Sunday, 15 December 2013

LAMA TAK JUMPA.

Assalamualaikum.
hola guys... lama tak menaip .HAHA. kenapa ye aku berdiam diri.? kenapa.?
jangan pelik. aku bersembunyi je pun. aku malas nak membukak or menyuci serawang-serawang yang ada. tu yang tak terkemas blog aku or rumah aku ni. haha. * blog ni.

kalau rumah, tak de makna nak biarkan bersepah. huhu.. cuti sekolah dah bermakna aku dah habes sekolah. tapi aku tetap malas nak menaip, so aku tunggu tymnya dan inilah masanya.
aku bukan apa. boring dan merapu.
aku nak story pasal kelas punya jamuan, tapi macam banyak je nak cakapkan.nanti la.

sebelum zohor tadi aku ouuting pi beli barang dapur yang banyak dah habes. sebenarnya duit pun tak berapa nak ada, tapi tetap kena beli. beras nya lagi, and sayur-sayur lah. aku hope sangat timbang nanti murah. HOHO... teruk kan, sebab aku orang sederhana, mana mampu nak impikan yang mahal-mahal. *eh stop. ni bukn storynya.

balik dari tu aku jumpa mamat handsome. gila kalau ade yang tak minat kat dia.kenapa aku kata macam tu. sebab aku suka tengok muka smart and macho dia. aku jumpa dia tgh tgok jln aku bwk blkg motor dia. smrt kot. tapi aku still cover,,,, muka macam budak tapi handsome.. smart sangat. tapi sayang sangat kenapa dengan kaki dia... aishhhhh...

ape apa pun. kita tak boleh mengatakan yang kita tidak cantik mahupun orang lain. ni semua ciptaanNYA dan pinjamanNYA kepada kita semua. tak kekal semua ni. pasti ada hikmah dr semua ni.

oke.. ASSALMUALAIKUM...

Friday, 23 August 2013

kedegilan masa lalu mengakibatkan terjadi masa kini.

cuba teka apa aku nak cakap.

Assalamualaikum reader. huhuhu.
kalau korang nak tahu aku dulu degil jugak. tapi jangan risau aku baik jugak.

dulu kecik kecik kalau orang marah, aku akan buat jugak. budak2 kan. semua benda nak jadikan mainan. julingkan mata pun jadi mainan. mata aku dulu kira cantik la. tak dirosakkan dengan juling air aku sekarang.

tahu juling air tu apa.?
juling air ni akan tejadi pada golongan yang bukan dari kalangan lahir lahir memang juling, tapi terjadi pada orang yang suka buat mata macam tu dari kecik. macam didikan la. kadang-kadang je juling air ni akan muncul. salah arah kita pandang maka, muncul lah juling air tu. hohooo

terima kasih Allah sebab masih memberi pengelihatan yang jelas kepada aku..

nak menyesal sekarang pun tak de guna. hope jaga la golongan muda, jangan galakkan julingkan mata. pesan elok-elok. selamat beramal. okey. assalamulaikum....

p/s: orang kata kadang-kadang juling air ni cantik. tapi sorry la, aku rasa utk aku, tak.

aku suka orang tua.?

assalamualaikum. entry aku entry budak bak kata kawan-kawan aku.
fikir apa aku.

kenapa aku buat tajuk macam gitu.? sebabnya kawan aku tengok satu cerita korea ni, aku suka sangat lelaki uh. siap dapat gelaran pakwe piya. haha. kecoh kot. sekali tau umur dia , dah tua. pelakon lama la. lelaki tu pelakon cerita flower boy next door..hahaha.

memang kebenaranlah tu. aku memang suka laki yang tua-tua ni. orang fkir ape, sory la, ada aku kesah. hahaha...




kiri sekali
bukan ada apa apa pun. tu korea. sebenarnya kalau mana mana negara pon aku suka yang lebih tua. terutama orang melayu kot. hahaha..

oke. terima kasih 4 reding. papai. assalamualaikum...



Wednesday, 21 August 2013

mulutku berbising itu ini.

manusia sekarang boeh dikatakan susah sangat nak bersyukur.

ouh. oke. semangat nak komen tapi lupa nak bagi salam. Assalamualaikum..

kenapa ayat depan aku macam tu bunyinyaa.?
sebab semalam aku baca fb. komen pasal apa ntah yang macam tak puas hati dengan kerajaan yang mentadbir sekarang. boleh tak aku nak tanya. tapi jangan fikir aku ni penyokong mana-mana pihak. sebab aku pelajar. aku sedang mencari diantara dua. jangan pandang positif hanya satu pihak dan jangan fikir negatif je kepada pihak lain.. pandang kebaikan dahulu yang telah diberikan kepada rakyat. aku sayang negara, bangsa dan segalanya.. tapi, sekarang macam-macam jadi. aku fikir setiap pihak ada kebaikan, tapi aku mungkin tidak jumpa kekurangannya lagi.

orang sekarang suka mengomen itu ini, tapi duit yang diberikan kerajaan kau telan jugak.
rebat fon tu, bukan main laju sambut. sedangkan kalau duduk membebel, cubala kenal erti malu. aku ni yang malu. duit bantuan kerajaan laju kau hulur tangan. apa semua ni. jaga hati dari terus berfikir negatif, dari hati kita elok, boleh jadi hitam..hitam dengan kata-kata yang keluar dari muut kita sendiri.

aku suka pihak yang memihak kepada agama. aku teringin umat islam bergabung. mungkin boleh bertukar makumat. tapi.... insyaAllah umat islam akan bersatu hati satu hari nanti.

maaf andai tersalah kata, aku suka bagi pendapat. anggaplah aku sedang mengkaji.
okey. assalamualaikum...

*raya ada lagi ni, jom2 dtg umah.

Sunday, 18 August 2013

alah udang pun cerita

hai korang... Assalamualaikum...nyum2...udang. febret aku tu... jom jelajah story aku di sebalik udang ni..*gambar hiasan je.dari cik google





over kan...
aku ni degil. aku ade resedung and detect tahun lepas tym belajar kat maahad la. tahu tak kenapa aku boleh kata aku ada resedung.?

sebabnya.. bila aku kat rumah mkan macam vacuum... semua aku telan. tapi bila kat asrama, dapat detect apa yang aku makan dan menyebabkan aku miang-miang. tergaru sana sini macam monkey...tahu...!!
al maklumlah first time duduk asrama... makanan kegemaran jadi makanan alahan aku. mak....!!!

first tu aku nak halang boleh lagi la dari makan. baik sikit awal-awal.  dulu kalau buat lauk tak habis kat rumah cik udang ni, yang duduk perabehkan aku la. kenapa.? jangan tanya . febret. huduh ke kalau aku mengaku aku suka udang.? tak kan.?

aku pernah pergi langkawi, penang.. lepaskan makan dengan family , makan besar. standart langkawi la makan makanan laut kat restoran tengah2 laut uh. aku makan sayur je. sejak bila aku vegetarian ni. haha. yang kat kampung aku pulak, penang uh aku melepas makan mee udang.. mushkil jugak aku, time aku duduk jaga pantang makan la , ayah aku sudi nak makan besar-besar. haha. bukan rezeki..

tahun ni, masuk sem 3 STPM kat Maahad, takde makna aku nak jaga pantang aku, tak larat den. aku redah je. makan je selagi boleh makan. tapi Alhamdulillah la aku punya gatal-gatal tak dahsyat sangat. tapi ade jugak la gaya haiwan ni....


v
v
v
v





hari ni bersamaan dengan 17 hari bulan 8 tahun 2013. aku makan udang banyak ekor. aku tak kira. sekali aku gatal agak la... telinga-telinga aku pedih, jerawat aku jangan kata la. badan aku miang-miang. tergaru sana sini.hohoho.. nasib badan. 

*kalau yang memang alah sangat sampai bengkak bengkak, janganlah makan. bahaya.

orang kata, bila orang yang resedung and keluar banyak or setakat ada jerawat kat muka, lebih baik berbanding yang ada resedung tapi tersembunyi, resedung akan makan dalaman, tu pasal jerawat tak muncul.. bahaya tau. hati hati..aku bersyukur. jerawat ni umpama kawan aku dah.hahahha.*muka aku punya je la. 

p/s: bila orang ada resedung, boleh juga dikurangkan dengan potong bawang, kalau mata kita keluar air mata, tu resedung kita kuat la tu....

oke la. papai. salam

Friday, 16 August 2013

kenangan raya 2013

Assalamualaikum ,,,,,

kata-kata , perbuatan kadang-kadang mendatangkan tanggapan orang lain terhadap diri kita. aku seorang perempuan..ingin melakukan perubahan dalam diri ini, mungkin ke arah kebaikan. namun,, sifat aku yang kurang istiqamah ni la. ..

aku bukan apa, hari tu la, pergi waterpark kat Bukit Merah Perak. bukan main suka and boleh pulak aku tahap buat bodoh, pi bukak kasut bertutup aku tu. senanye ade picnya tapi akak aku tak bagi amek lagi..huhuhu..

gaya pagi tu memang macam apa ntah. dengan pakai baju  t-shirt labuh muslimah tu, seluar slack and tudung syria je. sebab aku takut nanti kena air tudung gerak-gerak kalau pakai tudung bidang. pastu slack gila aku punya kasut, orang pergi mandi manda pakai selipar je, aku.? kasut.. kasut jalan aku la. mana tak nya, sandal aku awal-awal lagi dah lekang tapaknya. sampai hati,, "kasut murah kan" .
nak main air je kata kitaorang empat beradik pompuan,, tak mandi punya, and blablabla....

sekali kitaorang boring gila, pi la jalan-jalan kaki ayam dengn selamba badak kan aku tak pakai stoking. aku fikir seluar slack aku dah macam tutup kaki, hoho.. *harap lepas ni aku tak buat macam tu dah. dok ronda-ronda.. jumpa kolam takde orang, masuk je. sekali akak and adik pompuan aku tak sampai paha , aku yang baru masuk, airnya dah sampai paha, aishhh... mentang-mentang aku ni rendah...

jalan kehujung kawasan waterpark uh, ape lagi... laju la kitaorang jumpa benda ni..



haha.. mua-mula tak terdetik. tapi yang menyebabkan kitaorang empat beradik nak main, nampak perempuan arab pakai purdah main, apalagi kitaorang, dari mlu jadi tak malu nak main.

perghhh...!
main first time.. orng sakit jantung, jangan main. hilang jantung ugak time uh karang.haha.
aku main.. tak sempat amek gambar sebelum turun. jerit tak la kitaorang, tapi aku la, mula-mula tak pejam mata, tapi bila part curam gila, mata terpejam ...wohohohoh...mau kot ade yang tengok..

tu game first kitaorang main. seconde game yang aku and kakak adk pompun aku main...


yang ni aku main dua kali, tapi game ni kurang mencabar, yang bentuk V tadi best. game ni first aku main nan akak seconde aku, tapi aku tak rasa apa-apa pown. seconde aku main nan adik laki aku.. kali ni macam laju sikit pergerakkannya , maybe kitaorang dua-dua macam berat sikit. tu yang best uh...


aku first time pergi tempt macam ni. dengan family manyak best.. okey la. out. cerita tanpa gambar kami. tak best...!!!

huhu..papai. salam

Sunday, 28 July 2013

hasil kerja yangkurang memuaskan

Assalamualaikum pembuka bicara..
Harap disambut dengan senyuman…haha. Tu bukan pantun la untuk pagi yang mulia ni.

