Friday, 25 September 2015

memori lama

bila diari hati ini dibuka...
sengaja menaip untuk menyimpan memori ini. 
kerana memori ini sukar untuk kekal aku ingat.. 

benarkan sofiyyah shah untuk menaip..
tidak kata seindah imaginasi aku.
hahahhaha..

mudah ke nak padam seseorang yang pernah ada dalam hati korang?

macam mana? cuba bagi tips..aku jenuh cuba,cuba dan cuba lagi.. tapi bila dia muncul depan mata. walaupun aku tak tengok, aku tahu tu dia. aku cuba sedaya mungkin untuk tak menampakkan diri. tapi kenapa aku yang lemah. lagak rupa parasku tidak menampakkan bahawa aku takut nak berhadapan dengannya. tapi dalam hati siapa yang tahu. benda macam ni sukar untuk aku. bila setiap kali pertembungan berlaku antara kami, aku akan berdiam diri memikirkan peristiwa lampau (ahhh.. ayat! hahahah)


mungkin aku sukar nak lupakan sebab :

*kawasan kejiranan (akan menyebabkan pertembungan yang kerap)
*berkenalan sebagai kawan. (aku kesian dekat dia dulu sebab kat rumah dia jarang ade orang)
*pertama kali aku jumpa dia, aku suka tengok dia (Handsome and taste aku) haha
*bila kenal, dia seorang yang pemalu , (aku suka lelaki yang pemalu sebab aku senang cakap ^_^)
*dia suka kacau aku, tapi aku suka. (bila ingatkan balik, memalukan)
*dia pernah cuba berhubung dengan aku melalui handphone bila dah naik sekolah menengah. walaupun kami dah lama tidak berhubung sejak aku keluar tingkatan satu (dia darjah enam baru)
*dia nak aku selalu senyum bila terserempak dengan dia, aku pernah try tapi yang kelakar muka dia merah (comel) dan dia alih muka tempat lain. 
*setiap kali jumpa kawan aku kat kedai dia akan tanya pasal aku. 
*dia selalu dengar aku marah adik lelaki aku (garang tu sifat aku) sebab suka merayap/buat hal tapi....
*dia pernah kata dia suka aku, dia tak suka orang lain. dia suruh aku tunggu dia.. 


hari aku ambil result spm satu mesej je aku dapat dari dia 'awak, tunggu saya ya' ... lepas tu dia tak bagi mesej kat aku dah sampai sekarang. bertembung tu ada jugak la. tetap sama, dia yang akan larikan mata dia dulu. (takkan malu lagi kot)

Ade je aku pelik, dia kata dia suka aku dah lama, dari awal jumpa. aku tak pernah percaya. hahahahha.  aku anggap dia cakap kosong je sebab tak nak bagi harapan waktu tu (sebabnya aku yang start minat dia dulu..hahahah) . cuma aku tak berani berharap .. bak kata orang takkan orang yang handsome/putih/smart dengan perempuan yang berjerawat pulak.hurmmmm macam tak sesuai.

lama jugak perkenalan kami, mungkin sebab tu susah aku nak lupa. aku harap kami dah stop untuk memikirkan antara satu sama lain..walaupun orang kata cinta pertama susah nak dilupakan.

cinta pertama - bila setiap kali perjumpaan hati akan berdegup laju.. tanpa mudah untuk ia berhenti...

kata-kata adik lelaki aku - lelaki bila dia suka seseorang, perangai dia lain, dia automatik jadi pemalu. beza dengan perempuan.hahahahahha..

minta maaf menaip story ni. menaip buatkan aku tenang.



