar ni nak kongsi. jom.. kalau nak komen,, komen,, ayat ni over beno padahal benda simple mimple..inilah kisah kalau jodoh pon parents nak kena ushakan.. 

kot kot ade yang nak datang minang terus meh la datang rumah terus, jumpa abah,, tapi syaarat dah keluar 4 bulan..kihkihkih.-mohon abaikan, aku saje je nihh


Wednesday, 18 March 2015

ma baby kitten lagi besh untuk dikenang

assalamualaikum,

story membosankan si baby,, nakal dan membuatkan aku selalu rindu dua ekor tu,,

kejam tak ? bukan aku nak kenang jasa baik mama kitten tu yang melahirkan, membuntingkan perutnya buat anak kan.. hahaha..tadi sibuk bukan main lagi kau..

dengan penuh kestressan mengguruskan pendaftaran SPM ulangan adik laki aku untuk subjek bahasa melayu,, kena pergi pejabat pos la, kena pergi itu la  ini la.. aiyoyo macam macam.. dahla makan sarapan , tengahari aku skip.. balik bukan main pening berdenyutt la kan encik kepala dengan badan tumpang lenguh bagai sebab jarang drive jauh,,

padahal aku drive from sungai merab luar ni ke bandar baru salak tinggi je, jalan mawar, pergi PPD sepang,, aiyoyoyo...aku tak tahu jalan aku bawak la kakak aku,, korang kena faham. aku bukan tahu nak pergi mana mana sebab aku terperuk dekat sungai merab je.. soryy bukan nak kata perempuan terbaik, masalahnya aku yang pemalas nak jalan jejauh, asal jauh sikit bawak orang duduk sebelah,,

dan nak dijadikan cerita lepas settle segala, aku makan keropok kakak aku nih,, sambil drive encik kenari sayang.. sekali teringat kat baby dua ekor tu.. ayoyoo... rindunya,,

parah tak kalau aku jatuh sayang? yes,, jawabnya bagi aku memang parah sebab aku kalau betul betul sayang susah sangat sangat nak dilepaskan,,, rasa macam lepaskan beban yang aku tak nak lepaskan..

balik sampai rumah first thing keluar kereta adik laki aku bawak si kecik datang kedepan,, ayoyo.. rindu sama kamu la sayang...

alhamdulillah dengan kewujudan anak kucing dua ekor nih kurang sikit aku fikirkan perkara yang tengah hot untuk aku tahun ni iaitu 'kahwin'... lemah lutut goyang sana sini kalau  nak fikir dua poloh empat jam,,,

aku tidur, usha tengok dorang dah tidur belum,, aku bangun aku usha lagi, aku kemas itu ini aku usha lagi,, dan always,,, rindu dah parah jawabnya... sayang korang baby boo... bubye. assalamualaikum..

Tuesday, 17 March 2015

kekurangan masa nak hupdate

assalamualaikum..

hoola. aku lama ak hupdate blog.

duduk rumah pon takde masa?

yes.. aku sibuk benda lain.. banyak benda nak difikirkan berbanding fikir kan blog tersayang..

huhu. maaf blog sayang. saya sibuk sangat.. aku duduk rumah tak merayap pon..

okay.. aku ade kerja yang perlu dilakukannya..

hari ni kena jugak pergi ukm nak amek buku..aiyoyo..,malasnya..bubye. masak jap lagi.

Tuesday, 10 March 2015

DAFTAR SPMU DAERAH SEPANG 18 MAC 2015

assalamualaikum. 

jom rakan-rakan manfaatkan tarikh ni untuk ke PPD sepang untuk daftar SPM ulangan 2015 untuk paper julai

hahha.. kenapa aku tahu ? sebab ade yang bertanya. tadi aku call JPN selangor dan dia kata 18 mac 2015 satu hari sahaja.. daerah sepang.. jangan ketinggalan..

bermula jam 9 pagi until 4.30 petang. ye. aku akan ke sana untuk menguruskan pendaftaran. hope takde masalah sebabnya 

aku kena daftarkan guna borang yg dh diisi oleh pemohon dan maklumat macam ic hanya ada salinan tanpa original ic dan 

hurmmm.. aku redah je,, ready awal awal bawak surat beranak ori dan pasport dan sebagainya..