Aku sebenarnya boleh dikatakan stress kalau banyak benda yang aku fikirkan.sebabnya. aku bukan orang yang berfikiran pantas. Aku insan yang memerlukan masa untuk bergerak kehadapan. Tapi aku bersyukur yang aku masih diberi peluang yang terus hidup dibumi Allah yang  tersergam indah ini. Mungkin ini dikatakan ujian kepada aku untuk Allah melihat bahawa aku ni mampu bertahan atau tidak. Bila difikirkan, Allah tetapkan satu perkara itu bagi mengubah hidup kita, dan Allah hanya akan bagi kita hadapi satu perkara itu dengan kadar yang kita mampu untuk laksanakannya. Andai kita tak mampu laksanakan, itu salah kita.. diri kita yang tak kuat.

Aku suka menaip kisah aku bukan sebab aku tak tahan nak hadapi, tapi sebab aku memang suka bercerita dan aku akan rasa tenang sikit lepas menaip.

Firstly aku serba salah pasal kad jemputan untuk iftar jamaie yang bakal batch kami lakukan. Aku bahagian biro jemputan. Aku memang tak berapa nak faham macam mana tugas aku. Aku minta maaf la sangat-sangat kat korang. Aku memang tak pernah diberikan tanggungjawab,even benda tu simple. Aku takut kalau aku diberi tanggungjawab aku tak laksanakan. Tpi bila difikirkan, kalau aku tak cuba sahut semua ni, pada masa akan datang macam mana.?


Okeh. Aku baru siapkan satu kad jemputan. Maybe tak secantik mana.tapi first hasil kerja aku..



Saturday, 13 July 2013

first time dipuji pemakaian tudung yang kemas.

hola...

Assalamualaikum..

suka tak korang kalau pkaian yang dipakai dipuji.? mungkin pelik kalau aku dipuji dari sudut pemakaian. kerana aku hanya pakai baju t-shirt labuh rasmi sekolah lama aku. sebab aku suka baju tu. kalau aku jalan, baju tu jenis tak melekat. fikir apa aku kalau orang kata tak cukup duit nak beli baju.

tapi tadi, aku dipuji cara pemakaian tudung bidang 60 yang kemas. HAHA..lawak jugak.
sebab aku pakai tudung tu first time ambil masa yang singkat. sebab tk cukup masa nak bersiap.

aku bawak budak kecik si farouq uh at MPH kat PKNS bangi. adik laki aku yang suung tak mo turun keta lagi sebab katanya awek dia ada kat dalam Billion. karang bertembung. haha. so, aku chow tinggalkan dia dengan kereta yang masihh enjinnya hidup.

time aku tunggu adik aku ni pilih komik dia,
aku meround la kedai uh. kecik je.
time bayar uh la ade cashier sorang lagi ni, sempat lagi bisik-bisik dengan aku.. aku ingatkan dia kenal aku, pndangan dia pelik je. sekali dia tanya.

"macam mana ye awak pakai tudung tu, nampak kemas je." aku dengan muka blur tahap ape ntah..
"ha...???" gaya tak faham tu nampak snagat kat aku ni. tapi kakak cashier tu tanya lagi lepas aku macam dah faham sikit..

"awak masukkan tudung tu bagi nampak tak mengembang ek,, " aku iyakan je. sebab memang betul pun apa yang dia ckap uh. takkan la aku nak pi buat tutorial untuk tunjuk kat akak tu kat public area uh. aurat tu.. inner je karang aku pakai. haha..

dah setel berbayar duit uh akak uh tanya lagi...
"tudung uh bidang 60 ek..?"

"a'ah .. nak nampak kemas kena pakai bidang labuh, baru senang fashion"

haha.. aku balun je jwab sebab orang kat situ pun macam alim-alim je.

dulu, jahil aku ni, tudung syria ke apa ntah orang panggil, memang tudung yang aku beli uh melepasi dada, tapi yang tak sedap mata memandangnya menampakkan bentuk , sebab nak pakai tudung uh macam melekat sikit, lama-lama aku sedar yang aku ni banyak memesong.

sekarang insyaALLAH aku sedang berusaha..menutupi segala apa yang wanita patut tutup dri pandangan lelaki.

perkara pertama yang aku stop adalah tidak memakai minyak wangi langsung. dari form 4,, sejak peristiwa apa aku tak tahu. banyak aku baca tentang pemakaian minyak wangi tak elok utk pompuan bila kua rumah, duduk di rumah boleh la , itupun bila tiada laki lain di rumah. sedangkn memakai minyak wangi di baju dan bertujuan kakinya untuk ke masjid pun, solatnya tidak diterima. sekiranya ada laki-laki yang tercium baunya itu.. aku suka minyak wangi tapi tu la,,,, bila dah belajar.. kita dah tahu perkara tersebut, kita kena fikir keredhaan Allah dahulu. bukan kepentingan kita. aku pernah menegur sahabat yang memakai mnyak wangi dan aku tercium baunya, awas hidung lelaki lagi tajam. tapi mereka(sahabat perempuanku) tetap mengatakan mereka hanya memakai sedikit dan tidak mendatangkan bau kepada orang sekeliling tapi untuk diri mereka sahaja.

seboleh-bolehnya kita meninggalkan terus benda itu dari mengambil risiko..

harap aku boleh istiqamah dalam melakukan kebaikan. insyaAllah..

selamat beramal semua. kepada yang terasa, aku minta maaf, dan yang ingin memberi teguran kepada aku, sila berikan di ruangan komen.. minta maaf atas salah silap.. Assalamualaikum....

story hari ini 13 julai 2013

Assalamualaikum…

Hai korang,,  aku malas nak taip tapi aku banyak cerita.
Minggu ni sebenarnya ada sekolah ganti.. hari ni yang bertarikh 13 julai 2013. Tapi memang harapan la aku nak datang,, rumah lagi penting dari bersekolah. Kenapa.? Bukan disebabkan aku nak duduk berehat di rumah, melantak banyak-banyak bila berbuka, bukan ok. Aku just nak bersama keluarga tersayang.. tapi tu la bila dah semua ada di rumah, maka makan besar la jadinya..

Makan besar atau simple itu semua biasa tapi suasana bersama family yang aku suka. *memang aku ni mudah merindukan rumah.

Bila di asrama, solat terawih di masjid hamidiah. Bila di rumah, solat di rumah je la. Pompuankan tidak digalakkan keluar rumah sangat. *sebenarnya aku ni tahap pemalas keluar umah gak, nak siap itu ini. Aku over la kan.

Batal tak puasa kita kalau ada semut masuk telinga and tak nak kua.?

Hehehe. Tadi aku tidur kejap je. Lepas siap mengemas rumah  la, bukan penat mana pun  tapi mengada manjakan diri. Katil aku adik kecik aku rembat awal dah. So, aku tidur la kat karpet,, mana la aku tahu ada semut yang nak masuk,, aku terjaga pun sebab rasa telinga aku ada benda berjalan,, haish…kebuntuan hukum pulak..haha

Hari ni aku redah pi kedai buku pulak,, yang jadi bodyguard aku adik laki aku yang sulung and bongsu. Tu la, orang kata kalau ikut karang dorang yang membebel. Time aku redah jenguk buku-buku hadith hukum bagai uh la pak cik dua orang ni sibuk Tanya bila nak balik. Geram pulak aku. Tengok jam pun aku dah lama kat situ , dalam satu jam setengah la.. kesian punya pasal, aku abaikan pasal nak cari buku yang nak dibeli, and balik dari kedai buku tanpa buku di tangan. Buat malu je.

Harap-harap buku hadith hukum akan dijual nanti. Aku punya powerpoint takde bahan ni. Huhuhu. Tajuk hadith yang aku kena present uh

“keperibadian isteri solehah”
Memang secara tak sengaja dapat kat aku..

Rugi pelajar asrama yang tak balik ke rumah , dan menetap ke homestay cik dyba lyfa. Bukan senang nak berbuka dan bersahur bersama family..

Aku yang dah selalu balik ni pun rasa macam tak puas je… rasa macam nak terus skip STPM.. haha
Byk aku buang duit kat STPM, sayang la nak skip. Haha.

Okeh. Story lain yang aku nak taip , tapi ni yang ditaip. Nak buat macam mana. Okeh,, jom blaja MUET… NAK DAPAT BAND 4 KEATAS KAN…??

JOMMMMMM…..hehe

Aku kena tingkatkan reading and writing aku. Tapi paling trok reading aku. Korang… doakan aku tau.. gemuruh ni…

Assalamualaikum… TATA…



Thursday, 11 July 2013

perasaan yang kurang tenteram


assalamualaikum..

hai korang.. jangan pelik baca entry aku ni ye..
aku jatuh suka sebenarnya. bukan jatuh cinta. kenapa aku kata macam tu.? sebab aku jenis tak serious..

aku suka berkasar dengan laki sebab aku tak nak and tak suka hati aku tangkap feel...
aku pernah berlembut dengan laki dulu dan kat situ aku jumpa pengajarannya. kenapa aku kata pengajaran.? sebab kalau korang ingin bawa diri ke dalam diri wanita solehah.. ape ciri-cirinya.?
kepandaian.? sudah tidak semestinya..

wanita solehah tidak menyebut nama laki-laki dan namanya tidak pernah terbit di bibir laki-laki.

ye. untuk menjadi wanita solehah, susah. lain la kalau aku dari kecil duduk memang di empat penjuru tanpa bergerak keluar,..tapi orang sekrang kalau cakap, itu semua kuno. padahal itu yang sepatutnya. adik laki aku cakap la.

aku ada baca kat SINI

aku jenis tak cepat terasa tapi aku harap kata-kata ustaz hanya gurauan semata-mata.
mungkin aku bukan jenis pertahankan diri. bila ustz gelarkan aku "andartu" harap hanya mainan tanpa niat. padahal boleh dikatakan umur aku muda lagi. nak anak dara tua apanya. bila part ustz aku kata aku memilih. say sorry la. aku bukan jenis memilih orang utk dibuat pasangan, rupa paras,, semua sama.. tapi amalan dan iman seseorang itu yang aku inginkan kerana apa.? kerana aku masih tersangat lemah tentang ilmu ALLAH..