Saturday, 19 September 2015

Bila Internet ada, apa kita buat?

assalamualaikum.

banyak entri ye sofiyyah shah..hahaha. bila baca entry orang. perghhh ... matang

aku? kebudak-budakan.. nak nak tanya korang, bila internet ade, korang akan buat apa?

takkan laya facebook/instagram/twitter/blog/whatsapp je?

aku nak habaq mai jugak. yang aku kalau duduk melayan handphone/laptop dengan internet terbuka, aku akan melayari website-website shopping online... ini memang jujur sebab tu dah jadi hobi aku. 

bila nak shopping, ape perlu ada? duit kan? hurmmm.. kalau korang nak tahu aku bukan kerja mana pon, aku seorang pengasuh baby 8 bulan di rumah sendiri. bergaji kecil. bercita besar....^_^

aku suka shopping online sebab serius memang jimat masa. walaupun memang sengsara kadang-kadang nak tunggu barang sampai depan mata. aku selalu bandingkan harga baju/ sunglass /kasut dan sebagainya dengan pelbagai website..

membazir, tapi disebabkan kami ramai adik beradik, aku beli tapi bukan aku pakai sangat pon. kakak adik perempuan aku akan pinjam barang aku. kalau tengok stok tudung je. perghhhh kevavommmmm... tapi untuk pengetahuan semua bahawa tudung aku kebanyakannya terdiri daripada tudung jenis bawal, bukan shawl dan kebanyakannya bersaiz bidang 60'..

kenapa aku suka beli tdung labuh? sebab aku nak raih pahala kalau orang pinjam untuk menutup aurat mereka.lepas kahwin kena tambah stok tudung bulat buatan sendiri pulak.*orang buat punya tak best

baju ni aku baru survey kat nile.com.my.


cantikkk!!!!




orang dok sibuk nak shopping baju raya haji. aku mampu kelip mata jela.. pasai aku nak kena simpan bayar yuran belajar pulak.uhhuhuhuhu....

Wednesday, 16 September 2015

Dalam mulut ada emas

"dalam mulut ada emas"

siapa boleh rungkaikan maksud disebalik ayat diatas?
hahaha..

ok. aku akan bagitahu kenapa aku tiba-tiba cakap pasal emas-emas pulak ni.

dulu masa darjah dua aku ada kenal seorang cikgu ni. guru kaunseling kalau tak silap lagi. cikgu tu juga ajar aku untuk subjek bahasa melayu. banyak perlu lakukan pembacaan dalam aktiviti pembelajaran. aku paling tak suka waktu kelas ni. sebab aku takut.

kenapa takut?
sebab aku memang seorang yang pengecut dari kecil. aku tak berani nak berhadapan dengan sesuatu yang baru. aku umpamakan kawan sekelas aku baru-baru. sebab aku tak banyak kawan, aku susah nak bergaul. aku takut! tapi waktu kelas bahasa melayu ni cikgu selalu panggil nama aku untuk membaca. jawab soalan dan sebagainya.

satu hari cikgu tu suruh aku baca. aku muka dah rasa nak menangis, suara tak keluar untuk membaca. tiba-tiba cikgu tu cakap

"saya suka nak suruh sofiyyah baca, walaupun saya tahu dia takut saya akan suruh dia baca. suara sofiyyah tak keluar-keluar ibarat emas penuh dalam mulut dia, dia takut untuk buka luas-luas, risau emas tersebut keluar membanjiri kawasan.sebab itu saya nak di cuba bercakap."

aku walaupun masih darjah dua waktu tu. aku faham bait katanya. sebab apa aku faham.? sebab aku cuba memahami dan mengingati. kerana cikgu tu banyak mengubah perangai aku. mungkin juga dia dapat baca kenapa aku boleh jadi pengecut, takut nak bergaul.

kalau korang nak tahu, cikgu ni satu-satunya guru yang sentiasa menjaga aku masa di sekolah. aku nampak. sebab apa aku cakap dia jaga aku. dari darjah dua hingga aku darjah enam dia sentiasa ada dengan aku.

aku ingat lagi, masa darjah lima, kami ada guru kelas tapi kami ada masalah untuk hias kelas sertai hari merdeka. kami nak menang. guru kelas kami dah sarat mengandung. kami buntu sangat. tiba-tiba cikgu ni masuk ke dalam kelas sebagai guru ganti. dia tanya tentang acara keceriaan kelas. kami cakap yang kami tak ada guru membantu. alhamdulillah aku ingat lagi dia bantu kami.. sungguh aku rindu pada satu-satu guru kesayangan aku..


