Wednesday, 30 December 2015

First Treatment / Facial Cik Piya try

Assalamualaikum...

ya.. percaya atau tak.. ? Cik piya mementingkan kecantikan?? muntah hijau pleasee.. aku muka pon macam hape. setakat biase tu boleh la aku nak jaga. tu pasai muka teruk bebeno.. hurmmm rasa macam selama ni tak menghargai ciptaan tuhan ni.. sobsobsob. nangis sikit beb...

actually bukan tak nak hargai tapi maybe hormon dan aku bukan jenis berani nak try treatment luar sana nun...

-------------
almaklumlah, since rumah aku hanya ada TB untuk meneman kala bosan tanpa astro bagai, dengan wifi zone xde nye lagi... hahaha.. rumah kami memang patut tak yah ade semua tu... menyusah je.. 

dengan TV la aku menghadap bila anak asuhan aku duduk melantak . pasai pepagi dia makan then tengok sekali tanyalah ustaz, adik tanya ustaz di tv9... hahah.. aku hafal dah rancangan televisyen. hari khamis bila ntah ade ulangan rancangan Safiyya.. ehh betul ke eja tu?

lantak pi la... yang aku tahu aku memang minat giler tengok safiyya... banyak yang aku suka usha dalam tu. menarik....

----------

tetibe tersiar @drsophiayaesthetic punya klinik yang terletak di shah alam. alam avenue 2...

aku kemain lagi eksaited. aku usha testimoni, ramai try chemical peeling.. aku nak try la pergi sana.. then aku whatsapp Dr. Sophia yang jojes tu... aku ingat nak buat awal. tapi dia kata 27 dis je yang free if ahad... huaaaaaa... nangis sikit. nampak ketidaksabaran aku.

---------

aku first time drive jauh. Shah Alam kira jauh la untuk aku tau! sobsobsob... nangis sikit.. aku bukan pernah drive jauh.. first tme guna maps apps tu... hahahha..

sanggup nak buat treatment sampai kelas ahad aku tak attend. alhamdulillah my lecturer faham, always see my face , maybe they know what i feel with that face.


-------

masuk je memang awal la aku datang kan. klinik pon baru bukak beb. 9.07 am aku sampai shah alam. masuk je Dr. terus terangkan itu ini. then dia tengok my face worst the other. she suggest i do senior chemical peeling or SCP... perghh.. aku memula gemuruh kemain lagi.. sebab gaya dorang cakap macam benda ni hard giler la kan.. sakit bagai nanti.. tak tahan la.. akan skip other layer yang akan diletakkan la. 

-------

bila start je dengan facial,,, aku feeling macam nak tidur... aiyyoooo. gedik tak cik piya....
bila dia scrub, dia kata jerawat i makin galak lak nak muncul.. then dia picit jerawat. time ni aku tak tahu dia tengah picit jerawat sebab macam halus je dia picit.. lepas tu dia cuci..., then aku kena pakai ubat kebas kat muka selama 15 minit. 

--------

ubat kebas tu untuk mengelakkan kita terkejut kena chemical peeling... after 15 minit Dr. Sophia take place.. doing first layer until third layer of chemical peeling at my face...

first layer biasa je. second macam makin kuat, third boleh tahan... but, i feel that okay for me. since before this i also use cinamon, lemon, soda... pediih jugak..^_^

-------

Dr . Sophia says my face will more better if i return every month doing this treatment...and after few days,,, i also say, i will come back next month ya doctor...!

-------------

because half of my face already peel and my skin become difference. okay. after 10 days maybe i will upload my face difference. if become okay.. pray for me...

Assalamualaikum...


Thursday, 17 December 2015

JOm jejak ciri jejaka idaman Cik Piya.

Assalamualaikummmm..

Aiyooooo,,, mak oiiii... since mak sebut pasai langsir rumah time aku kahwin nanti..grrrr.. seram eihhh..

Mak nih,  iyo yo o je,, kahwin aku nanti mak kata pakai langsir lama. Sbnrnya tak lama mana pon.. sbb langsir tu sekali je pakai...cantik lagi. Umah kitaorang banyak pintu and tingkap.. nak buat bru jenuh wehhh..

Aku faham..thats okay makkk.. tapi,, pasai pa colour gold!! Hahaha.. cik piya nak pakai baju colour gold laaaaaa..cantik pulak sedondon dgn langsir...huhuhu. nanghesss sikit.

---

Ciri ciri laki suka ,, hurmmm. Aku bukan suka sangat nak pilih laki,,kalau bab cuci mata memang menjadi la..

Tapi...  sebenarnya aku tak berapa berkenan nak tengok lelaki berjambang.. sebab takut depa tak reti kemas.. aku suka laki yg kemas...tak berjambang tapi ade janggut nipis pon okay la...

Tapi tula.. hope so.. jangan time kahwin berjambang sudah la !! Hahaha..

Okay.. sape pon jodoh kita, harapnya diberkati... ^_^

Sunday, 13 December 2015

PAndangan cik piya tentang transport awam naik harga

Sambung taip

Okay kecoh pasai naik harga bagai..hari ty aku nak jugak buat esei berkaitan kes ni. Tapi tak jadi..hahaha..

Ok.. aku bukan terror bab naik harga bagai ni.. benda ni org pandang serius. Maaf kalau ade yg amek hati..

--

Firstly aku nak cakap, salah utk naik harga bagi rakyat malaysia..

Padahal kita sendiri nampak dlm transport awam yg naik bukan rakyat malaysia sangat pon..tapi aku still faham yg naik transport awam ni bg rakyat malaysia pon dr kalangan kurg kemampuan. Aku salah satu manusia yang ade menggunakan transport awam.. aku serba salah  bg rakyat malaysia yg kurang kemampuan yg gunakan transport awam dgn tambang yg mmg tidak sepatutnya tu..

Tapi sudut pandangan aku terarah kepada warga asing yang gunakan transport awam.. mungkin jugak kenaikan tambang ni disebabkan penggunaan warga asing lebih tinggi dr rakyat malaysia sendiri..mungkin..

Kalau kita tengok pon mmg byk warga asing kan??

Tengok kat ktm, bas, and other else.. hurmmm

Mungkin la, salah cara naikkan harga tanpa mengasingkan tambang rakyat luar dgn rakyat malaysia.. septutnya yg kena tambang mahal rakyat luar. Bkn rakyat malaysia...

---

Fair la utk rakyat malaysia. Sebab tujuan penubuhan transport awam utk memudahkan rakyat malaysia.. namun kemudahan itu kebanyakannya digunakan oleh warga luar negara...

Sekian...

Aku bagi pandangan..jangan kecam aku tau..

Kenapa sambung study tinggi tinggi?

Assalamualaikum. Awak..

Hahah..

Dulu, aku bukan suka belajar.. aku skrg pon bukan belajar mana pon. Doakan ye aku maju ke hadapan.

Pompuan buat pe bljr tinggi tinggi?
Aku selalu dengar ayat ats tu..

Dulu aku yg ungkap jugak. Buat pe bljr tinggi tinggi..