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

sebenarnya dalam dua minggu ni, hati aku busuk sangat . sebab hati aku termakan kata orang. aku pantang lelaki berinteraksi dengan aku dengan nada lembut. (menggoda la kot)

oppss..jangan risau. aku bukan suka dengan budak-budak kelas aku. gaya adik-adik aku je

aku harap hati aku tertarik hanya sedikit dan mampu kembali seperti biasa tanpa rasa minat kepada orang tersebut. mengapa.? sebab aku tak suka benda-benda macam ni, membuatkan aku tak fokus. aku tak tahu la kalau ada kawan aku yang perasan perangai aku yang lain macam sikit sebab nak hilangkan perasaan tersebut dalam diri ini..

ayt adik laki aku
"laki hanya mempermainkan perempuan itu sikit, tapi perempuan mudah makan kata"


aku cuba pegang kata-kata tu.. okeh. aku harap dengan menulis ni, aku hilang sikit tekanan.
Assalamualaikum....



Wednesday, 10 July 2013

aku bersyukur ada ayah macam abah aku

assalamualaikum..hai semua. lama tak aku dah tak hapdate.
aku dalam mood banyak cerita tapi aku kemalasan.

bukan sebab aku puasa. tapi disebabkan aku .... dah, stop bebel..

aku sayangkan ayah aku dan berterima kasih kat ayah aku sebab sudah mendidik aku mungkin lain dari ayah orang lain. *aku rasa je. mungkin ayah kita sama juga.

aku sekarang nak story about ayah ye, bukan mak. bukan sebab aku tak sayang mak aku, aku sayang, cuma topik hari ni. ayah. okeh. hari bapa. ntah, aku bukan layan hari ni hari bapa ke hari ibu sebab family kitaorang memang macam tu, jenis yang tak mementingkan hari untuk meluahkan rasa sayang dan boleh dikatakan family aku ni macam susah nak luahkan perasaan la. malu mungkin,, lagipun tidak semestinya tidak meluahkan perasaan tu orang tu tidak mempunyai sensitiviti yang tinggi, bukan membawa makna luahan perasaannya itu sekadar ala  kadar. kenapa.? sebab aku jenis yang susah nak berperasaan sikit, aku nak nngis, aku nak suka org, susah gak, aku main-main tahu la.. kalau orang marah, ngata aku,, ala.. mulut orang,, susah nak jaga wei..

kalau orang just cakap, tanpa niat aku tahu, cth cakap "ei, bodoh la kau ni..." mungkin orang terasa, tapi aku tak. tengok orang gk la,, kalau yang cakap macam tu perempuan, aku kena tunggu bape hari nak terima tanpa menegur.. kalau laki, jangan kata la,, aku susah sikit nak touching, lain la kalau aku tangkap leleh ngan dia. merapu..!hoho.

dah . stop.!

kawan aku dah ramai ajak aku pi sana sini, lesen ada macam tak guna. tapi,, aku jawab apa. teringin sekalipun aku nak join dorang pergi mana-mana. aku kena tahu yang ayah aku tak berapa nak suka aku keluar dengan kawan, sebab dia tahu kalau keluar dengan kawan, aku tak reti jaga diri sikit *aku rasa.
macam dulu, aku nak pi pesta buku pun ngan kawan samsmel aku, aku tak berani nak tanya ayah aku sebab melibatkan kawan and gerak ke sana naik KTM.. KTM.. ? korang maybe pernah naik, tapi sorry, aku tak... aku tak pernah salahkan ayah aku sebab aku tahu aku pun tak berapa suka nak berjalan.

kalau aku keluar rumah, ada satu hint akan datang kat aku, pening kepala. kenapa.? sebab mungkin kepala aku sensitif.. satu kepala berat bukan main, *satu sebab aku suka menolak ajakan orang. sebab aku takut nanti aku menyusahkan orang.

ayah aku tahu yang aku:
*tak reti makan kat luar, kedai la maknanya. -sebab aku makan makanan mak aku masak or kalau makan kat luar pun tempat ruang keluarga (nasi arab selalu yang ada macam tu)
*sebab aku tak mudah suka dengan suasana baru.
*aku jenis suka duduk rumah.
* tahu yang aku ni pengecut nak keluar atau berkawan dengan orang baru.
*aku jenis moden IT tapi yg lain tak reti.
*tak pernah nak pergi hang out dengan kawan.
*aku tak mahir jalan lain selain area bangi.
*aku tak pernah pergi alamanda (ramai yang terkejut dengar statement aku yang ni), wayang jgn ckp la, karoake lagi la.

bila ayah aku bagi pelepasan masuk kolej, aku tak berani diberi kepercayaan. aku tolak, aku amek stpm.

kenapa aku terdetik nak taip pasai ni.?
sebabnya hari tu time sukan tahunan sekolah, aku nak join tapi aku balik umah dulu, sabtu aku ingat nak pergi la...petang jumaat tu aku minta ayah aku ambilkan, tapi tym uh juga ada pertandingan petanque koperasi. aku bagitahu la kat ayah aku minta amek lewat sikit , sekali ayah aku tanya kenapa nak balik lambat sikit.? ha... naye aku. aku cakap la nak join pertandingan lawan petanque.. tiba-tiba nada lain muncul, aik macam marah je.

bila lepas ayah aku amek, dia tanya, macam mana, aku cakap dah juara dah.. relax je. sekali aku ubah topik yang esok aku nak pi sukan, ayah aku kata "tak yah la.. bukan ada apa pun" sedih jugak. pastu dia tukar pulak. kata boleh. tapi, nampak sangat yang ayah aku memang tak galakkan aku p sukan uh. esoknya lepas solat subuh tak balik umah pun. huhuhu..

aku tanya mak aku. mak aku kata " abah kau mana suka anak dara dia pi sukan-sukan tu, dari korang sekolah rndah lagi"

aku anggap ayah aku memang niat menjaga aku dan kakak dan adik aku.
macam yang aku pernah nak pi kem. aku kata tak jadi. muka ayah aku terus ceria, sebab ayah aku macam tak berapa nak rela aku pi kem sebab gabung laki pompuan. kalau sekolah kiblah dulu pompuan je...

aku selalu jeles dengan adik aku. dia pon pompuan, tapi ngapa aku je susah nak dapat keluar. tak pe la. aku jenis terima je. aku bukan reti jaga diri pun.terima kasih ALLAH.. berikan abah yang macam tu...

hehehe. bebel aku dah habis. assalamualaikum...




Monday, 1 July 2013

muet speaking finish...!

huhuhuuhuhuh...

akhirnya. takpelah kalau aku buat tak betul speaking tadi.

apa aku merapu tadi muet tadi. huhuhuhu.. teruk tak.? aku redha je la. hehehe. ALLAH akan tolong . insyaALLAH...

other post insyaAllah i wil write in english. hehe. but when you read, dont laught.
alrite.. papai. Assalamualaikum.....

Tuesday, 25 June 2013

Tragedi di rumah

Assalamualaikum gurlz and hai kaum adam.

banyak pulak aku menaip hari ni. tapi takpe. nak kesah apa. aku punya blog. lain la kalau aku buat blog politik. hai tak memasal saman dr mana mana pihak. no politic in mylife at this age. hei, aku still mahukan terbaik buat negara Malaysia. undi adalah rahsia. mana boleh over story, karang orang benci.

okeh. tadikan. tadikan.... aku nak balik, sebelum aku nak balik ostel uh. aku tidur dulu.. sedar-sedar je.. mak kau.. lima lebih dah..lama kot. memang ngantok btol gayanya. mak aku tanya "eh.. ko xnk balik ostel ke.?" mak kau. aku baru teringat yang hari ni aku kena balik ostel..ahhhhhaaa.... sodeh nak tinggalkan umah.
laju je aku bersiap.. tak fikir ape dah. lantak la ..jap gi la aku bgtau abah aku mintak antarkan baik ostel.

sekali aku dah siap. dah nak pakai tudung and beg skola kat blkang dah. aku suruh la adik kocik aku mintak abah hantarkan aku. dia pun pi la cakap kat abah aku. mula-mula on je nak hantar. and tiba-tiba....

suara ayah aku "farouq" ha... takkan dah nak suruh masuk keta dah kot..aku fikir tu je. sekali adik aku datang je.. " abah kata abah boleh hantar ko esok je. hari ni tak boleh"
otak aku yang tengah agak mamai2 ni pun..ape benda ni..tak faham. abah aku tak bagitahu adik aku apa-apa. tu je.. "mungkin ada hal . orang nak jumpa abah aku kot." aku fikir aku kena balik hari ni jugak. and aku pun tunggu kepulangan kakak aku..nak balik jugak..

mau aku kena tanya macam-macam karang sebab apa tak balik awal,, nak kata kat sungai merab teruk. tak jugak. petang ni pun dah hujan dah. insyaAllah oke.

akak aku nak hantar dah. tapi, tu la. bak kata adik laki aku yang first.. "dengar cakap abah tu. kalau abah suruh balik esok, jangan degil. " aku tak cakap apa-apa.. sekali. ha.. dah hujan. malas aku nak balik..

time abah aku mkan ptg tadi baru mak aku tanya kenapa tak nak hntar aku..

rupa-rupanya... ayah aku ada kerja nak suruh aku buat esok. maaflah sekolah. cakap ibu dan ayah kena dengar dulu. lebih diutamakan.. hehehe..

sedih jugak sebab aku dah siap nak pi balik ostel, tapi tak dapat sampai sana.
huhuhu..bila aku tahu je reason, aku teros tak jadi nak balik asrama...

okeh... cakap mak ayah kena dengar, okeh. papai. selamat belajar kawan-kawan semua..! rindu-rindu la kat aku. hahahah

kau panggil aku VACUUM.

assalamualaikum kepada perempuan dan hai kepada kaum adam.

kenapa begitu.?
sebabnya haram perempuan memberi salam kepada lelaki. dan makruh perempuan menjawab salam lelaki.
aku pernah belajar. dan aku nak mengaplikasikan dalam kehidupan aku. sama-samalah kita mencuba..

aku tahu. aku kuat makan. ada la satu haari aku balik umah dr ostel.
adik kecik aku kata. "ha... vacuum dah balik. pasni tkde la membazir"
aishhh,,,ape budak ni cakap...

dia pun tunjuk la makanan yang ayah aku beli and pelawa aku makan. hoi.. meyindir betul ko ye farouq ye. sapa ntah yang ajar dia.

tapi jangan risau. aku tak marah pun. aku wat lex je sebab memang betul pun apa yang dia cakap. kita makan kalau sayang benda tu akan luput tarikhnya. kita tak buat benda yang salah dan open je terima seadanya,,, aku suka perabeh kan makanan sebab aku fikir aku bukan orang senang pun, dan belum tentu aku akan dapat makan benda tu lagi kemudian hari,, rezeki kita masing-masing.. so, janganlah kita memilih dalam makan. diet pun kadang-kadang berdosa, sebab makanan yang tak habis kita akan buang...

okeh la. itu pun agak merapu mungkin. aku mahu berundur dari bercakap lebih . papai...

