bertemu untuk entry baru..cerminkan wajah anda yang ceria. tajuk tidak sihat bukan mengurangkan kondisi tubuh badan kita..
*korang, entry ni aku buat khas utk aku ingatkan diri aku yang aku pernah sakit ye.. mana tahu tetibe pemikiran sudah tidak mampu menampung..sory untuk yang membaca.
----
duduk rumah bukan bermaksud badan kita akan sentiasa sihat. dengan kewujudan gadget yang pelbagai lagi. memang agak memudaratkan la.
nak dijadikan cerita cik piya sejak tahun lepas time umur belum pun berganjak 20, *mentang-mentang lahir bulan 12. hahahaha.. cik piya jenis yang always aktif gerak kemas luar, kemas itu ini, tapi standart la kalau tidur banyak bila duduk diam. sebab dari dulu pon time tidur hanya dalam kelas je yg lebih..almaklumlah bila kita selalu gerak, nak belajar bukan duduk diam sebenarnya, sebab kinestetik ni pembelajaran kena bergerak anytime..hahaha
---
awal tahun lepas, lepas Stpm, tak kerja lain, duduk melangut kat rumah tunggu putera raja datang merisik.haahah.. memang time tu aku aktif la.. tapi sejak bulan 3 tahun 2014, kondisi aku memang down sangat..aku anggap biasa je.. bukan sebab penat.. aku jenis malas nak layan sakit. orang pon tahu aku macam mana..
sejak sakit tu makin teruk, pening macam migrain, kaki dua belah susah nak berdiri lama, muka pucat, everyday macam tu. aku memang takde pergi jumpa doktor walaupun mak aku suruh pergi. tahan je sakit, bila kepala berpinar aku ketap bibir.. ingat mati je time tu.. aku tahu mak aku memang takut ape ape jadi.. sebab memang teruk.. tapi apa dalam pemikiran aku,
"ko kena kuat piya..! jangan manjakan diri.. berat kepala ni sikit je, kaki ni sakit mungkin Allah nak bantu aku dari keluar merayap sana sini" aku tak nak manjakan diri aku... aku takut, kalau aku manjakan sakit lagi aku tak boleh lawan...aku tak suka mak aku risau tu yang aku gagahkan buat semua kerja rumah..
sampai satu masa, aku demam teruk sangat. time tu badan tak boleh banyak berdiri, aku hanya paksakan berdiri bila aku nak solat.. time ni memang aku tak mampu selindung sebab aku solat pon ade kena duduk, lutut aku tak boleh menampung.. satu badan aku menggigil sejuk, urat badan macam ditarik tarik, kepala berdenyut.. sakit tu macam maut dah hampir menjemput.. mak ayah and adik-beradik aku ofcos pelik sebab aku bukan yang diam, bila sakit.... rumah ... sunyi....!
demam tu lebih kurang dua bulan baru semakin okay..sebelum kakak-kakak aku kenduri.
-----
Tahun ni,, semenjak denggi semakin menular. kami sekeluarga tak jangka pon..
orang first demam adik aku, tapi dia memang kuat! budak darjah empat, pergi kem, then demam.. sekejap je dalam bape hari.. lepas tu aku kena..
time ni semua tengok aku 100% sangat lain.. sebabnya aku tak pergi klinik cek semua tu. selagi aku mampu tanggung. inshaAllah tak ada apa-apa..
bila aku sakit, memang mak aku risau sangat. siap sediakan ubat habatussauda, madu, air 100 plus, air gajah apekebenda ntah..haha. tapi semua tu aku tak hadam nak telan.
dua minggu demam...kaki nak gerak aku alihkan guna tangan, macam orang tua beb..hahah.. aku tak suka bila adik, kakak, mak, ayah aku sedih, aku buat buat happy. denggi suhu badan memang turun naik, tapi seram sejuk dia lain macam..rambut jangan cakap la mak aku dah letak asam jawa punya air.. tapi aku thumbs up la.. sebab aku suka air dia.. sejuk.. pening boleh hilang..
mak aku nak bawak gi hospital , ayah aku kata tak yah.. tapi bila teruk sangat sampai nak bangun pon tak boleh kena take time , tulang belakang sakit, gigi berdarah berketul macam darah haid , makan tak langsung, period datang tetibe.. asal lepas solat je memang aku tumbang la.. mak aku marah sebab tengok macam pelik ..
part ni kelakar sebab mak aku risau benda halus kacau... nak gi hospital aku tak nak sebab aku cakap " tak nak la.. takkan nak pergi hospital pakai baju rumah kot, muka dah la bpe hari tak terlayan nak facial" mak akak aku gelak,, sakit pon fikir nak kemas...hahaha..
----
demam merapatkan kita dengan adik beradik.. aku sakit semua risau sebab aku demam tak pernah sekejap. dari baby aku sampai sekarang baru tiga kali muntah.. aku demam denggi ritu muntah, sebab tu mak risau sangat.
mak kata time baby aku demam dah macam tak tahu nak buat apa.. tu yang until sekarang mak aku care..hahahh..
suweet... actually aku tahu aku denggi pon lepas aku baru nak sihat sikit, adik laki aku tiga orang aku bawak check up demam.. doctor suspect denggi.. aku jadi macam mak dorang sebab aku yang masuk bila adik kena panggil,mak aku tak dapat datang. tanya simptom teruk apa, doctor tu ckp simptom dia memang ape yang kena kat aku... dia tanye kenapa, aku diam..hahahah...kantoi nanti. so after tu aku berhati hati..
adik laki first aku lebih kurang la kena tapi dia okay lagi sebab gigi tak berdarah. kondisi okay sikit sebab dia mampu duduk. aku dulu duduk pon sminit dua je.
adik bongsu aku kena part yang bahaya, denggi berdarah kena tahan wad , doctor kata dia risiko sebab takut bahaya dalaman. kecik lagi dan kurus sangat.. aku tengok dia sekarang pon risau jugak..asyik sakit je..
----
mak aku sekarang jaga mak tok, aku mampu tolong sikit je, risau kalau angkat aku terlepas. sekarang jaga budak pon aku jarang dukung, takut aku tumbang.haiyoooo..
tapi aku bersyukur Allah bagi aku rasa sakit.. sakit mengingatkan kita kepadaNYA. kita akan kembali kepadaNYA juga satu hari nanti.. muka aku bermasalah pon, aku tahu, aku nak kita sentiasa mengingatinya..
orang sihat bukan mudah nak mohon pertolongan dan mengingatiNYA. namun tatkala ujian diberikan baru kesedaran itu muncul....bersyukur dengan nikmatNYA kawan kawan. manfaatkan masa anda selagi masih diberi peluang..
cantik ayat ni |
----
ingat! zaman kita ni tanpa sedar kita sedang berperang, berperang memerangi gejala sosial..
sekian.
No comments:
Post a Comment