----

Aku ade cita cita dan aku takkan menolak utk kahwin jugak walaupun tgh study..nooo.. aku akan terima kahwin. Rezeki lps kawen mungkin lain.. dulu... when see my mom.. yeah i want become housewife...

And very long time i analisis.. not so good be housewife only..why?

Firstly aku tak tolak kemungkinan yg bahana kahwin,  kot laki tinggalkan kita terkontang kanting.. ape kita nak buat sekiranya time tu kita dah bukan awal 20-30 an? Tanpa pelajaran pulak tu..bukan sng nak cari kerja. Thats time maybe thats will help us, not with pangkat degree or master in study.. but knowledge we have pick from what we study.. ye.. ilmu tu penting.. thats time kura boleh amalkan ilmu yg kita ada..

Tu hanya kemungkinan..dan aku bkn menegakkan pangkat pelajaran. Tapi ILMU ye..

When  family have money problem, we as wife will give our support,  not to make money but help him to meningkatkan motivasi diri..haha.

Bila pljrn kurg, byk yg kita tercicir sbnrnya. Actually bkn bljr dlm kls di universiti shj,, boleh hadiri kls atau usaha sendiri cr info..

And aku kagum dgn kakak ukm, they have many experience..aku harap sangat, bila umur aku mcm dorg aku lbih berjaya dgn izin Allah...amin..

Education and experience. I choose experience. Because i already have many experience in house and i want experience out of house.. bukan bermaksud nak berpeleseran..hahah.mohon dijauhkan...

-
Bljr tinnggi tinggi bkn utk money. Tp ilmu. InshaAllah. Hope kita betulkan niat..

*pandangan aku..sometimes we change our opinion.

Supprise from My friends!!

Thanks guyyys..

I like you all la... love ketat ketat..

Since pergi kenduri my friend Fitri Alia and abdul Hafiz.. they ask me to join themm.woarhhh..hebad..aku hope lps ni ade jumpe lagi..

Dulu maybe susah aku nak keluar rumah..now alhamdulillah..keluar jugak dgn kawan tapi jaga limit masa and yg pntg jaga aurat..hehehe..

--

Dun worry. Bila dgn kawan, mata kurg sikit miang sana sini..hahahahhaa..

Darah muda kan, kne kawal jugak...

---

Lokasi semalam:  boat noodles bangi sentral.
Jam:  8.15 pm -9.40 pm
Org yg join : syiro, typa, aku, yda, adik typA
Org yg main nak diraikan:  yda
Org tak bape penting nak raikan:  aku (piya).

Semak je aku kat situ..hahahha

Thanks korg, kek, balon bagai. Aku hargai sangat.. kalau muka aku nampak tak terharu, korg kne tahu tu mmg style aku tau...aku tak pandai tunjukkan satu benda kalau aku suka..

Alahai sweetnya bila lelaki jadi lagu ni

Hola.. i at ukm now.. times for search information about my assingment. Lecturer lets us search main point about our issue..

I making plagiarism among student

Oh no..!!

Biul kepala otak bila kena komen tadi..hahaha..nak tukar tajuk?? Tak mo la...

Jumm.. kita usha gambar bapak yang sempoi..serius..baiknya laki lagu ni...ingat senang nak jumpa laki boleh layan anak?? Susah.. harapnya bakal bapak anak aku mesra alam la dgn budak nnty. Hahaahaa...abaikannnnnn..

Thursday, 10 December 2015

condition Cik Piya down

haiiii..


bertemu untuk entry baru..cerminkan wajah anda yang ceria. tajuk tidak sihat bukan mengurangkan kondisi tubuh badan kita..

*korang, entry ni aku buat khas utk aku ingatkan diri aku yang aku pernah sakit ye.. mana tahu tetibe pemikiran sudah tidak mampu menampung..sory untuk yang membaca.

----

duduk rumah bukan bermaksud badan kita akan sentiasa sihat. dengan kewujudan gadget yang pelbagai lagi. memang agak memudaratkan la.

nak dijadikan cerita cik piya sejak tahun lepas time umur belum pun berganjak 20, *mentang-mentang lahir bulan 12. hahahaha.. cik piya jenis yang always aktif gerak kemas luar, kemas itu ini, tapi standart la kalau tidur banyak bila duduk diam. sebab dari dulu pon time tidur hanya dalam kelas je yg lebih..almaklumlah bila kita selalu gerak, nak belajar bukan duduk diam sebenarnya, sebab kinestetik ni pembelajaran kena bergerak anytime..hahaha

---
awal tahun lepas, lepas Stpm, tak kerja lain, duduk melangut kat rumah tunggu putera raja datang merisik.haahah.. memang time tu aku aktif la.. tapi sejak bulan 3 tahun 2014, kondisi aku memang down sangat..aku anggap biasa je.. bukan sebab penat.. aku jenis malas nak layan sakit. orang pon tahu aku macam mana..

sejak sakit tu makin teruk, pening macam migrain, kaki dua belah susah nak berdiri lama, muka pucat, everyday macam tu. aku memang takde pergi jumpa doktor walaupun mak aku suruh pergi. tahan je sakit, bila kepala  berpinar aku ketap bibir.. ingat mati je time tu.. aku tahu mak aku memang takut ape ape jadi.. sebab memang teruk.. tapi apa dalam pemikiran aku,

"ko kena kuat piya..! jangan manjakan diri.. berat kepala ni sikit je, kaki ni sakit mungkin Allah nak bantu aku dari keluar merayap sana sini"  aku tak nak manjakan diri aku... aku takut, kalau aku manjakan sakit lagi aku tak boleh lawan...aku tak suka mak aku risau tu yang aku gagahkan buat semua kerja rumah..

sampai satu masa, aku demam teruk sangat. time tu badan tak boleh banyak berdiri, aku hanya paksakan berdiri bila aku nak solat.. time ni memang aku tak mampu selindung sebab aku solat pon ade kena duduk, lutut aku tak boleh menampung.. satu badan aku menggigil sejuk, urat badan macam ditarik tarik, kepala berdenyut.. sakit tu macam maut dah hampir menjemput.. mak ayah and adik-beradik aku ofcos pelik sebab aku bukan yang diam, bila sakit.... rumah ... sunyi....!

demam tu lebih kurang dua bulan baru semakin okay..sebelum kakak-kakak aku kenduri.

-----
Tahun ni,, semenjak denggi semakin menular. kami sekeluarga tak jangka pon..

orang first demam adik aku, tapi dia memang kuat! budak darjah empat, pergi kem, then demam.. sekejap je dalam bape hari.. lepas tu aku kena..

time ni semua tengok aku 100% sangat lain.. sebabnya aku tak pergi klinik cek semua tu. selagi aku mampu tanggung. inshaAllah tak ada apa-apa..

bila aku sakit, memang mak aku risau sangat. siap sediakan ubat habatussauda, madu, air 100 plus, air gajah apekebenda ntah..haha. tapi semua tu aku tak hadam nak telan.

dua minggu demam...kaki nak gerak aku alihkan guna tangan, macam orang tua beb..hahah.. aku tak suka bila adik, kakak, mak, ayah aku sedih, aku buat buat happy. denggi suhu badan memang turun naik, tapi seram sejuk dia lain macam..rambut jangan cakap la mak aku dah letak asam jawa punya air.. tapi aku thumbs up la.. sebab aku suka air dia.. sejuk.. pening boleh hilang..

mak aku nak bawak gi hospital , ayah aku kata tak yah.. tapi bila teruk sangat sampai nak bangun pon tak boleh kena take time , tulang belakang sakit, gigi berdarah berketul macam darah haid , makan tak langsung, period datang tetibe.. asal lepas solat je memang aku tumbang la.. mak aku marah sebab tengok macam pelik ..


part ni kelakar sebab mak aku risau benda halus kacau... nak gi hospital aku tak nak sebab aku cakap " tak nak la.. takkan nak pergi hospital pakai baju rumah kot, muka dah la bpe hari tak terlayan nak facial" mak akak aku gelak,, sakit pon fikir nak kemas...hahaha..