SSID menggoda aku

assaamualaikum..
haihaihai... cuti semua... aku buat cuti sendiri ni..aku ingat lama lagi cutinya aku bawak balik umah bju batik ostel je.. takkan aku nak p skola pkai bju uh. lwak ke. 

smlm aku layan cerita ssid sebenarnya, saya isteri dia kt utube. tahu tak aku ada novel and boleh dikatakan novel dan cerita agak berbeza. aku suka novel lagi.. sebab aku bayangkan laki dia smart gila.

tapi kalau ceritanya. aku ok je. mula2 tak suka. tapi lama-lama.. tangkap leleh plak citer dia. aku pun tengok dr pg smpai tgh hari . tu pun tgok pas wat keje mengemas, menyidai and sbagainya di rumah. aku suka buat kerja lepas bangun je dr tidur. smlm pkul 6 kot dh start mengemas. tu yang mak aku pelik awalnya anak dara dia bangun..sekali bila dh nak siap kmas aku tengok jam.. lah awalnya aku mengemas. balun je kemas tros. kadang-kadang mengemas dengan muka tak basuh lagi. ape aku kesah. jap gi aku mengemas kotor gak. 

cerita uh aku suka gila... tapi nampak banyak beza ngan novel. bg pandangan aku. novel dia aku baca terguling-guling dr ats katil sampai terjatuh..hahah..

okeh, tahniah kepada izzue islam sebab aku suka tengok kau... handsome kot. yang aku nak lakinya smart. tapi izzue handsome. ko berjaya menarik hati aku, padahal first tym aku tengok muka jambu kau. aku kurang ggemar tapi.. terjatuh cinta pulak dengan suami orang. tapi kak awin jangan risau. saya hanya minat sebagai artis. tak lebih..hehe..

aku takde la bayangkan yang berlakon tu yang famous famous.. biasa-biasa je. tapi... mybe aku ingin producer mencari pelakon baru yang berbakat lagi.. kira ok gak izzue uh.. pandai bawak watak..hehehe

follower aku mencecah 200.. wah. tak sangka. terima kasih korang..aku sayang korang..heheh

papai...

Saturday, 22 June 2013

cerita satu hari 22.6.13

Assalamualaikum and selamat malam kepada you all semua.

sepatah berbicara, habislah kalian. mungkin aku bukan sesiapa untuk mengstory kan perkara yang best melainkan hal aku semata-mata.

cerita ini berdasarkan hati aku..

tadi, aku out pi pusat pembelajaran putrajaya presnt 8.. ayah aku tak bagi cakap ps sebab bukan ps katanya. aku pun ikut je..pergi terlewat sangat berbanding kawan kawan aku. pukul 12 aku sampai sana kot. tu pun nasib baik my abah nak hantar. aku putra ni lemh sikit. huhuh. harap je duduk lama kat selangor ni.

aku lama kat pusat pmbelajaran uh, tapi, kawan kawan aku si hajar, dieba, tot dah out dulu pi makan and solat . then dorang terus pi pesta bunga at prsint 2 uh kot. amek gamba sikit, aku masuk PP balik.

tragedi di PP:

pak cik PP uh asyik usha aku je. hai. takkan aku ni diminati pak cik pak cik kot. nampak kat situ yang aku ni macam dah tua. masalahnya aku ni nampak macam budak je rasanya. aku buat bodo la. sebab aku ni yng tak duduk diamnya. kejap ke sana, kejap ke sini.. pening pak cik uh tengok aku. kejap pi area ekonomi malaysia la, syariah la, bahagian novel pulak, akhir sekali aku pi baca resepi, kenyang perut tengok laut itu ini. huhuh..

aku dlm kul 3 keluar la .. sebenarnya tak perasan dah pukul 3. aku tepon akak aku, dia amek aku.

tup tup, gi pesta bunga tu jugak. *aku bukan hantu sangat dengan bunga. setakat minat ada gak. pompuan dan manusia kan. mesti tetap meghargai ciptaan Tuhan.

dalam perjalan nak gi sna, aku punya la tired nak tidur kat keta dah, tiba-tiba... aku tanya dalam hati bila nampak sorang minah ni pakai tudung macam si tot tgh berjalan. " eh ,,, siapa la yang rancang pakai baju sma mcm tot ni" tros aku pndg bila akak aku dh lepasi dorang. nampak mak cik hajar tengah stress.. aku ckp nan akak aku. dorang kata, kalau nk tumpangkn dorg, komfem2 la tak muat. nak sumbat lima orang teros kat belakang mustahil la...

kesian dorang,,, maaf korang....!

kat situ memang perggghhhh cantik gila landskap dia... moden habis... mcm2 la... aku yg kurgg minat, automatik minat sangat. rugi tak gi sana,... festival flora 2014 at putra. 2014.? aku pun tk tahu. dia tulis.

kat sini pun ada yang aku tak puas hati sebab,, maybe ada yang curi-curi amek gambar aku. mana aku tahu.? sebab aku ternampak la. duduk minum2,, tuptup aku tengok akak aku, ada mamat ni dah tumpukan dslr kat arah aku. *bukan perasan tau sebab aku tengok kat belkang aku tak de apa2... hoi. ni yang aku pantang ni. mentang-mentang dia dduk dgn family dia kat meja sebelah. yang aku pun satu, duduk tak boleh nak sopan. boleh aku arahkan kerusi tu kat arah akak-akak aku. kira macam menghadap dia la.

dah kena macam tu, tuptup aku chow dgn akak aku yang sorang ni nak pi beli air lagi. haus bangat. aku fikir positive. maybe dia ni memang hobi amek gambar kot. semua benda nak amek. lantak la. pas ni aku bukan akan jumpa dia lagi. mustahil....

dah jalan-jalan ni. aku pun pi la gerai buah. *pelikkan.? festival bunga tapi aku pi gerai buah. lantak la,
aku suruh akak aku pilih sebab, aku yang bayar.. duit ayah aku la.. aku yang pegang. beli buah mata kucing kat gerai tu okey la orang kedah kan. ramah benar. dah bayar , rasa nak pi beli cempedak pulak. wangi snagat. teruja aku. huhuhu...
*makan je kau tahu.

pi gerai fama kat sana, tetiba ada la sorang pak cik ni.. tengok je muka aku.. serba salah aku. aku pun tanya lah akak aku... wwei, aku tak tengok muka aku lagi ni. pelik snagat ke.? ada apa apa yang pelik ke kat muka aku ni. kot kot ada comot itu ini, . akak aku geleng je, and sempat dia tanya muka dia pulak. pastu aku buat bodoh je bila pak cik uh tengok lagi. sekali je jumpa ni.

aku pun mintak akak aku pilih cempedak, dia tak nak, sebab nak bawak keta taakut getah melekt. aku piilih and nak bayar. sempat lagi. orang kenalkan kebun sapa punya cempedak uh.. mula-mula dorang kata pelajar tingkatan 4 lagi. haila... aku la tua ni. tapi muka dia mcm dah tua sikit. tiba-tiba dia yang cakap,, tahun empat kat..... UPM kot . aku pun tak ingat, FAMA kan. situ je aku anggap. orng punya kebun yang borak nan aku. sempat lagi tanya aku sekolah mana.. warghh. nampak kat situ. aku muda.. perasan. aku diam je then penjual at situ gaak kata "hai, anak sndri pun tak tnye apa-apa. org kat sini pulak ko sibuk tanya".. aaku gelak je la.  aku dengar "hei. aku bujang lagi tau.!".. aku bayar and nak chow je. taapi sempat jugak. dia bagi duit baki then kata. nah yang lebih tu buat duit belanja sekolah.. aku ni blur. aku amek je duit. baru aku sedar yang baki dia lebih. tapi aku tak toleh bila jalan. haha..

aku anggap haari ni aku cerita story yang akan aku ingat nanti..hahahah. kelakar tu takde la. cuma pelik. yang penting bagi aku. aku sekali je jumpa org, bukan selalu. tak yah nak malu snagat la....

oke. out,..gumawo read my story . papai. assalam.