okay.. hope ade yang dapat info ni ye.. yang tak berkaitan tak perlu tahu..maaf.

pertandingan esei dan sebagainya sempena hari pengguna 2015

assalamualaikum..

disebabkan keboringan sebelum masuk sem dua. aku godek sana sini cari contest melibatkan esei, padahal sempena hari pengguna 2015 banyak lagi pertandingan lain. meh usha,, ade pertandingan:

esei
warna
fotografi
buku skrap
blog (best ni kalau blogger yg hot hot gitu masuk)
and banyak lagi ikut kategori la ye.

untuk pengetahuan semua aku pon pernah join, first time tahun lepas, aku join esei la,, sebab aku suka sikit mengarang itu ini..hahaha..

malangnya bukan rezeki nak menang or saguhati.. hadiah dia boleh tahan top top meletop kot. join la korang.. aku join sebab pertaandingan ni ade bagi sijil penyertaan walaupun kita tak menang. best,, bleh simpan tayang kat cucu cicit kita nanti..huhuhuh

aku buat tahun lepas untuk kategori umum. hurmmm... bukan rezeki ,, maybe aku tak war warkan kot.. *ade pulak macam tu..

meh pakat join,, aku tahu ramai bagus bagus..

lagi lagi yg pndai amek gambar,, ade je idea..bagus la

okay. nak usha meh klik link INI ....

huhuhu. bubye. hope ramai join.

keresahan tunggu result sem 1 partime degree UKM (PKPUKM)

salam..

result semester satu dah keluar.. yeah. malu sebab tak terror maca hang pa.. aku dapat semampu yang layak..

kenapa aku cakap macam tu?

sebab aku bukan study serupa orang lain, study je tertidur.. seriious aku cakap ni..mak aku pon pelik,, study ke tdo.. nak buat maccam mana, aku bukan study yang jenis beria dan kepala aku ni alhamdulillah Allah beri izin untuk mencapai gred yang tidak perlu repeat..bersyukur sangat.

korang aku hope saangat jangan ikut cara aku tau sebab aku jenis tak study sangat. maybe Allah beri kelebihan bila kita banyak bantu orang dan mencuba untuk belajar mengingatiNya.. aku jujur yang before ni aku jarang ingat nak zikir, mengaji, tetapi alhamdulillah Allah seolah olah membisikkan bisikan cintaNya kepada aku.. bersyukur sangat sebab masih diberi izin untuk bernyawa menginsafi salah silap.

syukur kepadaNya.. kalau korang nak tahu, terdetik dihati yang aku takkan sempat nak baca buku semua.. so aku cari alternatif buat nota kecik setiap tajuk and aku buat hari sebelum exam dengan tulisan cincai boncai..perghh telan air liur bila ingat banyak tak baca lagi..

before malam aku siapkan nota dah, and aku buat relax relax.. hahah.. bila time malam baru aku jengah nota aku,, time ni comfirm ngantuk kan..

tahu aku buat apa?

aku tidur la dengan note tu..then aku bangun sekejap sekejap.. Allah kejutkan supaya kita beri diri kita peluang..alhamdulillah. Allah selalu membantu,, aku baca sekali imbas dua tiga tajuk then aku tidur balik..dan bangun balik, baca ,tidur.. benda ni jadi berulang ulang.. alhamdulillah.. last bangun tu aku bangun tros la. faham faham la tidur pukul berapa lepas isyak. dengan izinNya segalanya sempurna.

okay nak story pasal dapat result semalam.

firstly check wooww terkejut.. takkan la, banyak yang aku fikir semalam, takkan dpat B- boleh dpt okay pulak.. kami dok bincang dengan kak izzah.. pelik bila total  mcm salah kira je result online nih...

aku dok bincang sekali kakak aku, sofia pi check balik result hang , tadi sistem error katanya. ade yg turun resultnya ade yg naik...

hahha. gelak habis aku,, macam yg dah diagak..huhuhu..aku bersyukur sangat sebab bukan aku tgok tingginya pointer.. tapi aku nak tengok setakat mana kefahaman aku dalam pebelajaran..

aku bersyukur sangat kerana ALLAH sudah cukup banyak bantu.. ALLAH tetap beri aku peluang untuk dapat yg terbaik.. 

first check yg error : 3.84
second check yang BETUL : 3.4

semalam ade yg marah tapi aku bersyukur.. alhamdulillah,, Allah sdah beri lebih dr kemampuan aku..

doakan aku untuk kejayaan dunia dan akhirat ye,, plus jodoh yg soleh..huhuu..

semoga kalian dlm lindunganNya..