----

demam merapatkan kita dengan adik beradik.. aku sakit semua risau  sebab aku demam tak pernah sekejap. dari baby aku sampai sekarang baru tiga kali muntah.. aku demam denggi ritu muntah, sebab tu mak risau sangat.

mak kata time baby aku demam dah macam tak tahu nak buat apa.. tu yang until sekarang mak aku care..hahahh..

suweet... actually aku tahu aku denggi pon lepas aku baru nak sihat sikit, adik laki aku tiga orang aku bawak check up demam.. doctor suspect denggi.. aku jadi macam mak dorang sebab aku yang masuk bila adik kena panggil,mak aku tak dapat datang. tanya simptom teruk apa, doctor tu ckp simptom dia memang ape yang kena kat aku... dia tanye kenapa, aku diam..hahahah...kantoi nanti. so after tu aku berhati hati..

adik laki first aku lebih kurang la kena tapi dia okay lagi sebab gigi tak berdarah. kondisi okay sikit sebab dia mampu duduk. aku dulu duduk pon sminit dua je.

adik bongsu aku kena part yang bahaya, denggi berdarah kena tahan wad , doctor kata dia risiko sebab takut bahaya dalaman. kecik lagi dan kurus sangat.. aku tengok dia sekarang pon risau jugak..asyik sakit je..


----

mak aku sekarang jaga mak tok, aku mampu tolong sikit je, risau kalau angkat aku terlepas. sekarang jaga budak pon aku jarang dukung, takut aku tumbang.haiyoooo..

tapi aku bersyukur Allah bagi aku rasa sakit.. sakit mengingatkan kita kepadaNYA. kita akan kembali kepadaNYA juga satu hari nanti.. muka aku bermasalah pon, aku tahu, aku nak kita sentiasa mengingatinya..

orang sihat bukan mudah nak mohon pertolongan dan mengingatiNYA. namun tatkala ujian diberikan baru kesedaran itu muncul....bersyukur dengan nikmatNYA kawan kawan. manfaatkan masa anda selagi masih diberi peluang..
cantik ayat ni

----
ingat! zaman kita ni tanpa sedar kita sedang berperang, berperang memerangi gejala sosial..

sekian.

Life as partime student and babysitter not easy.



ceh konon!

CP memang kuat perasan . almaklumlah sekarang ni permintaan terhadap pengasuh rumah macam I semakin banyak. terutama area Bangi/Putrajaya..

sebelum kahwin, CP memang ingat nak stay je aktiviti jaga budak ni. lagipun jaga dorang rumah ni meriah sikit.. ala-ala garden gitu.. bulan dua or satu tahun depan inshaAllah ade yang nak hantar anak kat aku mintak jagakan..

sebelum ni ramai yang mintak tapi CP tolak.. kenapa? terpaksa.. pasai semua yang nak anak umur bawah 7 bulan. jenuh la... lain la anak buah aku yang Salman dan Suhaib tu... memang mesra alam..kalah alam flora mesra dia...heheh. sory sayang.!

---
anak asuhan aku org kate ikut pagai aku ^_^

sebenarnya tahun depan ingat nak stop jaga anak orang ni. pasai takut karang kahwin tak dirancangkan...hewhewhew... jodoh pertemuan kan. bukan kita tahu.. asal kita bukan terlalu memilih..

kenapa aku on je akak ni booking aku?

pasai nak kahwin takde duit la... CP ni student partime. nak byr satu sem rm2450.. cekau mana duit? pinjaman? nooooo.! aku tak nak..hope aku tak meminjam...

sekarang dah masuk tahun dua, alhamdulillah start sem dua , bayaran aku tanggung guna gaji yang tak seberapa ni. berkat mungkin....biasalah life as student and babysitter.. work is work,, study is study, sleep is sleep...^_* geng tadika tanye semalam bila nak kahwin. aku kata "skrg full sabtu ahad nak kahwin lagu mana? kalau ade cuti pon setahun tu pertengahan bulan dua until bulan empat kot. ntah la...hahaha..

---

but, dont forget, when we still stay in family house,, help them with housework.. alhamdulillah aku masih mampu.. tapi,, alhamdulillah jugak sebab mak cik piya ni faham sikit aku dah tak mampu nak buat kerja yang dulu aku mampu buat.. kerja berat la like angkat tong gas yang ade isi tu.. dulu mampu la nak tolong angkut. since umur 20 aku every year akan demam teruk dalam dua tiga minggu..

since tu,, aku punya kudrat dah tak kuat.. aku boleh buat tapi kalau korang perasan perbezaan, jangan pelik la ye. Allah dah tarik kemampuan aku yang satu tapi bukan semua. Allah anugerahkan ibu yang baik sudah cukup...

----
aku buat next entry about my condition now ye.hahahah.

*lantak pi la, blog cik piya.

Monday, 7 December 2015

kenduri kahwin Fitri Alia dan Abdul Hafiz (SAMSMEL)

assalamualaikum.

aku dalam kebuzy-an pon secara mengedik memaksa diri meng-hupdate blog. sebenarnya aku tak siapkan assingment yang bertimbun lagi  ni pon.

bukan main pemalas lagi aku ni. macam mana ni perangai tak berubah ubah. macam mana nak capai cita-cita ni..ayoooo! konon lepas degree sambung master then phd... pen habis dakwat (phd) je aku nih.. huaaaaarghh..

----------------------------

sila kembali kepada motif utama meng-hupdate blog.

jeng jeng jeng. kawan sekolah menengah aku dah kahwin.! yahoo.. aku gembira untuk korang kawan walaupun aku tak berapa rapat dengan korang.. weh kemain depa ni kahwin awai, hat pompuan laki kawan aku weh.! mahu tak lumpuh otak kepala aku sat dok pikiaq dua tiga kali nak elak dari kahwin awai nih.. pasai apa nak elak??

pasai aku tetibe ubah cita-cita pasai tak dapat kahwin before 21.. TODAY MY BORNDAY beb!!!! nak nangis....aku tak nak dengar orang wish aku, sebab aku rasa aku TUA.. cita-cita aku nak graduate dulu baru kahwin...hahhaa. apekan daya.. terpulang pada jodoh.. ^_*

-----------------------------

aku tak tahu la macam mana situasi akad nikah depa. aku hope okay sangat la pasai hang pa dah bertahun couple. sweet pon dah aku tengok..hahaha. hope kekal bekasih sampai syurga..kongsi sesama masalah, masing-masing tolong menolong.. hope so, makin cepat meriah family korang... hehehe.. dapat anak jgn lupa bagitahu geng.!