Friday, 21 June 2013

apa aku boleh cerita..

alrite...! tangan dah miang dah ni. huhuhuh
bila tangan bersentuh dengan keyboard, terpaksa la orang yang nak baca membaca.

sekarang aku nak ubah tajuk blog...!

jadi blog DIARY,,, sebab aku asyik story pasal aku. ye la. aku ni suka brcerita. kot...????

aku ni homesick gak kot. asyik2 nk balik umah. rasa malu pulak dengan pagai aku ni...bukan apa. rumah tempat yang terbaik.

bila aku start bercerita..habis la. tadi, aku boleh balun cerita macam-macam dengan abah aku. padahal ayah aku ni bukan layan sangat story anak-anak dia. tapi tak tipu la yang apa yang pernah aku cerita dulu, ayah aku still ingat...
hahaha..

terkejut jugak aku. aku rasa abah aku lagi terkejut, bukan main banyak mulut aku tadi time abah aku amek aku kat asrama... mana tak nya. boring duduk diam, adik-adik laki aku tak de. sunyi.. so, mulut aku miang la...hehehhe. nasib baik abah aku layan je pagai aku... dia tanya gak la itu ini. kalau tak....buat malu je. aku story la apa aktiviti kitaorang form six. macam -macam. sampai aku kat umah rasa segan pulak sebab banyak pulak yang aku cakap dalam keta.

lagi satu story.. aku serba salah kot.. aku ni bukan orang yang pakar dalam buat surat itu ini. tengok-tengok, kena buat. aku tak rasa terpaksa. tanggungjawab kan.? tapi aku ni buat ala-ala je. entah okeh entah tak surat tu.. AKU BUKAN ORANG YANG PRO... huhuhu.. tapi aku kena mencuba. perkara baik, tak salah. cuma, kesian kat dorang,,, minta maaf korang sebab aku memang jenis tak pandai buat banyak benda... hanya benda yang aku di ajar dan dilatih betul2 je aku tahu. tapi, THANKS sebab bagi aku buat. itu aku anggap cabaran yang terbaik. surat office abah aku pun ala-ala je. tapi, ayah aku still luluskan.

tadikan...
aku sampai je kat umah.. wow... sunyinya. ni rumah aku ke.? ke salah masuk rumah..hahahah
rumah aku selalu bising.. rupa-rupanya mak aku tak de pi amek report kard.. hahaha.
aku boring so aku tengok la cerita hindustan...
dyba...! aku pun pandai nangis.. ceeritaa hindustan...hahahha.. cerita lama, tapi aku suuka sebab ada hero yang smart.... DIL HAL TUMHARA....kot tajuknya... suka...! da habis layan baru aku start type blog ni. hahahha.. entry untuk ingatan aku pada masa akan datang.

anda suka. terima kasih. tak suka... sama-sama..

Wednesday, 19 June 2013

soalan lama akhirnya terjawab

assalamualaikum...

hei. still nak cakap agak merapu la.
aku keboringan sebenar benarnya. dan geram..

lantak la kalau  nak tahu geram tu apa. tu biar aku simpan sampai aku mampu bertahan. kalau aku tak mampu nak bertahan, baru aku try bercerita.

pernah yang bertanya. kau suka laki macam mana.? mereka bertanya mungkin mereka tengok aku ni bukan jenis suka sngat nak mgatal dengan laki. setakat main-main ada la...huhuhu

jawapan aku dulu  "aku.? ntah..." macam tak de keyakinan dan maybe tak berfikiran matang untuk mengucapkan apa yang patut aku kata.
setelah agak lama aku mengkaji.. fikiran aku yang kurang matang tentang hal-hal sebegitu hampir terjawab.

dulu kurang berfikir yang usia akan lanjut , tapi kini usia dah makin lanjut , aku berkata bukan berfikir untuk berkahwin awal, bukan kerana aku dah jumpa dan bukan juga aku nak menggatal cerita itu ini.

aku bercerita kerana aku nak keluarkan pendapat akal aku yang semakin nakal berfikir.

watak lelaki yang menjadi idaman sesetengah perempuan dan mungkin juga aku.:

* lelaki yang mengerti hal agama . walau sedikit, tapi tetap mempertahankan agamanya lebih dari dirinya. bukan sekadar tahu, sekadar berkata tapi lelaki tersebut haruslah seorang yang turut mengamalkan apa yang dipelajarinya dengan istiqamah.

* lelaki tu tegas. aku garang. tapi aku pengecut, aku tak tegas. aku inginkan seorang yang mampu mendidik aku dengan tegas, bukan dimanjakan. "dia gedik tak pe, tapi still tegas" ...aku ni bukan patern yang reti mengedik, sebab tu aku tak kesah dia mengedik. tapi over kalau nak mengedik je koje.
yang penting lelaki itu tegas laksanakan tugas. aku suka bila tengok polis.. nampak mereka punctual. aku jenis yang ingin dididik. bukan aku yang didik orng. uhuhuhu.

*yang sering mengingatkan aku  tentang banyak perkara dalam setiap saat. mungkin aku akan bosan, tapi, tak salah sebenarnya.

*bertanggungjawab adalah perkara penting.

percaya atau tidak, memng.! orang yang berani kcau aku pun, senior and junior. yang sebaya  tak berani.. mungkin ada sebab tertentu. lagipun. aku ..org kacau,lagi aku tak suka.menyampah. biar aku syok sendiri lagi bagus.huhuh

ajal jodoh ditangan TUHAN... Kuatkan hati aku agar sentiasa mencintai ALLAH...

Tuesday, 18 June 2013

blog aku suram ke.?

assalamualaikum... hai korang. entry aku bosan. tak halang baca atau tak nak baca. ahh.! ayat tunggang langgang.

hehe.. aku baru tahu cik adik maahad ni ramai jugak yang berminat nak membaca blog aku yang agak merapu ni. mana aku tahu.?
au tahu pun bila baru baru ni, ada je suara sumbang..

" kak piya,, blog akak pink...hahahha" amboi bukan main korang gelakkan akak ya.? akak ni bukan apa, sekali sekala nak jugak tunjuk yang akak ni masih perempuan. *agak tak logik pulak ayat aku. huhuhuhu..

ada pulak bekas adik dorm aku tahun lepas. boleh dia cerita time cuti hari tu dia balun baca blog aku dari first entry sampai habis. dahsyat.... aku yang bukan main terkejut lagi. mana tak nya cerita aku yang macam keling pun masih ada yang nak membacanya. huhuhuh...

kadang kadang aku rasa aku menaip pun benda yang tidak mendatangkan hasil berbanding blog blog org lain. jelesnya...huhuhuhuhuhuhuhuhu...

insyaALLAH lain kali aku menaip benda agak bermanfaat..hehehhe.

OKEH. ASSALAMUALAIKUM....hhehehehe

Thursday, 30 May 2013

ape je story aku


Hola….yaw..!

Jom story story… hahahahaha..
Ada story yang aku nak kongsi. Pernah baca novel  CINTA KONTRAK tak.?
Cinta kontrak ni aku balun baca tym lusanya nak exam ekonomi sem 2 ari tu.. hahahha. Dah tak ingat exam dah. Kawan aku yang nak kena tegur yang exam tak habis lagi. Ada la kawan aku sorang ni nak baca jugak, sampai sanggup nak tunggu aku tidur, tapi malangnya bila aku dah dapat novel harapan la nak tidur. Hahaha. Kesian dia, dua tiga kali dah abngun tengok aku dah stop2 lagi baca. Tapi agak la, aku solat teros turun solat. Naik sambong baca balik. Tapi…. Bila kawan aku tu dah baca.. dia komen yang perempuan dalam novel tu agak la. KASAR habis…
Maaflah. Aku tak mampu nak kata yang pompuan tu kasar or ayat novel tu yang over kasar sebabnya aku ni jenis yang kurang perasan benda kasar or tak. Asalkan aku rasa novel tu macam berbaloi gak la. Mana taknya, lelaki dalam novel tu manja kan.? Kalau pompuan tu lembut sangat pon tak boleh jugak. Naik lemak la aku nak baca novel uh. Aku nak layan novel lembut ni bukan senang tau.
Agak la, pompuan tu memang ganas pun. Rock apa.. nak bersalin, cari suami, siap tarik rambut laki uh lagi.. selamba badak je dia nak tarik rambut suami uh even suami dia marah bukan main. Tapi, laki uh still kawal lagi perangai dia.
Hahahahha..aku suka baca novel uh. Masyuk wei…!

Lagi satu. Aku baca novel yang paling sentap gila…
SUAMI AKU USTAZ…

Ya…! Memang aku rasa perempuan tu untung gila dapat kahwin dengan ustaz sebab dia dapat bimbingan agama yang sangat mendalam selepas kahwin, yang  tak boleh bla nya,, kahwin tym dia sekolah lagi… woi..! tak beragak.
Hei.! Jangan fikr lain. Aku bila baca novel uh rasa macam susahnya la kan nak kahwin ni. Nak cari yang betul2 mampu  bimbing kita.. ye la kan. Kadang-kadang kita sendiri yang liat… kena cari orang yang mampu bersabar dengan perangai kita ni…
JODOH AKU BERSERAH SEKARANG NI…! Hehehehe..

Monday, 27 May 2013

jadual cuti aku

assalamualaikum..
hola...!
ape kabar semua. jom baca-bca sini..hahah
korang cuti buat apa.?

aku banyak benda nak buat. tapi agak la. tak bermanfaat jugak sebenarnya.tabiat makan aku paling teruk sekarang ni. tahap kritikal. makan je la ye pelahap cik piya oi...
hehe. punya la aku over bila balik umah ary uh, timbang berat, turun. nak dijadikan cerita hari tu aku pose. lain cite la. huhuh. sekali timbang pas makan. berat statik aku dah mai dah.
hahaha.aku kata buat pe nak fikir skunk, baru pas exam kan. makan la dulu. hehehe. burukkan pagai aku uh..

aku nak g jogging, tapi aku nak naik apa, aku mana ada keta, akak aku gi kem bawak keta. ya....! germ pulak aku. yang akak aku sorang ni g keje, takkan la aku nak borrow keta ayah aku. karang susah ayah aku nak gerak pi mane2..hhuhuhuhu.

ceh..! layan je la citer aku. boring, out la kawan.hehe
aku cuti hari jumaat tu dalam dilema lagi nak buat apa. aku msih serba tak kena la jawabnya.
tapi start semalam sabtu, aku pi shopping buku-buku.. sebenarnya novel. jap ye. ade pic buku2 uh.




tengok, ada yang masih berbungkus lagi dengan plastik. warghh..!
nak abeskan baucer buku punya pasal, terpaksa la..gaya terpaksa, tapi suka. hahaha...
happy aku cari buku kat MPH billion..heheh. aku mana main tempat mahal-mahal macam alamanda uh. masuk sana pun tak. menakutkan je tempat tu..hheheehe..