dari pandangan mata dia lihat aku, dia seolah-olah mengerti aku ada masalah, dia juga tahu aku cuba menidakkan. sebab itu aku tidak pernah bercerita.. mungkin kerana beliau seorang guru kaunseling...


okay. doakan guru-guru aku sihat ya.. wsalam

buat air detox sendiri guna buah epal dengan oren

assalamualaikum

kembali menaip, sempena cuti dari menjaga anak asuhan aku, aku duduk menatap skrin laptop saja hari ni. tak jenguk dunia luar sangat. tadi baru je lepas tengok sikit drama korea tajuk dia "warm and cozy" ...

huhuh. boleh la jalan ceritanya.

semalam aku meringankan tangan buat air detox. guna sebiji epal merah dengan sebiji oren. aku belah je letak dalam bekas air besar campur air sekali. lepas tu letak dalam peti sejuk.
hari ni duduk menatap laptop aku telan jela air tu..

mungkin kesan cepat jugak air detox ni. sebab lepas minum je aku tiga empat kali ulang alik pergi tandas.. menyengat perut aku .. huhuh..

cubalah kawan-kawan..






naelofar hijab rupanya ada saiz L

sangkaan aku meleset.. huhuhuhu

naelofarhijab pernah dengar tak? ala.. yang neelofa punya tu..

aku ingat semua tudung yang neelofa keluarkan free size. huhuu. sebab kebanyakan yang mengeluarkan tudung hanya keluarkan saiz tertentu..aku tak pernah tahu yang neelofa keluarkan jugak tudung saiz besar.. terbaiklah akak.!

aku bukan peminat neelofa, tapi aku mula suka bila dia hasilkan keluaran yang berunsurkan islamik. in sha Allah perniagaan neelofa akan berkembang maju dan dirahmati.

aku tak beli selendang dua muka naelofarhijab tapi aku dapat. serius aku suka. cantik. dan kain tak  sejarang yang aku pernah beli. kain dia sedap pakai. aku dapat selendang tu dari mak budak aku jaga (asuh).. dia siap belikan aku saiz L.. macam tahu tahu je aku memang pakai labuh.

aku baru cuba pakai sekali. nak cuba la katakan..hhehheheheh.. okay. tengok foto dibawah.. tutup dada.. sangat suka!!!

kak ros kau bergaya !

*kak ros gelaran yang adik bongsu aku dengan kawan-kawan dia panggil. sebab garang macam kak ros upin ipin..hohohoho

anak kucing aku beranak

kucing.. kalau baru lahir tahun ni boleh je nak mengandung, beranak, kalau manusia mustahil la. hahahha..

dah namanya haiwan.huhuhuhu... kucing aku, chetam baru je beranak, dah dekat seminggu la, tak tahu jantina anak lagi. semuanya empat ekor. kalau korang semua nak tahu kucing aku ni jenis tak keluar rumah. duduk terperuk je dalam rumah ni, mengacau tuan dia, kalau aku duduk jaga anak asuhan aku, dia akan duduk baring dekat tepi alas yang aku sediakan. aku tak risau sangat sebab kucing aku tak berapa ganas. dia akan datang dekat aku kalau dia lapar atau dia nak keluar. dia boleh dikatakan kecil lagi. tapi kucing jantan rumah aku ni yang membuntingkan dia. geram betul aku. kucing aku betina ni mana pernah panjat pintu nak keluar, mane pernah merayap jauh. pasal anak kucing aku ni hanya akan keluar bila aku kemas rumah pagi-pagi dekat halaman je, nak buang sampah dia ikut. boleh katakan memang dia sentiasa dengan aku la.

sebab aku tak bagi dia  keluar rumah, 

dia lahir bulan februari 2015. mak dia beranak dua ekor je. kalau ikut mak dia lagi rapat dengan aku. tapi bila mak dia beranak je , mak dia jenis kurg sikit nak rapat dengan orang. tapi satu je persamaan perangai dua beranak ni. bila aku mengemas , sentiasa teman sampai habis kemas. dulu , dia main dengan kakak yang lahir saing dia je, tapi kakak dia mati, asyik sakit je. dia tak pernah duduk luar sendiri, merayap merata, berak merata sebab tandas dia aku sediakan, makanan dia ade dekat ruang luar dapur rumah aku, situ pon ade pintu bertutup. kucing luar takkan kacau.