---------------------------

actually aku teruja and segan sikit pasai lebih kurang tiga /empat tahun tak jumpa kawan sekolah, tetibe jumpe.. pelik gila nak interaksi lagu mana. bhahaaha

actually since aku amek stpm perangai boleh kata 80% berubah jadi mudah mesra pasai aku time tu banyak interaksi dengan orang and time tu aku dah start duduk hostel.. tapi tetibe perangai lama datang berkunjung... senyappp je...hahahahah.

dulu :
pemalu, cakap kurang, kurang keyakinan, rendah diri,

sekarang:
malu? since kerja lagi open perangai aku.
cakap? mulut kalah mak jemah
keyakinan ? alhamdulillah aku sekarang lebih suka maju ke hadapan.
rendah diri? no dah la.. mind-set change already.

---------------------------

nak story about mind-set berubah tu

alhamdulillah. since aku sedar aku jenis kulit tak berapa mulus, flawless bagai... memang semua wanita nak cantk..

aku dah cuba dan aku rasa ada salah dalam kehidupan aku. so, maybe ujian aku adalah kesukaran untuk membendung jerawt tumbuh dan parut sukar dipadam.

aku tak pandang rupa paras aku dah untuk rndah diri. yang aku ada mungkin keyakinan, keberanian, pemikiran yang lebih kreatif.  mungkin mereka yang lain tidak ada..

"move on piya. you can do it... Allah give u small test, dont give up to move on be the better women one day..."

prinsip aku , tetap pendirian. ! all thing will happen if you try ..

gabung samsmel..hahaha

kami girls dengan pengantin

girls samsmel

Petua rawat jerawat dan parut dengan madu serta serbuk kulit kayu manis

Assalamualaikum


cik sofiyyah shah kesibukan tapi apa perkara yang makin diambil berat sekarang ya? cuba korang semua teka?

okay. full stop. aku tak nak main-main. makin hari makin yakin dengan penggunaan serbuk kulit kayu manis ni, lagi lagi dicampurkan dengan madu. aku sebelum ni berdasarkan pengalaman, aku guna madu semata-mata je , sebab pada awalnya tak mahu cuba kulit kayu manis, karang pedih melidi mak kau kan...

tak  tergamak aku nak mencuba, tapi satu hari aku salah pakai produk. al-maklumlah tangan gatai, mak pesan dah " toksah la amek produk lain. guna yang sama" . padan muka hang sofiyyah. kan dah kena,,, actually aku yang pencuci muka, semua produk sama (GAMAT HEALIN) cuma aku tukar sunscreen gamat pasai mahal kepada CC cream jenama Farmasi. ritu orang review macam best aku try beli  dan aku pakai untuk tempoh dua minggu (tapi keluar rumah hanya tiga kali sahaja ye).



aku dapat detect aku punya muka tak sesuai dengan produk Farmasi tu, tapi akak aku pakai okay, so korang jangan risau okay. lain kulit muka lain kesan dia. bila aku tanya pakar rujuk kulit aku, dia kata kalau dah guna produk healin yang takde kimia nih, jangan try produk yang lain, sebab produk lain akan merosakkan kulit. then aku terus melaburkan duit beli sunscreen dia dan muka aku kembali sembuh.alhamdulillah.

-------------------

sambungan...

aku pakai everyday weh.  aku perasan sangat parut makin pudar dan jerawt kecut. aku bermasalah radang jerawat yek korang. tak sampai seminggu aku pakai guyss..

bahan yang diperlukan :

1. madu lebah asli
2. serbuk kulit kayu manis

cara buat mask :





madu, serbuk kayu manis, 



serbuk kayu manis
gaulkan sebati
tepek macam ni. hahahah


okay done. try la ye...assalamualaikum

Friday, 20 November 2015

HYDRATING LIFTING MASK GAMAT HEALIN

Assalamualaikum..

Hoho..

Sofiyyah Shah nak kata buat review, tak jugak.. tak dan nak snap gambar den.. bukan cun pon.. hahaha.. parut sana sini.. jerawat pon on the way mengecut. Malu ehh nak tayang muke without tinted sunscreen by gamat healin plus camera effect.haha..

Kenapa I obses dengan produk by gamat healin??

Banyak reason,,, bak kata org nak cantik ke sakit dulu.. I alami masalah kulit since 2011. After spm.. yeah. Before I take Spm paper maybe my hormones increase and thats time my pimples not shy shy to show in my face. Haha. Thats time dont care until I settle sem 1 in Stpm..  my face become very worse. Dont know why beb..

And that time I using produk terhangat dipasaran dgn harapan cantik berseri but thats product not cheap for student. I try and my fave glowing after two weeks. I think after that I will stop using that product,  because I doesnt have more money to buy and I think my face will stay keep glowing after not using it. But NO! something happen, my face become very Worse... jerawat batu yg tak pernah muncul, muncul bahagia dimuka I..

I try to hid my face to other by using Bb cream or other else.. my pimples become worse, scar anywhere and I give up with my face. Tapi, I still bersyukur stop that product early, thats product have hard chemical from what I doing research..

All of you whos try produk terlaris dipasaran should stop okay. Bahan kimia kuat menyebabkan kulit korang cantik.bila korang stop kulit korang akan rosak..

---

Long time I only using cosmoderm product because halal and safe, but my face not very improve and still feel Pedih pedih.. sebab jerawat banyak. But still pakai bedak compact.. nak cover g keje.haha.

---

My mom,
She very worry about me, she ask me to meet Doctor of skin.haha. I rasa kelakar, risau seorang ibu lain tau beb.. macam macam dia fikir.. biasalah, kot katenya org cemburu ke, ade ape ape ke,
But I  tak pelik, sebab I suka main kucing dr dulu.. maybe thats why my face not like my other sister..

---
She ask me to bring her to gamat healin at jalan reko,kajang. I just bring without think she will buy me thats product.

Since beauticians look at me,  she know what my problem..haha. she prefer me try product suitable with me, and she ask me to stip eat egg, chicken,seafood and other else alergic food.
---

I using gamat healin product from februari 2015- now (nov-2015)..

My pimples jarang tumbuh, produk tak pedih.  Sebab tak ada bahan kimia. But, when using gamat dont use cosmetic yang ada kimia. Your jerawat become worse again..

---

Since I first time buy online. I excited. Yesterday my parcel arrive. Woheeee.. i loike..

I buy:

Hydrating mask rm48
Cleansing milk rm54
Serum for face rm35 (diskaun price beb harga asal rm80)

I wanted to try serum because want reduce my scar... my statement before thats "sakit utk cantik" bagi produk ni. Kena sabar sikit sebab nak cantik kena tunggu time la.. tak boleh terus cantik...not only take one two month to look  flawless beb..
--

Sapa ade masalah jerawat, boleh la try product ni, mahal okay sebab tahan lama. Saving sikit la utk cantik.. makan kurang sikit.haha

Monday, 16 November 2015

What Do You Mean / Epic Segway Dance Cover @justinbieber - Review

assalamualaikum.

bukak fb. jumpa tarian guna mesin tu. nama dia ape ntah.hahahaha..



aku suka simple. korang cuba tengok.heheheh

Saturday, 7 November 2015

Farid Sanullah

Assalamualaikum..