BILLION je aku sanggup, budak kuno pon kuno la. asal hidup aku bahagia. hahahha *pemalas sebenarnya.

hari sabtu aku sibuk melantak novel tu. tapi satu novel baru habis. suami yang ku benci. hahahah. syok sendiri aku baca tau.

hari ahad, hari ni la. mentang mentang ALLAH bagi cuti istimewa..hahah. aku baun telan skrin laptop akak aku, sebab malas nak transfer citer ARANG AND THE MAGISTRATE.. so, tengok dari pukul 1 tgh hari sampai 8 malam atau 9. mcm tu la. teruk pulak aku rasa pagai aku yng satu ni.

tapi, Alhamdulillah aku tak lupa tanggungjawab aku mengemas segala macam tempat kat umah ni pagi-pagi.
heheheh. kemas ala kadar macam org selalu buat.

hehehe. seronok aku buat kerja yang tak berapa nak bermanfaat ni. hahah. ok la. out. assalamualaikum...


Friday, 24 May 2013

perbezaan pendapat

assalamualaikum..

hai. sambong taip entry selepas beberapa minit atau jam. hahaha.

okey. aku nak kemukakan pertanyaan. tapi jangan fikir apa tau. aku tanya je. sebab pelik apa yang aku dengar dari mulut lelaki dan perempuan.

ha.? apa soalan nya.?
begini rupa soalanny. semua laki memang suka tengok pompuan tu lembut ke.?
tapikan. lembut dia  tu macam mana.? lembut tapi cakap pedas ke? memang lembut atau lembut tapi ada kasarnya tanpa tunjuk watak sebenar.? atau lelaki mahukan perempuan yang kasar luar tapi hati lembut. kasar kat sini susah nak menunjukkan sifat lembut. bukan kasar yang bising sana sini tu.

haha. soalan aku terbelit,
dari apa yang aku dapat la.

ada seorang perempuan yang memang perwatakannya lembut. terlalu lembut, sukar untuk berkeras dan bila tidak berpuas hati, dia utarakan tidak puas hatinya itu kepada orang lain. mengapa dia tidak abaikan sifat lembutnya dan terus tegur org tersebut. beliau mengatakan sifat lembutnya itu yang membuatkan ramai lelaki minat kat dia.

aku...krik...krik..! hahaha.

dari pendapat seorang lelaki yang aku dapat.

dia suka tengok perempuan tu ada dua sifat. dia ada lembut and kena tempat, jangan dengan laki lembut sanagt. kadang-kadang naik muak, kemungkinan besar perempuan yang lembut ni akan hilang sabar dan macam-macam perangai dia yang tak pernah muncul, automatik muncul. lagi satu, dia seorang yang suka orang lain ikut cakap dia.kiranya budak laki nak ckap yang pompuan ni jenis pendam lama2 la perasaan dia.
kalau perempuan yang ada dua perangai ni, kiranya dia ni pandai kawal la, nak guna peraangai mana dengan situasi. dia menampakkan sifat sebenar terang terangan.

huhuhu. aku ...lantak korang la. peranngai masing2., hahahha. aku just teringat je situasi ni, huhuhu. oke. papai. nak layan story mory plak.

assalamualaikum.

stpm sem 2 setel.

salam sejahtera and very good morning to all reader.!
hei korang. aku dah tamat sem dua stpm ...!hehehehhe. bukan tamat semua pon. tunggu akhir tahun la gamaknya. baru boleh betul2 huha...! kan.? 

Alhamdulillah...
periksa kali ni macam mana ye.?

aku syukur dah habis . tu je yang aku mampu jawab. yang lain aku serahkan kepada ALLAH.

mungkin aku boleh menjawab soalan-soalan tu, tapi tak semestinya semua itu betul. tapi... apa yang penting. kita dah usaha dan sekarang kita tawakal.

hehehe
senyum lebar aku bila abes exam eko semalam. tapi. piya..! jangan lupa repeat stpm sem 1...! doakan saya ya kawan-kawan yang baik hati.

saya nak minta maaf sebab. bila ada yang tinggal link kat ruangan sembang, tak balas lawat balik and komen komen kalian saya tak balas. maaf sangat. saya kalau buat kerja kena fokus satu benda je. tak boleh banyak. sebabnya. saya insan yang lemah. ada hikmahnya saya tak boleh buat kerja banyak dalam satu masa..hehehehhe


okey. semua...! selamat bercuti dan ta lupa juga tahniah saya nak ucapkan kepada adik-adik yang dapat sambong belajar kat universiti and mana-mana IPTS lain.. sekolah pon boleh. macam saya. STPM lagi. sempoi habis otak aku. matang tak matang. lain kira la. orang nampak awet muda ma..! hehehehe


see you next entry from me...! rajin-rajin la tinggalkan link kat kotak sembang. jgn komen tak bagi link. susah nak detect korang. nak kenal dengan korang juga. cuti dua minggu aku kena anggap cuti dua bulan. baru la. mahsyuk. bole bagi cadangan apa aku nak buat cuti2 ni...heehhe?

papai. assalamualaikum....

Saturday, 11 May 2013

MUET test dengan group laki....huhuh


Assalamualaikum.
Malu kot aku nak speaking bagai-bagai depan budak laki. Ha..! lepas ni MUET memang dengan laki ke. Jantina berbeza ni aku pantang nak berspeaking bagai-bagai ini.
Aku memang susah la nak cakap dengan laki ni. Boleh jadi gagap and bagai-bagai la. Karang tak memasal aku dah ready nak cakap aku boleh jadi lupa. Huhhuhuhu. Sedihnya. Aku tak nak la sedih sedih  ni. Aku …

Ala..
Macam mana nak buang perangai macam tu. ? aku tak tahu la. Memang perangai aku macam tu ye?

Aku teringat satu kesah ni.
Hari apa ntah. Aku kena speaking dengan group laki. Macam apa ntah. Aish. Memang mulut aku terkunci. Kesian aku tau..! kan dah betul jadinya. Aku boleh jadi tak ingat apa-apa yang aku fikir. Dalam satu group tu semua lelaki tapi tetiba aku sesat sorang wanita kat situ. Eceh. Wanita..

Dah la. Tak nak ingat dah. Memalukan je.
Harap lepas ni aku kena ready kalau group aku ada lelaki. Jangan gagap pulak cik piya oui…
Papehal.. thanks la pak cik-pak cik group aku tu ya, kerana memberi semangat supaya aku practice lagi and hope korg tak pandang rendah kat aku ni…hahahahah..
Aku masih blaja. Kalau aku kata itu susah, mungkin benar itu susah. Tapi..tidak bermakna aku tak boleh buat.
Oiiittt. Aku nak stop merapu. Kan. Kesian korang yang membaca. Aku ni.. tak layak jadi blogger..huhuhu. tapi. Ada aku kesah…hehehehehehehehehehe…
Blog ni hak aku. Maaf kalau aku buat dosa dengan korang… bye3…! Jumpa lagi next year..hahaha

Assalamualaikum…

pita mulut piya terkeluar bila piya tension


Assalamualaikum reader. Hai semua. Maaf kalau entry aku sekarang membosankan. Ala.. korang bukan kesah pun kan.? Aku faham aku ni sape je. Aku ni bukan penulis blog yang kreatif lagi inovatif yang mampu menarik minat pembaca lain blogwalking sini kan. Aku faham sangat. Aku ni kuno la kan..hohohohoh..

Disebabkan tangan ni menggatal nak menaip itu ini yang merapu la bagai-bagai ni. Aku tarak kesah apa orang nak cakap.
Kenapa aku berdiam diri ya.?
Exam.?
Tak jugak…aku belum start exam dan aku akan exam dalam 9 hari lagi ni. Kira la kan hari nya. Nak dekat dah. Aku risau sangat gak. Tapi sekiranya nak exam pun belum tentu kita kena sombong dengan orang lain tak tulis apa-apa. Huhuhuhuhuhuhuhu…
Aku tension tau bila aku duduk asrama , bukan nak rapatkan ukhwah kalau setiap hari politik. Mak…! Tambah dosa aku je tahu. Ikut korang la korrang nak sokong mana. Sokong la. Aku bukan sesiapa yang nak mengatakan yang korang itu kumpul dosa atau tidak. Aku harap sangat korang nak bercakap tentang politik jangan sampai kat telinga aku. Ni tak, cakap macam nak bagi dengar satu tempat tu, padahal tengah duduk borak pasal cakap benda yang korang tak pasti betul atau tidak benda tu. Mudah sangat ditipu orang what eva la. Aku penat jugak dengar. Bagi aku la.. kalau tak boleh mengundi pun banyak yang korang tahu kan and banyak pulak yang ditokok tambah. Hahaha. Itu lah politik…
Aku just harap umat islam mampu bersatu , tu je. Orang luar tengok kita duduk bergaduh sesame islam. Memalukan je.
Aku hanya diam bila orang mengata, orang menyokong itu ini,  sebab…. Aku tak nak hubungan silaturrahim antara kita renggang. Tak elokkan tu..
Kita diduga. Jangan mudah pasrah..
Aku suka dengar ayat dari mana ntah. Mak aku ke orang bagi tazkirah. Tak ingat la.
“orang yang beriman sentiasa diduga, sekiranya dia kalah dalam satu perkara itu, dia perlu untuk lihat apa kekurangan amal yang dia tercicir”
“apabila seseorang ini berdoa, namun doanya tidak dimakbulkan lagi, bukan bermakna ALLAH tidak menerima doanya. Tapi ALLAH suka mendengar doanya kerana itulah ALLAH melambat-lambatkan doanya termakbul. ALLAH risau sekiranya DIA memakbulkan doa hamba-NYA itu, selepas itu DIA tidak akan dapat mendengar doa itu lagi”
Ayatnya lebih kurang tapi bukan yang original punya la.
Aku tidak mahu mengatakan aku menyokong mana-mana pihak kerana aku tak layak.
Selepas ni umat islam. Sekiranya ingin hadir dalam mengundi , marilah kita memohon petunjuk dari ALLAH. Kerana ALLAH akn membantu kita menyatukan hati umatnya. Jangan mengundi kerana ingin menjatuhkan orang yang dibenci. Meminta petunjuk ALLAH dengan solat istikharah.
Hahahhahahahhah………….
Penat aku membebel. Ingat aku suka semakkan kepala dengan hal orang besar. Heheh.

Story aku banyak merapu atau tidak. No komen la.
Tiada politik untuk saya kerana umur tak cukup nak masuk mengundi.
Hehehehhehehhe…
Piya suka suki merapu sana-sini….ceyh… orait..setel. papai semua. Aku nak out and waiting for my next story.

Tuesday, 16 April 2013

aku tak mampu nak kata apa.