kucing aku yang beranak ni yang macam panda
new family

kenangan chetam bersama kitty

kenangan masa muda


ketagih yang amat dengan produk GAMAT HEALIN.


assalamualaikum.. kenal gamat healin? hiihih



sebenarnya , aku dah lama juga la guna produk healin ni. dari sabun muka, then sekarang dah sampai peringkat mampu dan ade perubahan aku sudah ambil krim malamnya.tapi macam kita sedia maklum produk ni memang mahal untuk aku.

kenapa aku suka produk gamat healin? 

antara sebabnya, sebelum aku pakai produk ni aku pakai produk dynars skin care tu, mengelupas teruk kulit muka, lepas tu aku sambung pakai cosmoderm sebab aku tak mampu nak percaya pada dynars skin care tu. tak sesuai dengan kulit aku kot.

mak aku yang cadangkan pergi ke gamat healin. first  day aku pergi sana awal bulan 2 tahun 2015. waktu ni aku tak ada duit lagi sebab aku belum gaji. pergi sana dengan mak, mak yang belanja. awal aku ambil ubat makan (cecair untuk resedung), sabun mirakel dengan lukano(gel jerawat). 

mula amalkan tu payah juga lah sebab aku bukan jenis makan ape-ape ubat sebelum ni. . nak kena jaga makan setiap pagi setiap malam. leceh jugak. lagi satu aku kena jaga pantang makan, tak boleh makan :

-seafood (sotong/udang/ketam)*kegemaran yang dilupakan dah
-ayam
-telur
-belacan
-ikan bilis/udang kering*ikan bilis aku bedal je

nak buat macam mana, nak cantik juga kan? hihihih.. sebenarnya mak aku beria sangat ni waktu tu sebab minggu depannya ada yang cadang nak tengok anak dara dia.hahaha. *tapi sedih tak jadi tengok.hahaha

after sebulan aku datang ke kedai healin di depan econsave jalan reko tu seorang diri sebab aku cadang nak tanya kenapa kulit muka aku jadi kering mengelupas tapi tak pedih. memang buruk sangat aku rasa. sedih ! tapi kakak tu kata, sepatutnya pakai pelembab muka, aku pun beli toner, boleh tahan la, seronok je pakai. kulit kembali elok, kurang bersisik macam ikan.hahahha.
lepas pelembab aku pakai mask hydrate/krim malam/toner/pencuci o2 dia/sabun mirakel/sunblock/gel jerawat/lukano

banyak yang aku guna boleh kata sepanjang bulan 2 hingga bulan 9 ni dah habis rm1000+ la kot sebab harga mahal jugak.
tapi , pembersih o2 tu aku tak guna sebab satu bulan aku cuba yang tu, aku punya muka merah-merah, kering, bibir jadi hitam sebab gatal. memang masalah*mungkin ikut kulit juga. akak tu pakai elok je.

aku sambung pakai sabun mirakel je sebagai pencuci muka mungkin sesuai untuk yang ada masalah resdung atau gatal-gatal. sabun ni murah sikit dalam rm12 lebih. boleh tahan dua bulan. boleh jugak guna untuk gatal-gatal dekat badan. sebabnya ada satu hari ni tangan dengan mulut gatal sangat nak makan sushi yang adik aku beli, sedap je telan, baru tahu dalam tu ada telur salmon..hurmmm.. jawabnya gatal sana sini. aku mandi guna sabun mirakel dari gamat healin la. alhamdulillah..^_^

aku suka produk ni sangat sebab takde kesan sampingan lain, mak aku marah kalau aku guna produk lain. sebab sebelum healin muka aku dah dijadikan bahan eksperimen aku sendiri untuk menggunakan pelbagai produk. dan mak aku suka tengok perubahan rupa paras ku..heheh. melampau betul ayat aku kan. mahal , kena cari duit...padahal yuran belajar nak kena bayar , produk guna mahal-mahal pulak.heheh. selagi aku mampu, duit aku bukan duit orang.