Jujur katakan. aku suka tngok farid sanullah. goodlooking for me. maybe not for you. difference taste. people not all same yeah!

kalau kalian semua tak kenal farid sanullah. silalah guggle ye, yahoo pon boleh.. hahahha

actually aku bukan kenal farid sanullah sendiri. kawan aku kenalkan masa tingkatan enam. aku suka dengar music dia. sebab suara dia. lain orang lain pendapat. ye ke tidak.? 

pekejadahnya aku dok review Farid Sanullah ni? pasai aku punya suka lah..!

*Farid sanullah setahu aku dia tak berapa pandai cakap melayu, so maybe beliau tidak faham pon ape aku kabo kat sini... kot la dia teringin nak bukak blog aku yang buruk kalah kain buruk nih.

korang ada tengok lagu pendakwah da'i millenia musim ketiga(3) ? aku bila dengar je lagu tu aku tertarik. aku tengok tv , sekali rupa penyanyi macam kenal! aku terus dok menepek kat tepi TV. pasai aku suka! dan aku terus agak yang tu Farid Sanullah.! confidentt je time tu..

Tajuk lagu : Lembaran Kejayaan * aku dok menaip aku dok dengar.

lagu farid yang aku tahu :

Subhanallah
lost
don't forget Allah
Lembaran Kejayaan
Repent
mum



susah bila hati sudah jatuh suka nih. aiyooo. piya sila sedar diri.! behave!!! please jgn tarik dengan vokal u oll. lagu mum yang aku dengar perghhh.. suara dia unik.! aku rasa macam nak dengar depan depan.

astagfirullahalazim! jangan memuji lelebih dan memuja lelebih..ehem!

review mee tarik warisan Bangi

assalamualaikum...


makan kedai? betul ke ni sofiyyah pergi makan kat kedai?


tidak! sesungguhnya palsu! aku susah nak makan kedai.. actually aku tak selesa sebenarnya nak makan kat kedai nih. kurang nikmatnya..hihihhihi

mee tarik! korang tahukan yang mee tarik warisan tu.. semua family aku dah jejak kaki ke sana, tapi aku? aku tak lagi. pasai apa? pasai aku payah sikit...heheh. sibuk je memanjang.

ayah aku kalau pergi sana , selalunya time dia ade meeting dengan kawan dia. asal balik  je bawak la banyak bekal untuk anaknya.. aku pon faham faham la tukang telan,,, ^_^

pendapat aku, mee tarik warisan ni memang terbaik jugaklah .. uniknya pada mee nya bukan pada kuah..

kalau beli yang original memang kureng sikit rase kuah dia. ayah aku selalu beli original...hurrrmmmm.. 

tapi, ade satu hari ayah aku beli kuah yang lain dari yang lain.! sedap sangat! aku jatuh cinta....

hahahha..

rugi siapa yang tak pernah try lagi mee tarik warisan....nyumnyummmmmmmm

cubalah jengah kedai mee tarik tu. gerenti telan liuq bebanyak.....ade banyak cawangan. dont worry.!

BUBYE!




Harris J ffrom awakening records - Salam Alaikum

assalamualaikum.

hai guyyyss.! duduk menatap laptop memalam ni. esok serupa takde kelas. hurmmm..

tadi duduk guggle sikit. sekali jumpa. HARRIS J... wewitt...

bagi aku maybe usia dia muda lagi. takdela aku guggle detail abes. aku youtube video dia sudah!

sebenarnya nak dijadikan cerita aku bagai duduk dalam gua banyak retis yang aku tak kenal. aku terus download video harris J ni pasai dia banyak yang lyric sekali. memudahkan kerja aku untuk memfasihkan language aku.. thanks awak yang smart, handsome.. say hi to you harris J. When i saw u, i feel like u my little brother.. huihui..



see Harris J in youtube.. he very good looking guys.!

*mood study english.huhuhu..

Thursday, 5 November 2015

Kenal erti penat?

assalamualaikum.

hari ini aku nak story sikit..sikit pon jadi la utk hupdate blog busyuk aku nih...

*semata-mata taip guna phone nih

aku selalu buat rutin harian yg sama, start je bangun pagi, maka bermula la tulang empat kerat ni bangun nak mngemas itu ini. dari depan rumah sampai ke dapur, halaman, tong sampah semua.. aku settle kan.. start bangun? selalunya aku buat half half.. setiap mlm aku tidur awl and pagi bangun pkul 2 pagi. aku kms dapur yg mmg sepah la. kalau tahu besar dapur aku bru imagine okay.. then aku settle, aku g ruang tamu.. disebabkan adik laki tidur situ, so aku kms ala-ala dulu.. esok x penat..after that nak tahajud ke hajat ke.. buatla. aku akan tidur balik dlm pkul 4 lbih atau 5. janji tdo balik.. sbb badan nak rehat.

bangun pkul 5.45 solat, kms ruang tamu rumah 1 &2 (ruang tamu nih mak ayh aku tidur), halaman, buang sampah. simple je kerja aku.. penambahan akan aku buat bila aku ade kudrat lebih..

pkul 7.45 anak jagaan aku dtg dah.. mmg takyah ckp la.. kalau korang pernah jaga budak bagusla. faham sikit. jaga maksud aku bkn stakat dukung je.. bersama dgn dia sepanjang hari..mcm mana la mak cik mak cik jaga budak reramai and kecik.. penat woo..

--

dekat sini aku bukan nak cakap aku buat banyak kerja brother sister.!! sila jangan salah faham.

aku sebenarnya dah lama perhati. benda yang aku buat nih tak susah mana. malah.mudah! tapi alhamdulillah aku masih kekalkan aktiviti ini.. supaya aku tak tidur.hehehe..

---

bila alami semua ni, aku terbayang macam ni ke tugas wanita? mereka akan berterusan penat penat penat dan penat... terkadang mereka seolah berehat, tapi sebenarnya tidak! mereka tak rehat.. mereka ade byk benda nak fikir.. itu ini...ya... aku rasa korang akan lebih merasainya bila duduk di rumah.. org yg berkerjaya tidak hadapi sangat apa yg suri rumah alami..

tapi aku tahu mereka tetap penat.

benda ni aku bukan sandarkan kepada aku. tapi kepada golongan ibu ibu bekerja, dan tidak bekerja..

pesanann kpd golongan muda. hormati dan hargai apa yang ibu anda atau golongan mak cik anda yg penat dgn usaha yang diusahanya...

aku kagum dgn wanita yang berusaha membimbing, menjaga anaknya dgn pelbagai daya..penat yg aku alami sangat sikit.. umpama suku sjh dr penat wanita diluar sana...

mereka penat, tapi senyuman dibibir. keluhan sukar utk mereka keluarkan.. subhanallah.. sunggu kagum..

sekian..