ASSALAMUALAIKUM...hehehehehehe.

aku nak kata happy, tak jugak. masih fikir banyak kerja. periksa dah nak dekat. tolong aku YA ALLAH. 
kepala aku dh rasa nak meletus. over jap. trial lagi bape hari je lagi. tapi,,, mengapa aku banyak sibukkan diri dengan something yang tade makna. 

"sofiyyah..! wake up. exm kali ni. buat betul2.. tak sayang duit ayah kau ke kena ulang lagi. tolong la piya. usaha kena ad " 

ya. aku dah try cakap macam macam utk aku. tapi, boleh dikatakan aku ni dipengaruhi sifat yang sangat dhsyt la kan. kesian mak ayah aku. hidup aku tak boleh buat banyak keje. otak aku tak segeliga otak orang lain, aku agak lambat pick up. YA ALLAH. mungkin ini dugaan aku. 

aku cuba elak lakukan benda-benda  yang tidak datang hasil, like 

> facebook
> blogging (sekali sekala)
> tengok video korea.
> and banyak benda yang aku suka buat.

tapi tu la... mungkin ALLAH duga kita, mohon dipermudahkan segala urusan pembelajaran aku.

tup tap...hahahah.
ayah aku ada tanya  " study macam mana "

warh. susah kalau ayah aku nak tanya tentang anaknya punya study. huhuhuhu..
maybe tengok aku duk kabut itu ini kot. padahal takde la kabut mana.

okeh la. aku banyak nak story, tapi.......huhuhuhuhuhu...
ASSALAMUALAIKUM....


p/s : tolong ya.. doakan kejayaan pelajar STPM 12/13......

Monday, 8 April 2013

hidup ini, ALLAH yang lebih Penting.

yeay yeay..! dulu aku serabut, tapi kini aku tenang..!!!
hahahahah...

oppppss..! ASSALAMUALAIKUM readers....! ahahaha..

rindu tak rindu tak..? *yuck.. aku perasan.
ting tong..aku happy..thanks ALLAH.. sesungguhnya aku bersyukur PENCIPTA-ku sentisa membantu diri ini di mana keadaan aku sekalipun. aku ingin mencuba,, dan TAHNIAH aku ucapkan kepada diri sendiri *ada ke orang ucapkan tahniah kat diri sendiri.? balun je la

kerana aku berjaya menahan diri untuk meneruskan kerja projek yang agak memenatkan otak aku. fizikal aku tak berapa nak penat la. huhuhuh

tahniah juga kepada candidates STPM 12/13 kerana berjaya melaksanakan PBS yang membawa erti PUTERA BAKAL SUAMI. * kalau laki, pandai2 la fikir yaw.

aku tak sabar nak habis tahun ni. nak duduk rumah, dengan family...! yeah.. itu yang best.

okeh la. aku nak post benda lain. kakak sebelah aku ni dok usha2 plak.hahah

jeles la tu aku on9 blog..aku tak on9 fb. kira okey la kan. fb takde apa la. blog la yang masyuk...hahah

ASSALAMUALAIKUM..

Thursday, 21 March 2013

kenapa aku happy walau result kureng elok.


mungkin result cantik bukan jodoh aku..
rezeki aku dr sudut lain. tp,,
aku bersyukur aku tak mudah nak nngis..
memang nangis itu bagus. tp aku rasa nangis yang bagus di tikr sejadah.

result STPM sem 1 aku down kot. tapi tak pe. aku dah minta maaf kat mak abah aku. and aku tahu dia orang lagi faham. aku bukan jenis study hard. jujur aku kata time exam, aku takde feel exam. baca buku tak. nak masuk kepala pun susah. itu ujian kepada aku. mungkin ada yang alami macam aku. aku faham perasaan korang. sekali aku baca pun, aku takkan dapat masuk. so, aku baca je. tapi tak dapat nak faham.

itu apa nak dikatakan.? ujian Allah. ya.! aku anggap itu betul. mungkin salah aku juga. aku banyak buat salah, mengumpat la. dosa kita kan. aku akan anggap itu pengajaran kepada aku.

kawan-kawan, janganlah bersedih.
Allah sayang kita. dugaan yang kita dapat itu sebenarnya sesuatu yang mendatangkan hasil kepada kita. Insya Allah.. dengan izin Allah.. !

sukar tangisan untuk ku terbitkan di tubir mata ini,
Alhamdulillah aku sudah redha awal-awal... pointer down,, mendorong semangat.
nak dikatakan mata tak dapat mengalir, tapi hati perit.
tidak juga. aku betul betul tak dapat rasa apa-apa.
selalu aku fikir.

"aku ni takkan tak ada perasaan langsung.?"

tapi, kalau aku tak de perasaan, aku bukan pengecut. tapi pengecut tu sifat aku. aku akan nangis kalau dengan ayah aku n kalo geram dgn adik2 aku je. mengapa.?

semoga kita berjya bersama, kawan-kawan...!



siapa kah yang mampu brkata kpdku..?

jadikanlah step-step hidup kita membangun.





aku suka..!


okey.. itu saja kata-kata dari cik piya.
assalamualaikum..

Saturday, 16 March 2013

dulu nak. tak nak bagi, skrg main paksa-paksa pulak

tengah sibuk buat pbs sempat lagi update blog ya.! hehehe


aku tension la kalau asyik hadap je benda alah uh..hehe. sekali sekala.wat lex jap..
aku tengok kawan kawan aku sekarang miang. aku pun ape kurangnya. miang nak kahwin. haha
standart naik umur macam skrg la. sekarang agak over la kot exictednya. pas ni x de la over eksennye....


ayat aku la..

sekarang punya story..
ada la sorang anak dara ni nak kahwin. tapi....
mak dengan ayah dia buat dono je dengan dia.
punya la beria-ia...

lama-lama si dia diam la...


akan datang punya story...

gerenti mak ayah dia pulak risau...
asyik dok tanya
" bila la agaknya ko nak kahwin."


eh....hahah! tu la. bila anak dara nak kahwin xnak bagi. kan dah susah bila dah menjadi tua anak dara tu..

tahu tak apa yang akan anak dara tu jawab..?

mesti la dia ckp.
" bila orang nak kahwin xnak bagi... sekarang orang tak nak kahwin, main paksa-paksa pulak"

hahahahah...
aku asyik gelak je fikir macam tu. kelakar pun ada.


bila umur meningkat macam aku sekarang memang miang dia over. ala .. jakun gitu...haha.. tapi, lambat laun dia akan lebih matang dan berfikiran terbuka....

jeng-jeng jeng..!

tak ku sangka tak ku duga, aku berkata-kata ....kihkihkih...oke.papai....

nubhan ft mila

assalamualaikum....

hei, kat rumah aku takde letrik... aish. nak buat mcm mana.?
aku tengah caj bateri laptop ni sebenarnya. hahaha...

khabarsedih...!

tadi aku tengok lagu cinta kasih. mila dan nubhan. abang aku tu. hahaha



comel je mila




aku ni peminat nubhan...hhuhuhuhu... jelous2...!
sweet je tengok dorang.. sorang tinggi and sorang comel...
aku suka....!
idamkan laki tinggi, tapi karang tak memasal dapat laki sedang-sedang je tingginya.

oke. tu je. out.salam

Thursday, 7 March 2013

luahan hati aku


Salam. Hai all..!
 Aku penat tahu. Perangai org kan.
Kalau ada hati, mengapa perlu sakitkan hati org lain.
Orang marah, touching giler dow…ape yang ko nak touching, problem kot. Aku paling tak suka orang macam tu. benda simple jadikan something tu besar plak, ntah r. ko tak tegur, aku tak salah. Aku yang  tidak bersalah, tapi dah minta maaf , tapi ko sepatang haram tak cakap pape. Takkan aku nak mintak maaf sepuluh kali kot baru kau terima. Aku dah minta maaf byk kali gak kot.
Aku tak fed up , tapi aku rasa tak berfaedah n seolah-olah maruah aku kat mane.sebab tu la aku tak suka ada geng or terlalu friendly dgn seseorg. Bila dah rapat , kena lembut sangat. Sory. Aku jujur cakap aku bukan jenis lembut. Nak buat macam mana kan. Aku ni dah perangai macam ni. Tapi aku okey kat rumah je. Marah –marah aku pun, aku still okey tau. Aku takut aku tak reti jaga hati orang. Sakit hati orang je . kesian orang yang selalu dekat dengan aku.

Oppppss..
Aku tension, so aku balun je la. Buat luahan bagai la…heheheh
Hidup tak tenang tau kalau dibayangi dengan kebencian mnusia di dunia ni. Hanya mampu mohon dari Sang Pencipta….ALLAH…!

Monday, 4 March 2013

jom amalkan cara hidup sihat


ASSALAMUALAIKUM...

HALLO...

Kenapa kita perlu makan.? Tak boleh ke kita rasa kenyang je sepanjang masa.
Aha.! Aku bagi tips sebab aku banyak kali dah baca merata ceruk info psal ni. Lagipun apesalahnya kongsi ilmu. Dalam aku tengah nak try diet jugak ni

Haha. Dh terasa meningkat berat dah badan ni. Nak buat banyak benda pun jadi malas. Lagi-lagi baru baru ni ada merentas desa kat sekolah ni.
Warggh. Bukan calang2 jalan woo.. naik jejantas. Aku gayat kot. Macam nak terjunam.syukur ALLAH bagi aku smangat. Asal aku lari pun jadi la.

Okey. Tips..!
                   >>>>> kurang pengambilan makanan dan minuman manis.

Jika anda mengambil minuman manis , hadkan hanya satu sudu the gula sahaja. Kurangkan kekerapan mengambil makanan manis seperti kuih muih ,kek, donut . kurangkan mengambil minuman berkarbonat dan minuman kordial kerana ianya tinggi kandungan gula. Bayangkan ..setin minman berkarbonat , terdapat empat hingga lpan sudu the gula.

>>>>> hadkan makanan masin atau bergaram.

Pengambilan makanan yang masin dikaitkan dengan tekanan darah tinggi. Makanan segera dan makanan diproses biasanya tinggi kandungan garam. Selin itu, hadkan juga pengambilan kicap ,belacan, cencaluk,budu, dan sos kerana iany juga tinggi kadar garam.

>>>>> ambil tiga hidangan sayur dan dua hidangan buah setiap hari.