boleh la tengok produk yg pernah aku beli, tapi ade yang aku tak ambil gambar.
tinted sunblock
facial cleanser milk *pencuci make up


gel utk jerawat dan parut


gel jerwat yang best



pencuci o2 tak sesuai utk aku
sabun muka/badan utk kulit gatal



gambar lama



toner dan masker


penambahan-magic jelly yang diperkaya dengan aloe vera (sejuk)

konon nak ambil supplement. not bad.


aku saja tambah dua produk tu, tapi yang olicandy aku stop sebab memutihkan kulit aku ada la. habis nampak jerawat aku merah.. adik perepuan aku mula la tanya yang aku makan apa jadi putih sebab dia nak putih jugak.hahhaha...

yang magic jelly memang elok untuk memulihka kulit muka, tapi ingat waktu pakai selawat ye..hehehhe..


ok. tu sahaja. sekian.



tabiat tidur pagi

assalamualaikum.


tengok tajuk dan renungkan sendiri.

hiihihihi.  kawan-kawan suka tidur pagi tak? jawab dengan jujur ya. aku dulu pernah tidur pagi. memang nikmat rasanya dapat tidur waktu pagi-pagi. tapi, aku rasa itu adalah cara untuk kita menutup pintu rezeki kita dari terbentang luas.

aku mula tak tidur pagi bila aku masuk tingkatan 3. kalau sebelum tu pun tidur hanya tengok hari jugak. kalau aku rasa takde benda nak buat. tidur la. budak lagi kot.

bila naik usia , aku banyak fikir kata-kata mak tok aku. "tak elok tidur pepagi ni, rezeki tak masuk.". aku kagum dengan orang tua-tua sebab penat lelah macam mana pun mereka. mereka tidak pernah memperlihatkan kepada anak cucu mereka. bila masa rehat mereka ya? aku tertanya-tanya.

bila aku cuba,cuba dan cuba untuk tidak tidur waktu pagi, aku nampak realiti kata-kata mak tok aku. bila kita tidur, contoh kita tak buka kedai, walhal ramai yang akan membeli pada waktu pagi untuk sarapan anak-anak/keluarga mereka. dekat situ kita dah rugi besar. contoh lagi, rugi pahala. beribadat pada waktu pagi adalah baik untuk diri kita, merasakan Allah sentiasa bersama kita sepanjang hari dan menjaga tingkah laku kita.


sampai sekarang aku sudah tak tidur pagi. melainkan kepenatan yang amat. allhamdulillah. cubalah. pintu rezeki anda akan terbentang luas.! kita usaha ,kita akan dapat ganjarannya.

jangan cuba semata-mata niat untuk diberi ganjaran, cuba untuk mengubah diri kita. in sha Allah, pertolongan Allah bersama golonga yang sabar.

wsalam

Tuesday, 15 September 2015

cara memutihksn gigi

assalamualaikum.

aku nak kongsikan cara yang menarik untuk kamu semua putihkan gigi anda yang sudah menguning..hihihihi..

dulu aku mencari jugak macam mana. tapi suatu hari aku duduk ber'youtube' .. banyak perkongsian yang aku dapat. cuba taip putihkan gigi je dah wujud tutorialnya.hahaha..

dunia makin maju.. bak kata orang dunia hujung jari. wauuuuu! terbaikkan. *sebenarnya banyak yang buruk juga kewujudan internet ni. silaturrahim mudah renggang pun ada.hurmmm..

ok. berbalik kepada topik asal. memang aku yang satu ni terkejut sebab hari tu aku tengok video tu yang buat tutorial adalah orang ala-ala afrika. orang kulit hitam la, tapi kagum dengan dia sebab gigi putih berseri. cemburu pun ada.

gambar curi. ^_^


tahu tak dia guna apa? dia hanya menggunakan soda bikarbonat dan lemon/limau nipis.

berus guna berus gigi macam biasa. sangat mudah. tidak perlu guna bahan lain. kos pun kurang.