Friday, 9 October 2015

PRELOVE FIXI NOVEL UNTUK DIJUAL.! RM15 INCLUDE POSTAGE

ASSALAMUALAIKUM.

hola.. aku ada jual novel ni. tapi kalau berminat boleh terus contact sofiyyah shahudin
untuk sebarang pertanyaan. 017-6638194 (piya)

untuk melihat kondisi buku, boleh bagitahu terus tajuk buku. better whatsapp saya bagi memudahkan lagi urusan. saya akan berikan gambar novel dari pelbagai sisi.

untuk masa ni buku yang sudah dibooking:

1. hilang
2. kougar
3. tabu


Friday, 25 September 2015

memori lama

bila diari hati ini dibuka...
sengaja menaip untuk menyimpan memori ini. 
kerana memori ini sukar untuk kekal aku ingat.. 

benarkan sofiyyah shah untuk menaip..
tidak kata seindah imaginasi aku.
hahahhaha..

mudah ke nak padam seseorang yang pernah ada dalam hati korang?

macam mana? cuba bagi tips..aku jenuh cuba,cuba dan cuba lagi.. tapi bila dia muncul depan mata. walaupun aku tak tengok, aku tahu tu dia. aku cuba sedaya mungkin untuk tak menampakkan diri. tapi kenapa aku yang lemah. lagak rupa parasku tidak menampakkan bahawa aku takut nak berhadapan dengannya. tapi dalam hati siapa yang tahu. benda macam ni sukar untuk aku. bila setiap kali pertembungan berlaku antara kami, aku akan berdiam diri memikirkan peristiwa lampau (ahhh.. ayat! hahahah)


mungkin aku sukar nak lupakan sebab :

*kawasan kejiranan (akan menyebabkan pertembungan yang kerap)
*berkenalan sebagai kawan. (aku kesian dekat dia dulu sebab kat rumah dia jarang ade orang)
*pertama kali aku jumpa dia, aku suka tengok dia (Handsome and taste aku) haha
*bila kenal, dia seorang yang pemalu , (aku suka lelaki yang pemalu sebab aku senang cakap ^_^)
*dia suka kacau aku, tapi aku suka. (bila ingatkan balik, memalukan)
*dia pernah cuba berhubung dengan aku melalui handphone bila dah naik sekolah menengah. walaupun kami dah lama tidak berhubung sejak aku keluar tingkatan satu (dia darjah enam baru)
*dia nak aku selalu senyum bila terserempak dengan dia, aku pernah try tapi yang kelakar muka dia merah (comel) dan dia alih muka tempat lain. 
*setiap kali jumpa kawan aku kat kedai dia akan tanya pasal aku. 
*dia selalu dengar aku marah adik lelaki aku (garang tu sifat aku) sebab suka merayap/buat hal tapi....
*dia pernah kata dia suka aku, dia tak suka orang lain. dia suruh aku tunggu dia.. 


hari aku ambil result spm satu mesej je aku dapat dari dia 'awak, tunggu saya ya' ... lepas tu dia tak bagi mesej kat aku dah sampai sekarang. bertembung tu ada jugak la. tetap sama, dia yang akan larikan mata dia dulu. (takkan malu lagi kot)

Ade je aku pelik, dia kata dia suka aku dah lama, dari awal jumpa. aku tak pernah percaya. hahahahha.  aku anggap dia cakap kosong je sebab tak nak bagi harapan waktu tu (sebabnya aku yang start minat dia dulu..hahahah) . cuma aku tak berani berharap .. bak kata orang takkan orang yang handsome/putih/smart dengan perempuan yang berjerawat pulak.hurmmmm macam tak sesuai.

lama jugak perkenalan kami, mungkin sebab tu susah aku nak lupa. aku harap kami dah stop untuk memikirkan antara satu sama lain..walaupun orang kata cinta pertama susah nak dilupakan.

cinta pertama - bila setiap kali perjumpaan hati akan berdegup laju.. tanpa mudah untuk ia berhenti...

kata-kata adik lelaki aku - lelaki bila dia suka seseorang, perangai dia lain, dia automatik jadi pemalu. beza dengan perempuan.hahahahahha..

minta maaf menaip story ni. menaip buatkan aku tenang.



Saturday, 19 September 2015

Bila Internet ada, apa kita buat?

assalamualaikum.

banyak entri ye sofiyyah shah..hahaha. bila baca entry orang. perghhh ... matang

aku? kebudak-budakan.. nak nak tanya korang, bila internet ade, korang akan buat apa?

takkan laya facebook/instagram/twitter/blog/whatsapp je?

aku nak habaq mai jugak. yang aku kalau duduk melayan handphone/laptop dengan internet terbuka, aku akan melayari website-website shopping online... ini memang jujur sebab tu dah jadi hobi aku. 

bila nak shopping, ape perlu ada? duit kan? hurmmm.. kalau korang nak tahu aku bukan kerja mana pon, aku seorang pengasuh baby 8 bulan di rumah sendiri. bergaji kecil. bercita besar....^_^

aku suka shopping online sebab serius memang jimat masa. walaupun memang sengsara kadang-kadang nak tunggu barang sampai depan mata. aku selalu bandingkan harga baju/ sunglass /kasut dan sebagainya dengan pelbagai website..

membazir, tapi disebabkan kami ramai adik beradik, aku beli tapi bukan aku pakai sangat pon. kakak adik perempuan aku akan pinjam barang aku. kalau tengok stok tudung je. perghhhh kevavommmmm... tapi untuk pengetahuan semua bahawa tudung aku kebanyakannya terdiri daripada tudung jenis bawal, bukan shawl dan kebanyakannya bersaiz bidang 60'..

kenapa aku suka beli tdung labuh? sebab aku nak raih pahala kalau orang pinjam untuk menutup aurat mereka.lepas kahwin kena tambah stok tudung bulat buatan sendiri pulak.*orang buat punya tak best

baju ni aku baru survey kat nile.com.my.


cantikkk!!!!




orang dok sibuk nak shopping baju raya haji. aku mampu kelip mata jela.. pasai aku nak kena simpan bayar yuran belajar pulak.uhhuhuhuhu....

Wednesday, 16 September 2015

Dalam mulut ada emas

"dalam mulut ada emas"

siapa boleh rungkaikan maksud disebalik ayat diatas?
hahaha..

ok. aku akan bagitahu kenapa aku tiba-tiba cakap pasal emas-emas pulak ni.

dulu masa darjah dua aku ada kenal seorang cikgu ni. guru kaunseling kalau tak silap lagi. cikgu tu juga ajar aku untuk subjek bahasa melayu. banyak perlu lakukan pembacaan dalam aktiviti pembelajaran. aku paling tak suka waktu kelas ni. sebab aku takut.

kenapa takut?
sebab aku memang seorang yang pengecut dari kecil. aku tak berani nak berhadapan dengan sesuatu yang baru. aku umpamakan kawan sekelas aku baru-baru. sebab aku tak banyak kawan, aku susah nak bergaul. aku takut! tapi waktu kelas bahasa melayu ni cikgu selalu panggil nama aku untuk membaca. jawab soalan dan sebagainya.

satu hari cikgu tu suruh aku baca. aku muka dah rasa nak menangis, suara tak keluar untuk membaca. tiba-tiba cikgu tu cakap