Pastikan anda mengambil tiga hidangan sayur dan dua hidangan buah setiap hari. Satu hidangan sayur bersamaan dengan ½ cawan atu empat sudu makan . manakla satu hidangan buah pula brsamaan dengan satu potong betik /tembikai/nenas atau satu biji epal, oren atau buah lain. Keperluan kalori bagi remaja sihat adalah tinggi.

>>>>> makan secara teratur

Makanah secra teratyr setiap hari .ambil 3 hidagan utama iaitu sarapan ,makan tengahari dan malam. Jika perlu, ambi 2 hidangan snek iaitu waktu pagi dan petang. Meangkau waktu makan boleh menyebabkan kelaparan dan pastinya kita akan makan belebihan nanti. Elakkan pengambilan makanan lewaat malam dan hamper dengan waktu tidur. sebaik-baiknya makan 4 jam sebelum tidur.

>>>>>hadkan makanan bergoreng,berlemak dan bersantan.

Makan bergoreng berlemak dan bersantan adalah tinggi kalori. Hadkan hanya satu sahaja makanan bergoreng, berlemak atau bersantan dalam hidangan anda.

>>>>>makan ikut keperluan

keperluan kalori harian individu bergantung kepada jantina,umur, tahap aktiviti fizikal.keperluan harian bagi lelaki adalah melebihi perempuan dan individu yang aktif memerlukan lebih banyak kalori berbnding individu yang mengamalkan gaya hidup yang tidak tidak aktif atau sedentari. Tips mudah untuk anda ikut ialah setiap kali mengambil makanan , jangan sampai makanan nya menimbun-nimbun dalm pinggan anda.

>>>>> minum 6-8 gelas air setiap hari.

Jangan lupa untuk minum 6-8 gelas air sehari.jika boleh, utamakan air kosong kerana air kosong tidak mengandungi kalori.


Sekian. Terima kasih 4 reading.

Friday, 22 February 2013

berat naik.!

salam...

hei. lama tak dengar khabar. korang ape kabar. heheheheh...
aku tak nak story ape sangat la...aku baru timbang, huhu. naik kot.
makkkk..mcm mana ni.
nak kurus dah la payah. makan je keje aku.

hah..! hope berat tak lebih 50 la lepas ni. kalau tak pecah rekod tau.!

hehe

ary ni aku serabut sikit la. nak fikir macam mana nak temu bual orang la. bagai-bagai la.
aku ingat benda ni simple mimple. tapi, alone kan. kena la buat sendiri sendiri.

hoho. esok aku nak out. nak pergi Billion bangi. nak buat kajian sikit. sapa nak ikut jom...!
lama gak kot kat situ. hehehhe. yela  kan. aku kan tak buat banyak banyak lagi macam korang, budak stpm oi..heheheh

aku nak amek gambar la . macam macam lagi la. apa ape pun bole.
hehehh. soal selidik nak setel esok gak.!

boeh ke.? insyaALLAH bole setel tanpa halangan.

aku bersyukur ALLAH masih bantu aku lagi dalam berfikir. hehehehe..

oke. salam. thanks ya reading.

^_^

Wednesday, 20 February 2013

pendapat aku.

assalamualaikum..

yeah. aku boring dengan hidup aku yang serba kekurangan. huhu
aku nak story sini sikit je...

aku nak bandingkan orang yang jaga aurat + tidak kekok ckp dgn laki dengan orang pompuan yang kurang menjaga aurat + kekok ckp dengan lelaki.

apa pendapat koranng.?

nak kata kat sini mana yang terbaik.? yea kalau aku , aku akan pilih orang yang jaga aurat tapi tidak kekok mahu berkata-kata dengan lelaki.

tahu tak kenapa.? sebab.. bagi aku aurat itu perlu dijaga.
tapi bagi aku bila kita mampu berkata-kata dengan lelaki. kita tidak kekok dan tidak mudah terpedaya dengan lelaki kerana kita mudah berinteraksi dan memahami mereka.

oke. pendapat aku salah maybe..hehe.. anda bole berkata-kata. silakan....



pisang oh pisang


assalamualaikum....

Saya….


Uppppsss….
Geli sihhhh…! Maaf. Aku tak mampu berkata-kata dengan nada dengan lebih lembut.
Yuukkkss…! Korang. Pelik tak. ? aku memang bukan lemah lembut tau. Untuk pengetahuan korang la( sebenarnya ada mamat ni ckp aku lmh lembut)..sory. aku tak mahu berlemah lembut sangat dengan kawan. HAHAHA.. sory.

Hei. Aku nak story benda lain la. L korang la ni. Kan dah emosi dah. Abis lah aku.
Ceiii…korang,.! AKU SUKA MAKAN PISANG….! AKU AKAN TERUJA KALAU DM jamu PISANG MONTEL….!  Yes.. syok punya. Besar sangat sangat tau aku rembat.

Jangan pelik kalau jumpa oranng yang obsess pisang macam tu skali. Pisang pun banyak khasiat tau. HAHA…

SORY. AKU BANYAK CAKAP BENDA MERAPU. TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACANYA..


yew...
baru post, tapi dh lama taip..

Thursday, 31 January 2013

isu jerawat tak hot dah bagi aku

assalamualaikum. aku muncul bersama tajuk JERAWAT.

HEHEH

cik kak semua tahu mengapa aku tulis benda ni.
nak tanya. korang malu ke kalau muka korang dikurniakan jerawat.?
haha. jangan malu. jerawat tanda kita dah matang. aku dah sebati sama itu jerawat. standart la.
HAHA. nak normal, jangan komen la. ape ALLAH bagi kita kena cool.


jadikan jerawat itu umpama perhiasan yang dianugerahkan ALLAH.

nak tak nak. aku lagi suka kewujudannya. tahu tak kenapa.? sebab, bila aku ada jerawat aku selalu fikir, aku banyak jerawat ni  takkan ada yang suka kacau. itu betul tau.hahahhahah...

asal kita jaga bersih sudah la.... jangan biarkan muka kita tidak dicuci. kotor la  jadinya. hahahahah...



aku happy hidup aku begini. ada jerawat lagi tenang tanpa gangguan. >lelaki.

hahahha.. kalau muka dok tepek bedak lain citer la. krim lagi la. rimas kot., melekit. aku pakai. tapi kadang kadang. sebab tak selesa.

aku jenuh tengok orang yang suka pakai make up over uh. tak rimas ke.?

oke. tak mengutuk atau mengata sesiapa.maaf andai teras. aku boring je.

isu jerawat tak de makna aku nak heran. benda simple.

dadadadda.. assalamualaikumm.....

*_*

Sunday, 27 January 2013

memenatkan dan aku nak tenangkan fikiran

PBS.!

ya.! tu tajuk aku. aku serabut jugak ni.
dah la cuti kan. mestila ada pergi jalan jalan. tapi, kita jangan kata serabut. takut itu mendorong kepala kita berfikir tak rasional. hahahahaha

aku nak kena siapkan PBS aku dalam bulan ni sikit sikit je. tapi aku tak start lagi. mak aih.!
okey la. aku nak habaq kat sini aku tak mo serabut serabut. cikgu suruh present kat dpn. aku balun je la.
thank ya reading. aku nak search something something yang lain berkaitan pbs.

awak awak semua , tolong doakan saya ya.! moga ALLAH permudahkan segala urusan saya.
mungkin itu hal dunia, tapi tanpa pembelajaran, kita tidak mampu menjalani onak duri kehidupan. kan.?

okey. dadada...ASSALAMUALAIKUM... *_*

Saturday, 26 January 2013

kenalah fair.

hai all.. ASSALAMUALAIKUM.
sory kalau saya menaip ikut suka hati je.

sekarang nak kongsi isi hati. mungkin ada yang nak dengar mungkin juga tak ada nak dengar storynya.
korang pernah tak berlaku adil dengan semua orang.?

maksud aku mcm dalam percakapan korang antara lelaki dan perempuan. kalau dengan golngan seangkatan dgn korang, korang ckp biasa je. tp bila pompuan jumpa laki, waduh. gila la 100 percent palsu. gedik sana gedik sini. ckp bkn main lembut.

haha. lumrah sebenarnya. aku faham. tapi ini bukan pada aku. bab ckp lemah lembut or manja sikit pun, tak reti. dan tak sesuai utk aku. ngan lelaki bukan family aku tak reti la. tapi aku ni kira gedik gak la kat rumah. jujur ni. adik adik laki aku bg glrn tu.. tu pasal aku tak suka ckp dngn laki,

aku minta maaf sangat sangat ya.! aku memang tak lembut. GARANG kot. ni org tak percaya bila aku kata aku garang. org duduk kat rumah ni je tahu. aku akan marah bila tak kena pada tempatnya. standart la kan, aku marah sebab sepah. dah la rumah jenis tak berapa nak kemas, kalau suka buat sepah lagi, memang lagi teruk la org lain tengok. semak mata.


kat sini aku nak tekankan. kalau  aku ckp dgn adik laki aku pun mcm nak cari gaduh, takkan la aku nak ckp dgn budak laki lain baik sikit. asal aku ckp sudah.! kalau tak, tak adil la. kesian adik laki aku.

ada satu ayat ni...

perempuan tidak elok berckp dgn laki bukan mahram dgn nada mendayu2(lembut) yang boleh mendatangkan ghairah lelaki itu. - bukan ayt yg btol la ni. dia ada bunyi mcm ni.

jangan risau . aku rapat dgn adik-adik laki aku... bila buat slh je. aku mrh.

>>mak aku pun sanggup tunggu aku nak mrhkan adik laki aku. sbb aku je yg brani mrh dorg.
sbagai kakak ketiga kan. ape salahnya. adik pompuan x de hal. laki je. empat empat orang nak kena bebel.
dh biasa, so aku anggap mana mana laki aku jumpa kat maahad sepesen je dengan adik-adik laki aku.

aku garang, adik aku dh lali dgn prangai aku la. kalau penat ke apa ke, muka berkerut je.
kalau aku serabut jgn kacau aku. karang makin kusut .

aku lagi suka org tahu diri aku sebenarnya. jgn buat tanggapan lain. marah aku bertempat la weyh.
aku tak malu bila kwn laki aku ckp : "piya kau kne msuk kls blaja pikat laki (bhsa aku kasa dgn dia)"
msa muda blaja bukan nak menggatal.

xkuasa aku. merapu  je. tenang hidup aku sudah. mulut aku x klua bnda mcarut2 ni suda.


sory. patutnya tak yah baca pun tak pe. aku suka merapu. boring and nak rest minda jap.