"gigi cantik, senyuman menarik"


pembeli ketujuh pin shawl / hijab pin

assalamualaikum.

semalam aku dapat tambah pendapatan *duit saku sikit untuk perbelanjaan katakan.. tak adalah beratus ringgit, berpuluh ringgit pun alhamdulillah bersyukur sangat..

aku gunakan moto hidup " jangan putus asa dengan mudah"

hahahah. unik tapi memang itu. penat tu hanya sekejap, untung kita berpandu kepada rezeki kita..

berminat untuk membeli boleh rujuk picture. alhamdulillah pelanggan semua suka lihat bila dah sampai..






sekian. sekiranya ade yang berminat boleh hubungi 017-6638194 (piyah)


perempuan ibarat buah apple

assalamualaikum.



alhamdulillah hari ini berkesempatan juga aku untuk menaip. bukan tak nak menaip tapi, masa tidak mengizinkan. dengan anak buah kembar lagi mengada-ngada. sejak makin membesar makin penat kami di rumah ni. biasalah ragam budak. kalau tak biasa, mahu pening kepala. alhamdulillah masih terkawal. risau dengan isu budak kena dera kan. hurrmmmm...

ok.tajuk aku hari ini sedikit unik. sebenarnya bukan tajuk aku, tapi ini adalah tajuk yang aku pernah jadikan tazkirah kepada adik-adik sekolah menengah kebangsaan agama maahad hamidiah (SMKA MAAHAD HAMIDIAH) kajang. pada awalnya bukan kami pelajar tingkatan enam bawah yang perlu untuk menggalas tugas tu. tapi sudah diberikan amanah disebabkan pelajar (naqibah) yang bertugas perlu menghadiri mesyuarat. mereka memilih untuk kami yang baru dua bulan memasuki sekolah tersebut untuk mengawal pelajar-pelajar dengan memberikan tazkirah yang bertajuk "wanita ibarat sebiji apple"

pelik dan unik tajuk tu.


alhamdulillah pada hari itu aku diberikan adik-adik kumpulan yang terdiri daripada tingkatan satu kesemuanya. memang aku tak sangka. dan untuk pengetahuan kamu semua, aku pada waktu itu tak duduk asrama lagi dan aku tak kenal seorang pun adik usrah aku. mungkin sebab aku tak kenal menyebabkan aku berani untuk mengungkap. aku ada juga membaca teks sedikit daripada pengacara program usrah. sekiranya aku tak baca belum tentu aku faham berpandukan tajuk yang diberikan.

dikatakan wanita/perempuan/gadis ibarat apple. sungguh mulia sebenarnya. apple yang kita makan. sedar atau tidak kita bahawa apple kalau kita kupas kulitnya akan berubah warna ? ya.. aku sedar sangat kagumi perkara yang aku nak sampaikan kerana sebenar-benar unik. sukar nak difahami kalau tidak membuka mata.

cuba kalian beli sebiji apple, dia masih mempunyai kulit kan? cantik warnanya. berwarna merah atau hijau. itu tidak membezakannya. 

namun, bila dah dikupas kulitnya, pada awalnya menjadi putih kekuning-kuningan betul ke tidak?

sekiranya kita membiarkannya beberapa minit, makin gelap warnanya.. semakin lama semakin kusam warnanya, tiada sinar cahaya yang berseri terdapat pada buah apple tersebut. sangat tidak menarik minat kita untuk menjamahnya bukan?

_-------_

bila dikaitkan apple dengan gadis.

bila satu orang gadis cantik yang berseri ramai suka lihat akan rupa parasnya. malah ramai jejaka tampan yang mula ingin memilikinya. sekiranya gadis itu tidak dijaga dengan akhlak yang elok. lama kelamaan. dari titik permulaan. maka berlakulah segala-galanya..

pada awalnya gadis yang suci tanpa dosa itu hanya berkenalan, mungkin dianggap remeh, namun kalau dilihat dari sudut islam, sudah menjurus kearah maksiat, disitu berlaku zina mata, hati, telinga,mulut.. makna zina?  zina mata apabila mata bertemu mata, zina hati apabila lalai melayan perasaan terhadap si jejaka sehingga alpa akan RABB pencipta. manakala zina telinga pula apabila mendengar benda yang tidak sepatutnya. zina mulut ialah meluahkan apa yang dihati,, tanpa segan silu mengunggkapkan kata-kata manis dan sebagainya.