"saya suka nak suruh sofiyyah baca, walaupun saya tahu dia takut saya akan suruh dia baca. suara sofiyyah tak keluar-keluar ibarat emas penuh dalam mulut dia, dia takut untuk buka luas-luas, risau emas tersebut keluar membanjiri kawasan.sebab itu saya nak di cuba bercakap."

aku walaupun masih darjah dua waktu tu. aku faham bait katanya. sebab apa aku faham.? sebab aku cuba memahami dan mengingati. kerana cikgu tu banyak mengubah perangai aku. mungkin juga dia dapat baca kenapa aku boleh jadi pengecut, takut nak bergaul.

kalau korang nak tahu, cikgu ni satu-satunya guru yang sentiasa menjaga aku masa di sekolah. aku nampak. sebab apa aku cakap dia jaga aku. dari darjah dua hingga aku darjah enam dia sentiasa ada dengan aku.

aku ingat lagi, masa darjah lima, kami ada guru kelas tapi kami ada masalah untuk hias kelas sertai hari merdeka. kami nak menang. guru kelas kami dah sarat mengandung. kami buntu sangat. tiba-tiba cikgu ni masuk ke dalam kelas sebagai guru ganti. dia tanya tentang acara keceriaan kelas. kami cakap yang kami tak ada guru membantu. alhamdulillah aku ingat lagi dia bantu kami.. sungguh aku rindu pada satu-satu guru kesayangan aku..


dari pandangan mata dia lihat aku, dia seolah-olah mengerti aku ada masalah, dia juga tahu aku cuba menidakkan. sebab itu aku tidak pernah bercerita.. mungkin kerana beliau seorang guru kaunseling...


okay. doakan guru-guru aku sihat ya.. wsalam

buat air detox sendiri guna buah epal dengan oren

assalamualaikum

kembali menaip, sempena cuti dari menjaga anak asuhan aku, aku duduk menatap skrin laptop saja hari ni. tak jenguk dunia luar sangat. tadi baru je lepas tengok sikit drama korea tajuk dia "warm and cozy" ...

huhuh. boleh la jalan ceritanya.

semalam aku meringankan tangan buat air detox. guna sebiji epal merah dengan sebiji oren. aku belah je letak dalam bekas air besar campur air sekali. lepas tu letak dalam peti sejuk.
hari ni duduk menatap laptop aku telan jela air tu..

mungkin kesan cepat jugak air detox ni. sebab lepas minum je aku tiga empat kali ulang alik pergi tandas.. menyengat perut aku .. huhuh..

cubalah kawan-kawan..






naelofar hijab rupanya ada saiz L

sangkaan aku meleset.. huhuhuhu

naelofarhijab pernah dengar tak? ala.. yang neelofa punya tu..

aku ingat semua tudung yang neelofa keluarkan free size. huhuu. sebab kebanyakan yang mengeluarkan tudung hanya keluarkan saiz tertentu..aku tak pernah tahu yang neelofa keluarkan jugak tudung saiz besar.. terbaiklah akak.!

aku bukan peminat neelofa, tapi aku mula suka bila dia hasilkan keluaran yang berunsurkan islamik. in sha Allah perniagaan neelofa akan berkembang maju dan dirahmati.

aku tak beli selendang dua muka naelofarhijab tapi aku dapat. serius aku suka. cantik. dan kain tak  sejarang yang aku pernah beli. kain dia sedap pakai. aku dapat selendang tu dari mak budak aku jaga (asuh).. dia siap belikan aku saiz L.. macam tahu tahu je aku memang pakai labuh.

aku baru cuba pakai sekali. nak cuba la katakan..hhehheheheh.. okay. tengok foto dibawah.. tutup dada.. sangat suka!!!

kak ros kau bergaya !

*kak ros gelaran yang adik bongsu aku dengan kawan-kawan dia panggil. sebab garang macam kak ros upin ipin..hohohoho

anak kucing aku beranak

kucing.. kalau baru lahir tahun ni boleh je nak mengandung, beranak, kalau manusia mustahil la. hahahha..

dah namanya haiwan.huhuhuhu... kucing aku, chetam baru je beranak, dah dekat seminggu la, tak tahu jantina anak lagi. semuanya empat ekor. kalau korang semua nak tahu kucing aku ni jenis tak keluar rumah. duduk terperuk je dalam rumah ni, mengacau tuan dia, kalau aku duduk jaga anak asuhan aku, dia akan duduk baring dekat tepi alas yang aku sediakan. aku tak risau sangat sebab kucing aku tak berapa ganas. dia akan datang dekat aku kalau dia lapar atau dia nak keluar. dia boleh dikatakan kecil lagi. tapi kucing jantan rumah aku ni yang membuntingkan dia. geram betul aku. kucing aku betina ni mana pernah panjat pintu nak keluar, mane pernah merayap jauh. pasal anak kucing aku ni hanya akan keluar bila aku kemas rumah pagi-pagi dekat halaman je, nak buang sampah dia ikut. boleh katakan memang dia sentiasa dengan aku la.

sebab aku tak bagi dia  keluar rumah, 

dia lahir bulan februari 2015. mak dia beranak dua ekor je. kalau ikut mak dia lagi rapat dengan aku. tapi bila mak dia beranak je , mak dia jenis kurg sikit nak rapat dengan orang. tapi satu je persamaan perangai dua beranak ni. bila aku mengemas , sentiasa teman sampai habis kemas. dulu , dia main dengan kakak yang lahir saing dia je, tapi kakak dia mati, asyik sakit je. dia tak pernah duduk luar sendiri, merayap merata, berak merata sebab tandas dia aku sediakan, makanan dia ade dekat ruang luar dapur rumah aku, situ pon ade pintu bertutup. kucing luar takkan kacau.

kucing aku yang beranak ni yang macam panda
new family

kenangan chetam bersama kitty

kenangan masa muda


ketagih yang amat dengan produk GAMAT HEALIN.


assalamualaikum.. kenal gamat healin? hiihih



sebenarnya , aku dah lama juga la guna produk healin ni. dari sabun muka, then sekarang dah sampai peringkat mampu dan ade perubahan aku sudah ambil krim malamnya.tapi macam kita sedia maklum produk ni memang mahal untuk aku.

kenapa aku suka produk gamat healin? 

antara sebabnya, sebelum aku pakai produk ni aku pakai produk dynars skin care tu, mengelupas teruk kulit muka, lepas tu aku sambung pakai cosmoderm sebab aku tak mampu nak percaya pada dynars skin care tu. tak sesuai dengan kulit aku kot.

mak aku yang cadangkan pergi ke gamat healin. first  day aku pergi sana awal bulan 2 tahun 2015. waktu ni aku tak ada duit lagi sebab aku belum gaji. pergi sana dengan mak, mak yang belanja. awal aku ambil ubat makan (cecair untuk resedung), sabun mirakel dengan lukano(gel jerawat). 

mula amalkan tu payah juga lah sebab aku bukan jenis makan ape-ape ubat sebelum ni. . nak kena jaga makan setiap pagi setiap malam. leceh jugak. lagi satu aku kena jaga pantang makan, tak boleh makan :

