Saturday 13 July 2013

first time dipuji pemakaian tudung yang kemas.

hola...

Assalamualaikum..

suka tak korang kalau pkaian yang dipakai dipuji.? mungkin pelik kalau aku dipuji dari sudut pemakaian. kerana aku hanya pakai baju t-shirt labuh rasmi sekolah lama aku. sebab aku suka baju tu. kalau aku jalan, baju tu jenis tak melekat. fikir apa aku kalau orang kata tak cukup duit nak beli baju.

tapi tadi, aku dipuji cara pemakaian tudung bidang 60 yang kemas. HAHA..lawak jugak.
sebab aku pakai tudung tu first time ambil masa yang singkat. sebab tk cukup masa nak bersiap.

aku bawak budak kecik si farouq uh at MPH kat PKNS bangi. adik laki aku yang suung tak mo turun keta lagi sebab katanya awek dia ada kat dalam Billion. karang bertembung. haha. so, aku chow tinggalkan dia dengan kereta yang masihh enjinnya hidup.

time aku tunggu adik aku ni pilih komik dia,
aku meround la kedai uh. kecik je.
time bayar uh la ade cashier sorang lagi ni, sempat lagi bisik-bisik dengan aku.. aku ingatkan dia kenal aku, pndangan dia pelik je. sekali dia tanya.

"macam mana ye awak pakai tudung tu, nampak kemas je." aku dengan muka blur tahap ape ntah..
"ha...???" gaya tak faham tu nampak snagat kat aku ni. tapi kakak cashier tu tanya lagi lepas aku macam dah faham sikit..

"awak masukkan tudung tu bagi nampak tak mengembang ek,, " aku iyakan je. sebab memang betul pun apa yang dia ckap uh. takkan la aku nak pi buat tutorial untuk tunjuk kat akak tu kat public area uh. aurat tu.. inner je karang aku pakai. haha..

dah setel berbayar duit uh akak uh tanya lagi...
"tudung uh bidang 60 ek..?"

"a'ah .. nak nampak kemas kena pakai bidang labuh, baru senang fashion"

haha.. aku balun je jwab sebab orang kat situ pun macam alim-alim je.

dulu, jahil aku ni, tudung syria ke apa ntah orang panggil, memang tudung yang aku beli uh melepasi dada, tapi yang tak sedap mata memandangnya menampakkan bentuk , sebab nak pakai tudung uh macam melekat sikit, lama-lama aku sedar yang aku ni banyak memesong.

sekarang insyaALLAH aku sedang berusaha..menutupi segala apa yang wanita patut tutup dri pandangan lelaki.

perkara pertama yang aku stop adalah tidak memakai minyak wangi langsung. dari form 4,, sejak peristiwa apa aku tak tahu. banyak aku baca tentang pemakaian minyak wangi tak elok utk pompuan bila kua rumah, duduk di rumah boleh la , itupun bila tiada laki lain di rumah. sedangkn memakai minyak wangi di baju dan bertujuan kakinya untuk ke masjid pun, solatnya tidak diterima. sekiranya ada laki-laki yang tercium baunya itu.. aku suka minyak wangi tapi tu la,,,, bila dah belajar.. kita dah tahu perkara tersebut, kita kena fikir keredhaan Allah dahulu. bukan kepentingan kita. aku pernah menegur sahabat yang memakai mnyak wangi dan aku tercium baunya, awas hidung lelaki lagi tajam. tapi mereka(sahabat perempuanku) tetap mengatakan mereka hanya memakai sedikit dan tidak mendatangkan bau kepada orang sekeliling tapi untuk diri mereka sahaja.

seboleh-bolehnya kita meninggalkan terus benda itu dari mengambil risiko..

harap aku boleh istiqamah dalam melakukan kebaikan. insyaAllah..

selamat beramal semua. kepada yang terasa, aku minta maaf, dan yang ingin memberi teguran kepada aku, sila berikan di ruangan komen.. minta maaf atas salah silap.. Assalamualaikum....

1 comment:

  1. wahh indahnya dah berjaya berubah kan ? btw lama tak singgah sini . happy fasting ^^

    - Farina Hunny

    ReplyDelete