mungkin itu baru permulaan, umpama epal yang dikupas selepas lima minit. warnanya tidak kusam teruk.apatah lagi semakin menjadi-jadi. bila dari pakai tudung berubah menanggalkan tudung bagi memperagakan takhta wanita itu. sedangkan kalian sendiri ketahui bahawa aurat perlu dipelihara bukan diperlihatkan kepada awam.  sedangkan kaum lelaki sendiri sudah khabarkan bahawa sedikit mereka melihat aurat wanita/gadias, mereka sudah terpesona, nafsu lelaki hanya satu. 

lama kelamaan tanpa dikawal epal bertukar warna yang hitam, sebegitulah maruah/harga diri seorang wanita bila diambil remeh tentang penjagaan aurat/ikhtilat/hati... memang tanpa kita sedar benda ini pernah/akan/sedang berlaku disekeliling kita. 

buruk atau tidak diri anda bukan saya yang menilainya,bukan orang lain juga namun pencipta yang maha agung ALLAH. taubat nasuha yang wajar kalian lakukan.

sebab itu kita ada jalan penyelesaiannya :

kita ada tiga cara untuk mengelakkan hal tersebut lebih berleluasa sama ada menggunakan tangan,mulut mahupun hati.

aku kebanyakkannya menggunakan hati sebab kurang keberanian. aku mampu membenci benda yang dikira sebagai maksiat disisi Allah. Namun manusia alpa, andai diri ini khilaf, tunjukkan jalan yang benar.

===================

persoalan daripada adik usrah aku :

"kalau dengan jiran, keluar rumah kita kena pakai tudung ke?"
aku senyum dengar soalan itu, memang aku akui, banyak orang yang pandai agama, namun mereka belajar tanpa mengamalkannya dalam kehidupan seharian. ambil ilmu daripada ustaz/ustazah namun bertujuan untuk peperiksaan sahaja.

jawapan aku :

"aurat kita bukan untuk selain daripada keluarga kita. maknanya, perlu ditutup kepalanya. jiran tu adik beradik kita jugak ke? kalau perempuan tidak apa namun, depan rumah kita tak mustahil sekiranya ada kereta motor jalan dan mereka akan toleh ke arah tersebut di mana kamu berdiri. apakah itu kamu katakan rezeki kepada lelaki tersebut melihat rambut kamu, sedangkan kamu telah mendapat kemurkaan Allah sekiranya kamu memang lakukan dengan sengaja. ada orang yang pakai tudung untuk perhiasan sahaja, namun apa boleh buat, kita hanya mampu doakan mereka, jangan jadikan mereka sebagai idola kita. memang sukar untuk kita istiqamah sebab banyak gangguan disekeliling. bila nak berubah, mulalah kawan cakap kita ini itu ini.. banyak mulut manusia kita tak boleh zip, namun apa kita nak jawap kepada Allah dipadang mahsyar.mula dengan perlahan-lahan.Allah ada membantu, jangan risau. kalau ikut pengalaman kak piya, akak satu je lagi tak istiqamah,, memakai sarung kaki. pergi ke mana-mana kena pakai stokin. akak tahu tapi bila banyak dalih inilah jadinya. doakan akak berjaya pakai stokin pergi kemana-mana ye"

soalan lagi: purdah tu wajib ke 

"tak. tapi demi menjaga maruah kita/suami/keluarga, perlu untuk kita memakainya kerana bimbang wujud fitnah.. ya! fitnah dunia terlalu menjadi-jadi."