-seafood (sotong/udang/ketam)*kegemaran yang dilupakan dah
-ayam
-telur
-belacan
-ikan bilis/udang kering*ikan bilis aku bedal je

nak buat macam mana, nak cantik juga kan? hihihih.. sebenarnya mak aku beria sangat ni waktu tu sebab minggu depannya ada yang cadang nak tengok anak dara dia.hahaha. *tapi sedih tak jadi tengok.hahaha

after sebulan aku datang ke kedai healin di depan econsave jalan reko tu seorang diri sebab aku cadang nak tanya kenapa kulit muka aku jadi kering mengelupas tapi tak pedih. memang buruk sangat aku rasa. sedih ! tapi kakak tu kata, sepatutnya pakai pelembab muka, aku pun beli toner, boleh tahan la, seronok je pakai. kulit kembali elok, kurang bersisik macam ikan.hahahha.
lepas pelembab aku pakai mask hydrate/krim malam/toner/pencuci o2 dia/sabun mirakel/sunblock/gel jerawat/lukano

banyak yang aku guna boleh kata sepanjang bulan 2 hingga bulan 9 ni dah habis rm1000+ la kot sebab harga mahal jugak.
tapi , pembersih o2 tu aku tak guna sebab satu bulan aku cuba yang tu, aku punya muka merah-merah, kering, bibir jadi hitam sebab gatal. memang masalah*mungkin ikut kulit juga. akak tu pakai elok je.

aku sambung pakai sabun mirakel je sebagai pencuci muka mungkin sesuai untuk yang ada masalah resdung atau gatal-gatal. sabun ni murah sikit dalam rm12 lebih. boleh tahan dua bulan. boleh jugak guna untuk gatal-gatal dekat badan. sebabnya ada satu hari ni tangan dengan mulut gatal sangat nak makan sushi yang adik aku beli, sedap je telan, baru tahu dalam tu ada telur salmon..hurmmm.. jawabnya gatal sana sini. aku mandi guna sabun mirakel dari gamat healin la. alhamdulillah..^_^

aku suka produk ni sangat sebab takde kesan sampingan lain, mak aku marah kalau aku guna produk lain. sebab sebelum healin muka aku dah dijadikan bahan eksperimen aku sendiri untuk menggunakan pelbagai produk. dan mak aku suka tengok perubahan rupa paras ku..heheh. melampau betul ayat aku kan. mahal , kena cari duit...padahal yuran belajar nak kena bayar , produk guna mahal-mahal pulak.heheh. selagi aku mampu, duit aku bukan duit orang.

boleh la tengok produk yg pernah aku beli, tapi ade yang aku tak ambil gambar.
tinted sunblock
facial cleanser milk *pencuci make up


gel utk jerawat dan parut


gel jerwat yang best



pencuci o2 tak sesuai utk aku
sabun muka/badan utk kulit gatal



gambar lama



toner dan masker


penambahan-magic jelly yang diperkaya dengan aloe vera (sejuk)

konon nak ambil supplement. not bad.


aku saja tambah dua produk tu, tapi yang olicandy aku stop sebab memutihkan kulit aku ada la. habis nampak jerawat aku merah.. adik perepuan aku mula la tanya yang aku makan apa jadi putih sebab dia nak putih jugak.hahhaha...

yang magic jelly memang elok untuk memulihka kulit muka, tapi ingat waktu pakai selawat ye..hehehhe..


ok. tu sahaja. sekian.



tabiat tidur pagi

assalamualaikum.


tengok tajuk dan renungkan sendiri.

hiihihihi.  kawan-kawan suka tidur pagi tak? jawab dengan jujur ya. aku dulu pernah tidur pagi. memang nikmat rasanya dapat tidur waktu pagi-pagi. tapi, aku rasa itu adalah cara untuk kita menutup pintu rezeki kita dari terbentang luas.

aku mula tak tidur pagi bila aku masuk tingkatan 3. kalau sebelum tu pun tidur hanya tengok hari jugak. kalau aku rasa takde benda nak buat. tidur la. budak lagi kot.

bila naik usia , aku banyak fikir kata-kata mak tok aku. "tak elok tidur pepagi ni, rezeki tak masuk.". aku kagum dengan orang tua-tua sebab penat lelah macam mana pun mereka. mereka tidak pernah memperlihatkan kepada anak cucu mereka. bila masa rehat mereka ya? aku tertanya-tanya.

bila aku cuba,cuba dan cuba untuk tidak tidur waktu pagi, aku nampak realiti kata-kata mak tok aku. bila kita tidur, contoh kita tak buka kedai, walhal ramai yang akan membeli pada waktu pagi untuk sarapan anak-anak/keluarga mereka. dekat situ kita dah rugi besar. contoh lagi, rugi pahala. beribadat pada waktu pagi adalah baik untuk diri kita, merasakan Allah sentiasa bersama kita sepanjang hari dan menjaga tingkah laku kita.


sampai sekarang aku sudah tak tidur pagi. melainkan kepenatan yang amat. allhamdulillah. cubalah. pintu rezeki anda akan terbentang luas.! kita usaha ,kita akan dapat ganjarannya.

jangan cuba semata-mata niat untuk diberi ganjaran, cuba untuk mengubah diri kita. in sha Allah, pertolongan Allah bersama golonga yang sabar.

wsalam

Tuesday, 15 September 2015

cara memutihksn gigi

assalamualaikum.

aku nak kongsikan cara yang menarik untuk kamu semua putihkan gigi anda yang sudah menguning..hihihihi..

dulu aku mencari jugak macam mana. tapi suatu hari aku duduk ber'youtube' .. banyak perkongsian yang aku dapat. cuba taip putihkan gigi je dah wujud tutorialnya.hahaha..

dunia makin maju.. bak kata orang dunia hujung jari. wauuuuu! terbaikkan. *sebenarnya banyak yang buruk juga kewujudan internet ni. silaturrahim mudah renggang pun ada.hurmmm..

ok. berbalik kepada topik asal. memang aku yang satu ni terkejut sebab hari tu aku tengok video tu yang buat tutorial adalah orang ala-ala afrika. orang kulit hitam la, tapi kagum dengan dia sebab gigi putih berseri. cemburu pun ada.

gambar curi. ^_^


tahu tak dia guna apa? dia hanya menggunakan soda bikarbonat dan lemon/limau nipis.

berus guna berus gigi macam biasa. sangat mudah. tidak perlu guna bahan lain. kos pun kurang.

"gigi cantik, senyuman menarik"


pembeli ketujuh pin shawl / hijab pin

assalamualaikum.

semalam aku dapat tambah pendapatan *duit saku sikit untuk perbelanjaan katakan.. tak adalah beratus ringgit, berpuluh ringgit pun alhamdulillah bersyukur sangat..

aku gunakan moto hidup " jangan putus asa dengan mudah"

hahahah. unik tapi memang itu. penat tu hanya sekejap, untung kita berpandu kepada rezeki kita..

berminat untuk membeli boleh rujuk picture. alhamdulillah pelanggan semua suka lihat bila dah sampai..






sekian. sekiranya ade yang berminat boleh hubungi 017-6638194 (piyah)