Sunday, 8 March 2015

Tahniah che ta

Assalamualaikum.

Berbanggalah dan bersyukurlah.. sekali pon banyak yg tak puas hati dgn che ta..

Jujur.. aku dulu pon mcm tu.. tak suka che ta.. haha, tapi kagum dgn ciptaanNya.. indah dilihat tanpa make up,, ayu dgn tudung..tapi aku tak pernah tutup mata utk dia berubah,, sebab sebaik baik manusia pon ade salah dalam diri.. harap che ta berubah sedikit demi sedikit.. cintakn agama islam,, agama kita, dalamilah..

Aku bersyukur plus terkejut yg che ta buat umrah.. wauu,, bestnya che ta dah berjaya jejak kaki ke tanah suci.. sedangkan aku tak lagi.. peluang Allah tu luas.. risau aku kalau che ta terasa yang komen itu ini dgn pic dia kat sana.. mulut org kita x dpt tutup.. buat baik banyak je ckpnya, buat jahat pon lebih kurg je ... macam macam.. hope yg diluar sana bagi sokongan la yee..

Mungkin kalian tengok che ta or yg lain berubah pon mcm ade sikit perubahan je.. sebenarnya tak.. sedikit perubahan sangat besar berbanding tak berubah langsung..kan.. in sha Allah bantuan Allah akn dberikan kpd yg memerlukan.. pohonlah padaNya..

Saya sayang agama saya, saya sayang saudara semuslim saya.. istighfarlah andai kita tersasul.. in sha Allah segalanya Allah bantu.. yakin dgn BantuanNya..

Okay.. ape ape pon.. kita sama sama doakan utk semua org islam agar berubah menuju ke jalanNya..amin..

Saturday, 7 March 2015

First try making cloth pad

Pad kain???
Ahaha.. ade ke tg pakai lagi..?yup.. ade,, antaranya aku yang bakal pkai,, pstttt aku baru siapkan.. hahahah,,,
Tai almaklumlah first try.. kelam kabut sikit. Jahitan tak kemas and saiz kelam kabut..haha. yang aku buat regular size tapi tengah dia jadi besar pulak..
Buat je ,, untuk aku guna.. kalau ade yang berminat,, bolehlah contact saya, saya akan bagi harga first try .huhu..
0176638194-piya
Borink,, nak buat ape ngn mesin pon tak tahu.

saje nak menghapdate bagi tak nak ade sarang

assalamualaikum.

hai hai hai.. rindu nak menaip. ye, aku sedikit bizi nak menyiapkan barang yang ditunggakkan..

haha,, tak nak la story pasai hal aku, tapi aku saje nak menghupdate.. rindu tapi aku tak boleh nak story sangat pasai ape ape, sebab takde idea, hang kejap otak aku, result aku keluar isnin nih.. hope okay okay saje..

huhuhuh


aku rindu nak solat,, serius,, nak mengaji.. almaklumlah aku period..huhuu..aku bersyukur allah bagi keizinan lagi,, aku boleh berzikir..huhuhu..inilah kelebihan wanita.. kami insan yang lemah.

aku nak buat apa yang patut lah, sebab lepas ni nak fokus mengarang esei,, jom join kontest pengguna,, aku tahun lepas join tapi tujuan aku asal dapat sijil dah la..doakan..mari perbanyakkan join kntests nih..

Sunday, 1 March 2015

Doakan saya

Okay, asalamualaikum..

Semalam baru cakap pasai cita cita.. ade rezeki ade la,, siapa pon dia,, hope seorg yang mampu didik jaga aku ats agama..

Dlm fikiran aku tak ade sape sape dah,, hati ni fulltime for allah.. in sha allah.. sejak masturat dtg ke rumah banyak yang dipelajari,,

Bantu aku tingkat ilmu dan dpermudahkan segala urusan ye,, doa kalian pemberi bantuan kpd aku,, okay,, done.. senggugut dtg , mohon nak tiduq awai..huhu..pagi tdy bangun awai kms umah and cuci keta comei aku. Bubye. Salam..