==================

okay tamat. memang banyak aku cerita dengan mereka.

seejujurnya, aku memang tidak memakai stokin dengan istiqamah sehingga kini. kenapa aku cakap macam tu? sebab bila aku mengemas di halaman rumah/ buang sampah di luar rumah aku masih tidak menggunakan stokin. aku kagum dengan kawan aku yang dah kahwin, keluar ke rumah jiran bertudung labuh, berstokin dan sebagainya. semoga istiqamah. 

kisah aku boleh nak berstokin kerana satu hari aku hadir majlis ilmu. aku pakai jubah hitam, tudung labuh macam selalu. namun kadang kala aku tak pakai stokin, kalau aku pakai pun hanya stokin warna warni. sedikit menonjol. bahaya untuk perempuan. tiba-tiba datang seorang kakak ni dengan tiga orang anak perempuan yang kecil lagi dalam usia antara 3-8 tahun.. kagum aku melihat mereka. kaki mereka berstokin litup. masih kecil mentah lagi. tapi sudah dididik oleh ibubapa mereka. subhanallah..  sedih rasanya,, sekarang sekiranya keluar ke shopping complex, kelas, jumpa kwan  alhamdulillah stokin dikaki, namun, sekiranya dirumah masih tidak istiqamah. doakan aku untuk kebaikan bersama ya..!

in sha Allah.. mari kita mengubah diri kita kawan-kawan. bukan rakan/saudara/adik-beradik anda yang mengawal anda, tapi Allah.

wsalam...

Wednesday, 9 September 2015

kenduri abang Husna Azizan - Ex stpm maahad hamidah kajang

assalamualaikum.


untung rasanya sekarang ni nak curi masa nak menaip dari semasa ke semasa. sejak mngasuh ni, masa banyak aku luang dengan muhammad ammar sahaja * anak asuhan aku ya kawan kawan..

mohon jangan fikir lain. ^_^

kalau nak dilihat jadual kerja aku malam memang tak jaga anak asuhan aku pun. tapi, bila dikatakan suri rumah . almaklumlah kerja tak pernah susut. nak rehat? boleh tunggu waktu malam je ye kawan-kawan. aku pernah kerja yang waktu pejabat dan aku boleh katakan kerja diluar lebih mudah berbanding jadi suri rumah.


penat suri rumah jangan cakap. aku boleh tengok mak aku yang sudah sekian lama bergelar "suri rumah".. tiada istilah rehat bagi mereka.

eh. salah cerita la kawan kawan. hari ni aku nak cerita yang aku masa hari merdeka 31/8/2015.. aku pergi dengan kawan , tapi aku kena tolong ambil kawan-kawan aku yang berdua ni la.. dua dua kawan aku ni student ukm. seorang je daripada kitaorang bertiga yang fulltime student di UKM. 

kendurinya di dewan gemilang ukm. sangat ringkas pelamin dan meja makan beradab pengantin. aku suka sangat. rasa macam nak ikut untuk majlis aku nanti pulak. ringkas.

sempat juga la aku ambil gambar dengan pengantin, sebab aku yang tak tahu malu pelawa diri dekat adik dia " una, jom ambil gambar dengan pengantin, baru la kenangan habis una" 

mula-mula tu aku ingat nak minta main-main je, sebab ramai orang kan, kesian kat pengantin pulak nanti. tapi kawan aku, adik pengantin lelaki ni, dia pergi bagitahu abang dia yang ada orang nak ambil gambar sekali. hihiihihihi.. sesekali meminta, buat muka tak tahu malu mungkin tak salah.

pengantin pun nak rasa diri seperti artis tak ke gitu? heheheh... ok. 

tamat. tunggu ccerita akan datang ye. setia bersama sofiyyah shah. ^_^

pengguaan blog untuk urusan pembelajaran mod eksekutif UKM. (APLIKASI KOMPUTER)

Assalamualaikum.

hai pembaca blog sofiyyah-shah.blogspot.com.. ^_^

hari ini aku nak bagitahu yang aku dah lama tak menaip entry yang merapu kerana mempunyai beberapa sebab tertentu. antaranya adalah sepeti tajuk yang telah aku kemukan.

blog aku ini aku gunakan untuk memenuhi keperluan untuk mata pelajaran sem pendek aku. iaitu aplikasi komputer...

penggunaan blog ini untuk tujuan pembelajaran adalah selama beberapa minggu lagi. sebelum masuk batch baru..

nantikan entri sofiyyah shah yang akan membosankan kalian ye..

dan kalian mohon doakan ye kejayaan aku.....